Thursday, 9 November 2017

AKSI NGERI MELUNCUR PASIR DI BAWAH PANAS TERIK MATAHARI

Hari terakhir kaksu, ery, nisa dan mak cik di Yogjakarta . Jam 7 pagi kami keluar dari hotel menuju ke  Gumuk Pasir. Biasanya orang pergi luncur salji. Tapi kami nak pergi ke padang pasir untuk meluncur. Sepanjang laluan ke sini kami menempuh laluan kampung  kiri kanannya sawah padi yang cantik. Terasa macam kat kampung sendiri la pulak. Cantik cantik pemandangan kat sini.

tempat canti jogjakarta
Posing dulu sebelum terjun

.
Sampai sana dalam jam 9 camtu. Waktu ni mang tengah panas lit lit. Kawasan ni belum ada ramai lagi yang berkunjung. Maklumla hari bekerja dan awal pagi lagi. Makanya tempat ni kamilah yang punya.
tempat canti jogjakarta
Gaya orang pro

Sampai je kami disini, brotjer yg uruskan papan luncur pun baru je sampai. Jadi kamilah orang pertama yang nak terbang kat sini. Nak naik papan luncur ni pun kena bayar. 1 papan hanrganya rp 600 000. So kami sewa 1 je lah. Kongsi kongsi naik.

Tempat ni memang sangat luas. Dekat dengan padang pasir ni ada laut. Dari jauh dapat dengar deruan ombak kuat. Kami berempat saja kat sini yg teringin sangat nak terai luncur pasir. 

Sempat lagi nak posing sini


Mula2 cuba, memang buat kat bukit yg landai dulu. Tu pun jatuh bedebek juga. Dah agak terer sikit baru la naik kat bukit yang tinggi lagi. Waktu panas panas macam ni pun kami redah je. Naik gak luncur . Kali ni Kirah dah berani nak mencuba. Takut pulak menyesal tak cuba macam kat Kalibiru hari tu.

Aksi pro sangat dah ni


Ala ala main ski atas salji la ni. Korang yang datang nanti jangan lepaskanpeluang untuk mencuba aktiviti ni. Tapi make sure korang prepare kain tebal kat bontot supaya tak jatuh bebedek macam hakak ni.


Bila badan ringan sangat terjun la sampai hujung. Mujur tak langgar pokok. Satu lagi aksi meluncur dengan gaya lain tak sempat nak upload . Masa meluncur yang tu memang kak su jatuh terhempap atas pasir.. Memang merana sakit sepanjang hari. Balik tu terus telan ostematrik sehari 8 biji. Masih sengal sengal tapi dah tak sakit macam hari tu lagi. Bahaya juga aksi ni. Kalau korang pregnen jangan sekali kali nak cuba. 

2 comments: