Friday 17 November 2017

IBU LAMBAT MENDAPAT RAWATAN TIBI AKHIRNYA MENINGGAL

Penyakit tibi adalah penyakit berjangkit yang di sebarkan melalui udara. Ia boleh juga di sebarkan melalui titisan air pesakit yang telah di dijangkiti dengan kuman tuberculosis. Kuman tibi akan paling kerap menyerang pada paru paru. Terdapat juga kes yang tibi menyerang tulang belakang, jantung atau otak.


Kuman tibi adalah sangat kuat. Pesakit yang diserang tibi biasanya akan batuk berterusan sehingga melebihi dua minggu serta di ikuti dengan darah. Tanda-tanda lain ialah berpeluh pada waktu malam, kurang selera makan, susut berat badan, sakit semasa bernafas atau sukar bernafas. 

Penyakit tibi berlaku dalam dua keadaan. Keadaan pertama ialah apabila kuman tibi boleh hidup didalam paru-paru selama 5 hingga 7 tahun tanpa menunjukkan sebarang gejala.  Gejala penyakit tibi akan di kesan apabila sistem imun pesakit mula menurun. Ketika itu simptom-simptom tibi akan kelihatan .

Keadaan kedua ialah kuman tibi merbak dengan sangat cepat dalam beberapa minggu selepas dijangkiti. Biasanya mereka yang mempunyai sistem imun yang sangat rendah seperti pesakit kencing manis, HIV AIDS dan masalah buah pinggang paling cepat  diserang tibi.


Pesakit HIV AIDS, pesakit diabetes yang mudah dijangkiti tibi

Ramai dikalangan pesakit yang menganggap batuk yang di alami adalah batuk biasa. Dan ada kalanya pemeriksaan di klinik biasa tidak dapat mengesan kuman tibi kerana tidak dijalankan saringan. Ini menyebabkan pesakit hanya makan ubat tanpa membuat rawatan di hospital. Penyakit akan semakin parah apabila kuman tibi mula menyerang paru-paru.

Seperti yang di ceritakan oleh seorang teman kakSu, ibunya di jangkiti tibi daripada nenek beliau. neneknya telah menjalani rawatan tibi dan semakin beransur pulih. Tetapi tanpa disedari, ibunya juga dapat batuk. Bila pergi ke klinik kata doktor tak da apa-apa, ibunya hanya mendapat ubat batuk biasa dan antibiotik  . Bila batuk ibu tak juga sembuh, maka mereka bawanya ke hospital untuk rawatan lanjut. Barulah buat saringan tibi.

Selepas di buat saringan, di dapati bahawa ibunya juga telah diserang tibi. Pada ketika itu , paru-paru beliau sudah dijangkiti kuman . Paru-paru sudah rosak dan sudah tidak berfungsi. Ibunya pengsan dan terus di bawa ke hospital. Sampai di sana beliau di asingkan dalam satu bilik khas. Kedua dua paru beliau sudah rosak dan tak boleh berfungsi lagi. Akhirnya ibu beliau telah pergi buat selamanya.

Seperti yang kita tahu , tibi sangat merbahaya. Jika lewat di buat rawatan, mungkin akan  meragut nyawa. Saringan tibi akan dijalankan keatas pesakit dengan mengambil kahak. Kemudian pesakit juga akan di jalankan x ray . Jika terdapat tompokan putih, ada perubahan pada nodular atau berlaku pengerasan paru-paru maka ia mungkin adalah tibi.

x ray tibi


Rawatan tibi mengambil masa 6 bulan supaya kuman dari dalam dan luar badan di bunuh sepenuhnya. 2 bulan pertama pesakit perlu telan ubat setiap hari dengan kawalan pegawai kesihatan. Selepas dua bulan pesakit akan mula sihat, tanpa ada batuk dan tiada lagi simptom simptom seperti sebelumya. 

Tetapi kebanyakan pesakit akan meninggalkan rewatan selepas 2 bulan kerana mereka rasa mereka dah sihat. Sepatutnya rawatan lagi 4 bulan penting bagi pastikan semua kuman telah mati. 4 bulan berikutnya tu, pesakit akan di beri ubat 2 minggu sekali dan dipantau oleh pegawai kesihatan. Jika rawatan dibuat dengan betul selama 6 bulan, pesakit boleh sembuh sepenuhnya. Tetapi menurut doktor, bekas pesakit tibi boleh diserang kembali walaupun mereka telah sembuh sepenuhnya semasa rawatan sebelumnnya.



No comments:

Post a Comment