Assalamualaikum semua. Hari ni kakSu nak share pengalaman kakSu ikut trip Shaklee
buat kali pertama. Dulu kakSu tengok leader-leader kakSu dan leader leader lain
berkongsi kegembiraan mereka semasa mengikuti trip anjuran Shaklee. Kali ni kakaSu dapat merasa sendiri pula. Kalau
korang nak tahu trip ni hanya diberi kepada leader Supervisor ke atas sahaja.
Dalam bisness Shaklee, ada 3C iaitu Cash,
Conference dan Car Bonus. Daripada ke tiga-tiga yang Shaklee tawarkan kakSu dah
pun merasai Cash bonus dan Conference. Conference terbahagi kepada dua iaitu
National Trip dan International Trip. National Trip Shaklee bawa melancong di negara berhampiran dengan Malaysia,contohnya tahun 2017 di Phuket,Thailand.
Bot kecil kat atas tu di gunakan bila ada kecemasan
Alhamdulillah, selepas layak ke trip kali
pertama ni, kakSu terus dapat meresa naik Cruise. Sebelum-seblum nie belum
pernah Shaklee buat trip dengan Cruise. So rasa teruja tu lebih la sikit kan.
Hari pertama kami berkumpul di beberapa tempat yang dah Shaklee tetapkan. KakSu
berkumpul di KLIA2. Dari KLIA2 kami dibawa ke Pelabuhan Kelang. Tak sabar nak
tengok Cruise. Sampai Di Pelabuhan Kelang, kena periksa beg dulu, ambil access
card dulu sebelum dapat masuk. Memang ramai yang akan menaiki cruise tu. Bukan
saja kami 300 orang leader. So memang agak sesak di sana.
Baru nak masuk dalam kapal
Selesai proses tu semua tibalah saat yang
ditunggu. Dari kejauhan kami dah Nampak cruise yang sedang menanti. Rasa teruja
semakin membuak-buak. Almaklumla selama ni hanya tengok cruise dari jauh saja.
Tapi kali ni dapat naik free pulak tu. Bila sampai saja depan cruise, terkejut
juga la, sebab cruise tu besar tak seperti apa yang kakSu sangka.
BILIK 2153
Hadiah first day
Dah dapat nombor bilik , kakSu bersama
roommate masuk ke bilik. Nombor bilik 2153. Tingkat 2. Cruise ni ada 10
tingkat. Tingkat 2 hingga 8 pun masih ada bilik. Teruja nak masuk bilik,bila buka je pintu, dah
nampak hadiah dari Shaklee. Bilik dia kecik je. Muat untuk 3 orang. Siap dengan
almari, katil dan bilik air yang lenkap. Macam dalam hotel.
Bilik tidur kami
Lepas bersiap sedia bersihkan diri, kami
sedia untuk pergi dinner. Malam ni tak da apa-apa aktiviti. Crusie akan menuju
ke Pulau Langkawi. Makan malam memang mewah. Ada macam-macam menu sampai tak
telarat nak makan. Di tingkat 9 ada swimming pool dan jakuzzi. So makan di
sekeliling swimming poll atau kat dalam restaurant pun boleh.
Suasana pagi jam 7,sampai tertinggal waktu senam,sebab sibuk nak cari pose manarik atas kapal
Selesai makan malam, kami di panggil untuk
fire drill. Latihan kecemasan untuk penumpang . Pakai pelampung dah macam
robot. Di tingkat 4 di balkoni kapal ada bot-bot kecil yang muat untuk 100
orang siap dengan makanan dalam tu kalau berlaku kecemasan.
Fire drill
Pemandangan dari atas pada waktu malam
Selesai latihan kecemasan tu kami melepak
di atas kapal, kakSu dan Aynies ambil peluang nak raound keliling kapal. Merata
ceruk kami masuk. Tapi takan habis satu malam. Bila ada atas kapal, di tingkat
9 tu tak Teresa sangat kapal bergerak. Tapi bila masuk dalam bilik expecially
time solat dan dalam bilik air memang terasa bergoyang. Mujurla tak mabuk laut.
Walau kemana pun kami pergi, vitamin
Shaklee takan dilupa untuk di telan. VIVIX kakSu bawa, bersama dengan vitamin
c, lecithin dan omega. Sama la aynies pun bawa vitamin juga, vitamin c,
herblax,ostematrix. Biasa la kan, kalau Shaklee bawa jalan , memang makananan
mewah sangat. So memang kena beringat selalu. Makan herblax kasi membuang apa
yang dah penuh sangat dalam perut.
Orang pergi bersenam depa p posing..kiki
Disebabkan terlampau letih, kami tertidur
dengan nyenaknya. Esok hari ke dua ada aktiviti “Shaklee Fun Activities”. So
rehatkan badan dulu. Tapi kan satu kelemahan yang sukar nak terima ialah, dalam
bilik tak da line internet. Huhu. So memang terputus la hubungan bila kapal dah
di tengah laut.
Ok sampai sini dulu. Esok kakSu share apa
aktiviti kami di hari ke dua. Stay tune.
bestnye kak su
ReplyDelete