Hari ke empat kami di Yogjakarta .
Sebelum menjelang subuh kami dah bergerak untuk menuju ke Gunung Merapi. Matlamatnya ialah untuk menikmati pemandangan indah semasa matahari terbit. Kira-kira satu jam dari hotel, kami menuju ke tempat untuk naik jeep. Sebelum tu kami solat subuh berhampiran tempat berkumpulnya jeep-jeep yang banyak tu.
Bagusnya kawasan, banyak betul masjid di sepanjang jalan. So sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan, jangan di lupa solatnya. Kata abang supir mas Deny. Lepas selesai solat kami naik jeep. kali ni jeep kami besar. Boleh muat 5 orang bersama pemandu jadi 6 orang.
Nak naik ke Gunung Merapi lebih trill daripada laluan nak ke Pantai Timang. Sejukkkk..maklumla pagi-pagi buta dah naik bukit. Jalan penuh berliku dan barbatu . merempuh laluan berbelok dan berbukit bukit. Kalau tak pegang kuat-kuat mau jatuh atas jalan.
kami sampai waktu tu belum pun jam 6 pagi waktu sana. Masih gelap dan samar-samar. Tapi alangkah sedihnya waktu kami sampai, kabus sangat tebal. Tak dapat la kami nak tengok matahari terbit. Exited nak juga tunggu kabus tebal tu pergi, kami jalan lagi naik sampai ke atas. Bukan la puncak gunung tu. Tapi betul-betul bersebelahan dengan jurang tempat laluan larva gunung merapi tu. Kalau pandang kebawah, sayuppp je. jangan jatuh sudah.
Belakang tu ada gaung oiii..seronok betui nak melompat
Sesat sorang berdiri atas jeep
Puas sudah kami menunggu tapi tak juga nampak gunung tu. huhu. Apa kan daya. Bukan rezeki kami nak tengok. Kalau ikutkan , memang la sangat cantik pemandangan atas ni.
So tak da kerja lain ,kami posing la kat sini banyak banyak. Vivix pun bawa sekali
Kecewa tak dapat tengok Gunung Merapi, so kami pun terpaksalah turun. Sebelum tu singgah jap kat dalam gua ni. Eh ni bukan gua. Tapi tempat untuk orang kampung menyelamatkan diri dari letusan gunung merapi. Tapi kami difahamkan 2 orang yang cuba menyelamatkan diri di dalam tempat ini terperangkap di dalamnya dan mati umpama di bakar di dalam oven.
Betul betul macam oven
Fuhh..posing ajer
Bunker Kaliadem di kaki bukit Merapi
Turun daripada Gunug Merapi singgah dulu kat Muzium. Tempat asal rumah yang telah musnah akibat letusan gunung merapi. Dah tinggal rangka.
Sisa hartaku!
Sisa periuk belanga
Merapi tak pernah ingkar janji
Depan pintu masuk
Masa untuk turun semula ke daratan. hihi. Masa nak ke destinasi seterusnya. Candi Borobudur.
Si baju merah itu adalah mas Deny yang ikut kerenah kami nak kemana saja. Mesti dia bawa.
No comments:
Post a Comment