Sunday, 22 July 2018

MAKANAN UNTUK PESAKIT CYST SUPAYA CEPAT KECUT

Berdasarkan pengalaman kakSu beberapa bulan kebelakangan ni ramai wanita yang mengadu ada cyst di ovari. Ada yang belum berkahwin dan ada yang sudah mempunyai anak. Biasanya mereka tidak menyedari bahwa wujudnya cyst dalam ovari mereka kerana tidak menunjukkan sebarang simptom. Sehinggalah ada yang terkejut apabila mereka mengalami pendarahan yang banyak walaupun bukan tempoh haid, ada yang kecing kerap, sakit dibahagaian ari-ari, senggugut yang teruk dan ada juga yang tidak datang period beberapa bulan. 


kecutkan cyst

Yang menyedihkan juga bila perut mereka semakin membesar seperti orang mengandung dan pada ketika yang sama tidak ada bayi dalam kandungan tersebut. Bila di buat pemeriksaan ultrasound, rupanya cyst sudah membesar sehingga lebih dari 10 cm. Ramai juga wanita menganggap cyst ini adalah perkara normal dan tidak ambil endah dengan membiarkan cyst mereka tanpa rawatan. Tapi menyesal bila rahim dan ovari terpaksa dibuang kerana cyst terlalu besar dan tak dapat diselamatkan.

Ada juga kes dimana cyst yang dihidapi itu mempunyai sel kanser. Seperti kes yang viral dimedia sosial baru baru ini. Boleh baca disini BUANG OVARI DAN RAHIM KERANA CYST YANG MERBAHAYA.

Bagi anda yang sudah mengidap cyst , seharusnya perlu membuat rawatan susulan bersama doktor anda untuk memantikan cyst anda tidak membesar dan tidak membahayakan nyawa anda sendiri. Jika anda telah menjalani pembedahan atau masih menanti untuk rawatan , salah satu cara untuk menjaga kesihatan anda supaya cyst tidak semakin membesar dan tidak menyebabkan kesakitan buat anda adalah dengan menjaga corak pemakanan. 

Sememangnya makanan yang harus dielakkan oleh pesakit cyst adalah makanan yang diproses, makanan dalam tin , makanan manis dan macam macam lagi. Untuk tahu lebih lanjut apa yang tidak boleh dimakan oleh pesakit cyst boleh tonton video ini.

KLIK VIDEO UNTUK TAHU MAKANAN YANG HARUS DIELAK OLEH PESAKIT CYST




Hari ini kakSu nak share pula apakah makanan yang harus diambil oleh pesakit cyst. Hasil dari pembacaan dan rujukan , disini kakSu senaraikan makanan yang mesti diamalkan oleh wanita yang mengidap cyst .

Pemakanan ini mengandungi nutrien penting bagi mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat cyst.

1. Makanan yang mengandungi Indole 3 carbinol . Seperti brokoli, bayam ,kobis, bunga kobis atau salad. makanan ini tinggi I3C yang akan membantu menyingkirkan hormon berlebihan dalam badan.

2. makanan yang mengandungi magnesium seperti  bok choy , pisang, buah prunes, avocado, kacang gajus, biji labu, bunga matahari atau badam. makanan yang tinggi kandungan magnesium membantu mengurangkan kesakitan akibat cramp atau kekejangan pada perut. 

3. Makanan yang tinggi omega 3 . Ia adalah lemak yang baik dan sangat bagus untuk mengawal gangguan hormon wanita serta mengawal rintangan insulin yang biasa dikaitkan dengan PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome).


Untuk mendapatkan gambaran lanjut makanan yang baik untuk pesakit cyst anda boleh klik pada video dibawah.



Sekiranya anda ingin mengamalkan makanan yang dicadangkan diatas, sila pastikan ia adalah organik. Racun perosak yang disembur pada tanaman boleh menjejaskan keseimbangan hormon dan membawa kepada kesan buruk lain. Sekiranya anda memberi buah buahan yang bukan organik sila pastikan kulit dikupas terlebih dahulu sembelum makan. Serta pastikan ikan yang anda beli adalah benar benar ditangkap liar dan bukan ikan sangkar.


kecutkan cyst

Menurut Dr Hamid Arshad, pesakit cyst perlu mengambil beberapa suplimen yang tinggi antioksida seperti vitamin c, vitamin E, biji anggur , omega 3 dan omega 6. makanan harian kita tidak mencukupi untuk membekalkan nutrien yang cukup bagi mengelakkan cyst tersebut kecut atau mengelakkan cyst yang telah kecut kembali membesar semula. Selain dari itu makanan tambahan ini membantu wanita yang ingin meningkatkan kesuburan mereka selepas mengalami masalah cyst.

Bagi anda yang ingin mendapatkan konsultasi percuma cara pemakanan dan nasihat tentang cyst boleh klik disini. Pengalaman saya selama 5 tahun akan saya gunakan untuk membantu menyelesaikan masalah cyst yang membelenggu diri anda selama ini.

KLIK SINI ==>SUHAILA ABDUL