Tuesday 31 May 2016

16 KESAN PENGAMBILAN SET IBU HAMIL DAN BERPANTANG

Pengalaman ini mungkin sedang dinanti-nanti oleh ibu ibu mengandung atau ibu -ibu berpantang.Usah biarkan diri anda diselubungi kesedihan...jom baca ni..
 lepas ni pastikan pengalaman mengandung dan berpantang korang kali ini pengalaman paling best.......

PENGALAMAN MENGANDUNG DAN BERPANTANG SEPERTI SUPERHERO 
.
Assalamualaikum. Saya Amanie, seorang ibu yg masih lagi dalam tempoh berpantang semasa testimoni ini ditulis. Saya ingin berkongsi mengenai Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee yang saya amalkan semasa hamil dan berpantang anak pertama pada 2 May baru2 ini.
.
Sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang, produk2 shaklee yg saya ambil ialah Esp, Sustained Released Vitamin C, Vitalea Iron Formula, Ostematrix, B-Complex, Omega Guard, Alfalfa, Lecithin, Gla Complex, dan Zinc Complex.
.
Memandangkan ini adalah pengalaman pertama saya hamil dan berpantang, alhamdulillah banyak Shaklee Effect yang saya dapat yang boleh dikatakan agak seronok bagi saya.
.
Saya dijangka bersalin pada 11 May. Tapi mungkin baby tak sabar nak keluar agaknya. 1 May pukul 10.45 malam saya dgn suami ke hospital memandangkan contraction makin kerap dan ada darah dengan lendir dari tengah hari. Kami terus ke emergency exit, sambil2 tunggu suami settlekan deposit dan apa2 yg patot, sempatlah layan Facebook sekejap.
.
Kemudian nurse datang bawakkan wheelchair utk masuk ke labour room. Sempatlah kami berselfie dulu sebelum ke labour room. Kikiki.. Masa on the way ke labour room tu nurse tanya saya "anak ke berapa ni puan?" Saya pon jawab la anak first ni. Die pon dah macam terkejut. Sambil gelak2 die cakap "nampak macam relaks je. Tak nampak macam nak bersalin pon. Kalau orang lain anak first cuak takut sume ada" saya dah dengar macam tu kelakar pon ada, pelik pon ada, bangga pon ada. Hahaha.

Anda mungkin berminat>>>cara atasi masalah kesan sampingan suntikan depo

.
Sampai aje ke labour room, tukar pakaian dan check bukaan dah 2cm.! Terkejut jugak. Masa kat rumah tadi pon teragak2 lagi nak pergi ke tak hospital sebab rasa macam boleh tahan lagi. Tapi risau sebab darah masih keluar jadi pergilah menapak ke hospital.
.
Alhamdulillah walaupun dari pukul 11 malam kat labour room, saya masih lagi bertenaga untuk lahirkan anak saya pada pukul 6.37 pagi tanpa epidural. Kira okay la kan untuk anak pertama.
.
Ini adalah antara Shaklee Effect yang saya dapat sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang bersama produk Shaklee.
.
1.✔ Tiada lagi masalah rambut gugur sejak dari zaman Diploma. Makan maggi banyak la ni.
2.✔ Jarang sembab kaki. Sepanjang tempoh kehamilan ada la dalam 2 3 kali macam tu je kot kaki sembab. Itupon sebab duduk lama sangat atau berdiri lama sangat.
3.✔ Tiada migrain atau pening kepala
4.✔ Tiada masalah sembelit semasa hamil dan berpantang
5.✔ Tiada masalah kejang kaki, kejang perut atau simpul mengkarung
6.✔ Tiada morning sickness
7.✔ Tiada kemurungan atau gangguan emosi (stress)
8.✔ Badan cergas seperti bateri fully charge. Dicember 2015 masa kandungan dalam 5 bulan kami pindah rumah. Alhamdulillah sangat bertenaga pergi survey dan tengok rumah, packing barang dalam kotak siap angkat dan susun kotak yang dah diisi berpuluh kotak. Kena marah dengan suami letak tepi. Haha
9.✔ Koyakan semasa bersalin kurang dari 1cm. Kira okay la kan untuk anak pertama dengan berat 3kg.
10.✔ Luka jahitan bersalin sembuh dalam masa 2 minggu
11.✔ Tiada stretchmark semasa hamil dan selepas bersalin
12.✔ Hari kelima berpantang dah boleh jalan laju mcm org tak bersalin. Yg paling best family dan kawan2 datang melawat kat rumah cakap "tak nampak macam orang bersalin pon".
13.✔ Berat turun tanpa sedar. Berat asal sebelum hamil 46kg. Berat akhir kehamilan sy 59.4kg. Selepas 25hari pantang berat dah turun 47kg. Sepupu datang rumah tengok saya terus cakap "tak gemuk pon?" Kena gemuk ke?
14.✔ Susu banyak melimpah ruah. Alhamdulillah rezeki baby saya dapat buat stok ebm dari hari ke-3 berpantang lagi.
15.✔ Kurang stress walaupun tak cukup tidur baby nak menyusu tengah malam, menangis, tukar pampers, pump susu dll
16.✔ Kurang bengkak susu tapi susu masih banyak. Sekali pump dapat 10oz. Seronok tengok.
.
Untuk ibu2 yang sedang hamil, set kehamilan dan berpantang Shaklee sememangnya pilihan yang terbaik untuk ibu-ibu mengharungi fasa2 terindah dalam hidup dengan lebih ceria, bahagia dan menyeronokkan. InsyaAllah.


set berpantang


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan penggunaan suplimen atau untuk pembelian ... sila hubungi sid yang berpengalaman seperti saya...

Kak su 
010 8798077
Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka 
Perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia

CARA PALING SELAMAT DAN CEPAT UNTUK ATASI MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Ramai di kalangan wanita di luar sana samada yang belum berkahwin mahupun yang telah berumahtangga mengalami masalah period tifak teratur.Masalah ini menghantui diri.Masalah haid tidak teratur ini juga menyukarkan wanita untuk hamil.Ikuti kisah Rozila Ramli yang cuba mengatasi masalah beliau dengan cara yang lebih selamat tanpa penggunaan ubat sintetik .

MASALAH HAID TIDAK TERATUR HILANG
.
Assalamualaikum. Nama saya Rozila bt Ramli,berumur 32 tahun & saya adalah pengguna tegar produk Shaklee. Bermacam-macam produk Shaklee telah saya gunakan seperti Alfafa, GLA, Omega, B-Complex, vitamin C, Vitalea dan kalau boleh disenaraikan semua laa.
.
Masalah yang saya hadapi sejak dari bujang lagi ialah masalah haid tidak teratur. Kadang berpanjangan dan kadang langsung tak datang berbulan-bulan. Kalau yang berpanjangan pula bukan seminggu lebih tetapi kadangkala sebulan lebih haidnya. Dalam waktu yang sama saya sedang berusaha untuk hamil, dan bagaimana untuk hamil kalau haid pun tidak teratur. Kalau haid tidak teratur, nak tahu waktu subur pun susah.
.
Masalah ini memang mengganggu saya dan suami, maklumlah umur semakin meningkat. Usia perkahwinan pun sudah memasuki 6 tahun & masih belum dikurniakan zuriat. Segala usaha telah dilakukan oleh kami berdoa, perubatan moden, perubatan tradisional, perubatan Islam dan segala jenis ubat telah saya telan.
.
Emosi juga sedikit terganggu. Tipu la kalau tidak terasa bila melihat kawan-kawan, saudara mara dengan anak-anak mereka. Tapi saya harus kuatkan diri sendiri,selalu berkata dalam hati “Allah belum kurniakan aku rezeki anak mungkin kerana Dia merasakan kami belum bersedia ataupun Dia akan memberikan kami rezeki lain dahulu”.
.
Dulu saya pernah mengandung, tapi Allah lebih sayangkan anak syurga saya itu. Baby boy yang sangat comel & kalau ada dia sudah berumur 5 tahun. Redha dengan kehilangan nya dalam hati hanya Allah yang tau.
.
Tapi apa yang saya nak share ni adalah cerita yang berlaku pada tahun ini dan pilihan yang telah saya buat setelah sekian lama mengetahuinya. Saya telah mengambil keputusan utk mencuba VIVIX produk yang paling hot keluaran Shaklee. Bermula pada awal tahun 2016,saya telah mengamalkan Vivix setiap hari sebelum tidur tanpa skip walaupun sehari. Sebelum ni pun memang saya mengamalkan ViVix tapi tidak konsisten la.
.
Pada bulan Januari saya telah period selama sebulan dari 14.1.2016 sehingga 16.2.2016(35 hari) mungkin darah-darah lama yang tertinggal didalam. Amat merisaukan juga sebab terlalu lama dan saya telah pergi berjumpa doctor. Melalui scan doktor memberitahu cyst telah timbul kembali sebesar 2.5cm dan beliau memberikan ubat berhentikan darah.
.
Selalunya apabila doctor memberikan ubat, saya memang TIDAK AKAN makan ubat tersebut. Tetapi setelah dipaksa, saya hanya makan 1 hari sahaja dan haid berhenti, kuat sungguh ubat ni kan. Saya percaya,sangat tak bagus kalau ubat yang bagi kesan yang sangat segera ini. Selepas itu, saya terus tak nak ambil apa-apa ubat sintetik lagi dan let see the next flow.
.
Pada 9.3.2016 haid kembali hadir dengan banyaknye dan stop setelah 7 hari. Wahhh…sedikit kagum kerana tidak berpanjangan lagi. Bulan 4 masih menantikan kehadirannya tapi tiada rezeki dan haid turun semula pada 17.5.2016 dan stop pada 24.5.2016. Wahhh….so amazing cuma 8 hari, perkembangan yang baik dan senyum semakin melebar.
.
Kitaran haid saya dah semakin stabil dan normal & ini memang tujuan utama saya adalah untuk membetulkan kitaran haid. Bila haid sudah teratur, In Syaa Allah ada rezeki Allah akan makbulkan impian kami. Check up pada 27/5/16,cyst telah mengecut kepada 1 cm.
.
Alhamdulilah syukur kehadrat mu Ya Allah. Kini sedang berusaha ber OPK tuk menentukan waktu subur. Dalam masa yang sama sudah masuk botol ke-2 Vivix. Memang terbaik la Vivix ini, sangat-sangat membetulkan dalaman saya,sekurang-kurangnya saya telah berusaha untuk mencari alternatif yang lebih selamat tanpa memudaratkan diri sendiri untuk masa akan datang.
.
Saya sangat sarankan wanita di luar sana yang mengalami masalah haid tidak teratur untuk mencuba Vivix. Ia memang terbaik!!

HAID TAK TERATUR

TESTIMONI IBU MENGANDUNG MENGATASI KENCING MANIS(GDM)

Assalamualaikum ..hai ibu ibu sihat sekalian..Hari ni akak nak belanja kisah seorang ibu muda ni yang alami masalah kencing manis semasa mengandung.Mungkin ia sedikit sebanyak membantu ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama seperti beliau....
Jom ..

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG ATAU GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM) 
Kehamilan ke-3 sememangnya dirancang, memandangkan kami sangat mengidamkan anak perempuan selepas dua orang anak lelaki. Seperti kehamilan sebelum ini, saya mengalami morning sickness yang agak teruk selama 15 minggu sehingga menyebabkan berat badan turun mendadak sebanyak 6kg akibat tidak selera makan dan muntah-muntah.
.
Masuk trimester kedua, selera makan kembali pulih sebaik sahaja alahan berakhir. Pada waktu ini, saya sangat berselera makan terutamanya masakan nasi. Bayangkan, sehari saya makan sehingga 3 kali hidangan berasaskan nasi untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Memandangkan berat badan tidak naik mendadak, sedikit pun saya tidak menyangka tabiat ini adalah tidak sihat sama sekali walaupun sedang mengandung. Hamil bukan alasan untuk makan tanpa kawalan.
.
Pemeriksaan antenatal mendapati kandungan gula dalam darah semasa saringan awal adalah melebihi paras normal. Saya juga melalui ujian 'minum air gula' atau MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) yang digeruni ibu-ibu hamil. Keputusannya, saya disahkan diabetes semasa mengandung atau Gestational Diabetes Mellitus (GDM). Sejak itu, saya perlu hadir ke Klinik Kesihatan untuk pengambilan darah dan pemantauan paras glukosa setiap selang sehari.
.
Saya juga dirujuk kepada Pegawai Zat Makanan untuk khidmat nasihat mengenai kawalan pemakanan bagi ibu mengandung yang mengalami GDM. Saya sedikit gusar dengan cadangan beliau yang menghadkan hanya sekali pengambilan nasi atau karbohidrat seperti roti dalam menu harian. Sudahlah saya memang ada masalah gastrik, bagaimana saya nak berdiet jika asyik lapar dan pedih perut nanti?
.
Saya kemudiannya membuat temujanji dengan Pegawai Nutrisi (Nutritionist) di ibu pejabat Shaklee Malaysia. Beliau memberi konsultasi bagaimana produk Shaklee boleh membantu masalah GDM yang saya hadapi. Di situ saya dapati, ESP Soy Isolate Protein Powder adalah kunci kepada kawalan masalah GDM di samping set mengandung Shaklee yang sedang saya ambil.
.
Hanya selepas beberapa hari mengambil ESP mengikut cara yang dicadangkan nutritionist, saya mula rasa kurang keinginan yang berlebihan kepada makanan manis dan nasi. Pemeriksaan darah rutin juga mendapati paras gula telah kembali normal. Keadaan ini berterusan sehingga saya selamat bersalin.
.
Alhamdulillah.. Ain Nashwa lahir tanpa sebarang komplikasi, dan digelar juga 'bayi ESP' oleh rakan-rakan dek kerana kulitnya yang cantik dan putih gebu kemerahan semasa kecil.
.
Saya sarankan ibu yang mengalami GDM patut mengamalkan ESP dengan konsultasi yang betul untuk membantu mengawal paras gula seperti saya.
kencing manis ibu mengandung

TIPS MUDAH ATASI NAJIS KERAS DAN BERDARAH

Hari ni saya nak kongsikan kisah benar seorang ibu yang risaukan anaknya yang mengalami masalah sembelit sehingga menyebabkan pendarahan .Ikuti bagaimana beliau mengatasi masalah sembelit tersebut.

SELEPAS AMALKAN MEAL SHAKES, ANAK SAYA TIDAK LAGI FOBIA UNTUK KE TANDAS

.

Assalamualaikum.
Saya dan keluarga telah mengamalkan produk Shaklee sejak penghujung tahun 2012. Salah satu ‪#‎shakleeeffect‬ paling menggembirakan hati saya ialah kesan yang dialami oleh anak sulung saya, Muhammad Haziq yang kini berusia 12 tahun. Jom saya kongsikan kisah anak saya dengan anda di sini.
.

Sejak berusia setahun lebih, Haziq sudah mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar. Pelbagai cara yang dah saya lakukan, namun setiap kali nak membuang pasti dia akan mengalami kesukaran. Najisnya keras dan menyebabkan pendarahan berlaku. Bila situasi ini terjadi, Haziq akan menangis setiap kali hendak membuang air besar dan akhirnya menjadi fobia untuk ke tandas.
.

Sebagai ibu, saya sangat susah hati melihat keadaan anakanda tersayang. Bahkan saya turut menangis setiap kali melihat ‘kesengsaraan’ yang beliau alami waktu itu. Keadaan menjadi bertambah teruk kerana anak sulung saya ini kurang gemar makan sayur.
.

Setelah saya mula kenal dengan Shaklee, saya mencari banyak maklumat berkaitan vitamin untuk kanak-kanak yang dapat membantu masalah sembelit anak saya. Setelah saya melakukan pembacaan tentang testimoni dan kebaikan Meal Shakes iaitu multivitamin lengkap untuk anak-anak, saya pun membuat keputusan untuk cuba memberikannya kepada anak saya, Haziq.
.

Alhamdulillah, saya amat bersyukur selepas beberapa lama memberikan Meal Shakes kepada beliau, saya perasan Haziq tidak lagi merasa takut untuk membuang air besar. Pada awal-awal amalkan Meal Shakes dulu, selang sehari atau dua hari pasti beliau akan membuang air besar dan secara tak langsung akan mengelakkan najis beliau menjadi keras. 
.

Kalau sebelumnya dulu, pernah hampir 3 minggu dia tak ke tandas..kalau ke tandas pun, Haziq akan duduk dalam tandas berjam-jam lamanya setiap kali nak membuang. Dan setiap kali itu juga saya akan tunggu di luar pintu tandas, nak tahu apa masalahnya. Setelah saya perasan perubahan positif yang anak saya alami, saya pun bertanyakan beliau bagaimana keadaan beliau, adakah masih mengalami sembelit atau susah nak membuang air besar.
.

Haziq yang berusia lebih kurang 9-10 tahun ketika itu memberitahu saya, beliau tak alami masalah lagi sewaktu nak buang air besar. Tak ada rasa sakit lagi dan tak berlaku pendarahan lagi. Saya sangat bersyukur mendengar cerita anak saya ini kerana dengan izin Allah derita sembelit yang beliau alami sejak beberapa tahun akhir pulih dengan bantuan vitamin Shaklee iaitu Meal Shakes yang dah saya berikan pada beliau. Saya juga menggalakkan beliau untuk mengambil air kosong yang mencukupi setiap hari.
.

Sehingga kini saya masih terus memberikan anak-anak saya minuman yang dicampur dengan Meal Shakes. Haziq sangat aktif dengan pelbagai aktiviti ko kurikulum di sekolah mahupun di luar sekolah tanpa sebarang gangguan lagi. Kekadang, masalah sembelit memang akan memberi masalah kepada anak-anak kita untuk bergerak aktif dalam sebarang aktiviti. Dan sekiranya dibiarkan masalah sembelit itu, ia boleh membawa kepada satu lagi masalah yang berkait iaitu buasir.
.

Jadi, kepada ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang sering mengalami masalah sembelit atau susah untuk membuang air besar, saya sangat menyarankan agar anda semua memberikan Meal Shakes kepada anak anda sebagai satu ikhtiar untuk mengatasi masalah tersebut. Meal Shakes mengandungi 19 vitamin dan mineral penting yang amat diperlukan oleh tubuh badan anak-anak kita. Selain baik untuk sembelit, Meal Shakes juga dapat membantu menambah selera makan anak-anak, menguatkan system imun, asthma, eczema dan lain-lain lagi. Dan yang bestnya, ia amat sesuai untuk dewasa dan anak-anak yang susah untuk menelan pil!
.

Demikianlah satu lagi kisah #shakleeeffect keluarga saya yang ingin saya kongsikan dengan nada semua. Kami dah mengamalkan Shaklee, anda bila lagi? Shaklee dijamin HALAL, SELAMAT, BERKESAN DAN SEMULAJADI. Cubalah hari ini.


sembelit




JOM ATASI SEMBELIT ANDA



Thursday 19 May 2016

Cara dapatkan bonus 4 angka tiap-tiap bulan

*Award setahun sekali..ambil bonus tiap tiap bulan..*

😄😄😄😄
ni award saya tahun 2014 dan 2015..dah dekat 3 tahun dah hakak terjoin bisness shaklee ni...dan hakak tak pernah menyesal join bisness ni pun....malah bersyukur sangat...
Mula2 tak terpikiaq langsung nak bisness...nak makan sendiri ja pun..
Semuanya ter..ter..
Lepas tu terdapat bonus pulak..syukur syukur...

😍😍😍
Bonus 4 angka tiap2 bulan sapa tak mau.....tambah dgn gaji tetap..uisshhhh... rezeki Allah......
hakak bawa mulut dengan badan ja ..share benda betul....testimoni sendiri lak tu....dari mengumpat dapat dosa lebih baik cari duit dengn mulut kannn..
Tapi hampa kena tau..nak berjaya..kot manapun mesti la kena usaha..bukan dok cakap saja...tangan kaki mulut otak akai semua kena jalan....
Cari ilmu.. belajaq buat blog..belajaq marketing...tu usaha la tu...ilmu mengajar ada la..la ni boleh la tambah ilmu2 bisness plak..luaskan kuasamu..
Best tau buat bisness shaklee ni..bisness jangka masa panjang...bukan hangat2 taik ayam naaa...company pun kukuh..produk terbaik seantero dunia...
Syarikat bagi macam2..dah bagi cash bonus..cash bonus kereta..bagi lagi melancong 5 bintang..bukan 2 ,3 hari..berbelas-belas hari lak tu
dapat layanan macam raja dan ratu gitew...mau tak jeles hakak tengok depa dok p shopping jalan2 tu...cek tengah usaha ni..target nak p juga free trip cam depa tu...hihi..
Dalam dok busy dgn anak 5..p sekolah 7 pagi sampai 5 petang...dan lagi nak update belog tau...suka punya pasai..😙😙😙..i love my blog..my maya shop..
www.akukaksu.blogspot.com
********************
..usaha ..biaq putus urat...jangan putih mata.....hihi..i m serius beb...
Target sampai nak bonus 5 angka macam geng2 lain tu..
Ish..best betui laaa.. ..jom join group kami cepat meh....😘😘😘😘
Awat tiba2 tukaq loghat plak ni?😅😅😅😅😅...‪#‎ireachbest‬ punya pasai la ni...

PERJALANAN 30 KANAK-KANAK MENDAKI BUKIT BROGA

Assalamualaikum hai semua...baru sempat nak update blog hari ni.Alhamdulillah.Hari ni nak cerita tentang pengalaman baru akak mendaki bukit.Kali terakhir mendaki gunung ialah pada tahun 1992 .Masa tu masih belajar kat UTM skudai.Daki ramai-ramai dengan geng sefakulti, daki  Gunung Belumut, Johor.

Kalau korang nak tahu , kami ada group shaklee yang awesome.Kali ni perancangan setelah hampir sebulan dibuat pihak penganjur (IREACHFIT2016) untuk mendaki Bukit Broga ,Semenyih kat Nogori Sembilan.Dek keran jauh dari tempat Kak  su , kami dari Masjid Tanah bertolak dari sini petang Jumaat.Tinggal di homestay dekat-dekat dengan Bukit Broga tu.Kami berlima , 3 orang anak kak su dan Lin kawan seperjuangan meredah lebuh raya mencari tempat yang nak dituju.Mujurla ada GPS, kalau tak ,sah sesat jalan.hihi
Di homestay 

Hari Sabtu 7.5.16 seawal 6.30 pagi dah keluar dari homestay menuju ke Bukit Broga..alamak ai..tak aku sangka, ramainya orang dah masuk parking bawah pkok kelapa sawit ni.Macam nak pergi shopping compleks pulak.Mujurla masih ada kekosongan.

Dah siap berkumpul , dengan masing-masing berbaju pink untuk mak-mak dan biru terkoise untuk bapa -bapa dan anak-anak kecil berbaju merah.Sebelum naik kena streching dulu.Doa untuk mohon agar tak ada apa-apa musibah berlaku sepanjang perjalanan...



Wow..wow..wow...akak sendiri terkedu tengok, group kami ni paling ramai kanak-kanak.Bukan setakat kanak-kanak , ada juga anak yang dikendong dalam baby carrier.Bersemangat betul masing-masing.Akak bawa 3 orang jer.Anak sulung Firdaus dibawa khas untuk awasi adik-adik , Dania dan juga faheimy saja try test power, bolehke diorang mendaki.



Lebih kurang pukul 8 pagi kami mula bergerak , wah..paling exited sekali ialah kanak-kanak ni.Diorang yang terkedepan dari mak apak masing-masing sampaikan kena suruh berhenti takut pulak terpisah dari mak apak diorang kat belakang.

Tempat mencabar .Mujur ada tali

Terpaksala korang tunggu kami naik beramai-ramai


Gelagat anak-anak ireach memang mencuri perhatian ramai

Perjalanan naik nampak macam ok je pada awal-awal tu.Tapi ada part yang licin .Tanah tak berumput.Alhamdulillah semua berjaya melepasi setiap halangan.Semasa kami mendaki, ramai juga pendaki lain yang dah mula turun.Masing-masing menegur kumpulan kami...

"wah comelnya adik ni..bersemangat"
"ni cikgu diorang ni, bagusnya budak tadika pun boleh panjat"
"cepat dik..boleh lagi boleh lagi"
"dik meh abang angkat naik atas" boleh dia menolak tak nak....panjat juga sendiri..


Majoriti pendaki kata kami ni bawa budak tadika..hihi ..Almaklumla , semua kecik-kecik , pastu pakai baju merah je semuanya sama...of course nampak macam pelik bawa budak kecik kecik kannn...rasa macam kesian tengok budak-budak tu penat..
 tapi hakikatnya mereka semua  anak-anak kami.Semangat anak-anak ireach memang kuat.Tak ada yang menangis keletihan, malah aktif semacam jek.Sekali sekala berhenti sebab kehausan.

Faheimy dengan dania pun sama.Dalam kepala faheimy asyik fikir yang ibu bawa naik bukit tu nak pergi main.Aduhhh..sepanjang jalan tanya bila nak sampai,eimy nak main...ohhhh faheimy...tapi mujurla dia tak patah semangat nak ajak balik.Tapi terus bersemangat jalan laju kejar kawan-kawan lain yang mendaki tanpa ada yang mengeluh.


Pemandangan di Bukit Broga memang cantik.Keadaan yang sejuk dan nyaman sepanjang perjalanan , buatkan diri rasa agak selesa.Pokok-pokok yang terlindung dari cahaya matahari yang semakin terik melindungi kami. Ramai juga pendaki-pendaki yang membantu anak-anak kecil kami melalui kawasan yang agak merbahaya.Disamping sorakan dan semangat yang diorang berikan pada anak-anak kami membuatkan anak-anak kami ni terus kuat dan bersemangat untuk teruskan perjalanan.


Part yang paling susah sekali ialah kawasan yang hampir tiba ke puncak.Kawasan tu tak banyak rumput.Hanya berbatu dan kawasan tanah yang licin.Kami perlu berpaut pada tali dan laluan bertangga tanah.


Alhamdulillah.Selamat juga kami sampai ke puncak Bukit Broga.Ramai betul pendaki-pendaki yang dah sampai ke puncak.Happy sangat ..dan tak sangka anak-anak kecil kami juga mampu sampai ke puncak Bukit Broga tanpa sebarang kecederaan.

Pemandangan yang sangat cantik dari puncak.Lepak kat atas Bukit Broga tu , possing-possing ramai-ramai.bukan senang nak sampai atas bukit tu kan...

Kalau ikutkan ada satu lagi puncak yang lebih tinggi tapi kami tak naik kat sana.Masalahnya faheimy tak puas hati sampai kat bukit tu.Dia nak naik lagi bukit yang paling tinggi tu.Adoiii..semua orang dah lepak amik angin keletihan ,dia boleh nak ajak panjat sampai ke atas.Abang aus ikutkan juga permintan dia..tapi sampai sekerat jalan dia ajak patah balik..hihi..

Nak dijadikan cerita , masa di atas puncak Bukit Broga tu, tiba-tiba ternampak la pula orang yang dikenali.Boleh pula terjumpa anak murid Sekolah Ghafar Baba kat situ.Melompat la dia riang jumpa cikgu kesayangan dia...(sayang la sangat..hihi)..Raihana x students SGB 2011.Datang hiking dengan group UTEM...apalagi..sempat la possing kat atas tu...

Dah lebih 30 minit lepak ambik angin dan bergambar...kami pun sedia nak turun.Turun memang laju.Tapi sangat bahaya.Kawasan licin botak tak berumput..banyak kali tergelincir.tapi ok tak da apa2...

Cuma Dania, dia pula jalan kemain laju, dah jatuh tergelincir, jatuh pulak atas abang aus yang sedang dukung faheimy...mujur terhempap atas abang..tapi sakit juga la anak akak dua orang tu.menangis la juga ...tapi akhirnya kami selamat juga sampai di kaki Bukit Broga dengan selamat.Alhamdulillah.
Faheimy dah sakit kai kena hempap dengan kakak dania

jalan mencabar dan licin

Dibantu juga oleh pendaki lain
Selesai sudah aktiviti mendaki Bukit Broga, sekarang masa untuk mengisi perut yang sudah kelaparan.Jamuan makan yang ditaja oleh teman-teman Ireach..nasi lemak berlauk...yummy sangat...
Dania , Faheimy ,Aus pun dah keletihan, lapar dan haus semua ada....Selesai makan dan berkemas untuk pulang ke Masjid Tanah.

Dalam perjalanan ketiga-tiga anak akak semua dah fengsannn..letih la tu..sampai rumah dalam pukul 2 petang.Alhamdulillah.Ingatkan badan dan kaki mungkin akan sakit..alhamdulillah..semuanya tak da apa2 kesakitan..semuanya ok..anak pun tidur dengan nyenyak ..tak komplen nak demam ke..pening ke...semua ok..ibu yang tak sempat nak rehat..kena kacau dengan faheimy..huhu..

Apa-apapun..misi menawan Bukit Broga telah berjaya, bersama kanak-kanak yang sangat bersemangat waja..Caiyok anak-anak ku...apa pun halangan kita tempuh bersama..Semoga bertemu lagi di aktiviti hiking gunung lain pulak ye...

Terasa sangat berbaloi datang aktiviti macam ni.Bukan saja test diri sendiri, umur dah 41 tahun masih mengagahkan diri nak panjat bukit..cewahhh...jumpa dengan kawan-kawan sama bisness of corse mengeratkan tali silaturrahim...kami bukan setakat jual vitamin tapi kami buktikan yang makan vitamin pun kalau nak sihat kena juga beraktiviti luar.
Ibu ibu muda..daku  paling tua..hihi

Selama ni anak-anak sibuk jer dengan gajet masing-masing , kali ni kita bawa diorang menikmati udara luar dan nikmati keindahan alam ciptaan Allah.Kenal erti kepayahan..kenal erti membantu..

Disini juga mereka dan kami kenal erti kasih sayang, tolong menolong dalam kesusahan..cewah lagi...haha...best tau join group bisness kami..bukan saja dapat bonus tiap-tiap bulan, dapat kawan baru, dapat ilmu baru.banyak lagi akitiviti menarik kami selepas ni...tunggu apa lagi jom la join group kami yang awesome ni.....

Tauke Ireach..master Zainul..happy semua selamat sampai ke puncak

Satu lagi nak citer...bila konsisten makan vitamin insyaAllah makin kuat kami beraktiviti fizikal termasuklah anak-anak kami.....

Jom layan kerenah kami sebelum, semasa dan selepas menawan Bukit Broga......cauuu..



Kendong anak sambil hiking..cayalah


Gelagat si ibu mengendong bayi ..tetap bersemangat mendaki hingga ke puncak


Hero malay..sempat hang possing dengan vivix


Ngeh..ngeh..vivix peberet


Hidup #ireachfit2k16.......ireachfit kids...



Jumpa lagi di Gunung Kinabalu(target)





Misi Tawan Bukit Broga #iReachFit from iReach HD on Vimeo.

Thursday 5 May 2016

06:23

SAHABAT SENYUM BERSAMA KETAWA BERSAMA

Hari ni..dok scroll fb sambil nak tidokan anak..tiba tiba terpandang wajah seseorang yang dah bertahun tahun meninggalkan aku...

Allayarham Faridah Muhammad Sahak..Teman aku ketika ketawa dan menangis..bila tengok gambar wajah dia yang sangat cantik..air mata ni dah tak tertahan dari mengalir..

Terlalu banyak kenangan yang kami lalui bersama...jatuh bangun kami dalam kerjaya sebagai seorang guru...jatuh bangun hidup kami dalam  hidup berkeluarga..jatuh bangun kami dalam alam mengharungi alam menyambung pembelajaran ..senyum tawamu masih terngiang ditelinga aku...saat saat kau mengharungi kesakitan melawan penyakit ...😂😂😂

Terasa rindu sangat kat kau faridah...huhu...terasa macam kau masih ada lagi..rindu nak dengar ko ketawa..rindu nak melihat senyuman kau...

Terlalu banyak kenangan waktu kita bersama..sukar nak lupa...Allah lebih menyanyangimu..seorang teman yang sangat baik hati..seorang ibu yang sangat penyanyang ..seorang guru yang dedikasi...seorang anak yang sangat bertanggungjawab...

semoga dikau tenang disana sahabat....semoga Allah tempatkan dikau dikalangan insan insan yang beriman..amin...

Alfatihah buat mu..FARIDAH MUHAMMAD SAHAK..

Sahabat


Sunday 1 May 2016

CARA HILANGKAN JERAGAT DENGAN CEPAT DAN SELAMAT

Assalamualaikum..lama sudah tak bersiaran..hari ni teruja sangat nak cerita tentang kulit jeragat.Exited sebab kulit jeragat saya yang dulu banyak dibahagian hidung dan pipi dah makin tak kelihatan..bak kata orang dah pudar...Exited sangat sebab dah berpuluh tahun rasanya jeragat ni tak hilang-hilang...sampaikan pergi buat reatan dekat beauty centre katanya jeragat akk ni dah kedalam...
Apa rahsianya ye..

KULIT JERAGAT


Okey..rahsianya mudah saja.Akak ni memang penggemar vivix.Dah beberapa tahun akak consume vivix .pada asalnya akak minum vivix disebabkan masalah kesihatan.Tetapi rupanya vivix sangat membantu dalam masalah kulit juga.Expecially jeragat dan jerawat.

Setiap hari kita memang terdedah dengan pancaran matahari , toksin dari asap kenderaan, pencemaran udara dan air, pemakanan dan juga stress.Jadi toksin telah terkumpul setiap hari menyebabkan kadar penuaan sel pada tubuh badan kita semakin bertambah.Bila toksin yang terkumpul ini tidak disingkirkan akan menyebabkan sel-sel kita mengalami penuaan.

Kesan dari penuaan sel ini menyebabkan tumbuhnya jeragat dan tompok-tompok hitam akibat dari sel-sel yang telah mati dan rosak.

Korang tau tak apa tu vivix?Boleh baca entry akak yang melambak pasal vivix ni..or KLIK sini.

Bagaimana vivix bantu dalam menghilangkan jeragat dengan cepat?

Vivix adalah tonik berbentuk cecair yang mengandungi anti oksidan yang sangat tinggi.Vivix membantu untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak.Apabila sel-sel baru terbentuk, jeragat akan pudar dan akhirnya akan hilang .Kulit akan bertambah glowing cerah dan cantik dengan sekata.Jika anda konsisten dengan vivix , kemungkinan besar yang pasti anda akan alami ialah, kulit anda akan cantik tanpa pelu make up..orang kata NATURAL BEAUTY...

Untuk mendapatkan kesan yang terbaik dan konsultasi percuma ,anda boleh hubungi saya kerana saya sangat mahir dalam bab nasihat menasihat tentang vivix.Saya pengguna dan saya berpengalaman untuk berkongsi kisah saya dengan anda tentang vivix ini

Hubungi saya dengan whasapp "jeragat vivix" ke 010 8798077 atau untuk pesanan produk.

Entry kegemaran ramai..KLIK SINI

PRODUK INI MENGATASI TERUS MASALAH DARIPADA PUNCA JERAGAT SEBENAR ANDA.

Saksikan video ini..cara untuk anda  sentiasa awet muda