Saturday, 21 November 2015

CARA PIKAT HATI SUAMI

Suami puji isteri orang...!!!!

Azlan: Man..aku nak tanya sikit boleh?Ko jangan marah ye..

Man:Aii macam serius je..apa kena dengan bini aku?

Azlan: Dulu aku tengok bini ko kulit bermasalah..merah merah kulit dia,KUSAM dan macam ada ALAHAN je..kesian aku tengok..tapi sekarang kulit dia makin CANTIK..CERAH SEKATA je..tak payah pakai MAKE UP..nampak NATURAL BEAUTY ..

Man: Ooo..ko skodeng bini aku ye..hahaha..memang pun dulu kulit dia bermasalah , alergic dengan produk kecantikan yang dia pakai tu..JERAGAT mula naik..kulit mula KUSAM..apa kebenda tu..ada PARABEN..tu yg jadi camtu...

Azlan: Habis tu sekarang dia pakai produk apa plak?

Man: Bini aku pakai produk 100% SEMULAJADI..NUTRIWHITE nama dia..sejak dia pakai pencuci muka NUTRIWHITE tu, dah tak da masalah ALAHAN KULIT lagi, kesan JERAWAT dan JERAGAT pun makin PUDAR..yang bestnya kulit dia makin GEBU..suka aku usik2 pipi dia...haha..

Azlan: mahal ke produk tu?

Man: Eh  tak la..murah jer..JIMAT betul..boleh guna sampai 6 ke 7 bulan tau..jimat poket aku..lagi satu kalau ko nak tahu..kita orang lelaki pun boleh pakai tau..tengok la kulit aku..makin licin tau...hihi

Azlan: Eh kalau camtu aku pun nak try la bagi bini aku pakai..boleh aku pun pakai sekali..JIMAT poket aku juga...lagipun SELAMAT.....Kat mana nak beli?

Man: Ala senang je..ko telefon , whatsapp pun boleh no ni..0108798077...dia memang ada ready stok..cepat dapat cepat la bini ko CANTIK...

KULIT CANTIK


**********************************
Apa tunggu lagi..hubungi la cepat
0108798077
0108798077
0108798077

5 pelanggan pertama akan dapat hadiah MISTERI....

nutriwhite


#shakleemasjidtanah
#tba #tbaniaga
#iwf #setkulitcantik

Friday, 6 November 2015

APABILA ASETKU SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI

18 tahun yang lalu kisah bermula bila mak tiba tiba jatuh dari katil.Pada mulanya kami adik beradik sambil sambil ketawa bila mak cerita pada kami mak jatuh katil,..macam budak budak pula  mak ni..mujurla katil tu tak tinggi sangat..mak pun macam ok jer..siap gelak gelak lagi dengan kami...
Tapi selepas beberapa hari mak jatuh dari katil, mak mula rasa tak sihat, mak sering demam demam dan tak ceria seperti selalu.Sehinggalah pada suatu hari mak bagitahu yang mak rasa ada sesuatu benjolan di bahagian ketiak sebelah kanan.Aku pun tak faham apa apa masatu.Abah bawa mak ke klinik untuk buat pemeriksaan.Selepas beberapa kali rawatan maka akhirnya mak disahkan menghidapi kanser payudara.Tapi mak dan abah tabah menghadapinya.
Selepas pengesahan mak menghidapi kanser, mak mula sering tidak sihat.Macam-macam ubat mak makan..pantang sebut tempat orang berubat abah mesti bawa mak pergi...rawatan traditional dan juga ubat doktor..Mak makan ubat  dari pokok pokok herba...dan macam-macam daun lagi...Namun atas nasihat doktor , akhirnya payudara kanan mak terpaksa juga dibuang.Tenangnya mak ketika itu.Demi menjaga agar sel kanser  tidak merebak terpaksalah diturutkan jua saranan doktor.

kanser payudara
Tekanan perasaan selepas disahkan mengidap kanser payudara
Selepas operation tu maka mak kehilangan asetnya sebagai seorang wanita..sedih hati tengok mak..tapi mak seorang yang sangat tabah dan sabar..rawatan susulan sentiasa dilakukan.Ubat yang menimbun.Selepas beberapa lama pembedahan tu mak nampaknya semakin sihat. Boleh berurusan seperti biasa, mengajar mengaji anak anak di kawasan kampung kami.Selalu aku lihat mak akan menggunakan tuala untuk menggantikan bahagian yang telah tak ada tu..sedihnya tengok mak...huhu...
Selepas 3 tahun kesihatan mak semakin merosot..apabila rawatan dijalankan didapati kanser mak telah merebak sehingga ke tulang.Mak sudah mula didak boleh bangun dan berjalan.Badan mak mula kurus dan tidak lalu makan.Kimoterapi yang mak jalankan membuatkan rambut mak semuanya gugur.Kukunya mula hitam, sehinggabulu roma juga gugur. Berulang abah bawa mak ulang alik ke hospital untuk buat kimoterapi.
Kesakitan yang amat sangat sehingga tak sanggup aku lihat mak menangis kesakitan..Sampai aku sendiri menangis teresak esak tengok mak tahan sakit...Ya Allah.....hanya Allah yang tahu.Badan mak kurus kering.Tubuh kecil mak sudah tidak berisi lagi.hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Tubuh mak dikendong abah atau abang ke bilik air.Wajah mak yang sayu dan cengkung sudah tidak bermaya.Suapan air dan hanya makanan lembut sahaja sebagai pengalas perut..
Suatu hari..mak menangis sambil berkata..'kalau abah nak kawin lain ,kawinlah..aku hanya mampu menangis...' selepas tu mak diam dan menangis..sedihnya..selama mak sakit abah jaga mak...tak pernah abah abaikan mak...setia abah pada mak..sehinggalah kanser mak sudah melarat keseluruh tulang dan paru paru..pada badan mak mula tumbuh benjolan benjolan ..dan kata doktor ,apabila benjolan tu pecah, mungkin mak sudah tiada harapan lagi...
Tangal 14 Jun 1998, hari Jumaat ketika azan zohor sedang berkumandang, saat-saat paling getir kami 6 beradik menghadapi sakaratul maut mak...Abah juga disisi..akhirnya mak pergi meninggalkan kami..dia pergi buat selama-lamanya setelah hampir 7 tahun bertarung nyawa melawan kanser payudara..ketika tu aku sedang mengandungkan anak sulung yang berusia 6 bulan..ketika tu mak belum sempat merasai gaji pertama aku kerana baru mula mengajar.Alangkah sedihnya hati kehilangan insan  yang paling kusayang dalam dunia ni.Damailah engkau disana wahai ibu..semoga engkau ditempatkan dikalangan insan insan yang beriman...Al Fatihah buat mak...
Biarlah kesakitan mak itu berlalu pergi..kerana sejarah dan pengalaman mak mengidap kanser payudara membuatkan aku agak fobia bila mendengar tentang penyakit ni.Ini bermakna aku juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit yang sama.Sekarang usia aku  juga sudah memasuki angka 40 tahun.Sebagai langkah pencegahan, aku memang sentiasa cuba mengamalkan pemakan sihat, dan baru baru ini ada buat pemeriksaan payudara iaitu memogram disalah sebuah hospital swasta.
Untuk pengetahuan semua..jika kita berusia 40 tahun keatas, kita diberi pelung untuk membuat memogram secara percuma.Jangan takut ..tak sakit pun..Pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran dan bagitahu yang kita nak buat pemeriksaan payudara, nurse akan bagi borang untuk diisi, kemudian temujanji pemeriksaan akan diuruskan oleh klinik dengan hospital berkenaan.Rawatan tu  percuma untuk usia 40 tahun ke atas.Ini tak bermakna korang yag muda-muda tak berisiko juga tau.Sentiasalah buat pemeriksaan sendiri atau jumpa doktor

memogram

HASIL DARI MEMOGRAM

memogram



Alhamdulillah, hasil dari rawatan tersebut saya bebas dari kanser payudara.Saya tidak mahu kehilangan aset melalui penyakit yang membunuh ini.Nauzubillah..ketahuilah teman teman..jomlah amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.Kaum wanita sangat obses dengan kecantikan, nasihat saya supaya sebelum mengambil sebarang produk kecantikan, sila pastikan ianya selamat dimakan untuk jangkamasa panjang.Pastikan ia ada kajian saintifik dari pakar kesihatan yang bertauliah...
Jom kawan kawan check diri kita..adakah kita adalah tergolong dalam golongan yang berisiko kehilangan aset kita itu?
Faktor Risiko tidak boleh di kawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh di Kawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada kita semua, Mencegah adalah lebih baik dari merawat...

Salam sayang
-kak su-

Wednesday, 4 November 2015

CARA MENDUKUNG BAYI YANG BETUL ELAKKAN GEGARAN OTAK

Pengalaman menjadi ibu kepada 5 orang anak terutamanya semasa berpantang menjadi kenangan.Semasa berpantang hati ibu sangat sensitif.Jika anak menangis sudah tentu kita rasa sedih.Sebolehnya kita akan pastikan anak berhenti menangis walaupun kita dalam keadaan yang tidak sihat.

Anak sulung saya adalah lelaki..selama berpantang ,setiap hari anak saya akan menangis, bukan tangisan biasa, ada masa tertentu dia menangis terutamanya pada waktu senja.Tangisan akan berlanjutan sehingga ke tengah malam.Bayangkan macamana letihnya kita nak melayan anak menangis..stress..puas dipujuk ..masih menangis.Bak kata mak ..budak ni ada sawan tangis..siang tidur,malam berjaga dan menangis tanpa henti...bergilir dengan mak , suami untuk jaga anak..

Bila anak selalu menangis, cara nak redakan tangisan dan mengurangkan penat ibu, maka baby dimasukkan kedalam buaian.Buai sampai baby terlelap.Senang sikit kan..henjut jer..sekarang lagi senang sebab dan ada buaian letrik..buai sendiri..lagi kuat dia menangis lagi kuat henjutan buaian tu.Pernah buat tak? Apa yang saya nak cerita kat sini bukan sebab anak menangis atau sebab buaian ..tapi sebab cara mendodoi kita yang boleh membahayakan bayi.

Peringatan kepada ibu bapa , adakah kita tahu cara mendukung bayi atau mendodoikan bayi dengan cara yang betul?Tahukan anda bahawa cara mendukung bayi yang salah dengan disusuli dengan mengayun atau menggoncang akan menggalakkan masalah serius seperti kerosakan otak , mata , penyakit lainnya seperti kelumpuhan , epilepsi bahkan yang paling merbahaya boleh menyebabkan kematian?

Ini kerana ukuran kepala bayi yang lebih besar dibandingkan dengan tubuh dan mempunyai leher yang sangat lemah.Goncangan yang kuat dan terlalu lama akan menyebabkan tekanan di bahagian leher.Hal ini disebut sebagai Shaken Baby Syndrome atau SBS.SBS ini sering menimpa anak -anak yang usianya bawah satu tahun kerana mereka lebih kerap menangis.

Ibu ibu perlu juga tahu selain dari itu..mungkin bayi menangis kerana lapar, penat, lampin basah, ketakutan, sakit atau memerlukan perhatian ibu bapa.

dukung bayi


Cara mendukung bayi dengan betul

Posisi pendukungan baby berbeza2 mengikut kesesuaian umur baby kerana ia bergantung kepada kekuatan struktur tubuh baby.

0-3 Bulan:

1. Dukung Di Dada
Ini merupakan cara yang paling biasa dan boleh dipraktikkan kepada semua baby. Dekatkan tubuh kita ke arah baby. Dengan lembut, selitkan kedua telapak tangan ke bawah tubuhnya. Satu tangan di leher dan kepalanya, satu tangan di punggung. Pastikan posisi kedua2 tangan sudah mantap sebelum mengangkatnya. Apabila baby berada dalam kedudukan sejajar dengan tubuh kita, mulailah mengatur posisi kedua lengan untuk menampung punggungnya dan belakangnya. Tangan yang tadinya memegang punggung akan mengampu punggungnya manakala tangan yang satu lagi haruslah menyokong bahagian belakang dan lehernya.

2. Posisi Dodoi
Kepala baby akan menghadap ke arah kita dan badannya berada di tengah. Ia posisi yang paling sesuai untuk mendodoikan baby dengan selesa. Malah ia juga posisi untuk memudahkan kita memberi penyusuan ibu kepadanya. Teknik ini membantu menguatkan otot anggota badannya terutama bahagian tulang belakangnya.

3-6 Bulan Ke Atas:

1. Bersandar Menghadap Muka
Ketika didukung, leher dan punggungnya tidak semestinya disokong lagi kerana tulang dan otot baby sudah semakin kuat. Biasanya, baby berusia 3 bulan boleh duduk di pangkuan dengan disokong. Oleh itu, mulai usia ini baby lebih senang digendong dengan posisi ini. 

2. Duduk Menghadap Depan
Apabila baby mencecah usia 4 bulan, cara menggendongnya kini lebih santai dan chillex, dengan kepelbagaian posisi seperti menghadap ke depan, belakang atau berhadapan. Menghadap depan adalah gaya dukung babyi yang paling diminati kerana baby memiliki luas pandang yang lebar.

3. Dukung Di Pinggang
Mulai usia 5 bulan, baby semakin berat dan aktif bergerak. Dengan posisi ini, baby didudukkan di pinggang dan disokong oleh satu lengan. Kedua2 kaki baby melingkari pinggul kita. Melalui cara dukungan ini, satu lagi tangan bebas bergerak untuk melakukan sebarang aktiviti lain. 
dukung bayi

PERINGATAN!!!
  • Tangisan atau gelisah merupakan salah satu tanda baby tidak selesa dalam dukungan . Dukungan haruslah kemas, tetapi jangan terlalu erat mendakapnya.
  • Jangan menggoncang atau menghayun baby dengan terlalu laju ketika mendodoinya.
  • Jika mengendong dengan kain batik lepas atau alat penggendong baby, pastikan alat gendong ini diperbuat daripada bahan yang kukuh tetapi cukup lembut dan selesa. Pastikan juga lubang untuk kaki tidak terlalu besar so that bayi tidak tergelincir.