Monday 18 December 2017

PERBEZAAN KBSM DAN KSSM

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM telah  dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017. Pelaksanaan KSSM mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak semula.

kssm dan kbsm

KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan selaras dengan keperluan abad 21. Di abad 21 , Negara memerlukan modal insan yang berfikiran krritis,kreatif dan inovatof seterusnya boleh member sumbangan kepada Negara dan mempunyai daya saing diperingkat global.  Murid yang mengukuti KSSM akan mempunyai cirri-ciri yang dihasratkan seperti kemahiran berfikir,komunikasi, kerja sepasukan,kepimpinan flexible, berinisiatif terarah kendiri,teknologi maklumat dan komunikasi ,keusahawanan, belajar sepanjang hayat dan kebolehan menyesuaikan diri.

Kurikulum standard dibangunkan mengikut suatu criteria yang ditetapkan berdasarkan persekolahan. Ia diterjemahkan melalui Standard Kandungan,Standard Pembelajaran dan Standard prestasi. Dokumen yang Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) digunakan bagi melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolahsekolah mulai tahun 1989 seterusnya pada 1998 ia ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 2014 kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KBSM digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara. Ia selaras dengan matlamat pendidikan Negara ke arah menghasilkan insan seimbang berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam rancangan KBSM ,pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi menjalin dan mengadunkan unsure-unsur ilmu dan kemahiran,bahasa dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.

Terdapat perbezaan diantara KBSM dan KSSM
  1. Rekabentuk kurikulum
Kerangka kurikulum KBSM berdasarkan 3 bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam sekeliling dan pembangunan diri individu. Manakala KSSM berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi,perkembangan fizikal dan estetika,kemanusiaan,keterampilan diri, Sains Teknologi , engineering dan Matematik (STEM), serta kerohanian ,sikap dan nilai.  Rekabentuk kurikulum KBSM juga adalah berasaskan hasil pembelajaran manakala KSSM berasaskan Standard kandungan, satandard pembelajaran dan Standard prestasi
  1. Dokumen kurikulum
KBSM menggunakan sukatan pelajran dan huraian sukatan pelajaran manakala KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  1. Peruntukan masa
KBSM memperuntukkan masa mengikut minit seminggu manakala KSSM minimum jam setahun
  1. Organisasi kurikulum
KBSM dan KSSM mempunyai organisasi kurikulum yang sama iaitiu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib,mata pelajaran tambahan dan matapelajaran elektif.
  1. Elemen merentas kurikulum
KBSM dan KSSM masing masing menggunakan elemen Bahasa,Sains & Teknologi,Tekonologi Maklumat & Komunikasi(TMK),kelestarian alam ,nilai murini dan patriotism. Walaubagaimanapun KSSM mempunyai elemen tambahan iaitu kreativiti dan inovasi,keusahawanan dan kelestarian global.
  1. Penekanan pedagogi
KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran kontekstual,pembelajaran kolaboratif,pembelajaran berasaskan projek. Tetapi tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pendekatan konstruktivisme, pendekatan Science Technology ,Engineering and Mathematics (STEM).
  1. Jenis pentaksiran
Pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja, manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan dalan DSKP sebagai Standard Prestasi


1 comment:

  1. Perenggan ke-4: "...pada tahun 2014 kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah"
    Perenggan pertama: "KSSM telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017"

    Yang mana satu ni, 2014 ke 2017??

    ReplyDelete