Sunday, 29 June 2014

VIDEO KLIP RAYA..

Tanggal 28 Jun 2014 bersamaan 30 syabaan. .first time aku join aktiviti bersama 9 family..Aktiviti yang tak pernah la aku ni sebagai cikgu join benda benda ni semua..Aktiviti memasak kueh tart dan mengacau dodol. Aktiviti ni dah biasa group supermom buat tapi ini kali pertama la aku dapat join sekaki..


Mengacau dodol dengan penuh semangat

Supermon pakat dok gulung tart nenas sampai kul 2 3 pagi..jenuh..masa buat tart nenas ni aku tak join.diorang buat di homestay.Hari sabtu pulak sisuami mengacau dodol dengan bersungguh sungguh.Meleleh segala peluh. Sambil sambil makan durian..Best kan...Merasai suasana kampung menyambut hari raya..macam real jer program rakaman ni..Mak mertua aku pula jadi model ibu yang turut membantu membuat bancuhan dodol..memang real betul lah !!

Sebenarnya aktiviti macam ni memang best sangat. dapat la aku berkenal rapat dengan geng geng supermom sister..mereka makan makan dan berehat di rumah aku..Aktiviti kemuncak ialah proses rakaman video untuk lagu raya..haha..berlakon dan miming lagu raya la jap....susah juga kan nak buat video nih..cameraman  ni memang expert jer cuma kitorang yang ramai ni la macam macam gaya ..dengan anak menangis la..berlari ke sana ke mari lah....nak lagi berseri , siap ada vespa lagi .bertambahlah real gambar sambutan raya ni...hehe



menyayi lagu raya


Macam macam  gaya ada..punya la mami hadha dengan dady kamarul bersungguh sunguh nak siapkan kad raya special untuk kami..sampai ke malam baru siap...dapatla kami kad raya paling istimewa dari team supermom tahun ni..yang paling best sekali..muka aku la ...ada sekali kat dalam tu. .perasan jap....Nantikan ye..siapalah yang bertuah dapat kad serta kueh tart dan dodol dari team raya kami...hehe..Selesai kacau dodol dan mengetart aktiviti anak anak pulak....mandi kolam.


Terima kasih Allah kerana pertemukan aku dengan insan insan hebat yang menjadi sumber inspirasiku..Disini jalinan kasih sayang dan ukhwah kami semakin erat..semoga aku ada peluang lagi untuk join aktiviti bersama supermom yang terlajak hebat  nih  !!!!  Haha..

 semua aktiviti kami ditaja oleh mami Hada dan Dady Kamarul...time kasehhhh..



Possing jap....


K byee....

Selamat Menjalani Ibadah Puasa..........






Tuesday, 24 June 2014

15 keistimewaan MEALSHAKE yang MESTI diketahui

Heboh sangat ..sana sini mak mak budak cerita pasal mealshake..dulu ai pu tak tau juga..apa kebenda la mealshake ni..apa shake shake nyer..Ada la sorang kawan ai tu..siap pergi cari kat farmasi ..masa tu dia tak tau pun mealshake ni apa..pasal teruja sangat dengar kehebatan mealshake ni,dia terus pi tanya adik kat farmasi tu..Adik tu pun tercengang ...dia pun tak tau..hehe..tu la pasal..barangan shaklee ni hanya ekslusif boleh diperolehi daripada ahli yang berdaftar sahaja..farmasi memang tak da la..

Kenapa mealshake ni menjadi sebutan?
mestilah ada sebabnya...di sini saya nak kongsikan kebaikan mealshake..jom khatamkan..

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:

  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu

Kalau nak dikira harga memang la sangat berbaloi-baloi..RM 113 sahaja..

mealshake shaklee

Saya adalah pengguna mealshake, menjadi kegemaran anak saya  Faheimy...sekarang tak perlu lagi saya berkunjung ke klinik untuk mengambil ubat selsema atau demam..Alhamdulillah..
Jadi mari cari jalan penyelesaian pada masalah anak anda...
mencegah lebih baik dari mengubati...

Anda boleh menghubungi saya di no berikut

suhaila abdul
0108798077
FB:suhaila abdul

10 TIPS AJAR SI MANJA BERPUASA

Lagi 4 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan..Ada yang terkejar-kejar nak ganti puasa tahun lepas....kannn..awal awal tak nak ganti....haha..aku pun dulu-dulu camtu gak..cuma sekarang ada baik sikit la..awal sikit la dah ganti...

Dok sebut pasal puasa,orang yang paling heboh sekali la Dania..asyik pesan jer kat ibu suruh kejutkan dia bangun sahur..masa kakak nak puasa ganti,dia pun sibuk suruh kejutkan dia nak makan..tapi bila tiba masa nak sahur liat juga...

Alhamdulillah..tadika tempat dania belajar,tadika Amirah,tadika al hafiz..sentiasa mendidik anak anak kami mempelajari solat dan juga kewajipan lain sebagai umat Islam.Jadi sedikit sebanyak dania dan kawan kawannya dah tahu doa-doa harian,bacaan dalam solat,cara bersolat dan juga adab-adab sebagai muslim sejati.

Disebabkan dania terlalu sibuk nak berpuasa ,so nak try la ajar dia puasa tahun ni.lagipun tahun ni Dania dan 6 tahun..dapat separuh hari pun ok kan..sikit-sikit .Lagipun dia belum  cukup umur baligh.Tak ada makna juga kalau mengajar anak seharian berlapar dan dahaga sampai melepek..tapi tak pula mengajar anak untuk solat..Rasanya kena lengkapkan dulu solat mereka,lepas tu ajar sikit demi sedikit untuk berpuasa.Pusa tanpa solat hanya menahan lapar dan dahaga,pahala pun ta dak..Ada juga baca hadis shahih ni..
"Perintahkan anak-anak kalian untuk (melakukan) shalat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (ketika meninggalkan shalat) saat berumur sepuluh tahun. Dan pisahkan ranjang diantara mereka." (HR. Abu Daud, 495 dishahihkan oleh Al-Albany dalam shahih Abu Daud)


Bagi ke tiga-tiga abang dan kakaknya dulu akan mula berpuasa ketika usia 7 tahun.Disini saya nak kongsi sikit tips macamna anak anak saya dulu mula berpuasa.


1.Permulaan puasa biasanya tak pernah lepas sehari.jadi saya biarkan mereka berpuasa sekerat hari ,so hari seterusnya akan ditambah masa berpuasa sikit demi sedikit.

2.Kejutkan mereka bangun sahur agak lewat, kira kira jam 5.20 pagi sangat membantu mereka di siang hari

3.Biasanya kalau anak puasa mesti nak masak makanan kegemaran anak-anak..mesti dia suka

4.Memberi sedikit duit hadiah jika dapat berpuasa penuh.Perlu difahamkan anak-anak supaya mereka berpuasa bukan untuk mendapat ganjaran duit atau hadiah tetapi berpuasa kerana Allah dan pahala akan diberikan oleh Allah sebagai ganjarannya.Cerita la kat anak di syurga ada pintu yang dinamakan Ar-Rayyan ,dan hanya muslim yang berpuasa di bulan ramadhan layak untuk menghuninya

5.     Puji la sikit  diorang di depan keluarga sewaktu berbuka, ketika sahur. Bolehla menaikkan semangat .

6.      Mendorong semangat berlumba-lumba antara adik beradik  tanpa harus mencela yang tertinggal.

7.      Melalaikan rasa lapar dengan tidur atau dengan mainan  yang tidak memerlukan tenaga. Sebagaimana para sahahabat yang mulia melakukan terhadap anak-anaknya.

8.Sekiranya anak kurang selera makan atau terlalu letih,saya akan memberikan makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi yang mungkin hilang kerana hilang selera makan atau kekurangan zat makanan dari makanan yang di ambil.Mealshake ni memang kesukaan anak anak..Rasa yang sedap..boleh dibuat sejuk atau suam dan boleh juga campur dengan milo atau horliks

Biasanya kalau anak saya merasakan keletihan yang sangat, saya tak paksa untuk menyempurnakan puasanya. Hal itu agar tidak menjadikan sebab mereka benci beribadah atau    menjadi sebab berbohong atau timbulnya penyakit. Kerana pada dasarnya, dia belum termasuk mukallaf (terkena beban kewajiban). Hendaknya masalah ini diperhatikan, jangan terlalu keras dalam memerintahkannya berpuasa.
ramadhan


Selamat menyambut bulan Ramadhan...
Semoga kita masih bertemu lagi dengan ramadhan kali ini dan tahun akan datang....amin

Semoga ibu-ibu dapat sama-sama melatih  anak kita untuk berpuasa tahun ni...insyaallah...


wallualam





Monday, 23 June 2014

18 YEARS FALL IN LOVE WITH U

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmuAku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rinduKarena langkah merapuh tanpa dirimuKarena hati telah letih
Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuhAku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamuTanpamu sepinya waktu merantai hati Oh……..Bayangmu seakan-akan …………

Kau seperti nyanyian dalam hatikuYang memanggil rinduku padamu oh………..Kau seperti udara yang kuhela kau selalu adaHanya dirimu yang bisa membuatku tenangTanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi


Kau seperti nyanyian dalam hatikuYang memanggil rinduku padamu Oh ……….Kau seperti udara yang kuhelaKau selalu ada, selalu ada, dan selalu adaYang selalu ada dan selalu ada ………..

Saturday, 21 June 2014

APABILA IA RAPUH


Saya adalah tergolong dikalangan wanita yang tidak gemar minum susu sejak dari kecil lagi.So tidak hairanlah tubuh badan saya ini kecil molek aje.Tidak seperti mereka yang seusia dengan saya.Mungkin salah satu faktornya ialah kekurangan kalsium dan ada juga faktor genetik mungkin...

Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan rakan sekelian dengan satu vitamin yang sangat membantu saya dalam membekalkan kalsium yang cukup pada ketika ini usia dah hampir menjangkau ke 40 an.Syukur alhamdulillah kerana saya bertemu dengan OSTREMATRIX yang membantu saya supaya tidak perlu membancuh susu untuk mendapatkan bekalan kalsium seharian saya....

Sebelum itu kita study sikit mengapa kalsium penting kepada kita terutamnya wanita dan ibu- ibu mengandung serta sesiapa sahaja yang bergelar manusia.

AMARAN!!!!

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.

  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan. 
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon.  Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
OSTEOMATRIX SHAKLEE SESUAI PADA
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
OSTREMATRIX


                             ORDER OSTREMATRIX
Untuk keteranga lanjut
hubungi saya
0108798077

Saya pengedar sah shaklee
Masjid Tanah
melaka
Seluruh Malaysia
Ready stok...

TIPS ELAK KEJANG SEMASA HAMIL

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa hamil.Biasanya berlaku dalam trimester kedua  dan ke tiga. 
Kejang

Mengapa kejang berlaku pada ibu mengandung?

Ia berlaku kerana asid berkumpul dalam serat otot lalu menyebabkan otot menjadi kejang.Kebiasaanya di bahagian betis.Memang sangat terseksa jika ia berlaku pada waktu malam.Walaupun kadang kala kesakitan berlanjutan beberapa minit, ia tidak akan merosakkan otot

Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah mungkin menjadi puncanya.Malah rahim semakin membesar turut memberikan tekanan ke atas salur darah besar pada kaki lalu memberi keaan kepada otot kaki.

 Disini saya kongsikan beberapa tips mudah yang boleh diamalkan.

1.Pakai kasut yang sesuai dengan ibu mengandung iaitu kasut yang tumitnya agak rata.Kasut bertumit tinggi akan menambahkan tekanan pada kaki,memandangkan berat ibu semkin bertambah.

2.Selalu membuat urutan ringan di bahagian betis dengan minyak angin untuk keselesaan.

3.Semasa tidur,alaskan bahagian kaki supaya lebih tinggi dari paras kepala.


4.Amalkan pemakan seimbang,lebihkan protin terutamanya susu tinggi kalsium

 5.Amalkan makan badam yang ada kandungan vitamin D dan magnesium

6.Bagi ibu2 yang bermasalah loya semasa minum susu tepung atau susu segar,dengan mudahnya ibu ibu boleh mendapatkan khasiat vitamin seperti kalsium,magnesium,fosforus,vitamin D,zinc, kuprum, manganes dan boron daripada tablet OSTREMATRIX.Dengan mengamalkan pengambilan 4 biji sehari, ibu ibu dapat mengatasi masalah kekejangan ketika hamil.


Selamat mencuba























Sunday, 15 June 2014

Pertemuan sejuta rahmat....

Hari ni memang busy sikit...pagi pagi dah ke pasar beli ikan untuk stok seminggu..Dah la faheimy tak nak berjalan dalam pasar...mengengkot dibuatnya dokong dia..dokong ikan  dokong sayur...keke..

Balik rumah mengemas ikan..nak masak..cik abang suruh masak lebih2 untuk pekerja yg nak buat garaj kat rumah ni...esok dah mula sekolah...macam macam fikir dalam otak ni nak siapkan segala benda..baju berkoyan belum lipat..belum gosok..tiba tiba dapat message.."kak su ada rumah tak hari ni?mak njang nak datang rumah boleh"..uish..dah lama dah jumpa mak saudara aku ni..dah lebih dari 10 tahun kut..Rumah aku ni lagi la tak pernah sampai...diorang akan datang dalam pukul 11 lebih...hehe..kelam kabut..mujur la anak ramai boleh tolong..sorang kemas 1 level, mengemop..huru hara la kejap..tapi selesai juga...terima kasih anak2..tolong ibu...


Tup tup sampai plak kak ngah..dia datang tengok orang buat garaj..mangsa dah sampai...kak ngah pulak kena masakkan asam pedas ikan bawal..kalau mai melaka mesti la kena rasa asam pedas melaka...kalau aku masak asam pedas..ala2 hentam jer..sedap tu entahle..tapi kak ngah memang dah rutin dia masak. ..sedap la..

Bila dah sampai orang jauh. ..terubat juga rindu pada mak...mak su rupanya seiras dengan arwah mak..bila dah jumpa...rutin la..mak su kalau jumpa aku mesti ingat arwah mak..hujan la sekejap...huhu..Sebenarnya kami 6 beradik kurang akrab dengan saudara mara sebelah arwah mak...lagi pulak bila mak pergi buat selama lamanya..hubungan kami semua semakin jauh..Tetapi hari ini jalinan ikatan kasih sayang kembali dikukuhkan dengan kehadiran mereka..Kak Lah yang semakin hilang pendengaran dan kini mata pula semakin rabun....mak su yang baru 2 minggu operation selaput mata..

Diatas masalah kesihatan yang mereka alami ketika ini..sudah pasti aku mengesyorkan shaklee..semoga dengan pengambilan suplimen ini, dapat membantu mereka mengatasi masalah kesihatan mereka..

Semoga ikatan siaturrahim ini kekal berpanjangan..Anak anak mengenali siapa nenek saudara mereka sendiri..


Sekian..

 #mood menulis sambil menyusukan faheimy sampai tidur....
















Saturday, 14 June 2014

JOHAN PERTANDINGAN

Hari ni ...time untuk tambah ilmu..Kami berempat bersama si kecilku Faheimy ke Hotel City Bayview Melaka untuk menghadiri bengkel nutrisi anjuran Shaklee

Ini adalah kali kedua aku menyertai bengkel bersama shaklee.kali pertama dulu ditempat yang sama juga tapi itu bengkel New Distributer Training.Memang dah lama aku tunggu tunggu untuk sertai program sebegini.Baru senang nak faham dengan lebih mendalam tentang kandungan nutrisi dalam setiap produk shaklee..Sememangnya aku akan lebih yakin berkongsi maklumat bersama kawan kawan dan juga pelanggan yang menggunakan produk shaklee.

Memang sangat teruja bila pakar nutrisi menerangkan tentang kandungan, kebaikan dan perbezaan setiap produk shaklee jika dibandingkan dengan jenama lain di luar sana.Bila dah tahu khasiat setiap satu,rasanya macam nak try je semua produk-produk yang best sangat-sangat tu.Tak sabar pulak nak kongsi ilmu dengan kawan-kawan.Yang sangat hebat tentang shaklee ni, yang boleh membezakan shaklee dari orang lain ialah,produk ini saya yakin memang selamat .Mana tak nya.Selagi tidak lepas dari ujian kualiti,produk tak akan dikeluarkan di pasaran, tak kisah la berapa tahun sekalipun.Lebih dari 100000 ujian kualiti dijalankan setahun tau.

Nak kata berkesan memang la berkesan.Bahan yang digunakan adalah 100% semulajadi.Dah ada lebih dari 100 terbitan saintifik bertulis.dan rekod unggul menunjukkan individu yang mengambil suplemen shaklee memiliki tahap kesihatan yang lebih baik.So produk ini diuji secara klinikalbtau..bukan main cakap je..ada bukti bertulis...
Shaklee adalah syarikat pertama di dunia mendapat pensijilan Climate neutral kerana mengimbangi sepenuhnya pembebasan karbon dioksida pada tahun 2000.

Tapi yang buat ribut masa bengkel ni,siapa lagi kalau bukan Faheimy...ribut..mana boleh dia duduk setempat..Bosan..menjerit ..berlari..menangis..hehe..bukan dia sorang yang begitu..Ramai lagi ibu ibu yang membawa anak bersama di setiap program shaklee anjurkan pihak shaklee pun dah tak heran ..Ini adalah bisness family..bawa anak ..anak menjerit ..anak naik pentas ..itu biasa..itu yang membezakan kami dari yang lain lain

Di akhir bengkel kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama produk dan kami dikehendaki membuat kerja kumpulan dengan menulis kebaikan setiap produk masing masing dan ditulis diatas kertas majung.Present kat depan..Ada hadiah untuk good presenter dan the best group..
Aku termasuk la dalam kumpulan yang menang..johan pulak tu..jangan jeles....hehe..dapat la sorang satu  b complex free..
bengkel nutrisi

Bila dah dengar penerangan dari pakar nutrisi tadi..terasa pulak..apa yang kita makan selama ni terlalu banyak kandungan bahan kimia dan bahan sintetik..dan tak tahulah berapa banyak lagi ubat ubatan yang akan berada di dalam badan kita terutamnya anak anak kita nanti..semakin maju dan canggih dunia sekarang semakin banyak yang dirosakkan.
.
Selepas ni nak cuba sedaya upaya untuk mengamalkan pemakan sihat dan gaya hidup sihat...
Semoga ilmu ini dapat memberi manafaat yang baik kepada diri sendiri dan mereka yang menyertai program ni...
wellness workshop

cauuu...

Thursday, 12 June 2014

PETUA TURUNKAN PARAS KOLESTROL

Bilakah kali terakhir anda membuat pemeriksaan doktor untuk mengetahui paras kolestrol anda?Adakah anda pengidap penyakit jantung?Kurus tidak bermakna anda bebas kolestrol .

Apakah tindakan anda selepas mengetahui anda penghidap sakit jantung dan paras  kolestrol yang tinggi?

Apakah itu kolestrol?
Terdapat dua jenis kolestrol utama dalam darah:
1. LDL (lipoprotin berkepekatan rendah)
2. HDL  (lipoprotin berkepekatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolestrol " jahat" kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam salur darah.Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah,seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.
Plaque yang terlekat di dinding arteri


Kolestrol HDL pula dikenali sebagai kolestro "baik" kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan.Dengan kata lain HDL berperanan sebagai "membersihkan "saluran darah.

Untuk melindungi diri dari penyakit kardiovaskular,kita hendaklah mengekalkan paras kolestrol HDL yang tinggi dan paras kolestrol LDL yang rendah

PETUA UNTUK MERENDAHKAN PARAS KOLESTROL DARAH SECARA  SEMULAJADI

1. Amalkan pemakanan seimbang,rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
2.Lakukan senaman lebih kerap
3.Turunkan berat badan
4.Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fistoterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi

Apakah itu FISTOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan sterol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah buahan ,sayur sayuran ,kekacang ,biji bijian,legume,bijirin dan minyak sayuran.Lebih dari 80 kajian santifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

BAGAIMANAKAH FITOSTEROL BERKESAN?

Struktur fitosterol adalah hampir sama dengan kolestrol dan dengan pengambilan fitosterol ia akan bersaing dengan kolestrol untuk tapak penyerapan dalam sistem  penghadaman.Hasilnya penyerapan kolestrol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol.Ini bermakna ,apabila kita mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolestrol  yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk kita menurunkan paras kolestrol LDL


BERAPA BANYAK FITOSTEROL YANG KITA PERLUKAN?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan  2000 mg fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolestrol secara semulajadi.


Antara sumber makanan pembekal fitosterol semulajadi


BOLEHKAH MAKANAN YANG ANDA MAKAN SEHARIAN MENAMPUNG  PENGAMBILAN 2000 mg FITOSTEROL  SEHARIAN ANDA?

 PHYTOCOL-ST

pengedar shaklee masjid tanah, melaka
I'M #sid 
0108798077

MAKANAN TERBAIK SEWAKTU SAKIT PERUT

Mesti anda pernah merasa tidak selesa ketika sakit perut menyerang.
Adalah penting untuk makan makanan yang betul sewaktu sakit.Ini kerana jika anda kurang makan akan melambatkan proses penyembuhan.Sebagai contoh,ketika anda diserang demam selsema ,anda perlu memastikan air yang diminum mencukupi.Disamping itu anda perlu mengambil hidangan yang berkhasiat.

Sekiranya anda di serang sakit perut ,cara untuk mengekal hidrasi tubuh dan makan makanan yang lembut akan mempercepatkan proses penyembuhan.

Terdapat beberapa cadangan untuk anda sembuh dengan lebih cepat

1. Makan biskut kraker dan roti bakar
2. Pisang
3.Halia

Ketika zaman persekolahan dulu ,selalunya ibu akan menyuruh kami menguyah pucuk jambu batu dan telan sekali dengan pucuk yang telah dikunyah.Ekkkk..pahit giler.Tapi pastikan daun yang nak dikunyah tu telah dicuci sebersih bersihnya.

Ada juga petua yang meminum air teh pekat.memang pahit tetapi dapat juga mengurangkan rasa sakit perut .

Bagi saya sekeluarga ,seandainya mengalami sakit perut dan cirit birit biasanya saya akan menelan  4 biji OSTREMTRIX bersama segelas air .Kemudian saya akan tidur serta berehat kira-kira sejam.Biasanya selepas bangun dari tidur sakit perut itu akan beransur pulih  dan akhirnya hilang tanpa disedari.
Selamat mencuba  ^  ^

sakit perut
I'm SID
0108798077

Monday, 9 June 2014

MY FIRST STEP IN SHAKLEE


Wah..wah..hapeningnye tengok post kat wall kawan-kawan kat facebook..Teruja dan tak sabar nak pergi join sama.NC or National Conference merupakan hari yang ditunggu tunggu oleh setiap sid..dulu saya tak tahu pun apa tu NC..dan tak pernah ambil tahu pun pasal tu.
Selepas setahun join shaklee secara tak sengaja..ni semua kesan tarikan dek nurqasih outlet full la ni..baru dapat aura.Nurqasih selalu pesan..kak su..kalau kak su naik supervisor lepas tu maintain efektif dalam satu cycle nanti dapat naik pentas tau masa anugerah shaklee nanti..Dalam hati..oh ye ke..macam tak percaya je...boleh ke?  

                                                      My first award in cycle 2013/2014

Walaupun zero dalam shaklee,suka suka share kelebihan shaklee kat kawan kawan..lama lama ramai yang berminat.Mulalah serious sikit.Part time..my full time is teacher..Best..dapat buat dua benda dalam satu masa..walaupun agak busy teramat tapi itu yang saya pilih dan saya suka kedua duanya. ..guru itu jiwa saya..dan dalam shaklee saya dapat membantu insan lain menjalani kehidupan lebih sihat..
 NC shaklee 2014 berlangsung selama 2 hari iaitu 7 dan 8 Jun 2014 di Sunway Pyramid City Square.Pastinya tarikh ini menjadi sejarah dalam diari hidup saya.Bersama ditemani oleh suami tercinta cik abe azally.Dapat satu anugerah je pun.Tapi dia punya aura majlis sangat membuatkan saya sangat termotivasi..hehe..Gambar gambar mereka yang top top master berada disana sini..Buat masa sekarang daku hanya mampu bergambar dengan poster2 ajer..  
suhaila abdul

                                                    Terima kasih suamiku.memberi sokongan

Cita2 dan impian untuk juga menjadi seperti mereka memang la ada.Sebenarnya semenjak join shaklee saya lebih terdorong untuk lebih banyak memberi.Mendekati mereka yang berjaya mendorong saya untuk berusaha lebih kuat bukan sahaja dalam shaklee tetapi dalam kerjaya sebagai guru.Banyak benda yang boleh saya aplikasikan ilmu dalam shaklee ke dalam pendidikan dan dari bidang pendidikan ke dalam shaklee..Yang penting saya sangat enjoy dan happy dengan hidup saya sekarang..

Shaklee membantu saya menjalani kehidupan keluarga yang lebih sihat bukan saya sahaja malah teman teman saya juga.Impian saya untuk membuatkan lebih ramai lagi sedar akan kepentingan suplimen untuk menjalani hidup sihat.Sihat adalah nikmat Allah yang paling istimewa.Dengan kesihatannyang baik kita boleh beribadat denga lebih banyak. .menjaga dan menjalani kehidupan bahagia bersama keluarga..

Biarpun saya belum mengecapi berbagai keistimewaan yang shaklee beri kepada sid yang cemerlang gilang terbilang seperti mereka,cukuplah sekadar satu award sebagai permulaan..Kami diraikan dengan diner bertemakan 'Gliter night Gala Dinner'

  

suhaila abdul


                                                              sedapnye makan!!!

Happy dan termotivasi dengan mereka mereka yang hebat..Dulu mereka juga seperti saya..kalau mereka boleh..sudah pasti saya juga.

Kami adalah satu keluarga besar shaklee..Ikatan silatirrahim terjalin di sini..  



                                        Sibaju biru my mom..and others is my  adik beradik yang sporting

 
suhaila abdul

                                                                                 It 's me

Semoga saya akan di bantu oleh Allah mencapai matlamat bersama shaklee disamping dapat membantu insan insan yang memerlukan .Lebih banyak kita memberi lebih banyak yang kita dapat....
Aminn....



I'm SID shaklee
call/wassup me for details 
(0108798077)