Sunday 30 October 2016

KENAPA PERLU ADA LANDMARK STUDY?

Dalam entry yang lepas akak dah share tentang bagaimana sejarah bermulanya LANDMARK STUDY ni .Nak baca boleh KLIK SINI

landmark study

Semulajadi dan NON GMO adalah lebih baik dari yang sintetik

Hari ni akak nak share pula kenapa pentingnya LANDMARK STUDY ni dijalankan. Sebelum tu kita baca dulu macamna cara kajian ini dijalankan. Kajian ni dijalankan ke atas tiga kumpulan

1. Bukan pengamal sebarang suplimen 
2. Pengamal suplimen jenama lain
3. Pengamal vitamin Shaklee

Hasil kajian kumpulan nombor 1 dan dan nombor 2 diatas , diperolehi daripada National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) 2001-2002 and NHANES III 1988-1994.Kaedah kajian ni bukan setakat soal jawab tapi melalui soal selidik dan juga  ujian  daripada ujian darah, tekanan darah serta berat badan sampel ke atas pengguna suplimen shaklee yang consume  dalam jangka masa yang panjang ( 20 tahun ke atas ). Kajian ini juga diambil daripada sampel mereaka yang menjalankan gaya hidup sihat seperti bersenam, makan makanan yang seimbang cuma perbezaan mereka adalah dari segi yang tidak mengambil sebarang suplimen, yang mengamalkan suplimen lain, serta pengamal suplimen shaklee.


KENAPA LANDMARK STUDY PENTING?


    Kebanyakan daripada kajian-kajian lepas ,hanya memfokuskan kepada kajian dalam jangka masa yang pendek.TETAPI....masalah penyakit yang kita hidap bukannya timbul dalam masa yang singkat.Ia mengambil masa sehinga 20 ke 30 tahun.Sebagai contoh , jika kita pengamal sarapan , roti canai serta teh tarik setiap hari. Kesan diabetes, serangan jantung , kanser atau sebagainya bukan esok atau lusa ,atau setahun dua tahun, kebiasaannya kesan akan dapat dilihat ketika kita berusia 40 ke 50 tahun ke atas. 

     Ini menunjukkan bahawa penyakit  hanya akan dapat dikesan dalam jangka masa yang panjang. Jadi disini nampak tak ? Kalau kita mengamalkan suplimen dalam jangka  masa yang panjang pula , apa akan jadi? Ada effeck ke? Macam mana pulak kalau tak payah makan apa-apa suplimen ? Pun ada effeck ke ?Kalau korang nak tahu ,LANDMARK STUDY ni adalah kajian yang pertama seumpanya dijalankan  untuk melihat kesan jangka panjang penggunaan suplimen iaitu selama 20 tahun.

   Kebanyakan syarikat tidak mengamalkan tahap kualiti assurance seperti yang Shaklee amalkan. Hanya segelintir syarikat yang menjalankan ujian klinikal ke atas produk mereka sepelum ianya dibuat. Jadi korang fikir la sendiri kann..


landmark study


KESIMPULAN DARI KAJIAN

Landmark study ini adalah satu-satunya kajian ke atas keselamatan dan efikasi penggunaan suplimen dalam jangka masa panjang ( Tiada siapa pun yang pernah buat seprti ini)

  • Pengguna shaklee memperolehi tahap nutrien dalam aliran darah adalah lebih baik. Ini mendakan yang produk shaklee beanr-benar  memberikan nutrien dalam aliran darah
  • Pengguna produk shaklee menghadapi tahap risiko diserang penyakit yang rendah
  • Menggunakan produk shaklee akan memperbaiki kesihatan  
  • Pengguna shaklee menyatakan yang mereka rasa lebih sihat
  • Tidak ada risiko dikesan dikaitkan dengan penggunaan suplemen Shaklee.Produk shaklee selamat digunakan dalam jangka  masa yang panjang
landmark study

landmark study

landmark study

landmark study

landmark study


landmark study

Jika anda ingin sihat sepanjang hayat dan jika anda mahukan lebih bertenaga , cantik dan ceria...Shaklee telah membuktikan  yang produknya memberikan apa yang anda mahukan...


suhaila
010 8798077


Saturday 29 October 2016

KENAPA ROGER BARNETT HEBOH SANGAT DENGAN LANDMARK STUDY?

    Semenjak dua menjak ni akak memang hari-hari dok mencari jurnal.Nak buat assignment kritik jurnal la, nak cari bahan dari jurnal-jurnal untuk tajuk tesis sendiri. Jadi sambil sambil dok cari jurnal tu, terfikir pulak nak cari jurnal pasal LANDMARK STUDY SHAKLEE..betul ke apa yang dorang dok war-warkan pasal LANDMARK STUDY SHAKLEE ni...akhirnya ketemu juga jurnal yang hangat diperkatakan tu...klik sini 

Landmark study tu apa?
Landmark study ni  adalah satu jenis kajian yg boleh menjadi rujukan kepada semua pihak dalam bidang yang sama .Ia satu kajian saintifik yang mengambil masa yang panjang nak buat .Mesti kena ikut law-law tertentu baru boleh disahkan kajian dia tu..Lepas kajian siap dilakukan, semua keputusan akan diterbitkan dan dipaparkan untuk semua orang baca. Bukan simpan dan syok sendiri je kajian ni. Biasanya kalau korang dengar produk-produk diluar sana kata mereka menghasilkan produk yang selamat dan semulajadi kan..tapi cakap saja..tak da bukti pun. Kalau orang yang otak  logik selalunya suka pada nombor dan keputusan..tak main la setakat cakap-cakap tanpa bukti ni.of course tak kan percaya.

landmark study
Kenapa sibuk-sibuk sangat nak buat LANDMARK STUDY ni?
   
 Kisahnya bermula macam ni..
 Mr Roger Barnett telah membeli syarikat Shaklee so dialah CEO Shaklee. Ramai pengguna yang consume vitamin Shaklee kata , kesan makan vitamin Shaklee ni bagus.Tapi Mr Roger Barnett tak puas hati. Kalau setakat cakap saja, tanpa bukti macam mana nak buktikan yang Shaklee ni benar-benar bagus? Semua orang boleh kata produk dia bagus. Tapi mana bukti saintifiknya?  Jadi  Mr Roger mengambil satu keputusan , iaitu beliau proposed National Health and Nutrition Examination Survey (NHANES) untuk membuat satu study ke atas suplemen Shaklee ni.


 Dr Gladys Block

Jadi LANDMARK STUDY ni ada sorang saintis yang mengetuai kajian ni ..nama dia Dr Glady's Block. Beliau adalah seorang Professor Emerita dari University of California, Berkeley School of Public Health 

 Ni dia geng-geng yang dok buat Landmark Study tu..bukan calang calang orang yek..
  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA
 Tergeliat lidah aku nak sebut..hihi..Dari apa yang saya search , Dr Gladys Block ni dah terbitkan berpuluh ke beratus dah jurnal-jurnal ..Boleh tengok kat sini..GLADYS BLOCK . Jadi dia ni bukan sembarangn saintis la kan..Siap dah dapat title Emerita or melayu kata Profesor Emiritus la gitu..

Apa keputusan yang dorang dapat? BERSAMBUNG

Friday 28 October 2016

PERTANDINGAN PETROSAINS PERINGKAT NEGERI 2016

Sejak masuk belajar dari 5 september 2016 hari.tu..aku memang busy sangat..Kejutan budaya bila dah lama tak study  tiba tiba masuk belajar balik..ohhhh tidak...agak pening juga la nak sesuaikan diri dengan hidup baru di alam student ni...

Kalau dulu hari2 masuk kelas ..memang siap sedia dalam otak apa nak ajar..seronok dapat bebel bebel dalam kelas..seronok mengajar anak2 murid walaupun ada masa stress...tapi sekarang semua dah berubah..360 darjah tau..tapi redah je walau apa jadi pun..😄

Jadi untuk meredakan tahap kestresan aku selama dua bulan..hari ni member ajak berjimba dengan anak2 murid ..hihi..sebelum ni dah janji nak g keluar sama2 main bowling tapi tak sempat..kali ni bila cuti pertengahan sem..boleh la aku berjimba...hihi..ala setakat g makan2 ..g main bowling..shopping2 kecil kecilan ajer...at least hilang sikit rasa rindu kat anak2 murid..kat kawan2..expecially si workaholic nurul akmal ni..dan dua budak nakal ni juga..Farah dan Bat...Tak habih2 gelak...seronok la korang gelak kat haku ye..haha..biarlah rahsia apa yg terjadi masa main bowling tu..syhhhhh...pecah rahsia siap korang...tu la.kisah duka hari Jumaat aku..tapi kelakar..hahahaha..

Anyway thank you so.much temankan cikgu hilangkan stress hari ni..and happy birhday buat Farah yg ke 14..sweet 14 dah...semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat..
Macam 2 insan bercinta plak korang hea

Tq cikgu akmal belanja..belanja la lagi..


Dalam dok cari lift nak ke car park jumpa plak diorang ni...yehaaaa...anak2 murid cikgu dah cantik2 belaka...rindu kat korang..syafiqah..amirah ..Atikah..tq masih ingat cikgu..


Ok tu je nak bebel hari ni..c u..bye

MAKAN VITAMIN GANTI NASI?

Selesai membungkus barang2 utk cod esok...belian tadi hampir 4K..seronok shoping..macam beli emas plak..hihi..
Bisness shaklee

Ni yg banyak2 ni dorang punya la..ada lagi yg blm bungkus..

Dorang makan vitamin ke mandi vitamin?

Sbnarnya dorang consume utk diri sendiri dan seisi keluarga..suami isteri..anak anak..mak bapa..mak mentua..bapa mentua..adik kakak..ada yg tetiba jer terdapat bonus ..bukan jual pun..makan sendiri jek..best kan
.
Kenapa semua makan plak?sesuai ke?

Sesuai..semua boleh consume ikut apa yg diperlukan badan..
Dgn consume cikli ni terbukti keberkesananya pada dorang..hasilnya dorang rasa sendiri..
.
Best betui bila tengok kawan2 sihat..

CARA TURUNKAN KADAR KENCING MANIS DALAM 2 MINGGU

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 21: NURUL SYAZWANI SALLEH
.
Ubat kencing manis

[KADAR KENCING MANIS MENURUN SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX]
.

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.
.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha..
.

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.
.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!
.

Is it my eyes playing trick or she does look younger? 🤔

#supermomshakleestory
#myvivixstory
#vivixse

Thursday 27 October 2016

5 SEBAB KENAPA BEDUNG BAYI MASIH RELEVAN

Zaman serba canggih ni masih ada ke ibu ibu tahu apa itu bedung? Mungkin kalau pernah tengok orang kampung macam akak ni ..mesti tahu apa tu bedung...Bedung tu istilah orang tua-tua dulu balut baby lepas je lahir.biasanya baby akan dibalut daripada bahagian tangan sampaila ke kaki. kat hujung kaki pula diikat lagi sampai kemas .Ada yang ikat juga di bahagian lutut. Semakin kemas baby kena bedung semakin susah nak keluarkan tangannya dari bedungan tu..ala la tomey...hihihi.. 

Sebenarnya tak da bukti kukuh pun dalam perubatan membedung boleh kurangkan baby dari masuk angin..Tapi amalan turun temurun ni ada baiknya..

Mungkin ini adalah sebab kenapa mak-mak kita dulu mesti nak bedung baby

1. Elak baby dari terkejut ( kejutan hipnagonik) .Dengan membendung, baby boleh elakkan daripada menyentak badannya sendiri.

BEDUNG

2. Melurusknan kaki.Kebiasaannya lepas saja lahir kita akan tengok kaki baby akan membengkok ,tak lurus..jadi bila membedung, dapat elakkan daripada berjalan kaki mengengkang
BEDUNG

3. Membendung dapat mebantu memberi ketenteraman kepada bayi.Baby akan terasa seperti dipeluk dan selesa seumpama dalam perut ibu.

4. Mebendung mampu mengelakkan bayi tersedak (SIDSS) atau kematian mengejut ketika baby tidur.Dengan membendung baby akan berada dalam posisi melentang .

5. Dengan membedung, baby akan tidur dengan lebih lama kerana terasa dirinya seolah -olah dipeluk oleh ibu dan berasa selamat dan terjaga.

BEDUNG

Sebelum ibu-ibu membedung baby tu, make sure baby dah kenyang, tenang serta lampin tak basah. Kain balutan tu pula dibuat dari kain kapas yang tidak panas. Biasanya baby yang agak aktif, kita akan dapat lihat tangannya dah terkeluar dari bedungan...mungkin time tu sudah tiba masa untuk membuka semula bedung tu..

KAIN BEDUNG

Nak bagi baby tidur lena dan sihat? KLIK SINI

Wednesday 26 October 2016

SOYA PUNCA LELAKI MACHO JADI PONDAN?

SOYA BUATKAN LELAKI JADI PONDAN?

Nutrisi adalah sains, bukan kepercayaan semata-mata. Walau bagaimanapun, bila masuk bab soya, ia tak jadi berasaskan fakta tapi tanggapan dan kepercayaan saja.

Biasanya yang disebarkan tentang soya ialah, ia menyebabkan lelaki menjadi seperti wanita (pondan) dan menurunkan kesuburan lelaki, kerana ia meningkatkan paras estrogen (hormon wanita).

🌕Soya Menyebabkan Lelaki Menjadi Lembut

Kandungan phytoestrogen di dalam soya dikatakan satu perkara yang menjadi kerisauan.

Estrogen adalah hormon wanita, sedangkan lelaki perlukan hormon testosteron untuk kelelakiannya.

Phytoestrogen dikatakan bertindak macam estrogen jadi tak ngamla dengan lelaki kan? Takut la lelak jadi lembut ka, pondan ka..

Tapi kajian yang dibuat:

“Soybean isoflavone exposure does not have feminizing effects on men: a critical examination of the clinical evidence.” Fertil Steril. 2010 May 1;93(7):2095 –104.

Laporan tersebut membuktikan bahawa isoflavon dalam soya tidak memberi kesan ‘kewanitaan’ kepada kaum lelaki.

🌕Soya Menurunkan Paras Hormon Kelelakian

Bila hormon kelelakian menurun, lelaki menjadi mandul, tak subur. Menjejas produktiviti. Benarkan pengambilan soya menjejeas kesuburan lelaki?

“Clinical studies show no effects of soy protein or isoflavones on reproductive hormones in men: results of a meta-analysis.” Fertil Steril. 2010 Aug;94(3):997–1007″

Laporan yang dihasilkan selepas ujian klinikal untuk mengkaji kesan soya terhadap lelaki —> PROTEIN SOYA TIDAK MEMBERI KESAN KEPADA HORMON LELAKI.

Malah, sebenarnya pengambilan soya sangat penting untuk lelaki, berdasarkan laporan kajian ini:

“Soy protein isolate and protection against cancer.” J Am Coll Nutr. 2005 Apr;24(2):146S –9S.

“Feasibility of a low-fat/high-fiber diet intervention with soy supplementation in prostate cancer patients after prostatectomy.” Eur J Clin Nutr. 2008 Apr;62(4):526 –36.

🌕Protein Soya mengurangkan risiko kanser prostat!

Nampaknya cerita-cerita buruk tentang soya hanyalah tanggapan semata-mata. Berhentilah menyebarkan keburukan soya yang tidak berasas, kerana mungkin kita telah menjauhkan orang lain dari perkara-perkara yang boleh membantu dalam meningkatkan kesihatan mereka.

Dan ramai yang minum soya terlebih2 pula suburnya.

Minum soya Pondan

Saya ambil dari FB dr Fyda Noh..
Tqvm dr Fyda..

Sunday 23 October 2016

PENGEDAR SHAKLEE BANGI DAN UKM

Assalamualaikum....
Hai semua ..hari ni saya nak declare yang saya adalah Shaklee Independent Distributor (SID)...Pengedar Sah Shaklee dan boleh C.O.D untuk kawasan sekitar Bangi .Saya juga pengedar shaklee di UKM . 

Saya adalah SID yang terlatih dan telah mengikuti Seminar dan Bengkel Kesihatan yg dianjurkan oleh Shaklee sendiri melalui Pakar-pakar Nutrisi mereka. Ini sijil saya untuk tahun 2014.Saya juga merupakan pelaar di UKM dan sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana. Dengan ilmu yang saya ada Insyaallah boleh mencadangkan dan memberi tips2 kesihatan kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan konsultasi.

shaklee masjid tanah

 Sijil saya, Nor Suhaila Abdul

Jadi, jika anda berada berhampiran dengan saya bolehlah hubungi saya untuk mendapatkan kesemua jenis Produk Shaklee melalui saya yang sudah tentu sentiasa "ready stock".  insyaallah produk boleh dihantar terus ke depan pintu rumah anda (*mengikut terma dan syarat). Call/whats Apps saya di talian 010-8798077 untuk temujanji dan juga konsultasi. Konsultasi percuma hanya untuk pelanggan kami shj.

Kepada yang berada jauh dari kami, jangan khuatir kerana saya menyediakan penghantaran melalui POSLAJU ataupun Courier service yang efisyen  untuk menjamin produk yang anda order sampai segera kepangkuan anda. Anda juga akan mendapat konsultasi dari kami secara percuma secara Online.

Perkhidmatan pos juga disediakan

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Ahli Shaklee, sila hubungi saya di no yang tertera di bawah.Insyaallah disamping menjana pendapatan, byk lagi keistimewaan yang anda perolehi.Sekiranya anda tidak berminat untuk berniaga, tidak mengapa, jadi ahli untuk mendapat kemudahan di website dan semestinya dapat harga ahli untuk setiap produk, itu lebih panting kan?.
pengedar shaklee

Ok, tu sahaja untuk entry kali ini...ingat shaklee ingat saya...SAYA IALAH PENGEDAR SHAKLEE KAWASAN Bangi dan UKM Jom hubungi saya!

Facebook : Nor suhaila Abdul
Hp/Wsp : 010-8798077
Emai: norsuhailaabdul21@gmail.com
Page: cute&beauty.com
IG :suhailacute21

Wednesday 19 October 2016

20:11

ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER LIMFOMA HODGKINS TAHAP 4




OKTOBER 2016

TESTIMONI 18: SAADIAH ARBAIN
[ANAK SAYA SEMBUH DARI KANSER PERINGKAT 4 SETELAH AMALKAN VIVIX]
.
vivix untuk pesakit kanser limfoma

Ini kisah anak saya.  Anak saya disahkan mengidap kanser Hodgkins Lymphoma stage 4 pada usia 10 tahun. Beliau telah sembuh sepenuhnya setelah mengambil Vivix Shaklee. Pada usia 10 tahun anak saya selalu mengadu sakit belakang.  Saya dan suami menyangkakan kemungkinan jatuh basikal atau jatuh masa bermain.Sakitnya semakin kerap.  Kami bawa ke klinik dan kadang-kadang ke hospital.  Di hospital doktor check ala kadar dan bekalkan Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Biasa la bila makan ubat sakitnya reda.  Lepas tu datang balik.


Doktor pun tak dapat detect penyakit ank saya.  Sampai satu masa doktor amik darah bagi tujuan ujian dan dihantar ke makmal darah. Doktor mengesahkan anak saya ada jangkitan kuman dalam darah. Anak saya menjalani operation kecil untuk mengambil sample di bahagian leher sebelah kiri. Setelah beberapa hari dapat result,  anak saya disuruh rujuk ke HKL. Sampai disana kami terus ke Wad Pedriatik kanak- kanak.

Hati seorang ibu hancur bagai dihiris sembilu apabila doktor Teh Kok Hoi memberi tahu anak saya mengidap penyakit kronik tahap 4 dan terpaksa menjalani rawatan kimoterapi.


Testimoni ubat kanser

Saya dan suami diberi kaunseling supaya tabah menghadapi kemungkinan yang akan berlaku. Suami saya tenang mendengarnya sedangkan saya sudah berbagai-bagai perasaan yang timbul.  Takut,  cemas dan sedih. Rawatan ini 50-50. Dari hari itu 20 Julai 2011 bermula episod baru dalam hidup saya.  Anak saya di masukan wad KK3 di pedriatik HKL. Anak saya menjalani rawatan kimoterapi dan perlukan penjagaan yang rapi.  Pesakit tidak dibenarkan jumpa orang luar kerana ditakuti jangkitan kuman. Kami berulang alik ke HKL selama dua tahun. Rawatan kimoterapi selama  enam  bulan dan masa selebihnya bagi check up susulan.

Setelah tempoh dua tahun anak saya disahkan sihat dari kanser tersebut namun doktor menasihati agar kami jaga pemakanannya kerana ditakuti penyakitnya akan berulang semula. Yang menyedihkan saya sekarang kos perubatan semakin meningkat.  Hospital kerajaan tidak dapat menyediakan kos rawatan bagi penyakit kanser stage 4. Ramai pesakit pergi ke hospital swasta yang menelan belanja yang agak mahal.

Sepanjang anak sakit, dia cepat down dan cepat terasa.  Tapi satu yang saya ingat sampai hari ni. Bila doktor suruh cuti setahun dari belajar untuk menjalani rawatan. Dia kata tak nak jadi orang bodoh sebab takut ketinggalan dalam pelajaran. Dia sangat sedih dengan keadaan dirinya. Justeru itu saya berusaha mencari supplement  bagi anak saya. Dari satu supplement ke satu supplement tetapi semua tidak sesuai. Dan akhirnya saya temui Vivix Shaklee.

Alhamdulillah peraturan Allah itu memang cantik.  Apabila anak saya memasuki sekolah form 1 di SMAN Lenggong , anak saya ditukarkan ke hospital Ipoh bagi check up seterusnya.Saya sentiasa bekalkan Vivix buat anak saya.  Setelah konsisten ambil Vivix,  anak saya disahkan bebas kanser pada 20. 07.2016. Satu berita yang menggembirakan.
Alhamdulillah lepas habis rawatan dia boleh skor balik pelajaran yg tertinggal. Yang paling menggembirakan saya Alhamdulillah periksa I'dadi tahun lepas dia dapat mumtaz.

Sekarang anak saya bisa menjalani kehidupan seperti remaja lain. Belajar dan bermain. Malah anak saya turut menyertai aktiviti lasak di sekolahnya. Saya pun tidak perlu risau akan keadaan anak saya ketika tinggal berjauhan dari keluarga.

Syukur Alhamdullilah.  Terima kasih Allah terima kasih Shaklee.



Untuk keterangan lanjut boleh hubungi
Suhaila Abdul
0108798077

MASTER AND SHAKLEE

Bangun  4.30 pagi urus rumah dan anak2..setiap selasa dan jumaat kelas di ukm full dari pagi sampai malam..perjalanan ambil masa 4 jam sehari..tempuh jem tempuh panas..stress..
.
Nak kata penat ofkos la penat sangatttt..penat badan..penat otak...sib baik hari2 ada cikli boleh bantu bagi tenaga..
.
Cara bisness dirumah

Hari isnin..rabu..khamis..sabtu ..ahad ada kat umah..bukan bersenang lenang..kalau dah hadap kerja ..mmg tak ingat makan..dapat pula kawan2 yg proaktif...buatkan diri tak senang duduk kalau dorang siap aku tak siap2....buku dah penuh rak...jurnal nak baca sehari 10..tu pun sikit.. semua kena buat sendiri...cari sendiri..internwt plak lembab shapalih...adussss..sabar yo lar...
.
Malam ada kelas dgn geng geng #gmf spt yang dijadualkan...tulis blog..sharing fb..jaga anak2 cikli sendiri..mengadap anak2 buat homework..tak sempat nak tengok drama mr pilot ke..abang bomba ke..yg ku tahu..jurnal..jurnal..jurnal..asiment..asiment asiment..😂😂😂..
.
Mungkin korang yg postgraduate kata dorang boleh relek2..tapi bukan aku..ye la..umur dah banyak baru nak belajar..ada krik..krik la juga kan..hahahaha...tapi tu bukan penghalang utk teruskan perjuangan yg aku sendiri cari..aku sendiri nak..
.
Tapi...
Setiap kesusahan pasti ada balasan..hanya kebergantungan pada yg satu...yakin Allah akan bantu..dan hari ni terasa sebak bila bisnes cikli aku..tengah2 bulan dah efektif..sales 10k +++..syukur alhamdulillah..walaupun aku tak sehebat mereka..tapi itulah pencapaian terbaik buat aku ...sblm ni tak busy sangat pun..tapi tak plak capai camni...terima kasihla kepada semua yg support ex anak2 ibu..suami..mak gmf NoorAzmiah Mohamad..geng2 IWF..ireach leaders yg tak jemu2 bagi semangat dan nasihat...kawan2 yg support..
.
Lepas ni nak kejar car bonus plak..doakan saya berjaya ye kawan2...berjaya dlm study..berjaya dlm cikli...
.
Alang2 buat cikli..biar sampai jadi master..

Alang2 study biar sampai dpt 1st class..

Sekian..
Nukilan rasa..dipagi hari khamis 20 oktober 2016...
.

Su0108798077

Monday 17 October 2016

CARA TURUNKAN SILAU MATA


TESTIMONI 40: NAJIHAH RAZALI
.

[SILAU MATA MENURUN SETELAH AMALKAN VIVIX]
.
Silau mata

Silau mata Jiha tinggi hingga perlu contact lense khas.
.

Bermula dengan masalah rabun, dah la power tinggi. Ditambah dengan silau pula. Selama ini memang semakin menaik ataupun tak turun-turun silau mata Jiha ni.
.

Mata pun sangat sensitif. Ada masa yang tiba-tiba sahaja sebelah mata keluar air, kelam, tak nampak. Paling cemas kalau masa memandu. Dulu kerja berulang alik dari KL ke Sepang.
.

Tu kalau cuaca biasa, kalau cuaca panas lagi lah hai, rasa mata macam nak tertutup macam ada pemberat.
.

Tapi tu dulu, Jiha perasan sekarang dalam setahun nak kena macam tu pun payah. Memang Jiha amalkan Vivix dan vitamin Shaklee yang lain untuk kesihatan.
.

Tak sangka pula bila buat pemeriksaan mata, bacaan silau menurun. Teruja sangat sebab selama ni tak pernah turun malah asek menaik aje.
.

Jiha akan teruskan pengambilan Vivix dengan lebih konsisten. Harap silau mata akan menurun lagi dan power mata akan menurun juga.
.

Terima Kasih Shaklee.

CARA ELAK BABY LAHIR KENA SAKIT KUNING

Assalamualaikum ibu ibu..hari ni akak nak share kisah ibu muda ni yang happy bila anak dia lahir kali ni tak kena kuning..jom kita baca kisahnya..

Anak ke 3 saya memang langsung tak dak kuning/jaundis..bacaan SBC kali pertama pun 124umol/L...2nd time 109umol/L..hari2 berikutnya dah tak payah amik darah dah.

Anak sulung dulu sampai warded 2hari kat hospital kuning tinggi. Masa hamil mmg tak pernah cuba apa2 petua pun. Anak ke2 amalkan susu Higoat 2kotak. Alhamdulillah walaupun ada sikit2 tapi xde la sampai warded.

Anak no 3 ni..masa hamil pernah minum susu kambing..suami beli yg fresh tp tak berapa nak masuk..bila minum pening memusing2. Konsisten set hamil shaklee. Hujung2 kehamilan dalam 36w+ amalkan Alfalfa. Mudah utk bersalin + ada info mengatakan boleh elakkan kuning.

Alhamdulillah...bersalin mmg cukup waktu sbb Induce. Baby takmo keluaq nk buat mcm mn kan. TAPI lega sangat2 la tak payah berulang ke klinik utk check SBC.

Masa berpantang...saya terus amalkan set pantang shaklee..Alfalfa pun terus jer amalkan sbb tgk baby pun ok..tak der nk cirit..so mmg bagus la kan.

Sakit kuning

Jadi..pada yang masih mencari set pantang yang sesuai..saya sangat rekemen set shaklee ni. Sebabnya saya sendiri amalkan. Kalau baby ada kuning pun tak perlu risau dan tak perlu tunggu..boleh terus makan.

So nasihat akak..cegahla sebelum kena..nak tau lanjut jom hubungi akak

Suhaila
010.879.8077

Sunday 9 October 2016

CARA HILANGKAN JERAWAT UNTUK REMAJA

Alkisah seorang kawan satu tempat kerja akak ni dan juga sebilik.Selalu sangat mengadu muka dia naik jerawat.Bila time nak datang bulan je jerawat pun mula naik.Bukan sebiji,bukan dua biji tapi berbiji-biji.Dah la tu, besar-besar pulak tu.

Disebabkan geram dengan jerawat-jerawat tu , ada masa dia akan picit dengan kuku.Apa lagi , kesan parut hitam la pulak yang nampak.Puas dia beli produk kat instagram.Beratus-ratus juga la habis.Tapi tak juga susut jerawat dia tu.Tapi makin banyak lagi ada la.

Suatu hari akak pun syorkan dia dengan vivix.Katanya mahal.Tak mampu nak beli.Jadi akak pun tak kisah la.Sebab dia sanggup mengadap jerawat dia yang dah berapa lama ta elok-elok, takpalah..hadap jelah.Tapi suatu hari tu dia dapat tahu yang  bulan tu ada promosi vivix.Terus dia nak cuba.Selepas minum vivix untuk separuh botol yang pertama, tak da apa-apa perubahan sangat pada kulit dia.Tapi selepas saja habis sebotol vivix, akak pula yang terperasan yang jerawat batu dia dah tak naik lagi.Dan dia pun mengaku yang jerawat dia dah tak naik lagi.Tinggal parut sikit-sikit jer.

Apa lagi..lepas je habis sebotol vivix yang pertama, terus dia rembat sebotol lagi.Dan sekarang dia tersenyum melebar bila kulit dia makin cerah dan jerawat dah tak berani naik lagi dah.Tapi tu la.Masa muka dia naik jerawat banyak-banyak dulu tu tak da pula nak amik gambar.Tak da  gambar sebelum dan selepas.Tapi akak ada bergambar dengan dia selepas bervivix.Sangat puas hati dengan vivix.Menyesal tak minum vivix dari awal.kalau tak dah lama dah kulit flawless tau..

Korang tau tak kenapa vivix ni sangat membantu kulit jerawat? Of course vivix mengandungi antioksida yang sangat tinggi.Disamping tu vivix kaya dengan resviratrol yang membantu membaiki  sehingga ke tahap sel DNA.Jerawat yang timbul akibat masalah hormon yang tidak stabil boleh distabilkan dengan bantuan vivix.


So korang yang ada masalah jerawat kronik tu, jangan nak sayang duit sangat .Cuba vivix pasti puas hati.Kalau nak dikira produk anti jerawat yang melambak korang dah cuba tapi hasilnya tak memberansangkan, lebih baik korang cuba vivix..berbaloi dengan kesan yang akan korang dapat.Cantik sehingga ke tahap sel pastu korang akan rasai nikmat sihat satu badan.

Adakah vivix ni sesuai diamalkan oleh remaja? JAWAPANNYA YA..jika anda berusia 15 tahun keatas..vivix sesuai untuk anda ..vivix boleh bantu hormon yang tidak stabil punca jerawat naik demgan banyak.

Nak story lagi pasal vivix akak boleh cerita panjang sebab akak pun pengguna tegar vivix dah 4 tahun.Boleh hubungi akak ye


Ubat jerawat

Suhaila Abdul
010.879.8077
CARA BUAT MASKER UNTUK KULIT JERAWAT CEPAT KERING


Saturday 8 October 2016

MAKANAN PENYEBAB KANSER

Pemakanan juga dikaitkan dengan kejadian kanser payudara.Pengambilan lemak tepu haiwan yang rendah mampu mengurangkan risiko kanser payudara di samping penyakit kronik lain seperti penyakit jantung.Penyelidikan mendapati bahawa pengambilan lemak tepu haiwan dan produk tenusu, lemak poli tidak tepu dalam minyak sayuran serta majerin dengan kadar yang tinggi adalah berbahaya.Makanan ini akan meninggikan risiko kanser payudara.

Makanan segera sperti sosej, kentang goreng , burger yang tinggi kandungan lemak akan meningkatkan tahap hormone estrogen serta progesterone dalam badan.Kajian menunjukkan bahawa wanita yang berasal dari negara berisiko rendah kanser payudara seperti Asia dan Afrika akan berisiko mengidap kanser payudara lebih tinggi setelah merekaberhijrah ke negara Amerika kerana amalan pemakanan di Amerika tinggi dengan pemakanan segera dan lemak tepu haiwan yang tinggi.

MAKANAN PENGGALAK SEL KANSER BERKEMBANG

1.Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain.
Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

2.Seafood : Seperti Gamat, Ketam, Sotong & Udang (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser terutama GAMAT!! 

3.Minuman : Kopi, Teh, Minuman bercoklat Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak

4.Makanan seperti DAGING MARAH WAJIB DI ELAKKAN!! terutama Daging Lembu, Kambing, Unta, Rusa & Khinzir.

5. Sayur dan Buah-buahan "BERGETAH & BERANGIN" seperti Nangka, Cempedak, Sukun & Kundur       Menyebabkan Kesakitan & Berdenyut. 

6.Jangan memakan sebarang jenis ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan Kembung, Ikan Keli, Ikan Patin dan lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan OMEGA 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)

7.Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan Sardin, Buah Laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawit.

8.Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

9 Makanan yang di panggang dan di bakar seperti SATE, IKAN BAKAR, DAGING BAKAR, IKAN PANGGANG & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.


makanan kanser payudara
Kepak ayam mengandungi lemak tepu yang tinggi dikaitkan dengan kanser payudara




Saturday 1 October 2016

TESTIMONI SEMBUH DARI KANSER PAYUDARA

Kebanyakan kanser payudara bermula dengan ketulan di payudara.Sepatutnya wanita perlu segera mendapatkan rawatan untuk  mengesahkan bahawa ketulan itu adalah kanser payudara atau tidak.Usah dibiarkan ia berlarutan .Sekiranya tidak dirawat ,kanser payudara akan merebak setempat , diikuti dengan pergerakannya ke kelenjar nodus limfa dan akhirnya ke organ lain seperti hati, otak dan tulang.

Selain dari mendapatkan rawatan dihospital seperti kimoterapi, pemakanan juga perlu dijaga.Berikut saya paparkan kisah mereka yang telah berjaya bebas dan sembuh dari kanser payudara dengan ikhtiar dengan vivix.

Vivix berupaya meperbaiki sel dan melabatkan kerosakan sel akibat radikal bebas
 


Kos rawatan kanser antara RM50 000 ke Rm 100 000
 

Fakta yang perlu anda tahu
 

 TESTIMONI LUMP PAYUDARA



Hari tu ada lump kat payudara dah ok ke?
Dah ok.Alhamdulillah dah hilang .Mungkin sebab period lambat 2 bulan kut.Hari -hari minum vivix.
Minum vivix dah 2 bulan lebih. 

TESTIMONI KANSER PAYUDARA



Mak kena kanser tahap 4.Dan alhamdulillah lepas kimo dah hilang kanser tu.Cuma kena selalu check up .Mak memang makan vivix time mula mula tau kanser .Tak pernah berhenti lagi kalau tak makan tak da tenaga.Rasanya sebab makan vivix juga .Kanser tu dah tak naik .Selalu doktor kata risiko kanser akan naik semula lepas kimo.Tapi alhamdulillah dekat 2 tahun dah. 

Untuk mengetahui dan mendapatkan vivix dengan harga murah sila hubungi saya segera.
Su
010.879.8077

LELEHAN PAYUDARA PETANDA BURUK BUAT WANITA

Terdapat beberapa gejala kanser payudara.Antaranya adalah perubahan bentuk pada payudara, kesihatan sering terganggu, ketulan dipayudara atau lelehan di payudara.

Bagaimana nak kenali lelehan itu adalah kanser payudara?
Jika anda mengalami masalah lelehan yang berwarna kekuningan, berdarah atau yang bercampur nanah, mungkin tanda -tanda itu menunjukkan anda sebenarnya berisiko kanser payudara.Ada kala lelehan itu keluar apabila dipicit ataupun kadangkala ia keluar dengan sendirinya.Ada juga lelehan yang berbau busuk dan ada juga lelehan yang tidak berbau.Pesakit akan dapat melihat kesan lelehan atau tompokan pada baju dalam akibat lelehan dari payu daranya.

Kadang kala, ada pesakit yang mengalami kegatalan di sekeliling puting payudara.Kegatalan ini ialah tanda kanser payudara yang melibatkan puting dan dinamai penyakit Paget.Apabila melibatkan penglibatan kanser berterusan, puting akan tertarik kedalam dan tidak boleh ditarik keluar. Puting payudara normal akan mengalami perubahan terhadap ransangan seperti kesejukan ia akan tertarik keluar, manakal jika keadaan normal ia sedikit tertarik ke dalam.Tetapi jika terlibat dengan kanser payudara , puting akan sentiasa tertarik keluar.

kanser payudara
Segera dapatkan rawatan dari doktor

Ketahui CARA rawatan alternatif kanser payudara.DISINI