Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label KECANTIKAN. Show all posts

Sunday, 12 November 2017

CARA MEMUDAKAN SEL TANPA PENYAKIT KRONIK

Assalamualaikum..selamat pagi.
Pagi ni akak nak share something dengan korang dan semoga ianya menjadi manafaat untuk kawan-kawan semua.
Akak ada baca tentang NECROSIS..itu istilah sains .nak cerita tentang NECROSIS la ni… Sebenarnya badan  kita ni terbina daripada sel , dan setiap sel bergabung menjadi tisu dan tisu bergabung menjadi organ dan organ dalam badan yang lengkap membentuk diri kita yang istimewa.
Setiap hari sel-sel kita akan mati tau. Sel ni mati pula ada dua cara. Mati dengan secara semujadi dan mati akibat faktor-faktor luar . Yang mati sebab faktor luar ni disebakan oleh masalah seperti bahan-bahan toksin, bahan kimia, radikal bebas, radiasi, trauma dan kecederaan..
kulit puith

Yang sel mati akibat faktor luar ni la yang tak bagus. Sebab sel kita dipaksa mati dengan cara yang TAK BAIK. Faktor luar yang tak baik tadi menyebabkan sel DNA dan struktur dalam sel ROSAK. Sel sel kita akan membengkak , pecah dan akhirnya mati. Sel yang tak sihat tadi mati duduk pulak kat sel yang sihat, makanya sel yang sihat pun terjangkit la sekali.
Bila sel kita rosak dan mati secara TIDAK SEMULAJADI maka TISU kita pulak yang rosak, akhirnya ORGAN pula ROSAK. Kesan dari kerosakan tu, mana boleh simpan simpan lagi, kalau biar lagi makin la berjangkit kat tempat lain. Apa lagi, kena potong dan buang la part tu.Gitu la ceritanya kita tengok kawan-kawan kita yang kena diabetes, kaki kena potong, gangrene pun sama,sakit jantung kesan dari blockage disaluran darah ke jantung,  kanser di buang payudaranya, dibuang Rahim,  dan lain sebagainya.

Tubuh badan  kita ni kan dibuat dari asalnya sel. Maka kita kena la jaga sel. Disini lah peranan VIVIX . Bukan semua produk boleh control apa yang terjadi secara biologi kat dalam badan kita ni. VIVIX kan mempunyai 4 mekanisme utama..PEMBAIKAN SEL, PERLINDUNGAN SEL, TENAGA DALAM SEL dan PRESTASI SEL. Semua ni sangat penting untuk pastikan sel-sel kita hidup dan boleh menjadikan sel kita berfungsi dengan baik dan bukannya berpenyakit.
Sel kita perlukan oksigen juga. Bukan kita je sedut oksigen untuk bernafas. Bila sel kekurangan oksigen, asid akan terkumpul dalam sel menyebabkan sel sel DNA kita rosak.Sepatutnya Sel mesti mampu untuk repair kerosakan DNAnya bukan copy menjadi sel rosak pulak.
Cer tengok nangka ni ..kalau dah busuk sebahagian , boleh ke nak makan lagi part busuk tu? Buang la kan..kalau dah buang jadilah cacat buah tu, serupa la dengan kita.
Kesimpulannya
ANASIR JAHAT------MATI TERBUNUH DALAM KEADAAN TERHINA(NECROSIS)-------cause IMFLAMMATION------Cronic DESEASE
ANASIR JAHAT----------VIVIX-----hidup NORMAL

Korang rasa korang boleh ke nak lawan anasir jahat kat luar yang dok bunuh sel kita hari-hari hari tu seperti toksik, bahan kimia, radiasi, trauma tu jauh dari kita?

Boleh mudakan sel dengan VIVIX . Jom mulakan dari sekarang.

Email:suhailaabdul02@gmail.com
Wasap: www.wasap.my/60108798077


awet muda


Sunday, 28 August 2016

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT

Alkisah seorang kawan satu tempat kerja akak ni dan juga sebilik.Selalu sangat mengadu muka dia naik jerawat.Bila time nak datang bulan je jerawat pun mula naik.Bukan sebiji,bukan dua biji tapi berbiji-biji.Dah la tu, besar-besar pulak tu.

Disebabkan geram dengan jerawat-jerawat tu , ada masa dia akan picit dengan kuku.Apa lagi , kesan parut hitam la pulak yang nampak.Puas dia beli produk kat instagram.Beratus-ratus juga la habis.Tapi tak juga susut jerawat dia tu.Tapi makin banyak lagi ada la.

Suatu hari akak pun syorkan dia dengan vivix.Katanya mahal.Tak mampu nak beli.Jadi akak pun tak kisah la.Sebab dia sanggup mengadap jerawat dia yang dah berapa lama ta elok-elok, takpalah..hadap jelah.Tapi suatu hari tu dia dapat tahu yang  bulan tu ada promosi vivix.Terus dia nak cuba.Selepas minum vivix untuk separuh botol yang pertama, tak da apa-apa perubahan sangat pada kulit dia.Tapi selepas saja habis sebotol vivix, akak pula yang terperasan yang jerawat batu dia dah tak naik lagi.Dan dia pun mengaku yang jerawat dia dah tak naik lagi.Tinggal parut sikit-sikit jer.

Apa lagi..lepas je habis sebotol vivix yang pertama, terus dia rembat sebotol lagi.Dan sekarang dia tersenyum melebar bila kulit dia makin cerah dan jerawat dah tak berani naik lagi dah.Tapi tu la.Masa muka dia naik jerawat banyak-banyak dulu tu tak da pula nak amik gambar.Tak da  gambar sebelum dan selepas.Tapi akak ada bergambar dengan dia selepas bervivix.Sangat puas hati dengan vivix.Menyesal tak minum vivix dari awal.kalau tak dah lama dah kulit flawless tau..

Korang tau tak kenapa vivix ni sangat membantu kulit jerawat? Of course vivix mengandungi antioksida yang sangat tinggi.Disamping tu vivix kaya dengan resviratrol yang membantu membaiki  sehingga ke tahap sel DNA.Jerawat yang timbul akibat masalah hormon yang tidak stabil boleh distabilkan dengan bantuan vivix.


So korang yang ada masalah jerawat kronik tu, jangan nak sayang duit sangat .Cuba vivix pasti puas hati.Kalau nak dikira produk anti jerawat yang melambak korang dah cuba tapi hasilnya tak memberansangkan, lebih baik korang cuba vivix..berbaloi dengan kesan yang akan korang dapat.Cantik sehingga ke tahap sel pastu korang akan rasai nikmat sihat satu badan.

Nak story lagi pasal vivix akak boleh cerita panjang sebab akak pun pengguna tegar vivix dah 4 tahun.Boleh hubungi akak ye

Suhaila Abdul

http://suhailaabdul.wasap.my

Kebaikan vitamin c untuk bantu jerawat





Cara semulajadi untuk kecutkan jerawat dalam 1 hari






Saturday, 27 August 2016

CARA KELIHATAN JELITA WALAUPUN DAH JADI NENEK

Seperti mana yang kita ketahui, wanita yang menjangkau usia 40an pastinya akan mengalami perubahan hormon.Hormon esterogen semakin berkurangan menyebabkan kulit kurang anjal.Apabila keanjalan berkurang, wajah akan kelihatan berkedut dan garis-garis halus semakin jelas kelihatan.Kulit juga akan mula kering dan kehadiran jeragat semakin bertambah.

kulit cantik

Tahukah anda bahawa simptom tersebut adalah normal dan ia merupakan satu fasa dimana semua wanita akan tempuhi .Fasa perimenopause.Sepanjang proses ini berlaku wanita akan mengalami masalah kesihatan dalaman dan juga luaran .Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, tahap kesihatan akan menurun, penyakit semakin mudah hinggap.Sistem imun semakin menurun.Dengan itu wajah akan kelihatan lesu dan tidak bermaya.

Kini anda tak perlu risau lagi.Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.Dengan terhasilnya VIVIX produk istimewa dari shaklee proses penuaan dapat diperlambatkan malahan anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar.Nak baca kenapa vivix ni bagus sangat anda boleh baca entry ni..KAJIAN SAINTIFIK VIVIX

Buktinya dapat saya ceritakan di sini.Saya adalah pengguna tegar VIVIX.Setelah hampir 3 tahun mengamalkan vivix, tahap kesihatan saya semakin baik dan masalah kulit kusam, kulit jeragat, period tidak teratur saya dah dapat diatasi.Malahan kulit saya lebih anjal dari dulu walaupun sudah berusia 41 tahun.
kulit cantik

Okey ini pula seorang pengguna tegar vivix dan juga kolegen powder.Beliau amalkan vivix dan kolegen sejak dari tahun 2010.Tengokla wajah akak ni.Siapa sangka beliau sudah berusia 53 tahun dan mempunyai 3 orang cucu.Tapi kulitnya nampak sangat flawless macam baru berusia 35 tahun gitu.5 tahun dah amalkan vivix dan kolegen powder.Ternyata vivix sangat membantu kesihatannya dari dalam sehingga kecantikan luarannya terserlah.Benarlah kata orang..kecantikan luaran hasil dari kecantikan dalaman.kalau dalaman tak sihat sudah pasti kecantikan luaran tidak terserlah.


Hasil dari update FB master Hj Roslan, Datin ni mula mencuba set kulit shaklee iaitu NUTRIWHITE.Memang beliau buat pilihan yang tepat.Dari penjagaan dalaman hingga ke luaran beliau memilih shaklee.kombinasi yang sangat awesome.

Untuk dapatkan info lanjut tentang vivix, anda boleh hubungi saya.Pengalaman saya sebagai pengamal vivix boleh saya kongsikan dengan anda.Sharing is loving

Suhaila abdul
010.879.8077
Your trusted sid
Bisness leader



Thursday, 8 October 2015

PETUA GEBUKAN KULIT SECARA TRADISIONAL


"Masa muda-muda semua orang cantik..aku pun cantik masa muda muda dulu"...tu la pepatah kawan sekerja saya ni..betul juga kata dia kan..dulu kolegen dalam kulit masih banyak..bila usia meningkat, faktor cuaca jerebu , stress bekerja dan faktor pemakanan menyebabkan kita dulu sememangnya kulit cantik dan gebu ,sudah mula kerepot dan berkedut seribu...hihi...

Dah kulit mula kendur, nak makan suplimen rasa macam sayang pula kat duit tu kan...tak pa..akak ada alternatif lain nak gebukan kulit..tapi syaratnya...mesti mau RAJIN dek non..dapatkan bahan-bahan ni kat dapur ye..kalau tak jumpa kat dapur pergi cari kat kedai la ye..haha..nampak sangat tak hang tak masak kat rumah kannnn...

kulit gebu

CARA CARA MENGGEBUKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN BERAS


  1.  Beras di rendam beberapa jam untuk melembutkan.
  2.  Selepas itu tumbuk beras sehingga lumat. 
  3. Campurkan beras bersama dengan susu atau yogurt. 
  4. Lumurkan pada kulit untuk membantu menghilangkan kulit mati dan menggebukan kulit. 
  5. Untuk kesan yang lebih bagus, buat sekali seminggu.
kulit gebu


CARA MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN AIR BERAS


  1. Caranya, bila kita mencuci beras untuk dimakan, air basuhan beras yang kali pertama itu diasingkan. 
  2. Tuangkan air basuhan pertama dalam bekas lain dahulu, teruskan basuh beras sehingga bersih dan masak nasi dahulu, barulah air yang kita asingkan tadi di gunakan untuk mencuci muka
Cuci muka dengan air basuhan beras yang pertama setiap dua hari sekali.


CARA  KECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN KULIT KAYU MANIS


Setiap kali datang bulan boleh di katakan jerawat batu akan singggah pada wajah, cara untuk menghilangkan  jerawat daripada singgah pada wajah adalah dengan cara menyapu kulit kayu manis. Biasanya kita dapat rasa bila jerawat akan keluar, kulit akan sedikit kemerahan atau rasa sedikit sakit bila di tekan. 

Sapukan air asahan kulit kayu manis.Pastikan kulit kayu manis sentiasa terendam dalam bekas kecil dalam bilik air berasama batu asah. Kita hanya perlu mengasah kulit kayu manis dan tampal pada tempat yang perlu. Jerawat biasanya akan mengecut, kadang-kadang tidak keluar terus. Kulit kayu manis juga sangat bagus untuk menghilangkan parut.



kulit gebu

Berikut adalah testimoni mereka menggebukan kulit...








Tuesday, 10 March 2015

CARA BETUL PICIT JERAWAT TANPA PARUT

Alamak ai..paling saya tak suka kalau naik jerawat ..Korang suka ke?Lagi lagi kalau naik kat muka dan tertonjol besar bebenar gunung berapi tu..Rasa macam nak cubit cubit jer kasi cepat hilang.



cara picit jerawat
 Gunung berapi meletus!!!!!
Jerawat yang besar dan bernanah terutamanya membuatkan kita rasa tak yakin dengan penampilan kita sendiri.Mula la tangan gatal jer cubit cubit lepas tu ambil jarum..picit dengan kuku...kemudian keluar darah..Kemudian bila kering ada kesan kuping..tangan gatal lagi tarik kesan kuping tu dengan tangan.

Kenapa picit jerawat dengan kuku atau jari menyebabkan berparut? Jawapannya ialah kerana jari kita tidak bersih serta mengandungi kuman terutamanya pada kuku.Jerawat tersebut akan dijangkiti kuman dan akhirnya tinggalkan parut kehitaman di muka

CARA PICIT JERAWAT TANPA PARUT
  • Kalau nak picit gunakan jari pastikan tangan di cuci menggunakan sabun antibakteria dan juga kuku mestilah dipotong supaya tak mencederakan kulit muka.Kuku yang dan jari yang bersih dapat mengelakkan kuman daripada menjangkiti kawasan luka jerawat dan dapat mempercepatkan penyembuhan luka jerawat.
  • Gunakan sarung tangan semasa memicit jerawat atau sekurang kurangnya melapik tangan dengan tisu untuk elakkan kemungkinan luka pada kulit
  • Tanggalkan make up di muka dan cuci bersih dengan pencuci muka.Ini untuk megelakkan bakteria daripada luar terus masuk kedalam kulit
  • Steamkan muka beberapa minit pada wajah bagi membuka liang pori dan juga memudahkan jerawat dibersihkan
  • Picit jerawat dengan mengenalpasti  mata jerawat,keluarkan isi jerawat kemudian lapkan dengan tisu bersih.Jangan picit gunakan jari dan kuku.
  • Selepas jerawat selesai dipicit,sapukan sedikit lotion dibahagian jerawat tersebut bagi mempercepatkan luka kering dan cepat sembuh.

Ketahui bagaimana wanita ini sengsara selam tujuh tahun akibat tersalah menggunakan produk kecantikan sehingga wajahnya dipenuhi jerawat dan parut jerawat.Akhirnya semua mimpi ngerinya telah berakhir..ikuti kisahnya...








Thursday, 8 January 2015

7 PUNCA JERAGAT

Semua wanita dambakan kulit wajah yang bersih, bebas dari jerawat mahupun flek hitam. Namun salah satu masalah yang paling sering terjadi pada sebagian besar wanita Asia, terutama yang berusia di atas 30 tahun, adalah timbulnya flek hitam atau melasma (pigmentasi) di wajah.

Pigmentasi kulit atau melasma, boleh terjadi di beberapa bahagian tubuh, terutama di kawasan muka wajah akibat sinaran UV yang tidak bertapis.Masalah JERAGAT di kalangan Warga Penduduk Dunia atau nama medikalnya “Melasma” adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan Penduduk Asia Khasnya dan berada pada 10 Tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi.


JERAGAT

 APAKAH PUNCA-PUNCA  JERAGAT?

1. Sinaran UVV di mana kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menggelap dan membakar kulit serta membawa kanser kulit..
2. Tidak membersihkan make up…ada di kalangan wanita yang selepas balik kerja tidak membersihkan alat solek di wajah mereka membuatkan segala bahan kimia dalam lat solek meresap ke dalam kulit dan mendap ke bawah lapisan yang menyebabkan kulit kilat berisiko mendapat jeragat
3. Ramai wanita tidak mempunyai pelindung sewaktu di dalam rumah..contoh ketika masak kita terdedah kepada haba api dapur..bayangkan setiap hari kita masak…lama kelamaan sel kulit akan rosak..jadi wanita perlukan pelindung walau di dalam rumah
4. Kolegen yang makin hilang di dalam pipi membuatkan ia tidak bermaya dan berkedut. Ini di sebabkan bahan kimia seperti asap kereta,rokok dan alat solek


5) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang  dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)
6) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai"melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. 
7)Penggunaan pil perancang dan tabiat merokok juga boleh menyebabkan jeragat.


PUNCA JERAGAR


CARA ATASI KULIT JERAGAT YANG HODOH
DETOX

Sunday, 6 April 2014

10 TIPS ELAK KULIT KERING

Musim panas datang lagi..semua orang tau kan..cuaca yang panas melampau.Jadi macam-macam masalah yang datang..terutamanya masalah kecantikan kulit..kulit akan merekah,kering,mengelupas dan menggalakkan tumbuh jeragat...errr..jeragat ni memang la paling tak best...kalau biar lama2 nanti susahnye nak hilang...Disini saya nak kongsi tips untuk pelihara kulit agar tetap cantik...(ni apa yg saya selalu buat la)

 1.GUNAKAN PELEMBAB..
 selepas cuci muka..tak kira la pagi ataupun malam,
sapukan penyegar dan oleskan pelembab pada seluruh wajah dan bahagian leher..pemakaian pelembab akan membantu kulit kita mendapat nutrien yang secukupnya...ia juga membantu kulit kita nampak segar dan bersinar.

2.GUNAKAN LOSEN KULIT
jaga kulit tak semestinya muka sahaja..kulit tubuh juga harus dititik beratkan..selepas mandi,lap tubuh  dan sapukan losen nipis pd seluruh badan...saya lebih suka guna minyak zaiton

3.PAYUNG
 Bagi anda yang sering terdedah dengan panas matahari. ..tak salah gunakan payung kan...jangan la malu2..payung dapat melindungi kulit daripada sinaran matahari..macam saya..jarang la pakai payung..sebab 90% kat dalam kelas..kecuali aktiviti  koku dipadang

4.BERSIHKAN WAJAH DENGAN SEMPURNA

selepas pulang dari tempat kerja,rehatkan badan,kemudian bersihkan wajah dengan menanggalkan solekan dengan pencuci make up remover. ..saya gunakan nutriwhite shaklee..kemudian cuci dengan pencuci muka nutriwhite juga...kedua duanya sangat membantu untuk menanggalkan kotoran pada wajah. sebelum tidur,  manjakan wajah  pelembab..tapi saya biasanya selalu terlepas sebab sebelum tidur ni...maklumla..anak kecik..tidurkan anak..dengan mak sekali tidur..

6.MASKER RAWAT KULIT

Biasanya saya akan maskerkan wajah seminggu dua ke tiga kali..kalau tak sempat  sekali..kalau sempat 2 ke 3 kali..khasiat dalam masker membekalkan nutrien pada kulit menjadikan wajah sihat dan cantik..Disebabkan saya mengamalkan minum ESP SHAKLEE..so lebih mudah. .gunakan esp sebagai masker..caranya...
 ambil satu sudu besar esp
 campurkan dengan sedikit susu segar
 gaulkan dan sapukan ke kulit wajah hingga ke leher
 biarkan sehingga kering...
 cuci wajah dengan air sejuk. lap dan keringkan
 pastinya korang akan dapat rasa..segar sangat..
 masker gunakan vit c pun boleh..nanti saya kongsikan di lain entry ok....

6.LAKUKAN PERAWATAN DI SPA

ni kalau dapat buat sebulan sekali pun dah ok...kadang kadang setahun tak sekali...bagi anda yang punya bajet lebih dan masa terluang memang sangat berbaloi ke spa..perawatan spa umpama percutian pendek untuk anda merehatkan tubuh dan minda

7.PETUA ORANG TUA2

Bagi korang yang rajin berjimat..boleh juga amalkan petua dari nenek moyang dulu kala...contohnya hampas kelapa untuk melembab dan melembutkan kulit..hehe..kalau zaman moden sekarang..hampas kelapa pun tak jumpa..santan kotak...pilihan ditangan masing masing..sengkuang..tomato juga elok dilenyek disapukan ke kulit anda

setakat ini sahaja perkongsian untuk anda...


SELAMAT MENCUBA..... (^」^)

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui set kulit nutriwhite..sila hubungi saya 0108798077




kulit cantik