Sunday, 15 October 2017

AKIBAT SAYA TAKSUB SKINCARE BERACUN KULIT SAYA ROSAK DAN SENISITIF

Disebabkan nak cantik dengan cepat kita lupa akan keselamatan produk tersebut. Yang penting ia cepat nampak kesan dan kulit flawless mcam kulit telur. Tapi apa jadi bila kita taksub nak cantik tapi ada kesan sampinagn lain?

Antara kesan selepas pilih produk kulit

Jom kita baca apa berlaku pada rakan saya ini akibat terlalu taksub dengan skincare. Moga ia menjadi  pengajaran buat wanita di luar sana.


TAKSUB MENCUBA 14 JENIS SKINCARE, DIPASARAN UNTUK DAPATKAN KULIT SEGERA CANTIK , AKIBATNYA KULIT GATAL, BERJERAWAT, DAN MENJADI SANGAT SENSETIF
=====================================
Saya nak kongsikan pengalaman saya mengamalkan SET RESDUNG SHAKLEE. Sebelum ini, saya memang suka sangat mencuba pelbagai jenis kosmetik mencerahkan wajah yang dijual di pasaran. Sehinggakan saya pernah mencuba 14 jenama kosmetik.

Selain itu, saya juga mengalami masalah resdung teruk yang menyebabkan gatal-gatal kulit muka dan berjerawat. Kesan daripada mencuba pelbagai jenis kosmetik dan masalah resdung, kulit wajah semakin teruk.

Pada penghujung 2011, kulit saya semakin teruk. Selepas itu, saya mulai berpantang makan dan juga tidak mencuba apa-apa kosmetik. Saya hilang keyakinan diri dan juga rasa rendah diri bila berkawan. Saya malu untuk bertemu klien.
Kulit muka saya ditumbuhi jerawat yang banyak, dan bernanah. Adakalanya jerawat menjadi kebiru-biruan. Saya juga pernah mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik pakar kulit. Saya berhabis ratusan ringgit untuk masalah kulit ini. Tetapi tidak berhasil dan saya mulai jemu untuk mengulangi rawatan.

Selepas melahirkan anak sulung, saya mula kenal Shaklee. Apabila menggunakan Set Berpantang Shaklee, saya nampak perubahan pada kulit dan seterusnya mencuba SET RESDUNG iaitu ALFALFA COMPLEX, B COMPLEX, & VITAMIN C. Selain itu saya juga mencuba ENERGIZING SOY PROTEIN dan saya nampak kulit saya semakin sihat.

Parut jerawat kelihatan pudar dan kulit cerah sekata. Walaupun tidak mengalami perubahan yang drastik, tapi saya puas hati kerana jerawat susah nak tumbuh. Jika dahulu saya berpantang makanan laut, kini saya bebas makan apa sahaja menu makanan laut.
Kesan daripada penggunaan SET RESDUNG SHAKLEE :

1. Gatal-gatal kulit muka hilang
2. Pori-pori mengecil
3. Parut jerawat cepat pudar
4. Jerawat susah nak tumbuh
5. Kulit muka lebih lembut dan lembap
6. Keluar rumah tanpa mekap!
Saranan saya untuk remaja di luar sana, jangan terlalu taksub dengan kosmetik yang mencerahkan. Pilihlah jenama yang selamat dan semulajadi. '
Info lanjut hubunggi kaknis untuk dapat kan shaklee anda ;)
http://www.wasap.my/60108798077

KULIT ROSAK

5 TIPS PILIH PROTEIN TERBAIK BUAT FAMILY ANDA

Assaalmualaikum , hai..

Semalam kakSu sempat pergi satu majlis gilang gemilang untuk meraikan leader leader terutamanya yang naik rank sebagai MASTER . Semasa majlis tu nutrtionist shaklee namanya Sarah sempat berkongsi kelebihan ESP berbanding protin haiwan.Jadi hari ni kakSu nak share kepada pembaca blog kakSu pulak. Sebelum tu korang perlu tahu apa fungsi protein untuk manusia. 

SUSU SOYA

Fungsi protein adalah sebagai pengganti kepada sel sel yang telah rosak, untuk tumbesaran dan sebagai komponen enzim yang mengesan proses biokimia sel. Protein akan dicerna menjadi asid amino. Protein ada dua jenis iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan. Protein haiwan adalah seperti telur, daging,susu,keju dan ikan. Protein tumbuhan adalah seperti tempe,tofu ,kacang merah dan kacang soya. Protein yang berlebihan dalam badan akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Sebaliknya, jika kekurangan protein akan menyebabkan bengkak kaki dan tangan. Kesan lain ialah kwashiorkor yang dialami oleh bayi dan kanak-kanak. Protein yang kurang juga menyebabkan badan letih lesu tidak bermaya.

5 TIPS MEMILIH PROTEIN

1.PILIH PROTEIN TUMBUHAN

Protein tumbuhan adalah yang terbaik kerana prtein dari tumbuhan mudah dihadam. Apabila mudah dihadam ia mudah diserap , so kita akan dapat khasiat protein tersebut dengan lengkap.
Protein haiwan bukannya tak boleh ambil langsung tapi untuk dapatkan protein terbaik adalah bagus untuk ambil pretin tumbuhan,Kita tak tahu apa kandungan dalam proetin haiwan tu yang kita makan. Contohnya sekarang ni ayam pun di suntik nak bagi cepat matang. Ikan di laut juga kian tercemar dengan tumbahan minyak dan pencamaran air . Mungkin juga binatang tu ada penyakit.

soya esp
Bebas lemak dan kolestrol-lebih selamat

2. PROTEIN TUMBUHAN TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL

Akan mengurangkan risiko menambah kolestrol dalam badan. Proetin haiwan tinggi koletrol Terutamnya daging merah. Kambing tinggi kolestrol. Tapi protein tumbuhan adalah 0.

3. PROTEIN TUMBUHAN TIDAK MENGANDUNGI LEMAK

Protein tumbuhan mempunyai lemak yang sangat sangat rendah. Tetapi protein haiwan mempunyai lemak yang lebih tinggi. Lemak tepu dan translemak ada pada haiwan akan meningkatkan risiko sakit jantung, tinggi kolestrol yang menyebabkan berbagai masalah kesihatan lain.

4. PILIH PROTEIN TUMBUHAN YANG NON GMO

Pilihla soya yang tidak diubahsuai secara genetik atau pun NON GMO. Memang susah nak tahu makanan kita adalah GMO atau NON GMO, so bila kita dah tahu yang ESP adalah NON GMO maka ia adalah pilihan tepat bekalan protein kita sekeluarga. Soya ESP adalah soya terbaik kerana soyanya dijaga dari benih sehinggalah dituai dan jadi susu soya memang NON GMO dan di dibawah pemantauan USDA .
susu soya
ESP NON GMO


5. PROTEIN YANG RENDAH INDEKS GLISEMIK (GI)

Esp yang mengandungi kalsium dan protein yang asal. Ia diproses pada suhu rendah dan setiap khasiatnya adalah kekal seperti asal. ESP rendah GI sangat penting kerana ia akan beri tenaga pada tubuh dalam jangka masa yang lama . Dalam masa yang sama ia tidak akan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Kalau tinggi indeks glisemik indeks memang ia kan beri tenaga tetapi ia akan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Jadi ia akan meningkatkan risiko kenicng manis.

susu soya
Rendah indeks glisemik bantu kenyang lama, senang nak kurus

So sekarang kita dah tahu kenapa ramai sangat mereka yang mengambil ESP sebagai minuman tambahan sebagai pelengkap protein harian mereka.  Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP boleh hubungi kakSu untuk keterangan lanjut.

suhaila
0108798077
susu soya
Kajian Klinikal ESP

>>>TESTIMONI ESP CANTIKKAN KULIT

>>>TESTIMONI ESP UNTUK TENAGA

Sunday, 8 October 2017

VITAMIN UNTUK WANITA 30 AN

Sejak umur 30++ nie risau juga tahap kesihatan diri sendiri. Setahun  dua ni mula konsisten set cantik termasuk GLA+ collegen.
Alhamdulillah memang nampak perubahan. Bab kesihatan  diri mmg tip top la. Menganjalkan nampak perubahan..
kulit cantik

.
Kulit nampak remaja gitu. Dan paling ketara susah nak naik jerawat. Liang pori semakin kecil tiada lagi kulit kusam ..
.
Umur?
Aah..hanya angka..tapi ramai sangat dah salah teka umur saya confirm lebih muda dari sebenar..oppss..


Nak dapatkan set THERADIANT 4 boleh whatsap www.wasap.my/60108798077

MIGRAIN SELAMA 9 TAHUN SEMBUH TANPA UBAT TAHAN SAKIT

Assalamualaikum
Hari ni kak su nak share tentang sakit migrain. Migraian adalah sakit kepala yang kita alami secara berulang-ulang. Biasanya ia bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja dan lebih ketra pada usia remaja. Tapi gejala migrain akan berkurangan ketika usa menghampiri 45-50 tahun. Kalu korang nak tahu setiap 1 daripada 4 wanita adalah pengidap migrain manakala 1 daripada 12 lelaki mengidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. 
Jika di dalam keluarga anda mempunyai pengidap migrain , kemungkinan besar anda juga tergolong dalam pesakit migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
  1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
  2. Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.

UBAT MIGRAIN

Ikuti kisah Nurul Atiqah yang mengidap migrain sejak umur 18 tahun boleh kembali sihat selepas mengamalkan suplimen shaklee.

[DERITA MIGRAIN SEJAK UMUR 18 TAHUN KINI TIADA LAGI]

Assalamulaikum..
Saya Nurul Atikah berumur 29 tahun dan sudah berkahwin.

Disini saya nak kongsikan sikit  pengalaman saya macam mana bermulanya sakit kepala atau migrain yang teruk.
.

Saya bermula sakit kepala atau migrain ketika berusia 18 tahun. Ketika itu minggu akhir suai kenal pelajar baru di Politeknik Merlimau Melaka. Malam sebelum habis program kepala saya semakin sakit. Sakit yang teramat sangat. Menangis tu jangan cakap la. Menahan sakit.. Huhuhuhu
.

Sampai la saya serah diri pada urusetia program. Saya kata saya dah tak tahan sakit kepala minta mereka hantarkan ke klinik yang berdekatan. Jam 11 malam saya di bawa ke klinik.
.

Tiba di klinik doktor mulakan rawatan dan pelbagai soalan doktor tanya. Doktor tanya "Bila kena panas kepala sakit tak?"

Iya kepala saya sakit dan banyak lagi la soalan dari doktor.Nampaklah doktor tulis itu ini sebagai rekod.
.

Akhirnya doktor kata saya ada migrain, "Apa doktor? Saya ada migrain? Kenapa boleh macam tu doktor? Saya sakit kepala biasa saja"
.

Doktor ketawakan saya dengan soalan bertubi-tubi. Saya punya takut tu macam apa. Macam penyakit yang serius je.. hihihi
.

Jadi bermula dari situ ubat sakit kepala kena sentiasa bawa tidak kira ke mana sekali pun. Jika ubat tertinggal perlu ada Panadol dalam beg tangan.

Terdetik dalam hati sampai bila nak bergantung pada ubat ni. Errmmm...
.

Mula cari itu ini di farmasi tapi tidak serasi. Malah lagi sakit kepala ni bila minum air Nescafe. Jangan cakap la. Boleh demam tau bila tahan sakit.
.

Ketika berusia 25 tahun saya kenal Shaklee dan bermula episod mencuba B-Complex dan Ostematrix.


Waauuuu teruja terus. Sebab bila saya ambil B-Complex dan Ostematrix sakit kepala tu nak datang pun segan. Segar sentiasa.
.

Alhamdulillah saya tak perlu bergantung kepada painkiller dan Panadol lagi.

Kalau sakit kepala datang pun saya mmg cepat ambil b complek dan ostematrik rehat kejap alhamdulillah makin berkurang dan tak melarat seperti sebelum ini.
.

Kenapa saya ambil Bcomplex dan Ostematrix?

1. Mengekalkan tekanan darah normal
2. Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang
3. Meningkatkan fungsi otak
4. Mengurangkan sistem kemurungan dan tekanan
5. Menolong pengecutan otot dan saraf
6. Bcomplex anti stress
.

Rupa- rupanya sakit kepala ni  sebenarnya tanda-tanda kita kekurangan kalsium.
.

Jadi kepada rakan-rakan saya yang sakit kepala atau migrain yang teruk saya galakan anda cuba la set migrain shaklee ini. Insha Allah anda akan terus jatuh cinta...

Shaklee selamanya dihatiku..

UBAT MIGRAIN


KLIK SINI : CARA UBATI MIGRAIN


Untuk mendapatkan suplimen migrain ini anda boleh hubungi kakSu di whastapp www.wasap.my/60108798077

Tuesday, 3 October 2017

KE MANAKAH HALA TUJU PELAJAR KELUARAN VOKASIONAL?

Hari ini 30 September 2017 ibu dan eimy datang dari melaka nak melawat Kakak Dina di kolej. Sudah setahun dina jauh dari ibu. Dengan tekad nak ambil kursus pengurusan perniagaan, Dina terpaksa melupakan rakan rakan seperjuangan di sekolah. Tinggalkan tilam empuk dirumah, tinggalkan keluarga dan adik adik. Tinggalkan kenangan di sekolah Kluster Kecemerlangan SMK Ghafar Baba. Dengan keyakinan yg ibu dan ayah  ada, kami relakan Dina pergi. Biarpun dimata ramai orang sekolah vokasional hanya untuk pelajar pelajar lemah yang tidak ada masa depan. Tapi ibu yakin Dina akan membina hidup dan kerjaya bermula dari sekolah vokasional.

Pada ibu, tak kiralah dimana jua kita belajar, kita perlu usaha sehabis baik sehabis daya dan kudrat  untuk mencipta kejayaan demi kejayaan. Yang penting ialah hidup ada matlamat dan usaha untuk mencapai matlamat. Jangan biarkan ia jadi seperti angan angan. Cita cita tanpa usaha memang akan tinggal menjadi angan-angan.

Alhamdulillah ..tahniah buat anak ibu Dina..hari ni merupakan detik manis buat Dina atas anugerah cemerlang di Kolej..tak kisah la dimana jua kita belajar..buatlah yang terbaik..semoga hari nie menjadi pembakar semangat buat Dina untuk melangkah lebih jauh..Biarpun tidak mencapai gred tertinggi tapi ia satu permulaan yang baik untuk teruskan berusaha kearah lebih baik.


anugerah pengarah
Semoga terus cemerlang 

anugerah pengarah
Bersama rakan seperjuangan

anugerah pengarah
Penerima Anugerah Pengarah

anugerah pengarah

Sentiasa "comel" dari yang lain..hihi

.
Kita bukan dimana permulaan kita..kita adalah dimana kita dipenghujungnya..keep it up my dear..Dan hari ni juga terbukti seorang pelajar dari Kolej Vokasional Nibong Tebal  telah berjaya menempah berbagai bagai kejayaan dan paling istimewa beliau menjadi pelajar terbaik diantara  kolej vokasional di Malaysia. Dengan keputusan cemerlang mengatasi  rakan seperjuangan dalam jurusan kimpalan seluruh malaysia. Mohamad Farid Bin Shahidan dengan PNGK 3.83,bermula dari keputusan PT3 yang biasa biasa saja.Bak kata Dato' Ir Dr Shaikh Hussein Mydin beliau juga adalah pelajar dari aliran kemahiran. Bermula dari sijil sehinggalah menyambung pengajian sehingga doktor falsafah. Dan terbukti juga Dr Halim Razali seorang pensyarah di UKM juga bermula dari Sekolah Vokasional. Kini beliau juga berjaya dalam karier sebagai pensyarah , penulis, pereka cipta dan berbagai kejayaan lain di raih beliau.


Mohamad Farid Bin Shahidan penerima anugerah Menteri Pendidikan 


anugerah pengarah

Dr Halim Razali buat saya kagum dengan beliau yang bermula dari hanya dari sekolah vokasional sehingga menjadi pakar dalam bidangnya

Kita sebagai penjaga harus berikan galakan kepada anak-anak supaya terus berusaha dalam bidang yang mereka ceburi bukan membanding-banding dengan kebolehan akademik semata mata. Saya percaya ini adalah sebahagian kecil daripada mereka yang berjaya. Masih ramai lagi anak-anak keluaran kolej kemahiran dan kolej vokasional yang telah menempa nama dalam kerjaya masing masing. Ukuran kejayaan bukan semata-mata pada sijil dan pangkat.

Akhir sekali mari kita fikirkan bersama  baris-baris ayat ini dalam menyahut cabaran perubahan sistem pendidikan vokasional di Malaysia.

  1. Masyarakat perlu mengubah sikap yang selama ini memandang rendah terhadap pendidikan teknik dan vokasional.

  2. Industri perlu terlibat dalam perancangan kurikulum dan perkembangan pendidikan vokasional agar latihan yang diberikan kepada pelajar dapat dihubungkaitkan dengan dunia pekerjaan yang sebenar.

  3. Program vokasional mestilah disokong oleh polisi yang kukuh serta dibantu sepenuhnya oleh sistem pentadbiran dan politik yang ada.

  4. Pendidikan sekolah aliran akademik mulai peringkat yang terendah sehinggalah ke sekolah menengah perlu diterapkan komponen-komponen latihan vokasional.

  5. Pihak swasta perlu digalakkan untuk memberi sumbangan kerana beban dan kos untuk membiayai pendidikan vokasional adalah terlalu tinggi.

  6. Program vokasional yang khusus untuk sesuatu pekerjaan perlu diperkuatkan pada peringkat tertinggi seperti institusi pengajian tinggi, maktab-maktab dan persekolahan peringkat menengah atas.

  7. Perkembangan sistem vokasional pada masa depan seharusnya memberi peluang kepada sesiapa saja yang berminat tanpa mengira kedudukan sosio-ekonomi mereka.

  8. Kursus-kursus sambilan hujung minggu atau luar waktu kerja perlu diadakan untuk tujuan meningkatkan kemahiran pekerja-pekerja supaya sejajar dengan perkembagan teknologi.

  9. Pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam pembangunan pendidikan vokasional perlu diberi pendedahan mengenai perkembangan teknologi untuk dihayati implikasi teknologi baru kepada sistem pendidikan.
sumber :sarjanatripod.com

Sunday, 24 September 2017

CARA HILANGKAN CYST DENGAN SELAMAT

Sekarang ni selalu sangat kakSu dengar anak anak remaja yang period tak teratir. Lepas tu berbulan bulan tak datang. Ada juga yang bila datang period tapi tak henti henti pulak darahnya. Ikuti kisah adik ni yang ada masalah dengan periodnya. Dan apa dia buat sampai kembali normal.

Testimoni ini adalah kisah benar Asiah Anuar yang ada masalah cyst

ubat cyst



SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 11 : ASIAH ANUAR
.

[CYST HILANG DAN HAMIL SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalammu’alaykum. Saya Asiah Anuar yang berumur 24 tahun, bekerja sebagai Admin di Yume Sports iaitu kedai menjual peralatan memanah di kawasan Bintulu Sarawak.
.

Saya ni memang selalu mengalami masalah period yang tidak teratur. Dari remaja lagi mengalami nya. Pernah dalam tahun 2010 , period saya boleh dikira sebanyak 3 kali sahaja dalam setahun. Sehingga lah pada tahun 2017 ni period saya masih tidak teratur.
.

Start awal tahun 2017, period tak datang selama 4 bulan. Risau lah jugak kan sebabnya dulu tak pernah-pernah jerawat tumbuh banyak kat muka terutamanya kat dahi dan pipi, hormon tak stabil, kulit muka rasa kusam. Jadi 10/5/17 saya pergi ke klinik. Dulu pernah jugak doctor bagi ubat perancang  untuk period tu datang tapi untuk diamalkan selalu sangat tak elok lah kan. Jadi kali ni pergi ke klinik lain dan doctor buat scan. Yup scan macam orang check baby tu. So dekat situ lah doctor bagitau, saya ni ada cyst. About 3cm.
.

Then doctor tu recommend saya tuk ambik Evening Primrose Oil(EPO) dan search sedikit tentang PCOS iaitu Polycystic Ovarian Syndrome. Ok saya pun study lah sedikit tentang PCOS and EPO. Setelah membaca saya tak ambik EPO tapi saya ikhtiar consume GLA Complex Shaklee. Sebabnya GLA Complex Shaklee lebih kuat daripada EPO. Selama 3 bulan lebih saya amalkan GLA Complex ni.
.

Pada 8/9/17 saya pergi ke klinik untuk check semula cyst dan Alhamdulillah doctor kata cyst dah takda. Syukur sangat rasanya. Jerawat dekat muka pun dah kurang . Jadi saya nak sentiasa konsisten amalkan GLA Complex Shaklee ni sehingga saya boleh mengandung pulak. In shaa Allah..
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. Nikmat kesihatan yang Allah bagi harus disyukuri..
.

Jadi bagi sesiapa yang ada masalah yang sama, saya suggest cuba ikhtiar dengan GLA Complex Shaklee ye.. Tak perlu risau tentang bahan terlarang dan side effect sebab Shaklee ni 100% selamat.

Ini lah #shakleeeffect  saya.

Cara kecutkan cyst secara semulajadi

Sunday, 27 August 2017

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX PADA ANAK KECIL

Korang dah pernah merasa kena chicken pox? Kalau dah pernah merasa mesti tahu kan betapa gatal dan bisa-bisa badan . kalau orang dewasa pun tak boleh tahan ini kan pulak kanak-kanak.  
Cacar air atau chicken pox adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Kalau kita lambat merawat mungkin merbahaya kepada kesihatan dalaman terutamanya kanak kanak. Kesan daripada bintik-bintik ni juga boleh menjadi parut yang susah nak hilang. Hari ni kakSu nak share pengalaman seroang ibu bagaimana beliau mengatasi masalah parut chicken pox anaknya.

cara hilangkan parut


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 5 : FAIRUS EMILIA
.
[GATAL AKIBAT CHICKEN POX BERKURANG DAN PARUT CHICKEN POX HILANG SEPENUHNYA DENGAN HERBAL BLEND DAN BASIC H]
.

Sebut je pasal chicken pox, semua orang takut. Nightmare. Sebab risau parut chicken pox tu kekal sampai ke tua. Wanita terutamanya, memang tak senang duduk la. Pikir sampai nangis sebab takut dan risau muka berparut.
.

Macam tu jugaklah kerisauan Kak Lia pada chicken pox ni. Al-kisahnya, anak kedua Kak Lia naik biji air kat perut. Kak Lia memang tak jangka pun tu chicken pox. Tangan ni pun duk gatal pecahkan biji air tersebut. Sehari okay lagi, tapi naik hari kedua ketiga, Kak Lia tengok makin naik biji air kat badan Husna.
.

Waktu tu yang pecah ada satu jelah. Orang cakap jangan usik biji air tu, nanti makin banyak naik biji air. Sebab sebelum ni tak pernah ada pengalaman, Kak Lia memang pecahkan biji air tu tanpa sengaja ok!
.

Memang benar pun. Hehe. Lepas hari kedua ketiga tu, penuh dah satu badan Husna naik biji air chicken pox hingga sampai atas kepala. Memang agak mengerikan. Ni pengalaman pertama Kak Lia handle chicken pox ni. Kak Lia sendiri pun belum pernah kena. Lagi haru anak yang 2 orang lagi pun belum kena. Hati mak ni memang tak keruan lah kan sebab benda ni berjangkit. Tapi tak pelah, biar kene sekarang. Dah tua baru nak kene makin teruk lagi.
.

Orang kata, kalau kene chicken pox, boleh jadi demam. Tapi Alhamdulillah Husna tak demam. Tapi Kak Lia masih bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Dalam masa yang sama, Kak Lia terus je sapu Herbal Blend. Anak sepupu Kak Lia pernah kene chicken pox, mak dia sapu Herbal Blend je. Mak dia memang suka sebab katanya badan anak dia tak ada parut pun lepas sapu dengan Herbal Blend Shaklee.
.

Doktor hanya bekalkan antibiotik, ubat demam dan Calamine lotion. Kak Lia sapu jugak Calamine tapi tak sekerap Herbal Blend sebab sapu lotion Calamine, kulit jadi lebih kering, pastu Husna akan garu garu.
.

Memang sepanjang kene chicken pox tu, Herbal Blend adalah teman setia Kak Lia. Lepas mandi je memang sapu Herbal Blend terus. Husna pun kurang garu-garu sikit. Syukur sangat.
.

Sepanjang kene chicken pox tu jugak, Kak Lia mandikan Husna dengan Basic H. (fungsi pada botol tak dinyatakan untuk dibuat sebagai mandian) tapi Kak Lia yakin sebab Basic H purely natural dan tiada bahan kimia. Bila naik chicken pox ni, tak boleh sabun badan dengan sabun biasa. Kulit boleh jadi kering, anak pun tak selesa. Memang Kak Lia avoid sabun masa naik chicken pox hari tu.
.

Alhamdulillah, seminggu je, chicken pox Husna dah kering dan amazingly syukur seribu rahmat, tak ada bekas parut yang merisaukan especially pada pada muka dan juga badan. Cuma satu je Kak Lia tak boleh kawal si Husna ni, bila chicken pox dah kering, pastu jadi kudis, dia suka kutil kutil kudis chicken pox yang dah kering. Tapi overall, muka dan badan Husna bebas dari parut yang mengerikan. Syukur Alhamdulillah.
.

Bagi ibu-ibu yang anak anak mereka ada masalah kulit, Kak Lia sarankan Herbal Blend dan Basic H ni. In Shaa Allah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.

CARA HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK

Saturday, 26 August 2017

8 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENYELIDIKAN UNTUK URUSAN PERMOHONAN DI EPRD

Baru berkesempatan nak buka fb. Dari malam tak cukup tidur. Bangun pagi bergegas ke ukm. Target hari ni nak juga siapkan semua dokumen untuk hantar ke EPRD..


Rasa kepala macam nak pecah..sakit yang amat sangat. Sapa yang hantar wasap hari ni mmg sory sangat tak dapat nak berpanjnag lebar.
.
Dah lama kepala ni tak sakit kuat camni. Memang tak cukup rehat, tak cukup tidur . Dalam minggu ni memang busy sangat ditambah pulak dengan masalah2 pm tepi yang makin buatkan tak tidur malam nak pikirnyer..
.
master hlp


Dengan ery yg bersungguh nak hantar dokumen ke eprd..maka kakSu pun sama nak juga siapkan. Tapi ada lagi part temubual yg belum siap. Dalam masa berapa jam tu siapkan juga. Time nak print dah libry tutup pulak..jam 2.45 baru buka.
.
Adoi terpaksalah cari kedai untuk print. Dah print pun ada juga yg salah lagi..mujurla siap juga..mata pun dah tak larat nak buka...
.
Pm supervisor nak minta jumpa..mmg busy ajer dia kan..katanya...
"saya ada appointment lain petang ni"
.
Tak putus asa..nk juga jumpa...
"Dr saya kat ukm dah ni. " padahal kat luar ukm lagi masa tu..maka Dr siti jawab..
"Cepat"
maka ery pun pecut kereta punya la nak sampai cepat.Kalau terlepas pengesahan kali ni makan delay lagi la kerja kakSu nieee...
.
Alhamdulillah. Siap semak..siap sahkan semua dokumen.LULUS tapisan pertama....kena tunggu tapisan ke dua...EPRD pulak..
.
Makanya hati ni pun dah makin tenang . Boleh la hantar ke EPRD isnin depan..maka dah boleh mula pilot test, kesahan muka kesahan isi kandungan..penulisan 3 bab dikemaskan..
.
Kata dr siti..nanti data pilot test boleh buat satu jurnal untuk present lagi ..
so memang dah rancang dengan geng2 nak present jurnal pulak kali ni...dan semoga kali ni dapat masuk ke scorpus ke..dan present kat Korea ke Jepun ke..boleh jalan2 sekali.


Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan sebelum hantar ke EPRD
1. Satu salinan borang Penyelidikan BPPDP1.2
2. Satu salinan lengkap cadangan kajian bab 1 hingga bab 3
3. Satu salinan instrumen kajian
4. Satu senarai sampel kajian
5. Kertas cadangan dan isntrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia
6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti
7. Dua keping sampul surat (21.5cm x 10.5 cm dan besetem rm 0.80 beralamat pemohon
8. Sampel kajian tidak melibatkan kelas peperiksaan (UPSR, PT3< SPM dan STPM)

Semoga Isnin nanti urusan penghantaran ke EPRD di permudahkan

APA ITU OMEGA 3 ?

Selalu sangat kita dengar orang kata kalau nak  bagi anak-anak sihat dan bijak elok amalkan Omega. Tapi ada omega 3 dan ada juga omega 6. Kalau sebut pasal omega kakSu ingat sangat pasal omega guard shaklee. Di dalam omega guard shaklee pun sangat kaya dengan omega 3 tau.Omega 3 ni tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) 



omega 3

Ada 3 jenis asid lemak utama dalam Omega 3:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Label label ni memang selalu kita dengar daripada iklan dan juga tertulis pada tin- tin susu  anak anak kita. Bila nampak je label tu rasa konfiden je nak beli kan. 


Tapi apa omega 3 tu sebenarnya? 

Omega 3 ni merupakan omega sihat yang sangat baik untuk kesihatan  kita. Ia merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak sebab ia mampu menyokong setiap sel tisu dan organ dalam badan. Omega 3 tak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Kita hanya boleh dapat daripada makanan atau suplimen. Hasil kajian saintifik telah membuktikan bahawa omega 3 ni sangat penting untuk kesihatan . 
USFDA satu badan yang telah bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika  Syarikat telah menyokong bahawa Omega 3 EPA dan DHA sebagai suplimen yang mengurangkan risiko sakit jantung dan koronori. 

Di antara kebaikan Omega 3  (EPA dan DHA) untuk kesihatan adalah:  

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Jadi kalau nak dapatkan omega-3 kenalah rajin makan ikan. Tapi kalau tak cukup bekalan omega 3 dari makanan boleh la cuba OMEGA GUARD. Kenapa OMEGA GUARD ni bagus? Jom KLIK SINI

Thursday, 17 August 2017

TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi memang tak asing lagi buat rakyat Malysia. Semakin hari semakin bertambah bilangannya. Teringat beberapa tahun lepas , ada seroang anak murid yang bakal menduduki SPM terpaksa tinggal di hospital kerana virus denggi yang dihidapinya menyerang di bahagian buah pinggang serta saraf menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dengan baik. Rawatan perlu dibuat sehinggalah beliau semakin hari semakin pulih.

tanda demam denggi

Denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Cara sebarannya adalah memalui gigitan  nyamuk aedes orang yang telah ada virus denggi  kepada orang yang sihat.


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

BAGAIMANA DENGGI BERJANGKIT


  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
cara denggi berjangkit


TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
  10. sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
  11.  gatal-gatal.

CIRI-CIRI KERADANGAN DEMAM DENGGI


1.Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.


2.Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit.


3. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.



tanda denggi


DENGGI MENYEBABKAN GANGGUAN FUNGSI HATI


Ujian Liver Function Test (LFT) darah boleh menunjukkan  gangguan fungsi hati. Ia adalah kesan daripada virus denggi dan jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan  pesakit mengalami masalah kesihatan dan jaundice. Bukan hanya pada ibu mengandung , tapi juga pada kesihatan baby di dalam kandungan.

Untuk makluman anda semua, kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Tetapi kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang boleh mengambil alih tugasnya
Ujian fungsi hati mengukur paras enzim tertentu dan protein dalam darah. Perbezaan tinggi atau lebih rendah daripada tahap normal adalah menunjukkan masalah hati.

CARA NAIKKAN PLATLET DARAH PESAKIT DEMAM DENGGI












CARA NAIKKAN PLATLET DARAH KESAN DENGGI

RAWATAN DENGGI


Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


SUP KETAM DENGGI

Sup ketam dikatakan dapat meredakan sakit demam denggi



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI


Bagaimana cara untuk mengatasi masalah denggi yang menyebabkan platlet darah turun dengan mendadak? Jawapannya adalah vivix. Vivix merupakan suplimen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh shaklee, syarikat no 1 suplimen di Amerika Syarikat.

Di dalam makmal , ramuan utama vivix iaitu Muscadine grape, purple  carrot , eldeberry dan polygium cuspidatum menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting penuaan tahap sellular iaitu

1. Menghalang daripada kerosakan DNA

Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang akan merosakkan DNA. Serangan ini akan merosakkan pengakalan data genetik dan ia menjadi satu "kesilapan" pada sel. Sel sel lain akan turut mengikut kesilapan tersebut menyebabkan fungsi sel terganggu. Oleh itu resviratrol di dalam vivix dapat memelihara sel daripada terus rosak

2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik

Dalam kajian LANDMARK STUDY menunjukkan bahawa ramua vivix iaitu resviratrol dan polifenol dapat mengaktifkan satu pengawalan gentik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Menggalakkan pengeluaran tenaga kepada sel sel

Ramuan vivix dapat menjana tenaga dengan lebih baik kepada sel dan meningkatkan kecekapan fungsi  sel.

4. Ramuan vivix adalah 10 kali lebih kuat daripada resviratrol di dalam wain merah yang mampu untuk memlihara sel daripada kerosakan tahap sellular akibat daripada penimbunan protein AGE yang berlebihan.

Purple carrot di dalam vivix bersifat antioksidan , anti radang , anti mikrobial dan anti carcinogen . Ia juga berkenolehan membantu penjagaan salur darah dan  platlet darah  .

Jadi dengan vivix anda dapat mengatasi masalah demam denggi sehingga ke tahap sel yang merupakan asas kepada sistem kehidupan kita seharian. Tanpa sel yang sihat , masalah platelet yang rendah akan berterusan dan ia akan mengundang kepada kesan yang lebih parah atau membawa maut.



TESTIMONI PENGGUNA VIVIX MENAIKKAN PLATLET DARAH DALAM 2 HARI





hubungi nombor ini untuk maklumat dan penerangan lebih lanjut
www.wasap.my/60108798077


Tuesday, 15 August 2017

4 MITOS TENTANG DIABETES YANG RAMAI TIDAK TAHU

 Assalamualaikum..terima kasih sudi singgah entry kakSu hari ni. 

Nak share sikit tentang penyakit diabetes. Hari ni ada seorang isteri yang call kakSu bertanya tentang penyakit suaminya. Mula-mula bengkak pada kaki diingatkan sebagi gout. Jadi bila pergi klinik, doktor pun cakap gout dan beri ubat gout. Lepas 2 hari , kaki suaminya mula bernanah. Jadi suaminya dibawa pergi mendapatkan rawatan semula. Alangkah sedih hati si isteri dan juga tuan punya diri, bila dapat tahu bengkak dan nanah pada kaki tu disebabkan diabetes. Terus je suaminya ditahan diwad. Kakinya terpaksa dibuat pembedahan dengan membuang isi-isi dibahagian luka dan nanah tadi. Katanya isi dibuang sehingga sampai nampak  tulang. Risau betul hati si isteri bila doktor kata mungkin jari kakinya terpaksa dipotong.

Ini adalah diantara kisah kisah benar yang kawan-kawan kakSu alami. KakSu pasti, bukan dia saja yang mengalami masalah begini. Ramai lagi pesakit-pesakit diluar sana yang menghadapi masalah diabetes dan mungkin sehingga membawa maut.

kencing manis

Jadi selagi kita yang ada ni masih sihat, maka selalu selalulah beringat . Terutamanya yang memang ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Kebanyakan kita akan menyesal selepas dah dapat tahu masalah diabetes sudah kronik. Ada sesetengah daripada kita mempunyai mitos tersendiri tentang diabetes. Sedangkan mitos tersebut adalah tidak benar. Menyebabkan mereka terus menerus mengulangi kesilapan tanggapan tentang diabetes sehingga membawa sakit itu ke hujung nyawa.

Jom kita ambil tahu apa mitos-mitos tentang penyakit diabetes ni. Yang mana fakta , yang mana auta

MITOS 1

 Saya tidak mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga maka saya tidak akan mengidapnya

FAKTA

Risiko mengidap diabetes anda lebih kecil jika tidak ada sejarah keluarga pengidap diabetes. tetapi jika gaya hidup tidak aktif, tabiat pemakanan yang salah, berat badan berlebihan, stres juga boleh mempengaruhi seseorang mendapat diabetes.

MITOS  2

Alkohol tidak menjejaskan pesakit diabetes

FAKTA

 Alkohol yang diambil secara berlebihan akan memburukkan lagi penyakit diabetes. Ia juga akan bertindakbalas dengan ubat uabtan yang diberikan kerana sakit diabetes.

MITOS 3

Sebagai pesakit diabetes, saya selalu merasa letih. Jadi saya perlu berehat 


FAKTA

 Diabetes perlu dijaga dan dikawal. Semua pesakit diabetes perlu aktif dan mempunyai rutin senaman yang tetap. Walau bagaimanapun senaman tersebut tidaklah berat

MITOS 4

Pesakit diabetes tidak boleh mengambil sebarang makanan berlemak dan tinggi karbohidrat

FAKTA

Pesakit diabetes perlu mengambil jumlah lemak yang minimum. karbihidarat kompleks yang kurang kalori dan lebih banyak serat boleh diambil oleh pesakit diabetes.

Sumber: 
Pandauan penjagaan kesihatan diabetes(Dr Ganesan)