Sunday 27 August 2017

CARA HILANGKAN PARUT CHICKEN POX PADA ANAK KECIL

Korang dah pernah merasa kena chicken pox? Kalau dah pernah merasa mesti tahu kan betapa gatal dan bisa-bisa badan . kalau orang dewasa pun tak boleh tahan ini kan pulak kanak-kanak.  
Cacar air atau chicken pox adalah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Kalau kita lambat merawat mungkin merbahaya kepada kesihatan dalaman terutamanya kanak kanak. Kesan daripada bintik-bintik ni juga boleh menjadi parut yang susah nak hilang. Hari ni kakSu nak share pengalaman seroang ibu bagaimana beliau mengatasi masalah parut chicken pox anaknya.

cara hilangkan parut


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 5 : FAIRUS EMILIA
.
[GATAL AKIBAT CHICKEN POX BERKURANG DAN PARUT CHICKEN POX HILANG SEPENUHNYA DENGAN HERBAL BLEND DAN BASIC H]
.

Sebut je pasal chicken pox, semua orang takut. Nightmare. Sebab risau parut chicken pox tu kekal sampai ke tua. Wanita terutamanya, memang tak senang duduk la. Pikir sampai nangis sebab takut dan risau muka berparut.
.

Macam tu jugaklah kerisauan Kak Lia pada chicken pox ni. Al-kisahnya, anak kedua Kak Lia naik biji air kat perut. Kak Lia memang tak jangka pun tu chicken pox. Tangan ni pun duk gatal pecahkan biji air tersebut. Sehari okay lagi, tapi naik hari kedua ketiga, Kak Lia tengok makin naik biji air kat badan Husna.
.

Waktu tu yang pecah ada satu jelah. Orang cakap jangan usik biji air tu, nanti makin banyak naik biji air. Sebab sebelum ni tak pernah ada pengalaman, Kak Lia memang pecahkan biji air tu tanpa sengaja ok!
.

Memang benar pun. Hehe. Lepas hari kedua ketiga tu, penuh dah satu badan Husna naik biji air chicken pox hingga sampai atas kepala. Memang agak mengerikan. Ni pengalaman pertama Kak Lia handle chicken pox ni. Kak Lia sendiri pun belum pernah kena. Lagi haru anak yang 2 orang lagi pun belum kena. Hati mak ni memang tak keruan lah kan sebab benda ni berjangkit. Tapi tak pelah, biar kene sekarang. Dah tua baru nak kene makin teruk lagi.
.

Orang kata, kalau kene chicken pox, boleh jadi demam. Tapi Alhamdulillah Husna tak demam. Tapi Kak Lia masih bawa dia ke klinik untuk rawatan lanjut. Dalam masa yang sama, Kak Lia terus je sapu Herbal Blend. Anak sepupu Kak Lia pernah kene chicken pox, mak dia sapu Herbal Blend je. Mak dia memang suka sebab katanya badan anak dia tak ada parut pun lepas sapu dengan Herbal Blend Shaklee.
.

Doktor hanya bekalkan antibiotik, ubat demam dan Calamine lotion. Kak Lia sapu jugak Calamine tapi tak sekerap Herbal Blend sebab sapu lotion Calamine, kulit jadi lebih kering, pastu Husna akan garu garu.
.

Memang sepanjang kene chicken pox tu, Herbal Blend adalah teman setia Kak Lia. Lepas mandi je memang sapu Herbal Blend terus. Husna pun kurang garu-garu sikit. Syukur sangat.
.

Sepanjang kene chicken pox tu jugak, Kak Lia mandikan Husna dengan Basic H. (fungsi pada botol tak dinyatakan untuk dibuat sebagai mandian) tapi Kak Lia yakin sebab Basic H purely natural dan tiada bahan kimia. Bila naik chicken pox ni, tak boleh sabun badan dengan sabun biasa. Kulit boleh jadi kering, anak pun tak selesa. Memang Kak Lia avoid sabun masa naik chicken pox hari tu.
.

Alhamdulillah, seminggu je, chicken pox Husna dah kering dan amazingly syukur seribu rahmat, tak ada bekas parut yang merisaukan especially pada pada muka dan juga badan. Cuma satu je Kak Lia tak boleh kawal si Husna ni, bila chicken pox dah kering, pastu jadi kudis, dia suka kutil kutil kudis chicken pox yang dah kering. Tapi overall, muka dan badan Husna bebas dari parut yang mengerikan. Syukur Alhamdulillah.
.

Bagi ibu-ibu yang anak anak mereka ada masalah kulit, Kak Lia sarankan Herbal Blend dan Basic H ni. In Shaa Allah SELAMAT, SEMULAJADI & BERKESAN.

CARA HILANGKAN PARUT DEMAM CAMPAK

Saturday 26 August 2017

8 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENYELIDIKAN UNTUK URUSAN PERMOHONAN DI EPRD

Baru berkesempatan nak buka fb. Dari malam tak cukup tidur. Bangun pagi bergegas ke ukm. Target hari ni nak juga siapkan semua dokumen untuk hantar ke EPRD..


Rasa kepala macam nak pecah..sakit yang amat sangat. Sapa yang hantar wasap hari ni mmg sory sangat tak dapat nak berpanjnag lebar.
.
Dah lama kepala ni tak sakit kuat camni. Memang tak cukup rehat, tak cukup tidur . Dalam minggu ni memang busy sangat ditambah pulak dengan masalah2 pm tepi yang makin buatkan tak tidur malam nak pikirnyer..
.
master hlp


Dengan ery yg bersungguh nak hantar dokumen ke eprd..maka kakSu pun sama nak juga siapkan. Tapi ada lagi part temubual yg belum siap. Dalam masa berapa jam tu siapkan juga. Time nak print dah libry tutup pulak..jam 2.45 baru buka.
.
Adoi terpaksalah cari kedai untuk print. Dah print pun ada juga yg salah lagi..mujurla siap juga..mata pun dah tak larat nak buka...
.
Pm supervisor nak minta jumpa..mmg busy ajer dia kan..katanya...
"saya ada appointment lain petang ni"
.
Tak putus asa..nk juga jumpa...
"Dr saya kat ukm dah ni. " padahal kat luar ukm lagi masa tu..maka Dr siti jawab..
"Cepat"
maka ery pun pecut kereta punya la nak sampai cepat.Kalau terlepas pengesahan kali ni makan delay lagi la kerja kakSu nieee...
.
Alhamdulillah. Siap semak..siap sahkan semua dokumen.LULUS tapisan pertama....kena tunggu tapisan ke dua...EPRD pulak..
.
Makanya hati ni pun dah makin tenang . Boleh la hantar ke EPRD isnin depan..maka dah boleh mula pilot test, kesahan muka kesahan isi kandungan..penulisan 3 bab dikemaskan..
.
Kata dr siti..nanti data pilot test boleh buat satu jurnal untuk present lagi ..
so memang dah rancang dengan geng2 nak present jurnal pulak kali ni...dan semoga kali ni dapat masuk ke scorpus ke..dan present kat Korea ke Jepun ke..boleh jalan2 sekali.


Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan sebelum hantar ke EPRD
1. Satu salinan borang Penyelidikan BPPDP1.2
2. Satu salinan lengkap cadangan kajian bab 1 hingga bab 3
3. Satu salinan instrumen kajian
4. Satu senarai sampel kajian
5. Kertas cadangan dan isntrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia
6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti
7. Dua keping sampul surat (21.5cm x 10.5 cm dan besetem rm 0.80 beralamat pemohon
8. Sampel kajian tidak melibatkan kelas peperiksaan (UPSR, PT3< SPM dan STPM)

Semoga Isnin nanti urusan penghantaran ke EPRD di permudahkan

APA ITU OMEGA 3 ?

Selalu sangat kita dengar orang kata kalau nak  bagi anak-anak sihat dan bijak elok amalkan Omega. Tapi ada omega 3 dan ada juga omega 6. Kalau sebut pasal omega kakSu ingat sangat pasal omega guard shaklee. Di dalam omega guard shaklee pun sangat kaya dengan omega 3 tau.Omega 3 ni tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) 



omega 3

Ada 3 jenis asid lemak utama dalam Omega 3:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Label label ni memang selalu kita dengar daripada iklan dan juga tertulis pada tin- tin susu  anak anak kita. Bila nampak je label tu rasa konfiden je nak beli kan. 


Tapi apa omega 3 tu sebenarnya? 

Omega 3 ni merupakan omega sihat yang sangat baik untuk kesihatan  kita. Ia merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak sebab ia mampu menyokong setiap sel tisu dan organ dalam badan. Omega 3 tak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Kita hanya boleh dapat daripada makanan atau suplimen. Hasil kajian saintifik telah membuktikan bahawa omega 3 ni sangat penting untuk kesihatan . 
USFDA satu badan yang telah bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika  Syarikat telah menyokong bahawa Omega 3 EPA dan DHA sebagai suplimen yang mengurangkan risiko sakit jantung dan koronori. 

Di antara kebaikan Omega 3  (EPA dan DHA) untuk kesihatan adalah:  

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Jadi kalau nak dapatkan omega-3 kenalah rajin makan ikan. Tapi kalau tak cukup bekalan omega 3 dari makanan boleh la cuba OMEGA GUARD. Kenapa OMEGA GUARD ni bagus? Jom KLIK SINI

Thursday 17 August 2017

TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi memang tak asing lagi buat rakyat Malysia. Semakin hari semakin bertambah bilangannya. Teringat beberapa tahun lepas , ada seroang anak murid yang bakal menduduki SPM terpaksa tinggal di hospital kerana virus denggi yang dihidapinya menyerang di bahagian buah pinggang serta saraf menyebabkan beliau tidak boleh berjalan dengan baik. Rawatan perlu dibuat sehinggalah beliau semakin hari semakin pulih.

tanda demam denggi

Denggi adalah disebabkan oleh jangkitan virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Cara sebarannya adalah memalui gigitan  nyamuk aedes orang yang telah ada virus denggi  kepada orang yang sihat.


Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

BAGAIMANA DENGGI BERJANGKIT


  1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi
  2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes
  3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.
  4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi
cara denggi berjangkit


TANDA-TANDA DAN GEJALA DEMAM DENGGI


Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah
  9. lemah dan tidak bermaya
  10. sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)
  11.  gatal-gatal.

CIRI-CIRI KERADANGAN DEMAM DENGGI


1.Bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.


2.Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-birit.


3. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih kepada kanak-kanak) dan juga dalam kes luar biasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.



tanda denggi


DENGGI MENYEBABKAN GANGGUAN FUNGSI HATI


Ujian Liver Function Test (LFT) darah boleh menunjukkan  gangguan fungsi hati. Ia adalah kesan daripada virus denggi dan jika tidak dikawal ianya boleh menyebabkan  pesakit mengalami masalah kesihatan dan jaundice. Bukan hanya pada ibu mengandung , tapi juga pada kesihatan baby di dalam kandungan.

Untuk makluman anda semua, kegagalan organ ini berfungsi boleh membawa kepada masalah kesihatan yang tiada ubatnya. Jika kegagalan fungsi ginjal boleh diganti dengan dialisis. Tetapi kegagalan fungsi hati tiada instrumen yang boleh mengambil alih tugasnya
Ujian fungsi hati mengukur paras enzim tertentu dan protein dalam darah. Perbezaan tinggi atau lebih rendah daripada tahap normal adalah menunjukkan masalah hati.

CARA NAIKKAN PLATLET DARAH PESAKIT DEMAM DENGGI












CARA NAIKKAN PLATLET DARAH KESAN DENGGI

RAWATAN DENGGI


Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah. Minum air paling penting dalam hidupan harian kita. Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.


SUP KETAM DENGGI

Sup ketam dikatakan dapat meredakan sakit demam denggi



BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU PESAKIT DEMAM DENGGI


Bagaimana cara untuk mengatasi masalah denggi yang menyebabkan platlet darah turun dengan mendadak? Jawapannya adalah vivix. Vivix merupakan suplimen anti penuaan terbaik di dunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh shaklee, syarikat no 1 suplimen di Amerika Syarikat.

Di dalam makmal , ramuan utama vivix iaitu Muscadine grape, purple  carrot , eldeberry dan polygium cuspidatum menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting penuaan tahap sellular iaitu

1. Menghalang daripada kerosakan DNA

Setiap hari sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang akan merosakkan DNA. Serangan ini akan merosakkan pengakalan data genetik dan ia menjadi satu "kesilapan" pada sel. Sel sel lain akan turut mengikut kesilapan tersebut menyebabkan fungsi sel terganggu. Oleh itu resviratrol di dalam vivix dapat memelihara sel daripada terus rosak

2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik

Dalam kajian LANDMARK STUDY menunjukkan bahawa ramua vivix iaitu resviratrol dan polifenol dapat mengaktifkan satu pengawalan gentik utama yang membantu melambatkan penuaan tahap sellular.

3. Menggalakkan pengeluaran tenaga kepada sel sel

Ramuan vivix dapat menjana tenaga dengan lebih baik kepada sel dan meningkatkan kecekapan fungsi  sel.

4. Ramuan vivix adalah 10 kali lebih kuat daripada resviratrol di dalam wain merah yang mampu untuk memlihara sel daripada kerosakan tahap sellular akibat daripada penimbunan protein AGE yang berlebihan.

Purple carrot di dalam vivix bersifat antioksidan , anti radang , anti mikrobial dan anti carcinogen . Ia juga berkenolehan membantu penjagaan salur darah dan  platlet darah  .

Jadi dengan vivix anda dapat mengatasi masalah demam denggi sehingga ke tahap sel yang merupakan asas kepada sistem kehidupan kita seharian. Tanpa sel yang sihat , masalah platelet yang rendah akan berterusan dan ia akan mengundang kepada kesan yang lebih parah atau membawa maut.



TESTIMONI PENGGUNA VIVIX MENAIKKAN PLATLET DARAH DALAM 2 HARI





hubungi nombor ini untuk maklumat dan penerangan lebih lanjut
www.wasap.my/60108798077


Tuesday 15 August 2017

4 MITOS TENTANG DIABETES YANG RAMAI TIDAK TAHU

 Assalamualaikum..terima kasih sudi singgah entry kakSu hari ni. 

Nak share sikit tentang penyakit diabetes. Hari ni ada seorang isteri yang call kakSu bertanya tentang penyakit suaminya. Mula-mula bengkak pada kaki diingatkan sebagi gout. Jadi bila pergi klinik, doktor pun cakap gout dan beri ubat gout. Lepas 2 hari , kaki suaminya mula bernanah. Jadi suaminya dibawa pergi mendapatkan rawatan semula. Alangkah sedih hati si isteri dan juga tuan punya diri, bila dapat tahu bengkak dan nanah pada kaki tu disebabkan diabetes. Terus je suaminya ditahan diwad. Kakinya terpaksa dibuat pembedahan dengan membuang isi-isi dibahagian luka dan nanah tadi. Katanya isi dibuang sehingga sampai nampak  tulang. Risau betul hati si isteri bila doktor kata mungkin jari kakinya terpaksa dipotong.

Ini adalah diantara kisah kisah benar yang kawan-kawan kakSu alami. KakSu pasti, bukan dia saja yang mengalami masalah begini. Ramai lagi pesakit-pesakit diluar sana yang menghadapi masalah diabetes dan mungkin sehingga membawa maut.

kencing manis

Jadi selagi kita yang ada ni masih sihat, maka selalu selalulah beringat . Terutamanya yang memang ada sejarah keluarga yang mengidap diabetes. Kebanyakan kita akan menyesal selepas dah dapat tahu masalah diabetes sudah kronik. Ada sesetengah daripada kita mempunyai mitos tersendiri tentang diabetes. Sedangkan mitos tersebut adalah tidak benar. Menyebabkan mereka terus menerus mengulangi kesilapan tanggapan tentang diabetes sehingga membawa sakit itu ke hujung nyawa.

Jom kita ambil tahu apa mitos-mitos tentang penyakit diabetes ni. Yang mana fakta , yang mana auta

MITOS 1

 Saya tidak mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga maka saya tidak akan mengidapnya

FAKTA

Risiko mengidap diabetes anda lebih kecil jika tidak ada sejarah keluarga pengidap diabetes. tetapi jika gaya hidup tidak aktif, tabiat pemakanan yang salah, berat badan berlebihan, stres juga boleh mempengaruhi seseorang mendapat diabetes.

MITOS  2

Alkohol tidak menjejaskan pesakit diabetes

FAKTA

 Alkohol yang diambil secara berlebihan akan memburukkan lagi penyakit diabetes. Ia juga akan bertindakbalas dengan ubat uabtan yang diberikan kerana sakit diabetes.

MITOS 3

Sebagai pesakit diabetes, saya selalu merasa letih. Jadi saya perlu berehat 


FAKTA

 Diabetes perlu dijaga dan dikawal. Semua pesakit diabetes perlu aktif dan mempunyai rutin senaman yang tetap. Walau bagaimanapun senaman tersebut tidaklah berat

MITOS 4

Pesakit diabetes tidak boleh mengambil sebarang makanan berlemak dan tinggi karbohidrat

FAKTA

Pesakit diabetes perlu mengambil jumlah lemak yang minimum. karbihidarat kompleks yang kurang kalori dan lebih banyak serat boleh diambil oleh pesakit diabetes.

Sumber: 
Pandauan penjagaan kesihatan diabetes(Dr Ganesan)


Menyesal selepas jari telah dipotong

DIABETES BERPUNCA DARIPADA GOUT?




Saturday 12 August 2017

KEKURANGAN DARAH KUNING KETIKA HAMIL

Pernah dengar tak tentang darah kuning. Selalunya kita biasa dengar tentang darah merahkan. Tapi bila orang sebut tentang darah  kuning rasa macam pelik pulak. Sebenarnya darah kuning sebenarnya nama lainnya ialah platlet. Bila sebut pasal platlet baru la pernah dengar kan. 




Sebenarnya fungsi platlet ( darah kuning) adalah untuk  membantu darah membeku apabila perlu. Jumlah platelet normal adalah antara 150 dan 400 juta setiap mililiter (ml) darah. Kebanyakan wanita hamil mempunyai bilangan platelet yang normal, tetapi kira-kira lapan peratus wanita hamil mempunyai penurunan sedikit dalam kiraan platelet mereka. Kiraan di bawah normal jika bacaan  antara 100 dan 150 juta trombosit per ml darah.


Jika kiraan platelet jatuh di bawah normal semasa hamil, ia dipanggil Gestational throbocytapenia.Gestational throbocytapenia biasanya berlaku pada trimester ke tiga. ia tidak menjejaskan bayi di lahirkan. Ada di kalngan ibu hamil mengalami kekurangan platlet . Ia tidak menjejaskan bayi dan tahap plalet akan kembali normal apabila bayi dilahirkan. Terdapat dua faktor yang memainkan peranan:

1.Badan secara semulajadi menghancurkan platlet jika ia tidak digunakan dan menggantikannya dengan yang baru.
Semasa hamil proses ini dipercepatkan. Maka ibu hamil mempunyai lebih muda dan lebih besar platlet di dalam darah.Badan anda menghasilkan lebih banyak bahagian cecair darah (plasma) semasa  mengandung. Ini bermakna bahawa platelet lebih banyak dicairkan, jadi jumlahnya kurang daripada satu mililiter darah. Ini tidak menjejaskan seberapa baik platelet berfungsi.

2. Kadang-kadang, kiraan platelet yang sangat rendah boleh menjadi tanda masalah dengan kehamilan anda. Ini boleh menjadi komplikasi pra-eklampsia yang jarang berlaku, yang dipanggil sindrom HELLP, yang juga menyebabkan gejala berikut:
  • Tekanan darah tinggi dan protein di dalam air kencing
  • sakit diatas perut
  • sakit kepala


  • mual

Jika kiraan platelet kekal pada tahap selamat, tanpa gejala lain , mungkin tidak perlu menjalankan apa apa rawatan. Tetapi jika mengalami pendarahan yang tidak normal, dan sekiranya ibu mempunyai bahagian caeser maka rawatan selanjutnya perlu dijalankan. Mungkin doktor akan mengesorkan untuk membuat pemindahan platlet atau plasma darah bagi meningkatkan tahap platlet dalam darah.

Sekian..

Jika anda ibu hamil dan mahukan kesihatan yang berpanjangan sepanjang kehamilan, kurus lepas bersalin maka seharusnya anda KLIK SINI


Klik sini untuk mengetahui: Cara naikkan platlet

Sunday 6 August 2017

CARA MULAKAN HARI BEKERJA DENGAN CERGAS SELEPAS LAMA BERCUTI

SAY NO TO MONDAY BLUES..
Dah dua hari cuti hujung minggu. Settlekan semua kerja rumah dan keperluan family. Isnin kena masuk ofis. Kerja kerja kerja..

.
MONDAY BLUES

Berpakaian cantik dan ceria bantu nak hilangkan monday blues

Walaupun tak masuk ofis secara officially tapi tetap juga kena duduk kat kerusi ni macam orang bekerja. Siap2 pakai cantik2..kemas2 masuk ofis..(ofis kat rumah)
.
Cerita pagi tadi..


4.30 pagi terkejut alarm bunyi. Pagi2 dapat message dari customer dah bank in duit nak vivix.. Wahh..aura positif ..makin bersemangat nak bangun ..tapi kena tunaikan yg wajib dulu ..
.
Siap gorengkan anak2 bihun utk sarapan pagi. Hantar anak pergi sekolah dan sebelum sampai rumah dapat lagi message dr customer nak vivix lagi. Terus semangat memuncak ..
.
Apa lagi..sampai je rumah terus la orderkan semua barang2 dorang. Selesai tangungjawab pada customer..baru la nak isi perut..biasa la kaksu ..ESP + VIVIX wajib...maka menghadap pula kerja2 penulisan. Kelangsungan bab 2 pulak..

ORDER SHAKLEE

Begitulah cara kaksu nak naikkan semangat sendiri supaya tak la lemau je hari isnin gini.. Dan alhamdulillah..setiap apa kaksu dapat hari ni selepas hari2 merayu pada Dia..huhu..satu satunya yg dapat menyampaikan permintaanku

Ok guyss..jom mulakan hari ini dengan penuh semangat..senyum senyum selalu..dan jangan lupa..
.
SAHAJA AKU BEKERJA KERANA ALLAH..kerana amanah dan kerja2 kita ini juga ibadah..insyaAllah..

UJIAN PENENTUAN PEMILIHAN PELAJAR TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN (HLP)

SAAT SAAT TERAKHIR SEBELUM EXAM PENENTUAN PEMILIHAN  HLP 2016/2018

Rasanya macam baru sangat kami berjumpa. Tapi rupanya dah setahun. Ini adalah kenangan kami di malam terakhir sebelum pulang dari kursus penentuan penerimaan kami sebagai pelajar tajaan Kementerian Pendidikan HLP..


.
Waktu ni adalah jamuan terakhir kami di IAB bersama pensyarah2 dan penganjur Bahagian Tajaan. Esoknya kami semua akan menduduki exam selepas seminggu kurus. Ujian ni adalah penentu samada kami terpilih atau tak . Memang menggigil kepala lutut tau..malu la kan ..dah pergi kursus sampai seminggu tapi tak lulus..hihi
master HLP
Balik riadah petang


master HLP
Posing lepas penat bersenam


master HLP
Aktiviti dalam bengkel


master HLP
Aktiviti bengkel

master HLP
Apa hal pegang kepala orang plak ni

master HLP
Lelaki memang minoriti



master HLP

Slot motivasi

.
So lepas jamuan, beramai ramai la kami bersengkakng mata dok study. Masa tu kaksu study dengan jiran sebelah bilik..kak Norlita Ishak dan Farhana.. ..kejap atas katil kejap kat lantai..macam2 gaya..macam2 cara nak menghafal..almaklumla tua tua ni susah sikit mau ingat..
.
Habis exam...
.
Semua cuak nak menanti jawapan. Maklumla ..pendaftaran pengajian kat U mula september..selepas berdebar menanti akhirnya diterima juga akhirnya..kak su , farhana dan kak ita  masuk U yang sama. 
.
Tapi..Farhana tak kekal lama bersama kami, terpaksa menarik diri atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. 
.
Maka bermulalah sejarah pengajian yang tak dapat dilupakan..semester 1 ...macam2 dugaan yg datang..huhu..
.
Kalau dikenang pastinya air mata ni takan berhenti mengalir. Tapi alhamdulillah..segala kenangan kami disana  menjadi penguat semangat utk teruskan perjuangan.


Diary master HLP

            Semester 1, disebalik setiap senyuman ini tersirat 1000 rahsia kenangan yang sukar dilupakan

Setahun lagi tempoh kami perlu habiskan pengajian..GOT..semoga kami diberi kekuatan dan kesabaran utk terus menghadapi apa jua cabaran mendatang..
.
Yang pastinya adik bongsu kami  Absha Atiah Abu Bakar (peserta termuda dlm team kami.27 tahun) dikurniakan rezeki terindah..seorang puteri comel anak master katanya...hihi..

DIARY MASTER HLP

.                           Kak Ita, Absha Atia and me
Disini penting sangat ada kawan2 yang support each other..kalau sorang2 nnti sesat jalan..
.
Selamat berkursus juga buat  perserta kursus HLP 2017/2019 yang lain.....isnyaAllah bakal juga menempuhi sejarah baru sebagai students nanti..semoga berjaya..
.

Lagu ni masih terngiang2 di telinga..rindunya saat2 disana..

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus satu.

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi mimpi kita ini

Jangan resah
Ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi mimpi kita

MENUJU KE BINTANG



Saturday 5 August 2017

BAHAYA MAKAN JERING KEPADA BUAH PINGGANG BOLEH MEMBAWA MAUT

Assalamuaikum ..hai..

Korang pernah tak makan jering? Ke tak pernah pun tengok jering? kalau tak pernah tengok jering, meh akak tunjukkan gambar . Inilah rupanya jering. 

bahaya jering


Orang kampung mesti kenal kan. Akak pun memang pernah tengok jering ni . Bau dia punya la kuat. Kalah petai. Tapi sejak duduk kat Melaka ni, mak mertua selalu juga masak jering . Masak lemak dengan ikan parang. Pergghhhhh..sedap juga..kalau ada sambal belacan lagi la sedap.

Tapi rupanya jering ni ada bahayanya juga. Baru-baru ni akak ada terbaca satu artikel pasal jering. Terpanggil nak kongsi dengan korang. Maybe korang ada yang dah tahu. Kalau dah tahu kira ulangkaji la ye. Kalau tak tahu..bagusla ..boleh dapat info dari akak..hihi..

Menurut artikel yang akak baca tulisan Dr Mohd Syamirulah Rahim, beliau ada menerima pesakit yang mengadu saki yang amat sangat dibahagian perut dan kencing tidak lepas. Selepas diberikan IV Tramadol baru la sakit dia reda. Bila doktor tanya apa yang dia makan waktu siang sebelum tu, kataya dia ada makan jering rebus.

Doktor dapati dalam air kencing dia ada darah. Bila dibuat pemeriksaan ultrasound, tak da batu karang tapi buah pinggang dia bengkak. Bacaan kretinin pesakit dia pun naik sehingga 400 . Biasanya kalau bacaan normal ialah 100 jer. jadi fungsi buah pinggang dia dah semakin merosot. Kegagalan buah pinggang pesakit tersebut berpunca daripada pengambilan jering rebus. Mungkin jering tersebut tidak cukup rebus..tak masak ke camna ntah.. 

kalau korang nak tahu dalam jering ni ada bahan namanya  DJENKOLIC ACID. Ia bersifat toksik kepada buah pinggang. Nama penyakit ni ialah " Jering Nephropathy" atau "djenkolism". Daripada jurnal-jurnal perubatan, 96 kes Jering Nephoropathy tersebut , 4 kes telah meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang (Bunawan et al ,2014). Kes yang dilaporkan di Hospital Umum Sarawak juga ada satu kes dimana pesakit terpaksa menjalani prosedur "strenting" pada ke dua-dua buah pinggang. Di dapati ada jeli berwarna seperti sos di dalam uretra (salur kencing lelaki). Selepas strent dimasukkan barulah pesakit boleh kencing seperti biasa. 

Berikut adalah tanda-tanda yang mungkin korang akan alami kalau terkena Jering Nephropathy

1. kesakitan amat sangat di bahagian perut dan pinggang
2. kencing tidak lepas
3. air kencing bercampur darah

Walau bagaimanapun kes Jering Nephropathy ni jarang-jarang berlaku. Sebab tu ramai yang tak tahu. tapi lepas ni kalau dah ada simptom macam ni lepas makan jering, cepat-cepat la pergi hospital ye. Jangan dibiarkan sampai buah pinggang tu rosak sampai nak kena dialisis pulak.

Tapi kan..akak rasa ada sebab kut orang tua-tua tanam dulu jering sebelum masak. Kalau mak mentua kak tu, dia akan tanam jering sampai berbulan bulan, lepas tu baru dia masak lemak cili api dengan ikan parang. Dulu akak pun tak makan. Tapi sekarang dah pandai nak makan. nasihat untuk mereka yang memang ada malsah buah pinggang, sebaiknya elakkanlah makan jering mentah ataupun janganlah makan terus. banyak lagi makanan lain yang boleh kita makan. betul tak?

bahaya jering

Sedapnya jering masak lemak cili api


Anda mungkin mencari ....