Thursday 30 October 2014

DOAKAN KEJAYAAN KAMI

Begitu pantas masa berlalu..diam tak diam sudah sampai ke penghujung 2014.Minggu hadapan bermula 3 november 2014 akan bermulalah "peperangan" di dalam dewan peperiksaan oleh calon calon SPM 2014.Segala ilmu yang di perolehi selama 5 tahun di sekolah menengah bakal dicoretkan di atas kertas kertas soalan peperiksaan nanti..Cukupkah persediaan ilmu untuk digunakan bagi menjawab soalan nanti?Persediaan mental dan fizikal untuk korang berjuang?

Sudah pastinya disaat saat akhir macam ni,korang akan lebih fokus untuk belajar terutamanya yang memang minat nak belajar di saat saat akhir..Yang dah buat persediaan dari awal diucapkan tahniah..yang study last minute pun tahniah...sebab korang bernasib baik kerana timbul kesedaran nak study sebelum mula exam..bukan sedar selepas exam...hehe..
SMKGB

5 ST DAN 5 S3..TRY YOUR BEST


Time beginilah baru mula nak bangun awal pagi untuk study dan buat amalan seperti solat hajat, solat tahajud, solat dhuha..
Alhamdulillah..semoga amalan ini dapat diteruskan biarpun tak menduduki peperiksaan saja..Time beginilah doa mesti panjang panjang untuk minta dipermudahkan menjawab soalan exam..dapat A fizik kimia biologi dan lain lain..
Beruntunglah kita sebab nak amik exam, kita baru nak ambil tahu cara solat2 sunat dhuha, tahajud atau solat hajat.Berbanding orang yang tidak mahu pun mahu mula .Mungkin dia merasakan diri ya terlalu hebat ataupun mungkin dia sudah berputus asa kerana sudah puas berdoa tapi doanya tidak diperkenankan...Jadikanlah waktu waktu penting ini untuk setiap amalan baik tersebut diteruskan walau bukan menduduki peperiksaan.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud
 "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul  daripada kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat ayat(firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan (al quran) serta kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka daripada syirik dan maksiat.Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana"

Nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengajar manusia,anak cucu dan keturunannya supaya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.Sebenarnya doa adalah senjata paling ampuh yang dimiliki Nabi dan pengikut setia perjuangan kebenaran serta umat Islam seluruhnya..

Jika doa yang kita pohon setiap hari sampai saat ini belum diperkenankan pasti ada sebab mengapa ia belum diperkenankan.Siapa kita untuk mempersoalkan mengapa ia tidak diperkenankan? Hebatkah kita ?Cukupkah amalan kita? Berapa banyakkah dosa yang kita buat tanpa kita sedari? Banyakkah pahala kita?..Hanya Allah yang maha mengetahui

Sabda Rasulullah saw

" Aku adalah Rasul doa nenek moyangku Ibrahim dan khabar gembira yang diberitakan oleh nabi Isa" (riwayat Imam Ahmad)

Doa dimakbulkan Allah swt , tetapi disempurnakan pada masa yang wajar ditentukan mengikut hikmah dan kebijaksanaaNya tetapi kita sering gopoh dan minta disegerakan perkenanNya.Orang yang belum mempunyai hubungan rapat dengan Allah swt selalu dilanda jemu dan putus asa.


Allah murka kepada kita yang tidak berdoa atau memhon sesuatu kepadaNya kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sombong serta takbur.Allah swt suka orang memohon bantuanNya.


Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.

  • Berdoalah dengan suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
  • Berdoa dengan penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
  • Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
  • Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
  • Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
  • Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
  • Berdoa Sambil Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
  • Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
  • Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.

Kepada anak anak murid cikgu dan sesiapa juga yang membaca perkongsian ini..marilah kita sama sama- sama berdoa agar semua calon calon peperiksaan SPM atau STPM dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah dan ditunjukkan jalan penyelesaian terbaik..dan semoga anak anak murid saya di SMK Ghafar Baba dapat meraih kejayaan yang diimpikan selama ini..



GOOD LUCK DEAR 









Shaklee masjid tanah/Alor Gajah/Sg Udang/Kuala Sungai Baru/Pos satu Malaysia/su0108798077

Tuesday 21 October 2014

06:33

TIPS GEBUKAN KULIT


gebukan kulit
Teruja tengok kulit secantik ini..

Orang perempuan kalau cakap pasal cantik,mesti nak nyibuk dengar kan..sapa yang tak suka cantik..Sifat semulajadi manusia sukan kecantikan.tak kira la baju cantik ke, kereta cantik ke, kulit cantik ke..mesti semua  nak .Ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk cucuk sana cucuk sini, botox sana botox sini.Ada pula yang nak cantik tapi tak nak keluarkan duit..jimat katanya..So hari ni saya nak share dengan korang yang  nak cantik tapi  sayang duit...Cara ni memang hanya perlukan modal yang sangat rendah.Tak lebih rm 10 pun...

TIPS GEBUKAN KULIT PALING MURAH

Bahan bahan yang diperlukan ni mudah sangat di dapati

* 1 mangkuk beras pulut susu..kalau tak da..pakai beras pulut biasa pon boleh .
* satu sudu teh madu ( lebih mak buat kueh cornflakes madu.) boleh aje
*lemon atau limau nipis

CARA MEMBUAT
  • goreng beras pulut tanpa minyak sampai kekuningan
  • kisar guna blender kering sampai halus
  • ambil serbuk beras tadi sebanyak dua ke tiga sudu , campurkan dengan madu dan air perahan limau nipis atau lemon
  • gaulkan dengan sebati dan sapukan pada sluruh wajah termasuk leher.Biarkan selama 15 ke20 minit
  • Bilas dengan air suam .Kulit akan menjadi bersih lembut cerah dan gebu dalam masa 2 ke 3 minggu..
Senang jerkan..korang boleh cuba..apa apa pun yang kita buat ,pastikan kita buat secara istiqomah..rajin dan tidak berputus asa.Barulah nampak hasil gituuuu..

Tapi kan bagi korang yang malas nak mesin beras pulut tu . saya ada juga cara mudah untuk mencantikkan kulit , menggebukan kulit...Emmm..kalau saya nak cantik, saya nak makan produk untuk cantik, tapi harga yang mahal, sabarlah hati...kumpul dulu sampai cukup duit, mesti nak beli produk yang bagus tu..saya akan pastian produk itu halal dan selamat di makan..Benda makan , mestilah berhati hati...masuk dalam perut tuuu...


Ni ha produk yang sangat senang untuk korang try , nak jaga kulit,,bukan setakat luaran, dalaman pun akan cantik..Kecatikan dalaman mnyerlahkan kecantikan luaran
  • sustained vitamin c..ada 180 biji.. sehari makan sebiji jer pun ..tahan 6 bulan..harga RM 92.50..so kira kira sebiji 50 sen aja.Vitamin c ni bukan semata mata untuk kecantikan kulit malah ia adalah anti oksidan yang semulajadi..Kalau kat rumah, kitrang selsema pun telan sekali 2 biji..lega ..kurangkan selsema tu..
    gebukan kulit
  • ESP ni pun bagus juga untuk kulit. Diperbuat daripada soya NON GMO lagi..sedap , boleh diminum bersama minuman kegemaran lain. Boleh juga dibuat masker. Harga Rm 150. Boleh makan sebulan setengah.. kalau setakat sapu kat muka buat masker, boleh tahan bertahun la kan...
    kulit gebu
  • Vitamin E pun sangat popular untuk cantikkan kulit.. Boleh dimakan juga boleh disapu pada kulit muka.Vitamin E  ni best sebab ia membantu  melawan penuaan pra matang pada kulit.Jadi kulit korang yang kusam dan kering memang sangat sesuai la. Bukan itu sahaja, vitamin E ini adalah antioksidan yang menghalang radikal bebas  dan menghalang kerosakan sel..Harga Rm 149.00 tapi kandungan ada 120 biji .Sehari sebiji dan boleh bertahan sehingga 4 bulan.. Wah jimat betul..
  • kulit gebu

  • Yang ni lagi extra hebat..kolegen powder..memang sangat memuaskan.. diperbuat daripada sisik ikan merah laut dalam dan sangat mudah diserap kerana saiz molekul yang kecil 1000 Dalton. Harga RM 298. 15 sachet..tak tau nak cakap la kan..sapa dah try, mesti dia tak kisah kalau harga camni..sebab , kolegen ni sangat berkesan..

Ada lagi yang lain untuk kecantikan kulit tapi yang ni lah yang sentiasa mendapat sambutan daripada pengguna.. Setiap satu boleh dijual berasingan..Anda boleh pilih mengikut kemampuan..Nak cantik tak payah nak berkira sangat..bukan setakat cantik..tapi korang akan rasa badan akan jadi lebih sihat..lambat la nak monopos....sebab dah awet muda..hehe..betul tak?

Farizan yang mengalami masalah kulit akibat salah memilih produk.Wajahnya yang dipenuhi kesan parut parut jerawat yang teruk..selepas 6 tahun kini wajahnya kembali cantik dan gebu.


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.


Berminat boleh hubungi saya:  Kak su
 sms/whastapp/telegram/  0108798077


su|PENGEDAR shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.


Saturday 18 October 2014

HIGH TEA IN PARIS

Exited betul saya hari ni nak kongsi cerita  tentang hari penuh bersejarah pengawas pengawas SMK Ghafar Baba.Jamuan yang di adakan semalam 18 Oktober 2014 3 petang kat Paris..Sebab Hi tea ni temanya Hi Tea In Paris..so rasa macam kat Paris la pulak.hehe walaupun tak pernah sampai Paris..angan angan pun ok la kan..
Hari ni  beberapa orang guru iaitu En Mustapa Mulop, cikgu pengawas baru cikgu Aziah,cikgu Khairul Akmal, cikgu pengawas sebulan lepas cikgu Khadijah dan saya di iring oleh pengawas pengawas masuk ke dewan jamuan sebagai tetamu VVIP..rasa macam pengantin la pulak..ja...4 tahun lepas saya jadi penganjur bersama dengan pengawas pengawas lain..tapi hari ini hasrat untuk menjadi tetamu semasa jamuan kali ini ditunaikan..

Masuk jer dalam dewan..terperanjat tengok hiasan dewan dan susun atur majlis yang sangat cantik dan sangat mengujakan...HI TEA IN PARIS..terpampang di  hadapan pentas yang indah..

Syukur alhamdlillah, cikgu rasa sangat gembira dan terharu melihat pencapaian pengawas tahun ini yang dapat menguruskan majlis yang sangat meriah dan teratur..grand..bersama AJK tunggak utama pengawas tingkatan 4 yang telah bertungkus lumus menjayakan masjlis ini terutamanya bagi meraikan pengawas pengawas tingkatan 5 dan 6 yang bakal pergi meninggalkan alam persekolahan tak lama lagi..Makanan enak penuh atas meja tapi perut tak rasa lapar pun nak makan sebab terlalu happy dengan pencapaian korang..setiap AJK telah menjalankan tugas dengan baik dan segalanya berjalan lancar .Majlis jamuan guru pun tak buat HOTSS macam korang...

Puteri puteri dan putera putera pengawas tingkatan 5 yang cun melecun dan tampan bergaya ...juga di arak masuk ke dalam dewan dengan penuh meriah sekali..masa pakai baju sekolah..comot jer..bila dah dressing... kalah model ..hehe..memang korang cantik dan handsome handsome belaka..boleh pilih buat calon menantu..
pengawas SMKGB
                                                                        2024  ?
Jutaan terima kasih kepada semua pengawas pengawas yang telah menjalankan tugas menguatkuasakan undang undang sekolah membantu guru bagi memastikan  semua murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah seterusnya mewujudkan suasana sekolah yang tenang dan kondusif tanpa gangguan..Tanpa kalian semua, kami pihak guru tidak akan dapat megawal semua murid yang ramai dalam satu masa..Biarpun pelbagai dugaan dan cabaran di tempuhi, mengorbankan tenaga dan masa untuk melaksanakan tugas,kalian tetap tabah dan terus membantu pihak sekolah..syabas dan tahniah..

Semoga segala pengalaman dan ilmu kepimpinan yang diperolehi semasa berada di sekolah akan menjadi pengalaman yang sangat bermakna untuk diaplikasikan di dunia luar kelak.Pengalaman tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..Terutamanya kepada pengawas tingkatan 5 yang telah berkhidmat dengan cemerlang semenjak tingkatan 1, expecially Rafael, Najiha Abu, Alia Hanisah..Zakwan..Adibah..Shahir,Bong...cikgu sangat terhutang budi dengan kalian..Walaupun ada kalanya pengawas sering dikutuk, di perli , di biokot ,tak cukup kat sekolah, dalam facebook, dalam twitter, motor pun dirosakkan, hati korang tetap kental untuk terus memperjuangkan kebenaran...sedihnya bila korang akan pergi tinggalkan sekolah...4 tahun bersama saya ,selalu juga kena marah, kena tegur dengan cikgu..semua tu bukan kerana benci tau... tetapi untuk sama sama meningkatkan jati diri dan keberanian menjadi pemimpin..Cikgu juga banyak   belajar dari korang semua...Biarlah semua itu menjadi lipatan kenangan yang akan disimpan rapi di jiwa masing masing...
pengawas smkgb

                                                  Superman ada..batman pun ada!!!!

Ini adalah pose istimewa saya bersama ketua pengawas 2014.. Md Rafael bin Hassan..Teringat masa mula mula mengajar matematik tingkatan 2 dulu... seorang anak murid yang suka bersaing..mesti nak cepat siapkan latihan matematik..sampai lah sekarang , seorang yang berani, tegas , kelakar dan bijak..semoga suatu hari nanti menjadi seorang pemimpin yang berwibawa..dan terus mencipta kejayaan demi Agama bangsa dan negara...sejuk perut ibu mengandung..cewah..nanti makan nasi minyak..ingat ye..jemput tau..
pengawas smkgb

Head Prefect 2014 with me

Eh lupa nak cerita..persembahan form 5..menarik..idea korang memang best best kan.lagi cikgu suka masa sambutan hari guru..Memang the best..tahun depan idea baru pulak yea..kasi gempak dan hebat..sebab korang memang hebat..persembahan tingkatan 5..mengimbau 10 tahun akan datang..apa dah jadi dengan korang yek 10 tahun nanti..itu yang digambarkan...mesti rindu kat sekolah kan..yang tak menahan , closing persembahan siap ada iklan..."Belilah Shaklee".....wah..memang la korang ni...ada jer benda yang nak di selit buat orang gelak..memang best la persembahan korang...mesti cikgu rindu saat saat bersama dengan korang semua..tak pelah..nanti cikgu teringat, cikgu buka la balik blog ni..khas buat pengawas SMKGB 2010-2014..with love..semoga kalian semua sentiasa dilindungi, dirahmati dan berjaya dalam bidang yang diceburi..Ingatlah kami guru-guru dalam doa kalian...

Tahniah pengarah...Ahmad Adli Razali, Yasmin Basaer Rond dan konco konconya...Syakirin, Amierul dengan video yang best, Hidayat, Firdaus my  son, Jayasree, Chin Su Yee (korean girl), Fatin Farhana,Nurul Farhana, Mohd Haziq ,Ammar, Audra, Almas, Thilagan, Hakim dan semua pengawas yang telah membantu menjayakan jamuan yang giler kentang best...All the best..

Syakirin and her brother Ammar..








su|shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.


Friday 17 October 2014

Professional Learning Community (PLC)

Hari ini semua warga Sek. Men.Keb. Ghafar Baba telah hadir dalam Latihan Dalam Perkhidmatan kali yang ke 7.

Tajuk hari ini PLC.

Apa itu PLC?

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communitiesPLC 

merupakan koleksi 

aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi 

utama sebagai usaha menyokong dan 

memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha 

secara komprehensif 

dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah

 meningkatkan pencapaian.


PLC merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai presrasi murid yang lebih baik.
( Rosenholt,1989,Little & MCLaughlin,1993;DuFour,Eaker,& Many,2006)

Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching). Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju. 

PRINSIP ASAS PLC
  • MEMASTIKAN PEMBELAJARAN MURID
  • BUDAYA KOLABOARTIF
  • FOKUS KEPADA PENCAPAIAN

STRATEGI PLC

Reflective Dialogue
  • Study groups
  • Using discussion protocols
  • Book Clubs
  • Video Critiques of teaching moments
Di Privatization of practice
  • Peer coaching
  • Lesson study
  • Learning walks
  • Teaching sharing sessions
Collective focus on student learning
  • Data analysis
  • Critical friends groups
  • Curruiculum mapping
  • Common assessments
Collaboration
  • Horizontal and vertical teams
  • New teacher induction/montoring
  • Problem solving groups
  • Interdisciplinary units and projects
Shared Norms and Values
  • Vision activity
  • guiding principles
  • value  activities
  • common rituals and strategies 
PLC

               En.Hasri sebagai penceramah hari ini

15 AMALAN IBU MENGANDUNG LAHIR ANAK BIJAK

Ramai pulak kawan kawan yang mengandung  tahun ni..ada yang akan bersalin bulan november ni dan ramai juga yang akan bersalin tahun depan..Bila dikenang detik detik nak melahirkan , ngeri rasanya..Ngeri ngeri pun..keluar juga 5 orang....Alhamdulilah..itulah pengorbanan seorang isteri kepada seuaminya dan pengorbanan seorang ibu melahirkan anak anaknya..semoga setiap kesakitan yang dialami oleh si ibu dihitung dengan pahala sebagai bekalan di sana nanti..dan syurga itu dibawah telapak kaki ibu..bukan kaki ayah..hehe...

Cerita pasal mengandung ni..ada yang tanya..macamna nak dapatkan anak yang mempunyai tahap IQ yang tinggi.Ni yang nak kongsi ni..

Kajian oleh Helland el al (2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183 mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari mulai usia kandungan 17 minggu hingga 19 minggu dengan wanita B yang mengambil 10ml minyak jagung , menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu tahap berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak kanak itu berusia 7 tahun berbanding  kanak kanak yang dilahirkan oleh wanita B yang mengambil minyak jagung.Anak A juga mempunyai kualiti tidur  dan imuniti yang  baik.Namun ransangan awal kepada anak juga mempengaruhi tahap IQ anak.

Kenapa makan minyak ikan dapat meningkatkan tahap IQ bayi ?

Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolenik.Asid lemak perlu ialah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan.badan manusia tdak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

Terdapat beberapa asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik  dan asidlemak omega 6 asid linoleik.Asid lemak perlu akan menghsilkan sejenis bahan kimia yang dkenali sebagai eicosanoids.Salah satu bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids ialah prostaglandin. Ia merupakan bahan penting dalam sistem biologi manusia termasklah sistem imuniti , sistem pencernaan , proses eksperi gen, proses baik pulih sel  proses tekanan bendalir dan pengawal aturan suhu badan.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis ,tekanan darah tinggi, kanser, penyakit alzeimer , sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain lain. So kesimpulannya , setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan sel badan berfungsi dengan baik.

Tiada usia khusus menetapkan pengambilan minyak ikan . Fetus didalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega 3 melalui si ibu.

Bagaimana nak dapatkan minyak ikan yang berkualiti tinggi?

Of course daripada Omega Guard shaklee.....jom kita baca apa kelebihannya..KLIK DISINI

anak pintar


Selain dari mengamalkan makan minyak ikan untuk IQ anak..amalan ini juga perlu di amalkan ibu ibu semasa mengandung

  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Semoga bermanafaat..


COD : Masjid Tanah/Pengkalan Balak/Kuala Sg Baru/Sg Udang
POS : Seluruh Malaysia
FB: suhaila abdul

Tuesday 14 October 2014

KESAN KETARA KONSISTEN MAKAN VITAMIN SHAKLEE

Hari ni saya nak kongsi berita gembira dengan korang.Gembira sebab kawan saya nak tambah sorang lagi umat nabi Muhammad.Baru tahu yang dia pregnan dah 4 bulan ,tu pun masa mesyuarat panitia matematik semalam.Kenapa saya happy sangat? Pelik kan..orang pregnan saya pula yang happy..Untuk pengetahuan semua, kawan2 saya ni termasuk dalam golongan yang mengandung tanpa dirancang he...kalau bahasa ibu ibu..kita kata..terrrr..

Sebenarnya ada 3 orang lain lagi. Mungkin ini suatu kebetulan?.yang pastinya ke empat empat rakan saya ni mengandung semula tanpa perancangan..Diorang ni sebenarnya adalah pengamal vitamin vitamin shaklee..2013..sorang kawan ni saya bubuh nama A lah ye..dia baru lepas bersalin anak ke dua..operation,Disebabkan nak cantikkan kulit yang dah mula kusam, so dia ambil kolegen shaklee..belum sampai habis 3 kotak, tiba tiba dia dah stop makan...bila tanya kenapa stop...rupa rupanya mengandung lagi..anak belum setahun...katanya..ntah ntah klegen ni punya hal..subur bebeno..

Kawan yang kedua saya bagi nama L.Juga baru lepas bersalin anak ke 3,usia anak setahun, dia memang mantain makan vitamin c, esp dan b complex..tup tup..dia bagitahu yang dia dah mengandung 4 bulan...malu nak cakap..dia kata..makan vitamin shaklee ni memang buatkan dia subur betul..tak dirancang..

Kawan yang ketiga...mkan set kurus selepas berat badan naik selepas melahirkan anak yang pertama..dia ambil set kurus alfalfa, lecthin herblax dan cinch shake..badan dah mula kurus..Tiba tiba cakap nak stop makan set kurus..sebab dah lewat datang bulan...akhirnya check...memang dah mengandung..syukur alhamdulillah..

dan yang terakhir  si F...anak dah 5 tahun , cuba ambil esp dan GLA..selepas beberapa bulan makan..alhamdulilah pun juga mengandung...

Bukan saja diorang yang mengalami perubahan, malah saya sendiri, opss..bukan pregnant ye..tapi kesan ketara yang saya rasa..Dah lama tak amik MC tau..alhamdulillah tq Allah..period saya sekarang pun dah mula teratur, padahal dari dulu period saya tak pernah teratur , pastu darah kotor pula sikit sikit jer..sekarang ni alhamdulillah, every month regular dan badan rasa lebih sihat dan tidak mudah letih nak handle anak 5 kat rumah dan anak murid kat sekolah....saya konsisten minum vivix..tapi perlu di ingat..makan suplimen ni bukan setakat sehari dua nampak effect dia tau..macam nak membesar juga la..makan masa tahun..bukan tup tup terus besar ajer kita ni kan..so ..korang kalau nak kesan yang meletop meletop..perlulah ambil suplimen dengan istiqomah...KEHEBATAN VIVIX..KLIK SINI

APA YANG TERKANDUNG DALAM VIVIX? KLIK SINI


VIVIX

Saya rasa sangat bersyukur kerana saya dipertemukan dengan shaklee dan dapat berkongsi kelebihan vitamin shaklee dengan teman teman..bukan vitamin tu yang menyembuhkan atau membuat mereka bertambah subur tetapi dengan usaha mereka dan dengan izin Allah, tubuh badan mereka lebih sihat dan memberi kesan baik kepada mereka....Allah menyuruh hambanya berusaha , dan bertawakkal setelah berusaha..dan inilah yang terjadi...

mengandung esp
                                              Anugerah Allah 

Bagi anda yang masih berusaha untuk mendapatkan cahayamata..teruskan berusaha dan berusaha tanpa jemu, dan insyaalah dengan hasil usaha korang yang tidak pernah jemu mengharapkan pertolongan dariNya, insyallah suatu hari nanti permintaan dan permintaan korang akan dimakbulkan...dan tidak hairanlah jika di usia 40 an juga mungkin masih ada yang akan dapat menimang cahayamata apabila badan sihat persis anak dara..hasil mengamalkan vitamin shaklee..nak monopos pun dah jadi lambat..amin..insyaallah...

Pesanan dari saya..bagi korang yang sedang mengandung 5 bulan dan ke atas dah boleh mencuba OMEGA GUARD yang kaya dengan omega 3 untuk perkembangan IQ anak yang bijak nanti...melabur untuk kebaikan...nanti saya buat entry pasal ni pulak yer..hehe

ok guys..itulah aja cerita saya malam malam buta ni..so saya nak tidur..esok nak teruskan menjadi fasilitator untuk anak2 TIMMS Malaysia yang akan menduduki peperiksaan pada 28 Oktober 2014..

So guys..jangan la dok kedekut sangat nak makan suplimen yew..badan sihat ..otak cergas...boleh tambah amal ibadat...Ok cauuuu...


                            Makan vitamin nak kulit cantik camni...

010 8798077


Pengedar shaklee Masjid Tanah|Kuala Sungai Baru|Sungai Udang|Pengkalan Balak|ALorgajah|Pos seluruh Malaysia.

08:42

TAK CUKUP TIDUR MENGURANGKAN KADAR METABOLISMA?

Masa dok borak borak di kantin ada sorang cikgu tegur saya..Kenapa saya makan sikit sangat? Satu senduk jer? Kalau dia makan macam tu ,kira satu suap jer.Cikgu tu lelaki.Saya tengok nasi dia memang banyak..hehe..4 kali ganda saya kut.tapi badan dia tak gemuk pun makan nasi banyak.Ada yang buat diet  memang tak  makan nasi..Of course la nasi banyak kandungan karbohidarat .Tapi kenapa sesetengah orang makan nasi banyak pun badan slim jer.Mungkin kadar metabolisma badan dia tinggi.

Apa itu metabolisma ye?Untuk perkongsian semua, metabolisma ni adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi tubuh asas.
Walaupun kita sedang tidur, menonton wayang ke, shopping ke, sebenarnya tubuh badan kita sedang membakar kalori secara berterusan

Kenapa orang sesetengah orang yang makan banyak tapi badan tak gemuk pun?

Memang la, sebab metabolisma badan kita adalah berbeza bagi setiap individu.Lebih bayak otot  dan jumlah lemak dalam badan ,lebih tinggi kadar metablisma tetapi otot membakar lebih banyak kalori daripada lemak.Jadi jangan la dok seronok pula bila kata lemak boleh bakar kalori yek..sebab orang yang banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisma lebih tinggi tau berbanding orang banyak lemak.Kaum lelaki biasanya memunyai kadar metabolisma yang tinggi berbanding wanita ,kerana lelaki mempunyai otot yang lebih banyak untuk membakar kalori.
Macamna nak ubah kadar metabolisma badan? Boleh ke ia berubah?
Jawapannya memang boleh.
caranya?

  • Minum susu rendah lemak, keju dadih ikan salmon taufu . Itu adalah sebahagian makanan yang mengandungi tinggi kandungan kalsium.kekurangan kalsium menyebabkan badan berpaut dengan lemak .Jika anda memerlukan suplemen kalsium boleh juga untuk anda mengambil ostrematrix sebagai makanan tambahan .pengambilan vitamin c bersama kalsium adalah satu gabungan terbaik dimana kalsium dapat meningkatkan kadar metabolisma manakala vitamin c memudahkan penyerapan mineral kedalam badan
  • Minum air yang banyak. 8 gelas sehari atau setiap 25kg berat badan 1 liter air.Air sangat penting untuk proses tubuh badan berfungsi secara optimum.
  • Tidur 7 ke 8 jam sehari.Tidur yang cukup membantu mengekalkan metabolisma yang sihat.Jangan over tidur yaa....Kalau kurang tidur pula pasti akan menganggu kebolehan membakar kalori.Tidur pun ada jadual tau.Tidur dan  bangun pada masa yang konsisten pada setiap hari.
  • Kerja yang terlalu banyak di pejabat atau menguruskan rumahtangga mungkin menyebabkan anda stress.Stress meingkatkan jumlah kortisol yang nerupakan hormon menyebabkan tubuh menyimpan lemak untk persediaan mengahadapi tekanan.Jika anda stress, ambil masa untk duduk dan bertenang, tarik nafas sedalam dalamnya..banyakkan beristighfar. Untuk mengurangkan kesan stress, anda juga boleh mengamalkan vitamin B 
  •                                             
                                                       SENYUM...TERAPI MEREDAKAN STRESS
  • Makan itu perlu.Ambil makanan yang tinggi kandungan fiber seperti buah buahan dan protin.Kurangkan makanan tinggi kandungan gula dan garam.Sarapan perlu diambil untuk memulakan hari anda.Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang
  • Bersenam.Paling baik ialah senaman mengangkat berat.Senaman men
    gangkat berat dapat membina lebih banyak otot otot.Satu paun otot  membakar 35 hingga 50 kalori , satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori
  • Berjemur dibawah sinaran matahari. Waktu terbaik ialah pada jam antara 11 pagi ke 3 petang.Ambillah masa bersiar siar bersama keluarga di bawah sinar matahari
  • Minum teh hijau.Teh hijau mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisma badan.Kalau nak cuba teh yang lebih baik. anda boleh mencuba CINCH TEA yang kaya dengan polifenol dan membantu anda sentiasa bertenaga sepanjang hari.
        INCH LOSS with CINCH TEA



PENGEDAR SHAKLEE MELAKA/MASJID TANAH/SG UDANG/PENGKALAN BALAK/
POS SELURUH MALAYSIA

SU:010 8798077  fb: suhaila abdul


Sunday 12 October 2014

06:01

ESP UNTUK PESAKIT KENCING MANIS ?

Promosi bulan oktober ni memang meriah..Mana taknya ..ESP pulak tu..berebut nak dapatkan harga promosi yang menjunam ni..Bukan senang.Dalam banyak banyak produk shaklee, ESP merupakan produk paling hot..mana tak hotnya..esp terkenal sebagai minuman protin yang membekalkan tenaga berpanjangan dan sangat popular bagi wanita untuk kecantikan kulit.

Poster ini menunjukkan antara kelebihan ESP iaitu minuman yang berasaskan soya yag semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.Semakin ramai yang menyedari akan kelebihan esp antaranya ialah NON GMO soy.Bagaimana pula dengan paras Indeks Glisemik? Apakah itu indeks glisemik dan mengapa ESP sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kencing manis dan untuk mereka yang ingin kuruskan badan ?
esp soya


Jadi hari ni saya nak kongsikan  apa itu indeks Glisemik..

Indeks glisemik merupakan satu panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalm darah.Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Dan indeks inilah yangdipanggil sebagai indeks glsemik (GI). Jadi setiap makanan yang kita ambil boleh dikelaskan dalam skla 0 hingga 100  mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia dimakan



glisemik index
Contoh makanan dengan indeks glisemik yang tinggi ialah meliputi karbohidrat sebagi contoh
  1. Roti tawar
  2. Beras/nasi
  3. Pasta
  4. Bijiran/ rendah serat
  5. Makanan yang dipanggang

Makanan indeks glisemik rendah ,sebagai contoh
  1. Buah buahan
  2. sayur sayuran
  3. Biji bijian
  4. kekacang
Makanan yang mempunyai indeks glisemik yang rendah memiliki kesan yang rendah terhadap kadar gula dalam darah.Orang yang banyak makan buah buahan dan sayur sayuran selalunya mempunyai kurang lemak terkumpul terutamanya di bahagian perut .

Indeks Glisemik yang tinggi - karbohidrat terurai dengan cepat semasa pencernaan dan melepaskan glukosa secara cepat dalam darah.Jadi kita akan cepat merasa lapar walaupun baru sudah makan..

Indeks Glisemik yang rendah- karbohidrat terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara perlahan dalam darah. Makanan yang mempunyai GI yang rendah membuatkan kita kenyang lebih lama dan ESP merupakan pilihan terbaik bagi korang yang cuba untuk menurunkan berat badan.

Diet dengan kandungan protein yang tinggi terdapat di dalam ESP yang merupakan protein soya (tumbuhan ) yang lebih mudah dihadam berbanding dengan protein haiwan.ESP mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan.Tidak hairanlah mengapa ESP menjadi pilihan ramai kerana manafaat yang ada dalam ESP.

Jadi korang dah faham apa itu indeks glisemik  dan kepentingan mengambil makanan yang rendah indeks glisemik kannn..Apa tunggu lagi..jom la kita pakat borong ESP promo..hehe...

Nak cuba..KLIK DISINI...

COD:masjid tanah/kuala sungai baru/Londang/Pengkalan Balak/Sg Udang: POS: seluruh Malaysia

Hubungi:0108798077 /su   fb: suhaila abdul

Saturday 11 October 2014

CARA MUDAH NAK SCORE FIZIK

Bila sebut saja tentang fizik..memang fobia..Susah giler fizik ni.Banyak formula, banyak pengiraan, banyak teori banyak benda nak di ingat.Dah la tu..susah sangat nak faham .Beberbelit belit dan ..errgghhhhhh..pendek cerita memang fizik susah...

Tapi itu dulu...hehe..kalau dulu fizik merupakan subjek yang sangat dibenci tapi sekarang..i loveeeeee fizik..nape yek..nak tau kenape? baca sampai habis..Untuk pengetahuan korang..sebenarnya fizik is fun..cer tengok sekeliling korang..semuanya adalah sains dan semuanya  ada kaitan fizik..kipas angin..ada fizik..motor elektrik..lampu..fizik, masak nasi guna rice cooker..fizik..duduk tepi laut, fizik..pendek kata semuanya fizik..so kenapa kita selalu fikir  fizik susah..?


Cara pertama untuk korang suka fizik ialah..minat..kalau tak minat nak kenal macamna nak cinta..kan..tak kenal maka tak cinta..minat ni maksudnya , sebelum masuk kelas , korang mesti dah tahu kan , apa yang cikgu nak ajar, so fikirkan dalam kepala korang, eh apa ek yang cikgu nak cerita esok pasal tajuk ni? mesti best kan..yessss..timbulkan rasa tanda tanya dan tak sabar sabar nak dnegar cikgu berceloteh dalam kelas..bukan fikir yang ia satu yang terpaksa..try la fikir camtu..satu lagi..korang mesti cinta kat cikgu..hehe.bukan cinta macam korang cinta kat kekasih tu..tapi suka kat cikgu tu sebab dia ada ilmu yang nak diturunkan kepada korang..saya selalu pesan kat anak2 murid saya, kalau nak suka fizik perlu suka dulu pada cikgunya biarpun cikgu tu tak berapa nak cun atau tak berapa nak handsome...bila kita suka cikgu ajar..kita akan suka nak belajar walaupun tak berapa nak faham..macam kita suka kat awek..suka dengar dia cakap,suka tengok dia makan suka bla..bla..bla..

Banyak sangat ke formula fizik ni ? Boleh tahan la banyak..tapi semua formula dalam fizik senang jer..kalau exam siap bagi lagi kat muka depan soalan.Cuma korang tau guna dengan tak tahu jelah.Biasanya formula fizik menggunakan simbol , jadi pastikan korang dapat membezakan simbol simbol untuk setiap tajuk, kalau kita dah kenal maksud bagi setiap simbol memang senang.Jadi bila cikgu ajar sesuatu topik yang ada formula pastikan korang catatkan dalam buku khas untuk formula sahaja dan tulis maksud simbol untuk setiap formula.Macamna nak biasakan menggunakan formula formula ni?
 Jawapannya senang saja..selepas cikgu dah ajar kat kelas dah bagi contoh, balik rumah cari 2 ke 3 soalan yang berkaitan dengan tajuk tu dan buat semula serta aplikasikan formula yang dah belajar tadi.Kalau rasa susah sangat, cari soalan yang dah siap jalan kerja.Cuba selesaikan sendiri dulu, semak jalan kerja yang dah ada..Boleh ulang ulang soalan yang sama sampai faham step penyelesaian..tak faham ..tanya cikgu..

Bagi soalan penyelesaian masalah, kumpulkan maklumat daripada soalan.cuba buat gambaran dengan melukis situasi kemudian senaraikan nilai nilai yang diberi dalam bentuk simbol.Tentukan apa yang di minta dari soalan ..kaitkan dengan formula, tuliskan formula , gantikan nilai nilai yang dah diberi ke dalam formula, selesaikan persamaan

Kaitkan apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian.janganlah asyik dok fikir pasal nak score fizik , pasal nak jawab soalan exam..fikirkan yang belajar fizik ni menarik.Setiap tajuk yang cikgu ajar ada kaitan dengan hidup.contohnya balik rumah nak sendukkan nasi , pegang sudip nasi, bahagian pemegan sudip dibuat dari kayu ..oh..ingat semula cikgu ajar, ini sebab muatan haba tentu pemegang sudip adalah tinggi..so lambat panas..Naik kereta, tengok bahagian hadapan kereta yang di reka supaya bentuk larus atau aerodinamik..oh..sebabnya untuk kurangkan geseran..kalau lah semua yang belajar dalam kelas dapat di kaitkan dengan situasi harian kita..memang fizik sangat mudah..

Selain dari mengaitkan fizik dengan persekitaran, pastinya kita kena faham konsep bagi setiap yang dipelajari..kalau kita dah boleh kaitkan konsep kejadian dengan fenomena yang berlaku dipersekitaran..lebih mudah nak memahami dan meyelesaikan masalah yang dipersoalkan

Dalam fizik ada hukum hukum serta prinsip prinsip yang perlu diingat. Apa beza antara hukum dan prinsip? Biasanya Hukum akan melibatkan formula -formula manakala prinsip tidak melibatkan formula..Contohnya Newton second law, formula F = ma, Boyle's law ,PV...dan contoh prinsip, prinsip keabadian tenaga..So kumpulkan semua law yang ada dengan formula dan kumpulkan prinsip yang ada .. buatkan dalam satu nota peta minda untuk kedua dua prinsip dan hukum ni..Bezakan antara prinsip dan formula.Untuk anak anak murid saya, saya dah wajibkan diorang untuk buat flash card iaitu flash card untuk law..untuk principle dan term physics..Flashcard ni senang dibawa kemana saja sebab ia mesra pengguna...

Okey ..selamat mencuba ye..ingat..fizik is fun..

physics is fun

               Physics is fun.....Mereka telah buktikannya