Tuesday, 22 December 2015

CARA UBATI TEKANAN DARAH RENDAH

Tekanan darah rendah , atau yang juga dikenal dengan hipotensi, adalah suatu keadaan  di mana tekanan darah seseorang sangat rendah atau dibawah tekanan darah yang normal (120/80 mmhg), sehingga menyebabkan gejala seperti pening, mudah pengsan, keletihan, mual , sesak nafas, penglihatan kabur, jantung berdebar, demam, dan kulit lembab(berpeluh sejuk) .
ubat tekanan darah rendah

 Orang yang dianggap menderita Tekanan darah rendah atau hipotesi jika tekanan darah mereka secara konsisten tetap sekitar 90/60 mm Hg atau lebih rendah. Dan, ketika tekanan darah menjadi lebih rendah lagi , dapat menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi untuk menjangkau dengan maksimum  ke organ seperti otak , ginjal, dan hati. Hipotensi jika tak dapat diatasi segera dan juga merbahaya, bahkan boleh  mengancam nyawa.
Berbeza antara tekanan darah tinggi dan tekanan darah renda.Jadi, kita akan  mengambil langkah tindakan yang tepat untuk mengatasinya.

Berikut ini adalah solusi untuk mengubati tekanan darah rendah dengan cara semulajadi dirumah.

AIR GARAM

Air garam membantu mengatasi tekanan darah rendah kerana sodium dalam garam meningkatkan tekanan darah. Jangan berlebihan , karena  garam berlebuhan juga tidak sihat. Cukup hanya dengan mencampur setengah sudu teh garam kedalam segelas air dan memin. Anda juga boleh minum-minuman olahraga atau energy drink.seperti perforamance drink

KOPI

Kopi  minuman yang berkafein sementara juga dapat meningkatkan tekanan darah. Jika Anda sering menderita tekanan darah rendah, minum secawan kopi di pagi. Tapi, jangan biasakan minum kopi juga kerana kesan jangka panjang dari kafein masih tidak jelas .

KISMIS

Kismis juga dianggap sangat baik untuk mengubati hipotensi secara semulajadi.
Rendam 30 sampai 40 biji kismis kedalam secawan air buarkan  semalaman.
Makan di pagi hari satu per satu pada waktu perut kosong. Anda juga boleh minum sekaligus air rendamannya . Lakukan ini selama beberapa minggu atau satu bulan.

Kemangi

Kemang ini bermanfaat untuk membantu mengatasi tekanan darah rendah, kerana kaya  vitamin C , magnesium, kalium, dan asam pantotenat. Selain itu, kemangi juga dapat membantu menyeimbangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Buat jus dari 10 sampai 15 lembar daun kemangi, dan tambahkan juga satu sudu teh madu. Minum jus ini setiap hari pada waktu perut kosong.
Cara lain adalah hanya dengan mengunyah 4-5 lembar daun kemangi setiap hari di pagi hari.

Rosemary

Rosemary diyakini juga bermanfaat untuk menormalkan tekanan darah rendah, kerana akan merangsang sistem saraf pusat dan meningkatkan perdedaran darah. 

Jus Lemon

Jus lemon sangat efektif untuk mengubati tekanan darah tinggi,  juga dapat digunakan untuk tekanan darah rendah, terutama bila disebabkan kerana dehidrasi. Anda dapat minum jus lemon yang dicampur dengan sedikit garam dan gula. Ini akan membantu memberikan tenaga bagi tubuh Anda, dengan  merangsang fungsi hati dan membantu sistem pencernaan. 

Tips

Seiring dengan melakukan rawatan semulajadi  untuk mengatasi darah rendah diatas , sebaiknya juga lakukan senaman  ringan teratur untuk membantu meningkatkan aliran darah. Namun hindari melakukan senaman  berat atau angkat berat, 
Sila jumpa doktor jika untuk mengenalpasti masalh penyakit ada sebelum megambil sebarang ubat ubatan atau suplimen

Suplimen membantu masalah tekanan darah rendah

Vita-Lea -  multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan nutrien dalam badan
ubat tekanan darah rendah

B-Complex - menambahkan tenaga dan mengurangkan stress
ubat tekanan darah rendah

Ostematrix - Kalsium penting untuk pengawalan tekanan darah
ubat tekanan darah rendah

ESP - membekalkan protein dan meningkatkan tenaga
ubat tekanan darah rendah

Performance Drink - membekalkan tenaga dan mengelakkan dehidrasi
ubat tekanan darah rendah

Meal Shake - juga multivitamin dan multimineral dan bentuk bancuhan(minuman)

ubat tekanan darah rendah



Jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah, usah tunggu lagi..bertindak segera sebelum semuanya terlambat.Hubungi segera  

kak su 010 8798077..sedia membantu ..

saya juga menyediakan perkhidmatan COD ketempat anda disekitar Masjid Tanah, Sungai Udang,Alor Gajah, Kuala Sungai Baru , Lubuk Cina.Penghantaran melalui pos juga disediakan.

Your Trusted SID
---kak su---

Monday, 21 December 2015

BAHAYA TEKANAN DARAH RENDAH

Adakah anda sering keletihan, lesu, pucat dan pitam dan aneamia? Jika anda mengalami simptom simptom tersebut, ia menunjukkan anda mengalami kesan tekanan darah rendah.Bagi ibu mengandung  jika tekanan darah rendah yang ekstrem boleh menyebabkan keguguran , kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil koma, dan paling membimbangkan ilah kemungkinan ibu mahupun bayi meninggal dunia.



tekanan darah rendah




Mengapa tekanan darah rendah ini boleh berlaku?


1. Tubuh kekurangan zat besi
2.Amalan diet yang tidak seimbang dan kekurangn zat besi
3.Penyerapan zat yang rendah oleh badan
4.Kesan sampingan ubat
5.Kehilangan darah yang teruk
6.Faktor genetik


Tidak kira apa pun puncanya , kehadiran zat besi amat penting dan perlu mencukupi.Zat besi akan bertindak sebagai salah satu komponen utama dalam sel darah merah.Ia akan menghantar oksigen ke seluruh tubuh bagi memastikan kelangsungan fungsi tubuh dan menyokong  tumbesaran bayi dalam kandungan.



tekanan darah rendah


Makanan tinggi zat besi untuk atasi tekanan darah renda

1.Ayam
2. Sayuran berdaun hijau
3.Kekacang
4.Bijirin
5.Buah buahan kering seperti kurma, buah tin dan prun
6.Tembikai
7.Bijan
8.Tauhu
9.Delima
tekanan darah rendah

Golongan yang berisiko mengalami tekanan darah rendah

1.Yang disahkan mengalami anemia semasa hail melalui pemeriksaan darah

2.Pernah mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak

3.Wanita yang telah berkali-kali melahirkan anak

4.Wanita yang menyusukan anak

Bagi ibu ibu mengandung , pengambilan suplimen seperti folat,kuprum ,zinc tambahan dan vitamin c untuk meningkatkan dan mempercepatkan lagi kadar penyerapan zat besi dalam badan bagi membantu mengatasi tekanan darah rendah.

Jika anda mengalami masalah sedemikian.Usah tunggu lagi.Kini ada jalan penyelesaian untuk hadapi masalah anda ini.
KLIK disini segera untuk dapatkan maklumat lanjut.!!!!!!


Anda rasa risau? Banyak persoalan bermain di fikiran????, Kak Su berasa lebih dari berbesar hati untuk membantu anda menghadapi saat indah sebagai ibu.

Saturday, 19 December 2015

9 TIPS KENDALI ANAK-ANAK KERJA RUMAH PUN BOLEH SIAP

Pejam celik pejam celik ..2015 dah sampai ke penghujung.Lagi beberapa hari dah masuk tahun baru.Semua kelengkapan sekolah dah sedia dibeli.Tahun ni disember saya menjadi surirumah sepenuh masa .Pengurus rumahtangga sepenuh masa.Baru dapat rasa macamna ibu ibu surirumah sepenuh masa rasa.

Bukan dapat rehat sangat pun.Lagi banyak kerja nak settle.Dari bangun pagi buat sarapan sampai la nak tidur malam..kerja rumah tak pernah habis...kena juga buat timing masa untuk siapkan kerja kerja kat rumah ni.

Bagi ibu ibu yang berkerjaya macamna pula.Camna nak settlekan kerja pejabat dan balik nak kena selesaikan kerja rumahtangga.Mesti tanggungjawab tu sangat berat kan? Itu memang dapat saya rasa sejak dulu lagi.tapi semua kerja kerja rumah dan pengurusan anak kita dapat selesaikan dengan baik InsyaAllah kalau kita dapat uruskan masa dengan betul

Disini saya nak kongsikan tips macamna ibu bekerjaya dapat menguruskan rumahtangga sekaligus dapat memudahkan kerja kerja seharian kita.

tips urus anak

9 TIPS URUS ANAK DAN KERJA RUMAH JUGA BERES

  1. TIDUR YANG BERKUALITI
Biasanya kalau kita tak cukup tidur , keadaan bad mood tu memang akan ada.Tidur yang mencukupi ialah selama 8 jam sehari.Tapi kalau kita terlalu sibuk sehingga tidak sempat tidur 8 jam macamna? So dapatkan tidur yang berkualiti iaitu 
Kekalkan jadual waktu tidur - Tidur pada waktu yang sama, setiap hari malah di hujung minggu serta hari cuti. Konsistensi membuatkan badan kita terbiasa dengan kitaran jadual tidur tersebut.Jika saya tidak cukup tidur biasanya saya akan telan 4 biji ostematrix untuk kesihatan tulang dan juga membantu saya kekal cergas untuk bangun pagi walaupun saya tidur tidak sampai 8 jam sehari.

2.BUAT JADUAL

Tak payah sampai nak tulis dalam kertas jadual larrr......hihi.jadual  ni bermaksud kita dah setkan dengan anak-anak aktiviti seharian mereka, contohnya pukul berapa mesti bangun, mandi sarapan untuk pergi ke sekolah.Ajar mereka sejak dari awal ,dari sekolah rendah.Lama-lama mereka akan terbiasa,kita tak payah kejut bangun,diorang dah bangun.Bagi ibu ibu..kenalah bangun awal juga..setkan timing berapa minit untuk siapkan sarapan..berapa minit nak kemas ..barulah tak lewat pergi kerja


3.WAKTU TIDUR ANAK

Ibu ibu sekelian..kalau ada anak kecil...mesti waktu siang mereka akan tidur..jangan pula time diorang tidur ,ibu pun tidur sekali..alamatnya semua kerja tak dapat siap...kain setimbun tak dapat lipat..kannnnn

4.SIAPKAN PADA WAKTU MALAM

Ni memang perkara yang sangat penting...semua beg, buku2 dan jadual sekolah anak mesti siap susun pada waktu malam..letakkan beg siap siap kan tepi pintu..termasuklah emaknya punya keperluan nak bawa pergi kerja..mesti dah siap dari malam..Nak buat sarapan..malam tu dah siap fikir apa nak masak untuk sarapan dan siap ada bahan bahan nak masak..

5.BUAT BANYAK KERJA DALAM SATU MASA

Maksudnya, sambil sambil nak buat sarapan tu, masukkan baju dalam mesin..tekannnnn..bukan nak berus pun..nanti siap masak kain pun dah siap basuh..sambil2 goreng karipap tu, sempat la nak bancuh air...camtu laaaa....hihi..

6. BUAT KERJA SECARA BERPERINGKAT

Ambillah masa 10-15 minit  agar kita tak kehabisan tenaga nak settlekan semua kerja serentak.Rehat la kejap..layan anak anak main ke...tapi jangan dok layan FB sampai terlupa goreng ikan hangus.haha..macam biasa jek...

7. MINTA TOLONG SUAMI

Ini yang wajib suami suami tahu...isteri bekerja untuk bantu suami untuk perbelanjaan rumahtanga..so suami kenalah bantu isteri kat rumah...kalau tak dapat tolong isteri masak, basuh kain  or lipat kain..tolongla isteri hantar anak tuition ke, tolong jaga anak ke...itu pun sangat membantu tau kami para isteri ni...kalau suami yang rajin membantu isteri tu..tandanya dia memang sayang isteri dia..betul tak???

tips urus anak

8.UBAH AKTIVITI

Hujung minggu mak mak kata itulah msa nak kemas rumah...apa kata sekali sekala gotong royong dengan anak anak  dan ayah sekaliuntuk kemas rumah sama-sama..lepas gotong royong tu...kelaur la window shopping ke..makan kat luar ke...tak dalah stresss

9. MAKAN SUPLIMEN..

Sebagai seorang ibu..kita mestilah sihat.Ambil masa untuk penjagaan diri sendiri dengan senaman ringan..suplimen adalah wajib bagi saya untuk saya kekal bertenaga sepanjanghari.Bangun seawal  4.45 pagi dan tidur jam 11 malam keatas..saya sangat perlukan suplimen untuk diri saya.Wajib saya amalkan makan omega guard, vitamin c,ostematrix, vivix, dan kolegen.Pada saya..tanpa bantuan suplimen  saya akan  mudah letih ..kalau dah letih semua kerja tak dapat nak buat dengan sempurna..Lagi satu..bila usia kita ni semakin meningkat...mulalah sakit sana sini..longgar sana sini..kedut sana sini..Macamna nak uruskan anak dan lak layan suami dengan baik..fikir fikirkan....pilihan ditangan anda..

KENAPA VIVIX PALING SAYA SUKA? KLIK SINI

KENAPA VIVIX RASANYA SEDAP SANGAT? KLIK SINI


010 8798077


Friday, 4 December 2015

PENGALAMAN BERLAKON BERSAMA ZARA ZIA

Satu hari tu orang office dok bising bising cerita pasal nanti  ada shooting kat sekolah..aku pun tumpang heboh la juga..diorang kata pelakon tu zara zia...sapa dia tu? ..sebab aku pun bukannya kenal nama pelakon..tengok drama melayu sekali sekala..yg betul2 top kenal la...zara zia?kadang2 muka kenal tp nama tak tau... Hmmm.. ramai peminat2 zara zia  ni...expecially pengetua pun minat sangat kat dia...

Zara comey sampai dulu..

Bila diorang sebut zara zia tu berlakon cerita Tuan Anas Mikail...so aku pun tengok la drama tu..so kenallah muka dia..hihi...best gak dia berlakon..

Nak jadi cerita...tiba2 dapat call dr org office..suruh aku segera ke office  ..gpk HEM panggil...urgent jer nampaknya...mesti pasal disiplin ni aku  kena settlekan...biasa la kan .. cikgu disiplin...

Sampai ke office..pengetua dan GPK HEM cikgu Mustapa tetiba jer cakap aku disuruh berlakon dalam drama yg akan dibuat shooting di sekolah 2hb Disember ni...terperanjat beruk aku...haha..nasib baik tak jadi beruk...grrrr...aku berlakon? Kelakar jer..kamera tak dapat cari aku kang..sebab kocik sangat...kena jadi cikgu dlm scene depa...

Tapi aku dapat kerja baru..hari  tu khamis..esok jumaat dah..lepas tu cuti panjang...sempat ke nak tanya budak....aku disuruh cari 25 orang murid untuk jadi pelakon tambahan..nak tak nak dengan tugas baru aku tu..kenalah juga cari budak...so jumaat cari budak kelas 2B ..tapi ramai juga yang tak nak...nasib la ..sapa yg berminat  pun kira  okey la..so dah dapat dah...siap satu kerja baru...hihi..

Hari selasa 1 Disember pihak produksi nak buat perjumpaan dgn guru dan beri taklimat perjalanan lakonan di sekolah...mula mula janji nak datang kul 9...last sekali 12.30 baru sampai...spoil my mood jekkkk....

macam macam diminta last minute...10 lencana sekolah...buku teks ting 3 dan 5..soalan2 exam yang dah lepas...aku baru je buang kertas soalan...so terpaksa la menggodek dari cikgu2 lain..akhirnya dapat la paper BM dari cikgu Suhaila Ayob...

lencana sekolah? Minta last minute...cikgu2 dah balik..koperasi pun dah tutup..tapi akhirnya dapat gak dengan bantuan cikgu Rohana Karno...

Buku teks tak dapat..belasah je apa2 buku yg ada kat meja aku..buku kerja ..buku latihan..semua ada...janji buku..hihi...

Masa perjumpaan tu wakil kepada pengaarah tu kata nak 30 orang murid pulak..hari tu nak 25.....sapa ja yang ada..satu lagi info baru..sebenarnya watak guru tu tak da pun diperlukan...katanya watak tu dah guna orang diorang...GPK HEM dah confuse...hari tu cakap dengan pengetua lain.kami terima jer apa dia kata....aku no hal...suka jer..kerja aku urus budak ...dah settle..

Sampai la selepas maghrib tetiba cikgu Mustapa telegram...katanya bilangan budak dah nak dikurangkan pulak jadi 15...adoiiiii....apa punya info la depa ni...asyik berubah jer..kita dah siap contact budak soh datang ...so gamble jer lah...

Satu lagi yang pelik tu...diorang nak pulak pakai watak guru tu...huh...siap soh bawa baju kurung lebih plak tu...so aku la yang kena ...aiyaaaa...gimik je kuttt..

Pagi 2hb tu kami dipesan suruh datang jam 8.30 pagi...anak2 murid dah standby dah...tapi muka diorang tak muncul2...sampaila jam 9.30 pagi baru datang krew bawa makanan..yg lain2 belum sampai...

Lepas 2 jam tunggu baru siap setting

Yang kat sekolah ni..masing2 menunggu mana la pelakon si zara zia ni..akhirnya selepas setting kamera dan tempat punya la lama...kul 11.30 baru mula shoot...

Terkejut juga temgok zara zia pakai baju sekolah.. dalam tv nampak besar ...kat luar...comelnyerrrr...muka memang cun...hihi...apa lagi..peminat dok menunggu jer nak possing...dapat la bergambor...

Scene jadi cikgunya beberapa second jer..tapi nak menunggu berejam...penat menunggu dari berlakon...camni rupanya orang shooting..kejap2 cut...ulang balik 4 5 kali...adoiii.. penatnya...

Ada penjaga yang dah call panggil anak balik..tak kasi teruskan..dan akhir sekali budak yang kekal ada la 7 ke 8 orang...menunggu terlalu lama...

Sepanjang shooting tu..si zara zia ni dok berkepit jer dengan PA dia...tak nak kasi org serbu kuttt...tapi dapat gak kami dok p posiing denga  dia..sempat la juga berselfie...muhahaha..
Mesti la nak selfie...

Kami semua sekadar memenuhkan latar ajer...penuhkan kelas..memeriahkan suasana  sekolah..opss lupa pulak..pelakon lain yg datang noni AF ..pun aku tak kenal...Isma daniel..ntah sapa sorang lagi pelakon lelaki yang berlakon dalam cerita Memori cinta suraya tu..

So seharian kat SGB ramai la pelakon dan ramai la peminat peminat yang menonton...

Tu la pengalaman yang baru buat aku...yang tak pernah dirasai...merasa la acting depan kamera...bercakap tanpa suara...merasa la pengarah mengajar camna nak berlakon..selama ni tengok kat tv ajer...hihihihi..terasa la lain macam gak bila duk depan kamera...dengan pelakon si zara zia yang cute tu...kamera mesti fokus zara zia la kannn..kami ni tempelan ajer...

Mungkin ni pengalaman pertama dan terakhir kut...tapi sangat bermakna untuk dikenang...

Ok korang jangan lupa saksikan view SMKGB  dalam drama Cinta Hati Abah yang akan ditayangkan dalam slot SAMARINDA tv3 hari rabu dan khamis kut jam 10 malam...

Ni antara sinopsis cerita yg dikhabarkan oleh assistant kat situ...seorang bapa tunggal menjaga 3 orang anak perempuan yg berbeza karakter..si kakak sulung anak yg materialistik..sukakan kebendaan..anak kedua Intan(zara zia)  yg bijak dalam pelajaran tapi agak nakal disekolah...yg tu jer dia cerita kat aku ..nak tau lanjut kena la tonton cerita ni...

Tengoklah camna cikgu kecik dalam slot tu..kiki...

Jom layan memori  sepanjang rakaman drama ni dibuat...

Oppssss..lupa nak kabor...semua pelakon yang tidak berhijab dalam cerita ni bukannya warga sekolah GB...mereka dibawa khas dari tempat lain...murid SGB semunya yg bertudung ...

Pelakon cilik bersama ZARA anak cikgu Ain..

Pengarah dok dengar dialog pelakon sebelum mula 


Memang ko pandai berlaon ..zara..


Dapat la muka Adina Syuhada jadi latar utama..

Isma Danial sebagai watak bapa Intan(zara zia)


Baizura (Noni AF) sebagai kakak Intan

Cik Zai bersama pelakon feveretnya..


Senyum lebar dapat posing dengan retis


Pose istimewa bersama zara zia

Akhirnya dapat juga cikgu yuzi dan cgu Jah possing sama2..


Dari pukul 8.30 pagi sampaila pukul 5 petang...baru balik rumah..sampai rumah letih yang amat..pukul 8.30 terus tidur keletihan dan sakit badan akibat menunggu lama..4 biji ostematrix pengganti panadol wajib ditelan....

aku bersyukur aku ditakdirkan menjadi seorang guru...

Pengalaman dan nilai- nilai semasa penggambaran berlangsung biarlah ia menjadi memori dalam hidup aku...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...