Tuesday 28 November 2017

CARA ATASI SAKIT TULANG BELAKANG

Sakit tulang belakang atau slip disc memang sangat menyeksakan..pergerakan terhad dan susah nak jalankan ibadat seperti kebiasaan.

.
SAKIT BELAKANG


Tapi ini pengakuan seorang pesakit slip disc selepas mengamalkan kolegen shaklee..


Slip disc
***********************************

Dulu mak saya sakit tulang belakang - slip disc.

Nak solat pun susah. Tak boleh rukuk atau sujud.

Nak buat kerja rumah pun susah.

Mak kata sakit tu kalau orang tersentuh sikit je belakang mak, mak dah rasa sakit sangat.

Puas mak makan macam-macam, sakit mak tak hilang.

Pembedahan pun mak dah buat. Sama juga.

Satu hari, ada kawan berkongsi yang sakit tulang belakang mak dia hilang selepas makan collagen dari Shaklee.

Jadi saya pun belikan untuk mak beberapa kotak Collagen Shaklee.

Selang tak lama lepas tu, saya tanya mak ok dah ke sakit tulang belakang mak?

Mak kata alhamdulillah getting better, dah boleh solat macam biasa, dah boleh buat kerja rumah, dah boleh masak macam biasa.

Walaupun Collagen Shaklee harga dia macam pricey, tapi memang berbaloi sangat belanja mak.

Testimoni slip disc




Monday 27 November 2017

NATIONAL INCENTIVE TRIP STAR CRUISE LIBRA 2017 PART 1


Assalamualaikum semua. Hari ni kakSu  nak share pengalaman kakSu ikut trip Shaklee buat kali pertama. Dulu kakSu tengok leader-leader kakSu dan leader leader lain berkongsi kegembiraan mereka semasa mengikuti trip anjuran Shaklee. Kali ni kakaSu dapat merasa sendiri pula. Kalau korang nak tahu trip ni hanya diberi kepada leader Supervisor ke atas sahaja.

shaklee trip cruise

shaklee trip cruise



Dalam bisness Shaklee, ada 3C iaitu Cash, Conference dan Car Bonus. Daripada ke tiga-tiga yang Shaklee tawarkan kakSu dah pun merasai Cash bonus dan Conference. Conference terbahagi kepada dua iaitu National Trip dan International Trip. National Trip Shaklee bawa melancong di negara berhampiran dengan Malaysia,contohnya tahun 2017 di Phuket,Thailand.

shaklee trip cruise
Bot kecil kat atas tu di gunakan bila ada kecemasan

Alhamdulillah, selepas layak ke trip kali pertama ni, kakSu terus dapat meresa naik Cruise. Sebelum-seblum nie belum pernah Shaklee buat trip dengan Cruise. So rasa teruja tu lebih la sikit kan. Hari pertama kami berkumpul di beberapa tempat yang dah Shaklee tetapkan. KakSu berkumpul di KLIA2. Dari KLIA2 kami dibawa ke Pelabuhan Kelang. Tak sabar nak tengok Cruise. Sampai Di Pelabuhan Kelang, kena periksa beg dulu, ambil access card dulu sebelum dapat masuk. Memang ramai yang akan menaiki cruise tu. Bukan saja kami 300 orang leader. So memang agak sesak di sana.

shaklee trip cruise

Baru nak masuk dalam kapal

Selesai proses tu semua tibalah saat yang ditunggu. Dari kejauhan kami dah Nampak cruise yang sedang menanti. Rasa teruja semakin membuak-buak. Almaklumla selama ni hanya tengok cruise dari jauh saja. Tapi kali ni dapat naik free pulak tu. Bila sampai saja depan cruise, terkejut juga la, sebab cruise tu besar tak seperti apa yang kakSu sangka.

shaklee trip cruise
BILIK  2153

Hadiah first day

Dah dapat nombor bilik , kakSu bersama roommate masuk ke bilik. Nombor bilik 2153. Tingkat 2. Cruise ni ada 10 tingkat. Tingkat 2 hingga 8 pun masih ada bilik. Teruja  nak masuk bilik,bila buka je pintu, dah nampak hadiah dari Shaklee. Bilik dia kecik je. Muat untuk 3 orang. Siap dengan almari, katil dan bilik air yang lenkap. Macam dalam hotel.

shaklee trip cruise

Bilik tidur kami


Lepas bersiap sedia bersihkan diri, kami sedia untuk pergi dinner. Malam ni tak da apa-apa aktiviti. Crusie akan menuju ke Pulau Langkawi. Makan malam memang mewah. Ada macam-macam menu sampai tak telarat nak makan. Di tingkat 9 ada swimming pool dan jakuzzi. So makan di sekeliling swimming poll atau kat dalam restaurant pun boleh.
shaklee trip cruise
Suasana pagi jam 7,sampai tertinggal waktu senam,sebab sibuk nak cari pose manarik atas  kapal

Selesai makan malam, kami di panggil untuk fire drill. Latihan kecemasan untuk penumpang . Pakai pelampung dah macam robot. Di tingkat 4 di balkoni kapal ada bot-bot kecil yang muat untuk 100 orang siap dengan makanan dalam tu kalau berlaku kecemasan.

shaklee trip cruise

Fire drill

shaklee trip cruise
Pemandangan dari atas pada waktu malam

Selesai latihan kecemasan tu kami melepak di atas kapal, kakSu dan Aynies ambil peluang nak raound keliling kapal. Merata ceruk kami masuk. Tapi takan habis satu malam. Bila ada atas kapal, di tingkat 9 tu tak Teresa sangat kapal bergerak. Tapi bila masuk dalam bilik expecially time solat dan dalam bilik air memang terasa bergoyang. Mujurla tak mabuk laut.



Walau kemana pun kami pergi, vitamin Shaklee takan dilupa untuk di telan. VIVIX kakSu bawa, bersama dengan vitamin c, lecithin dan omega. Sama la aynies pun bawa vitamin juga, vitamin c, herblax,ostematrix. Biasa la kan, kalau Shaklee bawa jalan , memang makananan mewah sangat. So memang kena beringat selalu. Makan herblax kasi membuang apa yang dah penuh sangat dalam perut.

Orang pergi bersenam depa p posing..kiki

Disebabkan terlampau letih, kami tertidur dengan nyenaknya. Esok hari ke dua ada aktiviti “Shaklee Fun Activities”. So rehatkan badan dulu. Tapi kan satu kelemahan yang sukar nak terima ialah, dalam bilik tak da line internet. Huhu. So memang terputus la hubungan bila kapal dah di tengah laut.

Ok sampai sini dulu. Esok kakSu share apa aktiviti kami di hari ke dua. Stay tune.

Sunday 26 November 2017

MINUM ESP BERAT BERTAMBAH KENAPA?

Minum ESP BERAT BADAN BERTAMBAH.

Masa mula2 nak cuba amalkan ESP kakSu memang tak boleh telan. Cuba minum dengan milo lepas tu campur jus. Semuanya tak masuk tekak.
Lepas tu stop minum ESP sebab 1 tong pun tak habis habis. KakSu maintain minum VIVIX je hari hari.

Sekali tu bila tengok kawan2 amalkan ESP kulit makin FLAWLESS pastu siap maintain selim lagi. So kakSu pun teruja la nak cuba juga
Bila dah cuba masa tu ganti puasa.  Memang amalkan hari2 masa sahur. Tak letih dan tak rasa lapar pun.

kurus degan ESP shaklee

Kenangan di Shaklee Trip bersama kapten kapal dari Finland. Makan banyak juga sepanjang 5 hari tapi berat badan masih  maintian

Tapi kakSu mengadu dgn kawan kenapa berat badan kakSu makin naik. Adoii ai..kata ESP boleh turunkan berat badan tapi kenapa berat aku yang naik. Risau beb
Walaupun timbang berat badan naik kakSu teruskan juga minum ESP sebab memang terasa sangat badan bertenaga . KakSu memang tak sempat nak tidur siang. Kerja tesis dgn kerja rumah belambak nak kena siapkan. So teruslan je minum.
Tapi yang peliknya kenapa baju2 lama kakSu boleh sarung balik? Kain dan seluar jean longgar kena pakai tali pinggang.
Eh..aku ni kurus ke apa? Bila jumpa kawan2 lama dorang pun cakap kakSu makin kurus. Kenapa berat sama je?

So..baru la kakSu sedar. Rupanya ESP ni membantu bina OTOT. Selama ni badan kita berat sebab dek LEMAK. Bila kita ambil protein ia akan bantu bina sel2 baru. Badan kita makin banyak otot bukan makin banyak lemak.

Biarpun berat badan maintain masih dalam BMI yang sangat2 normal , dalam masa yang sama bdan kurang inci. Maksudnya kat part2 macam pinggang, ponggong kita makin selim. Wow!..hahaha.
So jangan risau kalau berat kita tak turun tapi inci berkurang. Tapi akak nak pesan. Jangan pulak lepas ko minum ESP ko melantak lagi nasi lemak 2 3 pinggan.
Itu otot pun tak mau naik terus lari ditimbus LEMAK..wakaka..
Sekian kisah kakSu bersama ESP.sekarang kakSu dah jatuh cinta dengan ESP. Lagipun rasa esp sekarang dah diubahsuai. Makin sedap..rasa vanilla. Aummm..


TIPS PENJAGAAN KULIT IBU BEKERJA

Muka adalah bahagian yang paling menonjol bila kita berjumpa dengan orang. Muka mencerminkan diri kita. Setiap orang diciptakan dengan rupa paras yang unik dan berbeza dari orang lain. Syukurlah kita dikurniakan wajah yang cantik molek. Setiap anugerah indah ini haruslah dijaga dengan baik. 

Hari ni kakSu nak share macamna kakSu menjaga kesihatan kulit muka setiap hari. Ia dijadikan rutin tanpa bermalas-malasan.


Usah biarkan tua sebelum waktunya

5 Tips penjagaan kulit..


1. Cuci muka sebelum tidur
cuci muka setiap hari terutamanaya sebelum tidur..kalau saya..dah tentunya pilih pencuci muka nutriwhite..pencuci muka yang bebas paraben...pencuci muka ni tahan 6 ke 7 bulan tau...terasa sangat lembut kulit lepas guna. Sebab tu saya terus setia dengan nutriwhite..

2.Skrub kulit..
Tujuannya nak buang sel-sel mati kat wajah tu...gunala make up remover..make up remover ni bukan setakat nak buang makeup tapi sel2 mati pun boleh keluar sekali..makeup remover ni boleh guna setiap hari..boleh juga ganti pencuci muka...sangat lembut pada kulit..



3.Pakai pelembab
Kulit pun nak dibelai2 tau..nak kulit lembab..oleskan setiap hari dgn pelembab ...ofkos la saya pilih pelembab enfuselle..kulit tak mudah kedut..kalau kulit kering mudahla nampak.kedutan2 halus..

4. UV protect
Jangan ingat uv protect ni pakai bila keluar rumah je tau..dalam rumah pun pakai..sebab masak pun panas..haaa..kena pakai juga 

5.Penjagaan dalaman
Kita boleh amalkan penjagaan dalaman ..makan vitamin utk kulit..vitamin c..vitamin e..vivix..esp.Dari dalam lahirkan kecantikan luaran..



set kulit cantik
Set Kecantikan kulit dalaman

TESTIMONI SET KULIT

tips jaga kulit muka

Set kecantikan ekslusif Vivix dan kolegen


'Mula-mula memang tak yakin. Sebab banyak je kat luar sana claim daripada bahan organik tapi sama saja. Sebba dah tak berdaya nak makan ubat segala bagai . tawakkal je try ert kulit ni. Lepas tu superb . Jalan tar kat dahi tu bersansur pulih. Dengan muka yang kelam-kelam tu mula menampakkan sinar. Ewah..hihihi'


Untuk dapatkan produk kulit tersebut, khidmat konsultasi, cara makan yang betul dan berkesan, anda boleh hubungi terus kakSu di 


email:suhailaabdul02@gmail.com

tel: 0108798077
whatapp: www.wasap.my/60108798077

Your trusted SID
Since 2013

Thursday 23 November 2017

KENAPA MAK-MAK PERLUKAN MINYAK IKAN LEBIH DARI ORANG LAIN?

KENAPA WAHM PERLUKAN OMEGA GUARD?

Biasanya orang kaitkan Omega-3 (komponen asid lemak omega dlm Omega Guard) dgn perkembangan minda kanak2. Kan... Sebenarnya Omega Guard ni sgt banyak fungsi dia especially utk mak2 yg superbizi nih.

cara  kuatkan ingatan

4 SEBAB KENAPA IBU-IBU KENA AMALKAN OMEGA GUARD

1. Meningkatkan fungsi GREY MATTER. Grey matter adalah komponen otak yg utama, yg berfungsi menghantar signal kepada saraf2 yg lain. Ia memainkan peranan dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.

Jadi kalau asyik sedih2, amalkan Omega Guard ye!

2. Dalam satu kajian yg diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter membuktikan bahawa masalah disipline, ketidakjujuran, malah kecenderungan nak buat benda elok berkaitan dgn kekurangan serum Omega-3 dalam otak.

Haaaa, kalau SUKAR NAK MENDISIPLINKAN DIRI, amalkanlah Omega Guard ye.

3. Jurnal Biology Pshyciatry menerbitkan satu kajian bahawa orang yg mengalami tekanan perasaan mengalami kekurangan omega 3 dalam otak.

Jadi kalau asyik STRESS sila amal Omega Guard bersama B Complex.

4. Terdapat banyak kajian yg membuktikan kekurangan Omega 3 berkaitan dgn masalah susah nak ingat terutama benda2 yg dipelajari.

Jadi kalau nak cepat tangkap & cepat ingat, amalkan Omega Guard ye.

cara kuatkan ingatan


Amalkan Omega Guard supaya jimat masa nak belajar benda baru....sekali baca/dengar terus faham. Maklumlah mak2 ni bukan ada masa sgt nak ulangkaji banyak2 kali. Jadi amalkan Omega Guard bersama doa dimudahkan kefahaman.... Supaya kita cepat dan mudah tangkap. Takdela berbulan2 sangkut kat bab sama sbb tak faham2.

Dan agar happy selalu, Omega Guard mesti ambil setiap hari!

Satu family boleh amalkan omega guard. Tu baru kita sorang. Belum lg husben (biorla dia pun asyik2 happy jugak kan) dan anak2. Utk mak ayah jgn lupa. Penyakit nyanyuk pun dikaitkan dgn kekurangan Omega-3 tau. Sama2 kita jaga ahli keluarga kita. Dan kalo nak tau, masalah2 mental mcm perasaan agresif, suka buat jenayah, fidofilia semua tu ada kaitan dgn kekurangan Omega-3. Dlm Quran pun ada sebut ttg makan ikan kan.

Bkn saja ibu mengandung, kanak2, org ada masalah kesihatan je tau... Semorang kena amik. Bila semorang happy barulah masyarakat jd harmoni kan .





Nak dapatkan OMEGA GUARD dengan mudah?




Sila hubungi 

Suhaila Abdul

0108798077

www.wasap.my/60108798077

Your trusted SID
since 2013

untuk mendapatkan konsultasi percuma dan cara makan yang betul


Wednesday 22 November 2017

CARA SEMULAJADI SEMBUHKAN ECZEMA

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4

TESTIMONI 20 : FADZILAH ISMAIL
.

[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]

.

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE. 

.

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil. 

.

exzema
Gambar Google


Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun. 

.

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma. 

.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.

.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.

.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum). 

.

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.

.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect

.
Sebelum dan selepas


Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati.  Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.

.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat​ dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.

Jika anda mempunyai masalah yang sama, segera bertindak sebelum masalah menjadi semakin kronik. Amalan secara konsisten sangat mambantu untuk kembali pulih seperti asal.

Boleh dapatkan set exzema dengan hubunggi kaksu di 0108798077

BATU DALAM HEMPEDU ADAKAH ANDA BERISIKO?

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu gemarkan makanan berlemak. makanan berlemak bukan saja menyebabkan kegemukan, kolestrol tinggi malah ada penyakit lain yang lebih unik. Ia dikatakan unik sebab ia melibatkan 3 organ iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas.
batu dalam hempedu

Pundi hempedu berfungsi untuk menyimpan hempedu yang dihasilkan oleh hati. Hempedu berfungsi untuk penyerapan lemak dan pencernaan lemak. Hempedu mengandungi air, kolesterol, lemak, garam hempedu, protein dan bilirubin. Bilirubin merupakan satu produk akhir sel darah merah. Kolesterol, garam hempedu dan bilirubin adalah tiga komponen utama yang menentukan pembentukan batu karang hempedu.
batu hempedu

Apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-lama batu karang terbentuk dan ia membesar dan semakin banyak. Batu karang hempedu  ini juga boleh terbentuk di hati, duktus hepatik dan duktus hempedu. 

6 faktor yang mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu

Jantina. 
Wanita lebih berisiko dua kali ganda daripada lelaki kerana wanita mempunyai jumlah hormon estrogen yang berlebihan .Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.
Berat badan.
 Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.
Diet
 Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

Umur
 Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.
Diabetes
Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

Ubat kolesterol. 
Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.

Adakah anda mempunyai ciri-ciri seprti 6 yang di atas?
Sumber : myhealth.gov

Monday 20 November 2017

APAKAH KEPENTINGAN KALSIUM BUAT IBU BERPANTANG?

Ibu berpantang sangat memerlukan kalsium untuk dirinya sendiri dan juga untuk bayi. Kalsium perlu untuk membentuk gigi dan tulang yang sihat pada bayi yg disusukan.
Wanita berpantang memang tak banyak bergerak . Masa lebih banyak di atas katil. Bila tak banyak bergerak, ibu-ibu berisiko untuk mengalami pembentukan darah beku di sebabkan tidak banyak bergerak dan tidak aktif semasa 
berpantang.

Suplimen kalsium sangat penting untuk fungsi saraf serta mengelakkan kebas pada anggota kaki dan tangan ibu. Kalsium juga penting bagi mempercepatkan pengecutan otot rahim untuk kembali kesaiz asal. 

Wanita yang menyusukan anak memerlukan sebanyak 1,000mg hingga 1500mg kalsium dalam sehari.

SUMBER KALSIUM UNTUK IBU BERPANTANG.

Sumber kalsium paling baik adalah dari makanan. Berikut adalah sumber makanan yang mengandungi tinggi kalsium.

Seandainya kalsium harian tidak mencukupi, ibu berpantang boleh mengambil suplimen OSTEMATRIX untuk mencukupkan bekalan kalsium harian.

Bagaimana Ostematrix Dapat Membantu Membekalkan Kalsium Mencukupi Kepada Ibu Hamil dan Menyusu?

Ostematirix mengandungi Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membina tulang yang kuat. Ostematix adalah berbeza daripada pil kalsium yang lain kerana ia adalah semulajadi. Anda perlu tahu bahawa kalsium yang tidak mudah hancur dalam masa yang singkat walaupun sudah sampai ke perut , bakal mengundang bahaya.  Pil kalsium yang tidak hancur boleh menyebabkan masalah batu dalam hempedu . 

Berbeza dengan ostematirix yang telah mematuhi piawaian klinikal dan hasil kajian bertahun-tahun membuktikan yang ostematirix sangat cepat hancur dan cepat diserap. Ia membekalkan keprluan kalsium harian 100% menurut piawaian US RDA.

Kepada ibu-ibu mengndung dan juga berpantang , anda perlu bijak memilih dengan mengamalkan yang semulajadi dan selamat iaitu ostematrix. Hanya dengan keperluan kalsium yang cukup, dapat mengelakkan diri anda daripada kekejangan, kebas kebas, masalah darah membeku dan seterusnya dapat mempercepatkan luka sembuh serta rahim lebih cepat mengecut.



Terdapat 120 biji di dalam satu botol ostematirix. 


 ATAU Untuk dapatkan ostematirix anda juga boleh hubungi 

KakSu
no tel: 0108798077
email:suhailaabdul02@gmail.com
whatapp: www.wasap.my/60108798077

Your trusted shaklee distributor since 2013
ID:949183


CARA MENGAWAL PENYAKIT TIBI DARI MEREBAK


Tibi bukan penyakit yang baru. tapi dah menyerang manusia sejak zaman firaun lagi. Menurut Pakar Perubatan dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, kebiasaannya tibi menyerang penduduk di negara dunia ketiga dan berpendapatan rendah . Pendapatan yang rendah menyebabkan mereka kekurangan nutrisi dan mengakibatkan sistem imunisasai adalah lemah. Kuman tibi merebak dengan sebarang cara di mana lembapan di bebaske ke udara oelh pesakit tibi dan di sedut masuk kepada orang lain.
Makanan tak seimbang menyebabkan rendah sistem imunisasi

Faktor serangan tibi 
kekurangan nutrisi
Mereka yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk mendapatkan makanan semimbang dan sihat menyebabkan sistem imunisasi lemah. Apabila sistem imunisasai lemah maka mereka sangat mudah di jangkiti tibi
Faktor penempatan
Penduduk yang sesak meningkatkan risiko untuk dijangkiti kerana udara semakin tercemar dan mudah tersebar melalui udara.
TIBI MENYERANG DI MANA MANA BAHAGIAN TUBUH
Kata Dr. Abdul Malik, secara lazimnya kuman tibi menjangkiti paru-paru (tibi pulmonari) tetapi ia juga boleh menjangkiti bahagian-bahagian badan yang lain misalnya nodus limfa, tulang belakang, serviks, malahan di mana-mana sahaja bahagian dalam tubuh badan.terdapat juga kes  di mana pesakit mengalami jangkitan tibi pada serviks yang menyebabkan ia terpaksa dibuang, Bagi pesakit tibi serviks, simptom yang biasa berlaku adalah pendarahan dan sakit ketika melakukan hubungan seks. Bagi pesakit tibi usus pula, mungkin berlaku masalah kembung perut dan cirit-birit.

BAGAIMANA NAK MENCEGAH TIBI DARI MEREBAK?
  • Biasanya suntikan BCG diberikan kepada bayi baru lahir. Kalau tak da tanda yang timbul kat lengan kiri maknanya suntikan tu tak menjadi.
  • Kaum keluarga serumah dengan pesakit tibi perlu buat saringan di hospital
  • Rumah yang terbuka dengan udara boleh keluar masuk setiap hari
  • Cepat-cepat ke hospital bila  ada batuk berterusan lebih dari 2 minggu
  • Memastikan rumah dan bilik tidur di masuki cahaya matahari. Cahaya matahari membantu mengelakkan bakteria membiak
  • Makan makanan sihat serta banyakkan makan sayur dan buah-buahan
  • Elakkan makan makanan berasaskan tenusu 
  • Elakkan makan makanan yang mengandungi gula dan roti putih sera pasta kerana makanan ini memanjangkan umur bakteria hidup dalam badan
  • Mendapat rehat yang secukupnya
  • Elakkan bersesak sesak ditempat awam dan tempat berisiko penyakit
cara tibi menular




Anda boleh klik DISINI untuk mengetahui bagaimana cara tibi boleh di kawal dan di rawat





Saturday 18 November 2017

KENAPA ORANG SAKIT CARI VITAMIN BUKAN CARI UBAT JANGAN CARI NAHAS TAU


Dulu kakSu pelik kenapa shaklee kata vitamin bukan untuk merawat penyakit . Tapi kenapa kalau ada sakit diorang yg jual vitamin suggestkan vitamin tu vitamin ni.

Kata bukan ubat tapi kenapa bila orang tu sakit kita bagi pulak vitamin?


Itu masa belum faham pasal fungsi vitamin dan tak pernah ambil tahu pun pasal vitamin selamat ke tak. 

Dulu kakSu adalah org yng tak pernah makan vitamin. Hidup ni bergantung penuh dengan makanan harian. Sayur jarang2 makan, lauk hari2 masak berlemak, tumis2 goreng goreng.


solo


Sayur tak tanam sendiri tapi semua beli.
 Kadang kadang makan makanan segera KFC McD pizza hut. Minum air manis , kurang minum air kosong.
Bila umur bertambah baru la badan rasa sakit sana sini. Lemau, kulit mula kusam dan kering, masalah period dan macam2 la penyakit yang datang.
Hmmm..bila dah terjerumus dlm makan suplimen baru tahu. Memang la suplimen bukan ubat. Kita dicadangkan apa2 jenis vitamin yg bersesuain dengan masalah kita sebab simptom simptom tu menandakan kita kurang nutrien.


Kalau tak berak seminggu maknanya kurang air. Kalau kurang kena la minum air banyak2 makan serat banyak, pastu kita suggest HERBALAX kasi taik yg teesumbat tu dikorek2 bawa keluar. Bukannya HERBLAX tu ubat.
Kalau kulit kering, letih, sasau, stress, maknanya banyak sangat toksin dalam badan. Makanla VIVIX, B COMPLEX, DTX COMPLEX dll.
Kalau ada cyst atau ketumbuhan kita suggest VIVIX juga sebab cyst tu tandanya ada kelainan sel dlm badan tu. Vivix pun bukan ubat. Dia berfungsi nak bagi renew sel je.

Jadi kesimpulannya makan suplimen ni bukan masa sakit. Kita makan masa kita rasa SIHAT. Bukan ko tau pun ko tu SIHAT pada hal macam2 penyakit ada dlm badan cuma SAKIT tu tak BOOM keluar je lagi.

Jadi jangan dok makan vitamin culas-culas (TIPU TIPU DIRI SENDIRI) pesan untuk diri sendiri juga . Penyakit dah hilang sebab badan kita cukup zat dan vitamin. Serupa macam tak makan buah, maka tak dapat la vitamin. 



Jangan lupa kakSu nak bagitau. Promosi VIVIX tinggal lagi 14 hari ja tau. Harap2 korang tak terlupa la.


BELI VIVIX



Kak Su0108798077