Wednesday 30 April 2014

07:04

TIPS BELAJAR BERKUMPULAN

Lagi beberapa hari lagi dah peperiksaan pertengahan tahun.Cepat betul masa berlalu.Pejam celik pejam celik dah bulan mei.Baru seleasai analisis up 1 dah kena buat soalan up2 pulak.Cikgu busy nak siapkan soalan ujian.Anak-anak sekalian dah ready ke??exspecially tingkatan 3 dan tingkatan 5.Yang lain tu apa kurangnye.Mestila kena ready .Kalau nak result semuanya A..usaha pun kenalah A.Jangan dilupa..akademik A ,akhlak pun mestilah A.Solat 5 waktu perlu diutamakan.Study sampai tak solat itu tandanya anda mencari kemurkaan Allah.Biarlah seimbang.Mengutakan yang utama.

Agaknya macamna nak study dengan berkesan ye?Ada kata dah study berjam-jam tapi result tak elok juga.Baca buku punya la tebal,mahal lagi..buku dari penerbit yang terkenal lagi...semua nota dah baca tapi tak boleh jawab soalan juga.Aiyaa..

Sebenarnya bukan masa belajar ,bukan ketebalan buku ,bukan canggihnya penerbit buku tapi kualiti .Kualiti apa ye?Biarpun sedikit masa belajar tetapi setiap masa itu dimanafaatkan dan banyak benda yang dapat melekat dalam otak.30 minit study satu subtopik dengan penuh tumpuan ,dengan nota ringkas dan kefahaman yang tinggi ,tnpa gangguan ,insyaalah apa yang dipelajari akan kekal lama dalam ingatan.Daripada belajar 2, 3 jam tapi tak juga faham faham.Lastnye bosan,tidur lagi ok ke???

Mungkin cara belajar yang salah meyebabkan apa yang anda belajar hilang begitu saja.Jom kita tengok kategori diri anda.Mungkin dengan belajar bersendirian anda boleh lebih fokus atau mungkin dengan belajar secara berkumpulan pula anda lebih mudah mengnigati segala fakta yang dibincangkan...jadi anda yang tentukan yang mana kategori diri anda sendiri.Disini saya kongsikan sedikit tips .Mungkin ia dapat memberi idea dan membuka minda anda untuk cuba mencari cara terbaik untuk anda belajar selepas ini.

Manfaatkan masa lapang
Cuba anda renungkan kembali..agaknya la kan..banyak tak masa anda guna dengan penuh manafaat pada setiap hari.mana yang lebih?Buang masa dengan berkhyal,berborak atau melepak?Sebenarnya
terdapat lebihan masa yang biasanya disia-siakan tetapi ianya boleh dimanfaatkan oleh seorang pelajar sangat menghargai masa. Masa yang singkat-singkat ini dikenali sebagai sela masa.Sela masa ini sangat penting kepada seorang pelajar untuk dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.

Antara sela masa ialah;
1. Semasa menunggu kenderaan.
2. Semasa menaiki kenderaan dalam perjalanan pergi dan balik sekolah ke tempat belajar.
3. Semasa menunggu pengajar datang memberi pengajaran setiap hari.
4. Semasa menunggu kelas amali dimulakan.
5. Masa rehat yang berlebihan
6. Semasa menunggu masa makan pagi, tengahari, petang dan malam.
7. Masa antara kelas.

Aktiviti yang boleh dilakukan pada sela masa.

1. Membaca bacaan awal atau sepintas lalu tentang tajuk yang telah diajar sebelumnya atau tajuk yang akan diajar oleh guru.
2. Membaca nota ringkas, nota neumonik, formula, melihar gambarajah dan sebagainya.
3. Membaca nota kecil yang mudah dibawa.


KEMAHIRAN BELAJAR SECARA BERKUMPULAN.
Belajar secara berkumpulan merupakan satu aktiviti yang sangat digalakkan. Dalam aktiviti ini para pelajar digalakkan bertukar-tukar fikiran dan saling bantu-membantu. Tuntutan adalah selaras dengan firman Allah yang bermaksud; "Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk kebajikan dan bertaqwa dan jangan bertong-tolong pada melakukan dosa dan kemungkaran"
(Al-Maidah: 2)

Beberapa panduan dalam melakukan aktiviti belajar secara berkumpulan. Panduan tersebut adalah

1. Bentuk kumpulan seramai 5 – 10 orang.
2. setiap kumpulan perlu mempunyai ketua.
3. Lantiklah seorang pencatat.
4. Tetapkan satu tarikh pertemuan yang telah dipersetujui bersama
5. Tetapkan tajuk yang akan dibincangkan lebih awal.
6. Lakukan aktiviti pembelajaran ditempat yang sesuai.
7. Sediakan peralatan secukupnya dan
8. Duduklah dalam bulatan ketika memulakan perbincangan.
9. Terdapat juga tatacara yang perlu dilakukan seperti;
10. Ahli mesti patuh kepada ketua yang dilantik.
11. Ahli mesti membuat sedikit persediaan terhadap tajuk yang akan dibincangkan.
12. Hadkan masa yang digunakan.
13. Mendengar dan memberi pendapat dengan baik.
14. Lakukan penilaian terhadap pencapaian pembelajaran dan
15. Ahli digalakkan menyalin fakta yang telah disampaikan.



Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti belajar secara berkumpulan seperti;

  • Dapat menjimatkan masa.
  • Dapat mengumpulkan isi dengan lebih banyak.
  • Dapat meningkatkan minat dan motivasi terhadap pelajaran.
  • Dapat mengelakkan rasa jemu dan bosan.
  • Dapat mengelakkan rasa mengantuk.
  • Dapat mengurangkan rasa malas belajar.
  • Dapat memupuk rasa setiakawan.
  • Dapat menambah, mengingat dan mengembangkan ilmu secara berkesan.
  • Apapun yang anda nak buat,pstikan niat dihati,belajar kerana Allah.Kemalasan dan alasan yang anda bina menentukan mengelak dari belajar akan merugikan diri sendiri.
  • Jika kau fikirkan kau boleh,kau pasti boleh melakukan..jika kau fikirkan ragu-ragu usahamu tidak menentu...
YOU ARE THE BOSS OF YOUR MIND
SITI NORHALIZA
SITI NURHALIZA PUN USAHA SAMPAI JADI PENYANYI NO 1 MALAYSIA...
HANG??????

Wednesday 23 April 2014

PNEUMONIA PEMBUNUH SI KECIL.....


Terkenang suatu ketika dahulu apabila si kecil saya Faheimy ketika berusia 5 bulan telah mengalami kesukaran bernafas  membawa kepada jangkitan kuman pada paru-paru.Pada mulanya saya merasakan ia adalah selsema biasa.Selepas mendapatkan rawatan dari klinik swasta,selepas makan ubat selsema dan batuk beserta antibiotik,masalah selsema dan batuknya tidak berkurangan malahan semakin bertambah .Batuknya menjadi semakin serius.Sesak nafas dan akan menangis tersekat-sekat.Apabila saya bawa ke hospital untuk rawatan lanjut,doktor mengesahkan bahawa paru-parunya telah dijangkiti kuman dan perlu ditahan wad.

Sedihnya tengok bila tangan yang masih kecil dimasukkan jarum untuk mengambil darah dan juga untuk memasang jarum untuk memasukkan ubat..Hati ibu mana tidak sedih.kemudian dia akan meronta-ronta kesakitan dan rimas bila dikenakan nabulizer.Terpaksa terima semuanya demi melihat dia kembali sihat.Selepas tiga hari rawatan dihospital,selsema dan sesak nafas semakin berkurang.Alhamdulillah dapat discharge,namun perlu penjagaan rapi dirumah agar tidak dijangkiti semula dangan selsema atau batuk dari abang atau kakaknya pula.

Faheimy memang sering menghadapi masalah selsema kerana anak saya dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak,tapi saya terpaksa sentiasa memastikan masalah selsema dan batuk tidak dibiarkan berlarutan.Bila anak sendiri dan kena jangkitan kuman barulahh tahu bahawa ia adalah satu penyakit yang dipanggil pneumonia.Selama ini biasa dengar tapi tak tahu detail.Pneumonia jika dibiarkan berlarutan akan menyebabkan jangkitan pada otak.Disini saya nak kongsikan serba sedikit tentang pnumonia.

pneumonia


Pneumonia adalah penyakit yang disebabkan jangkitan virus, kuman atau bakteria ke bahagian paru-paru seseorang dan biasanya, ia banyak dihidapi golongan kanak-kanak dan tua.
Awalnya, selepas dijangkiti virus, kuman atau bakteria, seseorang akan mengalami simptom-simptom pneumonia seperti batuk serta selsema sebelum ia merebak ke dalam sistem pernafasan dan menyerang paru-paru. 
Pakar Perubatan Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, berkata penyakit itu perlu dikesan dan dirawat secepat mungkin bagi mengelaknya menjadi serius sehingga boleh meragut nyawa.

Pneumonia mempunyai banyak simptom antaranya demam panas, batuk berkahak atau tanpa kahak, sakit dada, tiada selera makan, rasa tidak sihat, sering merengek (bayi dan kanak-kanak), pernafasan laju, susah bernafas, muntah dan cirit-birit.

INFO Pneumonia 

Golongan berisiko:







  • Kanak-Kanak terutama pada usia lima tahun dan ke bawah
  • Dewasa terutama pada usia 65 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tahap sistem ketahanan badan rendah seperti pembawa HIV/Aids
  • Penghidap masalah kesihatan yang kronik
  • Individu di kawasan sesak atau kotor
  • Masyarakat atau penduduk di kawasan tidak membangun atau miskin

    SIMPTOM PNEUMONIA



  • Demam panas
  • Batuk berkahak atau tanpa kahak
  • Sakit dada
  • Tiada selera makan
  • Rasa tidak sihat
  • Sering merengek (bayi dan kanak-kanak)
  • Pernafasan laju atau tercungap-cungap
  • Sukar bernafas
  • Muntah
  • Cirit-birit


    LANGKAH PENCEGAHAN
    1. Menjalani gaya hidup sihat
    2. Mengutamakan kebersihan diri
    3. Mengamalkan penyusuan susu ibu
    4. Pengambilan minyak ikan(omega 3)makanan tambahan
    5. Elak di kawasan sesak
    6. Menutup hidung ketika cuaca buruk.
    7. Meningkatkan daya tahan (vitamin c)

    Mungkin anda juga mengalami masalah yang sama seperti Farhana...



    Anak Sembelit Teruk Sampai Kena Seluk Tangan Nak Korek from iReach HD on Vimeo.

    Sunday 20 April 2014

    01:31

    8 SEBAB MENGAPA BAYI ANDA PERLU MERANGKAK


    Merangkak meransang perkembangan bayi


    Anak adalah amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga.Ia merupakan salah satu perjanjian kita dengan Allah yang perlu diambil berat dalam kehidupan.Anak-anak mengalami perkembangan saban hari,syukur alhamdulillah semua kelima-lima anak saya membesar di depan mata.Setiap anak mengalami perkembangan yang berbeza biarpun dilahirkan oleh ibu yang sama..
    Saat paling gembira apabila saya dapat melalui sendiri setiap perkembangan yang berlaku pada ke lima-lima anak.Bermula dari dalam kandungan..sehinggalah sekarang ini yang sulung dah pun mencapai usia 17 tahun.
    Perkembangan semenjak lahir dari mula meniarap,merangkak,bertatih,tumbuh gigi,dan akhirnya berjalan dan berlari.Kesemuanya dilalui mereka pada usia yang berbeza-beza.Tetapi ada yang tak merangkak..terus memanjat dan berjalan..

    fasa perkembangan bayi
    Adakah bayi anda melalui semua fasa ini?

    Dalam ramai-ramai anak ,anak yang kelima Faheimy melalui ke semua step..dari meniarap,merangkak,bertatih,dan berjalan pada usia 10 bulan.Perkembangan motorik Faheimy adalah paling cepat.Mungkin juga faheimy tidak pernah diajar menggunakan walker..ke empat-empat anak yang lain saya memang menggunakan walker.Sebenarnya anak ke lima ni membesar di rumah yang rumahnya bertangga..jadi takut jatuh tangga,  tak adalah belikan walker..Yang 4 orang lagi dulu memang semuanya gunakan walker..Kononnya senang untuk dikawal,cepat boleh berjalan,tetapi sebenarnya menggunakan walker lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Daripada pengalaman bersama dengan 5 anak..nampaknya merangkak jauh lebih banyak manafaat dan sangat berkait dengan perkembangan fizikal dan otak bayi.Di sini saya kongsikan beberapa kelebihan hasil pengalaman dan juga pembacaan saya kelebihan bayi merangkak.

    Kelebihan merangkak


    1.Menguatkan leher,tangan,sendi dan otot

    2.Menguatkan otot besar dan kecil

    3.Menunjang koordinasi mata dengan tangan,kekuatan,tegangan otot keseimbangan dan keterampilan jari

    4.Melatih kedua-dua belahan otak-membntu mengkoordinasi penggunaan kedua belah mata,telinga tangan dan kaki secara ransangan

    5. Meningkatkan penghasilan myelin di otak-membantu otak menghantar dan menerima pesanan lebih cepat dan jelas

    6.Mengembangkan sambungan jaringan saraf-gerakan berulang-ulang semasa merangkak meransang ,menyusun dan mengembangkan sambungan jaringan saraf otak lebih efisien dalam mengawal proses kognitif seperti pemahaman ,tumpuan dan ingatan

    7.Membantu perkembangan dan pemahaman bahasa.bayi diransang menggunakankedua-dua telinga  secara ransangan dan mengembangkan pendengaran kedua-dua telinga

    8.Meransang kepekaan sentuhan-kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak

    anak bijak
    Membesar sebagai Johan

    Sebagai seorang ibu yang prihatin,kita sepatutnya menggalakkan bayi untuk merangkak.Tak perlu terlalu risau,seluar kotor ,yang penting mereka mesti sentiasa diawasi pada setiap detik dan ketika.

    Semoga apa yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit manafaat kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana

    Thursday 17 April 2014

    BETULKE MINUM VIVIX RAMBUT GUGUR?

    Teringin nak sharing malam ni..pasal vivix...Saya adalah pengguna vivix sehingga saat ini..First time rasa vivix..emm..sedap..sampai jilat sudu lagi..Rasanya kalau boleh minum lebih -lebih memang nak..Tapi tak boleh  hanya sadu sudu teh je tau..guna sudu plastik ye..Lepas je minum..tido malam terasa tekak panas,rupanya kurang minum air..vivix panas..so kena minum air 3 ke 4 liter sehari..Selepas dua minggu saya mula demam..kepala rasa macam nak pecah..pening ..badan tak la panas sangat tapi badan sakit-sakit..migrain teruk..nak bangun pun goyang..tidur je la...selepas dua  hari kembali sihat..

    Minum lagi..rambut pula mula gugur pulak.....alamak..risaunye..tak sikat rambut pun rambut dah gugur..so saya elakkan dari sikat rambut terutamanya selepas mandi dan rambut basah..dalam bilik penuh dengan rambut gugur..tapi saya masih teruskan minum..kini selepas 4 bulan mengambil vivix secara konsisten rambut saya sudah tidak gugur lagi..Anak rambut mula naik dan rambut baru lebih hitam dan tebal dari rambut sebelumnya..

    Rupanya simptom yang berlaku pada saya merupakan healin crisis...demam dan pening sakit dibahagian kepala menunjukkan kesan migrain dan stress yang berpanjangan.....memang pun..selalu stress dengan kerja-kerja yang tak pernah habis..simptom rambut gugur menunjukkan sistem ginjal saya yang lemah..sememangnya ginjal saya memang lemah..sering mengalami kencing kotor dan pernah mengalami batu karang...

    Sekarang,dengan izin Allah,saya jarang dijangkiti selsema,demam,migrain..malahan masalah batu karang dan kencing kotor juga sudah tiada..saya rasa badan lebih sihat dan bertenaga..kalau dulu pukul 9 malam saja dah tak tahan mata ni nak tidur tapi sekarang masih boleh bertahan sehingga 11 malam.bangun pagi pun badan rasa lebih ringan..

    nak tahu apa yang lagi best..extra...kulit lebih cantik dan terasa kulit lembab semulajadi..best kan...semuanya dengan izin Allah..segalanya mungkin..kita hanya berusaha...hanya Allah yang akan menentukannya...




    Sesi possing sesuka hati..kah kah kah..
                              
    Macam ni rupa vivix...saya juga minum vivix yang dicampurkan dengan kolegen shaklee...jom try test..
    VIVIX

     BOTOL CANTIK..SAYANG NAK BUANG..SIMPAN LAGI...




    ISTIMEWANYA VIVIX



    NAK TRY 
    JOM LA CONTACT SAYA 010 8798077

    SAYA PENGEDAR SHAKLEE MASJID TANAH-ALOR GAJAH-SUNGAI UDANG-KUALA SUNGAI BARU




    Tuesday 15 April 2014

    KEMALANGAN NGERI




    HARIAN METRO 11.03.2014

    Malang tidak berbau..dua beradik terpelanting dan parah,Syameer dan Syakir .Mereka dirempuh oleh sebuah kereta semasa Syakir pulang mengambil adiknya dari kelas tambahan .Syameer murid tahun 6 SK Tamby Chek Karim dan Syakir murid tingkatan 5 Sek Menengah Kebangsaan Alauddin yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM ketika itu.

    Kaki Syameer semasa kemalangan
    Keadaan Syakir yang tidak sedarkan diri selepas kemalangan
    Kaki Syakir patah 
    Pembedahan dilakukan untuk  memasukkan besi

    Seperti yang diceritakan oleh puan Suzana ,ibu dan juga guru di SKK SMK Ghafar Baba,kedua-dua anaknya dipindahkan dari Hospital Besar Melaka ke Hospital Pantai.Syakir sering mengalami demam dan suhu badan naik dan turun tidak menentu menyebabkan beliau masih ditahan di hospital selama 13 hari..Disebabkan risau akan anaknya yang belum sembuh dari demam puan Suzana telah memberikan anaknya makan vitamin C Shaklee.Syameer telah dibenarkan keluar hospital selepas  4 hari setelah lukanya dijahit sebanyak 23 jahitan.
    Selepas 13 hari  di hospital, Syakir dibenarkan pulang.Dengan nasihat dan cadangan daripada admin..Puan Suzana telah memberikan anaknya  makanan tambahan lain iaitu zinc,ostrematrix dan ESP
    Temujanji yang pertama dengan doktor selepas dua minggu.Doktor mengesahkan bahawa jahitan kaki Syakir sudah kering..doktor pun puji tau...
    Beginilah keadaan kaki Syakir selepas dua minggu
    Jahitan pada kaki Syameer telah kering
    Kaki Syakir sekarang

    Syukur alhamdulillah, selepas dua minggu kedua-dua mereka nampaknya sudah kembali pulih.Syameer dah boleh kembali ke sekolah.Berjalan seperti biasa,namun perlu dalam pemerhatian,manakala Syakir sudah boleh bangun dan berjalan dengan bantuan tongkat.  

     Kesan selepas pengambilan zinc

    Mengapa zinc shaklee?
    * mempunyai khasiat seperti ikan haruan
    *mempertingkatkan sistem imun-membantu pengeluaran kelenjar thymus yang dapat menguatkan sistem    imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kancer dan menghalang infeksi penyakit
    *mempercepatkan pemulihan luka-mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran,pemulihan    selepas pembedahan,memperbaiki alergi dan bintik dikulit.
      hancurkan zinc dan taburkan diatas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka
    *mengaktifkan 200 jenis enzim-zinc berkebolehan menggabungkan DNA,RNA dan protin ,seterusnya       meransang regenerasi sel.ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dlam tubuh kita untuk memelihara       metabolisma, gigi dan pertumbuhan para remaja.


    OSTREMATRIX                                       ORDER OSTREMATRIX NOW

    Monday 14 April 2014

    CORETAN BUAT IBU

    ibu
    IBU TERCINTA...ALLAHYARHAMAH NAPSAH BT HARUN
    Oh ibu....kau disiram bayu pagi....Kehilangan terasa kini....Dan kesepian...Dan aku bagai purnama gerhana....Diibarat lautan kering...tiada tempat kulayarkan hasratku ini..masih belum sempat..kubuktikannya kepadamu ibu tersayang...kucurahkan rasa hati..kutatapi potretmu berulang kali...kerenungkan kalimah yang diberi...TUHAN YANG ESA..AMPUNI DOSA IBU...TEMPATKAN MEREKA...DIANTARA KEKASIH KEKASIHMU OH IBU...ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu....saat ini...kuteruskan hidup..tanpa bersamamu ibu...

    16.4.2014...genaplah 16 tahun dikau pergi meninggalkan kami...namun tidak sedikitpun ingatanku padamu terpadam...dalam doaku..ku sebut namamu...Allah lebih menyayangimu..setelah hampir 7 tahun mengharungi penderitaan penyakit kanser.kami redha dikau pergi..kasih sayangmu...senyum tangismu..hilai tawamu masih segar di ingatan..belum pun sempat daku membalas jasa jasamu dikau telah dijemput pergi buat selama lamanya..impianmu untuk daku mendapat pedidikan ijazah  telah kutunaikan..namun disaat dikau pergi daku belum pun sempat menunaikan janjiku pada diri sendiri untuk menjaga dan membalas jasa jasamu....
    dikau sumber inspirasiku....penguat semangatku....merawat lukaku...ketabahanmu....kesabaranmu mendidik kami 6 beradik sangat tinggi...sanggup lakukan apa saja untuk kami...sesungguhnya pengorbananmu tiada tolok bandingnya...hanya Allah mengetahui dan Allah jua mampu membalasnya....masihku terasa hangatnya pelukanmu...manisnya senyummu...ayunya wajahmu....masihku ingat kedua kakimu menjadi rebutan kami berdua untuk tidur diatas pangkumu...suaramu yang merdu mengalunkan ayat ayat suci Al Quran....mendidik dan mengajar mengaji  hingga ke hujung usiamu...inginku menjadi pendidik sepertimu yang tabah dan sabar..mendidik dan mengajar tanpa jemu..itu lah warisan harta yang ditinggalkan olehmu....menjadi guru.....hanya doa yang dapat kuhadiahkan buatmu ibu tersayang...semoga Allah menempatkan dirimu dikalangan insan insan yang beriman. ...Jadikanlah alam kubur itu tempat beristirehat buat ibuku...Kau ampunkanlah segala dosa dosa ibuku.
    Alfatihah buat mu Napsah bt Jemah...
    Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..segala puji bagi Allah..Tuhan sekalian alam..Maha pengasih lagi maha penyayang  yang berkuasa dihari pembalasan..hanya kepadaMu kami mohon pertolongan..tujukkanlah kami jalan yang lurus..iaitu jalan orang orang benar..dan bukanlah jalan jalan orang yang sesat....Amin....
    ♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

    cc.
    nor zihan abdul..zulkarnain abdul..zulkiffli abdul..zulkahar abdul..nor suhaila abdul..muhammad asri abdul....














    Sunday 13 April 2014

    PRODUK:ALFALFA

    KEBAIKAN DAN FUNGSI ALFALFA COMPLEX 


    • - bertindak untuk buang toksik dalam badan
    • - melawaskan usus
    • - mengurangkan kelesuan
    • - melegakan sakit ketika haid
    • - membuang angin dalam badan
    • - baik untuk masalah resdung, eczema, allergy etc
    • - mengurangkan sakit sendi dan badan
    • - merawat masalah keputihan wanita
    • - bertindak seperti kacip fatimah pada isteri
    • - meningkatkan stamina suami
    • - melancarkan penghasilan susu ibu yang menyusukan anak
    • - membesar dan menegangkan payudara
    • - pulihkan urat selepas bersalin

    Keistimewaan Alfalfa Shaklee

    1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
    2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
    3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
    4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
    5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
    6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
    7.  Membersihkan hati
    8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

    alfalfa
                                                                  ALFALFA COMPLEX, 700 tablets 
                                                                        [Harga Runcit : RM97.50]

                                                                       ALFALFA COMPLEX, 330 tablets 
                                                                           [Harga Runcit : RM53.75]




                                          
    NOR SUHAILA ABDUL
    010 8798077
    FB: SUHAILA ABDUL
    MELAKA,  MASJID TANAH

    TIPS HINDAR BATU KARANG




    Penyakit batu  karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada  air garam, mineral dan bahan bahan lain yang di temui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi melalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh di warisi. 


    Tanda sakit batu karang atau symptoms batu karang

    Saya adalah salah seorang pengidap batu karang.Saya mengalami kesakitan yang sangat  teruk . Gejala dan tanda-tanda termasuk  kekejangan dan sakit di bahagian belakang .Saya juga mengalami kencing yang tidak lawas. Terseksa rasanya apbila hendak membuang air kecil.Selepas mengalami kesakitan yang tidak tertahan saya telah menerima rawatan di klinik swasta yang berdekatan.Doktor mengimbas bahagian belakang dan mendapati ada batu dibahagian sebelah kiri buah pinggang.Saya juga mengalami jangkitan kuman di saluran kencing bersama-sama dengan batu itu, menyebabkan saya demam dan mengigil.Doktor memberi rawatan segera dengan ubat penahan sakit dengan satu suntikan.Kemudian saya diberikan ubat untuk memecahkan batu.



    batu karang

    Ini gambaran yang terjadi pada saya selepas scan

    Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. 


    Selepas 2 hari kesakitan berkurang.Saya masih meneruskan pengambilan ubat doktor.Selepas kehabisan dari ubat doktor ,atas nasihat dari seorang teman,saya telah mencuba suplimen shaklee iaitu ostrematrix dan omega.Selepas pengambilan ke dua-dua produk tersebut,masalah kencing tidak lawas da kesakitan dibahagian kiri pinggang sudah berkurangan dan sehingga kini saya masih meneruskan pengambilan ostrematrix dan omega.Alhamdulillah tiada lagi rasa sakit seperti sebelum ini.Malah saya merasa lebih sihat.Disamping pengambilan suplimen shaklee saya juga mengamalkan tips berikut sebagai langkah pencegahan agar masalah tidak berulang kembali.


    TIPS ELAK BATU KARANG


    *Minum banyak air masak/kosong/suam untuk membersihkan air kencing


    *Elakkan minuman manis, terutama minuman bekabonat (banyak asid)

    *Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli kentang keledek berasaskan tepung gandum bunga kobis dan pisang boleh mengatasi masalah kekurangan ini.

    *Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam lobak merah ,daging strawberi koko coklat dan teh.

    *Kurangkan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin,jeruk dan coklat

    *Banyak makan sayur sayuran dan buah-buahan kaya serat.

    *Kurangkan sumber protein haiwan,sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

    *Kurang minum kopi teh dan alkohol.


    Berikut merupakan amalan penawar yang mungkin biasa dilakukan untuk mengatasi masalah batu karang.


    Penawar Batu Karang

    Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas.
    Setelah sejuk tapis dan minum seperti air teh dan di ulangi sehigga beberapa hari.

    Nanas penawar sembuh penyakit batu karang.

    Bagi penghidap penyakit batu karang , kupas sebiji nenas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba cari salur nenas campur dengan gula batu. InyaALLAH boleh sembuh.




    batu karang


    Lobak putih

    Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.Kalau tak tahan nak minum air lobak, jadikan sebagai masakan sayur rebus.


    Epal hijau, minyak zaitun

    5 hari yang pertama minum 4 gelas air epal hijau setiap hari, kalau makan 4, 5 biji epal hijau pun boleh juga.
    Jus epal ni melembutkan batu karang.





    Suplemen 

    Sekiranya ingin  mencuba menggunakan makanan tambahan yang sesuai untuk membantu dalam mengatasi masalah batu karang ,anda boleh mencuba set dari shaklee iaitu

    alfalfa,ostrematrix atau vivix.






      ALFALFA       : Mengurangkan keradangan   akibat  batu karang



      OSTEMATRIX Mengandungi magnesium yang mengurangkan oksalat (garam) & mencegah                                pembentukan batu karang.
                          * Ada magnisium dan vitamin D untuk membantu penyerapan kalsium dengan                                sempurna



    Vivix:mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular.Ketahui kehebatan vivix.KLIK SINI



    Mungkin juga anada mengalami masalah seperti orang dalam video ini?


    Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


    Saya adalah pengedar Shaklee
    COD kawasan Masjid Tanah,Sungai Udang,Alor Gajah,Pengkalan Balak,
    Perkhidmatan pos keseluruh Malaysia

    Hubungi :suhaila 
      ******** 010 8798077  (^  _ ^) *******

    DUNIA LELAKI

    "Lelaki diuji ketika berada di dalam kesenangan..."

    Kata-kata seperti ini mungkin ada benarnya...
    Tapi mungkin segelintir je kut yang jadi begini...or kalau ada peluang je kut lelaki jadi macamni or duit terlebih ....ke memang gatal lelaki ni...haha..apa-apapun tepuk dada tanya iman...bagi seorang isteri,mesti akan merasa tanda-tanda kecurangan tu..jom kita tengok apa tanda-tanda yang akan menunjukkan kesetiaan suami sudah tergugat

    1.Kerap dengan telefon bimbit.Dulu tak pernah ada password...letak telefon di mana-mana,tapi sekarang telefon dibawa sampai bawah bantal...Siap ada password lagi..hati-hati..

    2.Kalau dulu tak kisah pun buat sarapan lambat ke,tapi sekarang ni ,pantang silap sikit je mesti naik angin,muka masam mencuka.

    3.Kalau dulu apa pun yang isteri beli dan pakai tak pernah pun nak kritik..tapi sejak ada bunga lain kat hati,mulalah kutuk bini gemuk la,tak cantik la..macam-macam lagi la..

    4.Layanan ala kadar..selalunya bila duduk bersama suami akan berborak mengenai aktiviti seharian atau gosip2 berita terkini..tapi sekarang lebih suka diam dan melayan telefon dan kadang-kadang senyum senyum sendirian...

    5.Kerap tersasul dalam banyak perkra.nama kita lain dipanggil nama lain..ha..ni parah..memang angau habis ni.

    6. Buang tabiat...selalunya tak suka pakai minyak wangi,tapi semenjak dua menjak ni asyik tukat-tukar minyak wangi..baju pun dah tukar corak dan gaya....


    Apa yang patut isteri lakukan sekiranya si suami berkelakuan begini????????usah gusar..usah risau..Allah kan ada...Next entry saya akan kongsikan tips menghadapi dugaan nir..hehe...
     *diulas dan dipetik dari majalah wanita*






    Thursday 10 April 2014

    JOM JADI LEBIH PUTIH....

    Malam-malam macam ni tiba tiba terasa pulak nak menulis.Waktu siang tadi terlalu sibuk dengan aktiviti sekolah yang sangat padat...jadi waktu malam adalah waktu paling best nak rehatkan badan dan rehatkan minda..itupun bila sekecil faheimy dah tidur...
      Seharian berjemur dibawah pancaran matahari ..mestilah ..kulit pun akan semakin gelap..mulalah masalah lain akan timbul pada kulit..kusam..jeragat..jerawat..sunburn tu la paling teruk...jadi saya pun terfikir...kalau kulit kita yang cantik, boleh menjadi buruk...adakah kulit yang gelap boleh bertukar menjadi putih gebu?
       Kalau tak silap saya ...Alicia Fox...kenal tak? dia ni ahli gusti wanita profesional berkulit hitam dari Amerika...dulu kulitnya hitam..tetapi mula cerah dan semakin cantik pada ketika ini...Micheal Jackson juga dulu berkulit gelap tetapi akhirnya berubah menjadi putih...apa yang diorang pakai ye?
    Tu la..kisah ni bukannye kisah dongeng tetapi adalah kenyataan..alicia dulu menjadi ahli gusti..sekarang dah mula menjadi model...cantik tu...mestilah ada produk yang depa pakai ni...tapi sesuai ke dengan kita?


       Tapi kan , apa yang saya perhatikan dan pengalaman saya...ada juga dikalangan kita mengalami perubahan wajah yang buruk menjadi semakin  buruk apabila seseorang wanita itu mengalami tekanan..samada tekanan dalam rumahtangga atau tekanan di tempat kerja..
     Biasanya tekanan ditempat kerja kadang kadang terbawa bawa hingga balik rumah...

    Dalam tempoh enam tahun di alam perkahwinan adalah merupakan tempoh yang paling kritikal...sangat mencabar..kalau tidak dapat bertolak ansur..saling percaya          mempercayai serta kesabaran yang tinggi pastinya rumahtangga akan goyah..
    Mengikut statistik dari akhbar tempatan ,Statistik Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dari 2008 hingga 2013 menunjukkan 7,358 kes penceraian berlaku bagi pasangan yang berkahwin dalam tempoh  kurang dari 3 tahun...makin ramai yang stress..makin la wajah transform jadi cepat tua...

            Jadi apa nak buat supaya wajah cantik dan kekal muda..??

     INI TIPS YANG MUNGKIN BOLEH KITA AMALKAN

    *. Selalu kena berfikiran positif.Selalu bersangka baik..Buang perasaan dendam dan sedia memaafkan.Pemikiran yang negatif selalunya akan menyebabkan wajah akan lebih cepat kusam,kendur,mudah berkedut dan kehitam hitaman.Orang yang selalu bersikap negatif akan menyebabkan saraf-saraf menjadi tegang pada tahap yang melampau dan ini akan meberi kesan pembentukan garis-garis pada wajah.orang yang yang jahat pula akan menjadikan dirinya garang,maka hilanglah keanggunannya...

    *. Jika hati tidak tenang dan merasa tertekan ...selalulah mengamalkan surah al insyirah selepas setiap solat..atau bila sahaja yang anda senangi......
    ayat ini membawa maksud seperti berikut

    1.Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu(wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)?
    2.Dan kami telah meringankan daripadamu bebanmu(menyiarkan Islam)
    3.Yang memberati tanggunganmu(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)
    4.Dan kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu(dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan)?
    5.Oleh itu maka tetapkanlah kepercayaan bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan
    6.sekali lagi ditegaskan bahawa setiap kesukaran disertai kemudahan.
    7.Dan apabila kamu telah selesai daripda sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha(mengerjakan amal soleh yang lain)
    8.Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engku memohon(apa yang engkau gemar dan ingini)

    *Cuci wajah dengan air yang ditapis..kalau air yang terus dari paip mempunyai klorin.ia akan memberikan kesan negatif pada kulit.Tapi membasuh muka dengan air paip adalah lebihh baik dari tak membasuh muka langsung.Air wudhuk merupakan air yang dapat memanjangkan tempoh kemudaan wajah.

    *Elakkan wajah terlalu terdedah dibawah pancaran matahari.Biasanya orang yang terdedah kepada panas matahari ini akan lebih  cepat tua dari usianya

    *Gunakan produk yang sesuai dengan kulit anda.Kemungkinan produk yang anda guna tidak sesuai dengan kulit anda bukan kerana produk itu tidak berkualiti....

    Jadi cukuplah dulu celoteh saya pada hari ini...semoga memberi manafaat kepada anda yang membaca...tq..( ♥ ♥ )






    Produk kecantikan klik disini

    Tuesday 8 April 2014

    COLLEGEN POWDER

    Assalamualaikum ...
    hari ini saya nak berkongsi maklumat tentang collegen dari Shaklee
    Semoga menjadi rujukan dan memberi manafaat kepada anda





    KESAN DAN FAEDAH MENGAMBIL KOLAGEN :

    ♥ ANTI PENUAAN : Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan
    ♥ MENGHIDRATKAN : Melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan mengelupas oada muka
    ♥ MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT : Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan
    ♥ MELICINKAN : Meningkatkan kelembutan dan Kelicinan Kulit
    ♥ MENYUBUR : Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut tebal bersinar
    ♥ MENCERAH : Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan warna kulit
    ♥ MENEGANG : Membantu menegang dan menganjalkan payudara
    ♥ FAEDAH LAIN : Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang. Bantu mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut

     BAHAN-BAHAN UTAMA DAN FUNGSI :

    1. Kolagen peptida yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah
    ~ sumber premium kolagen
    ~ kadar penyerapan lebih tinggi
    ~ sumber kurang terdedah kepada pencemaran berbanding kolagen dari haiwan di daratan


    2. Ekstrak biji benih Bunga Kamelia (Camellia japonica)
    ~ mengandungi asid oleik yang sangat membantu sebagai emolien dan pelembap kulit
    ~ mengandungi Isoflavon, bahan antioksida semulajadi yang melindungi kulit dari radikal bebas

    3. Ekstrak Ginseng Brazil (Pfaffia paniculata)
    ~ menyokong pembentukan kolagen dan asid hialuronik yang berkemampuan tinggi dalam mengikat jumlah air yang besar
    berperanan dalam menghidratkan tisu
    ~ membuatkan kulit lembut, lembap dan licin

    4. Vitamin C
    ~ menggalakkan pengeluaran kolagen
    ~ bahan antioksidan yang membantu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit

    5. Vitamin B6 dan B2
    ~ membantu proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat untuk hasilkan tenaga yang diperlukan dalam pembentukan kolagen

    6. Glukosamina (ekstrak kerang-kerangan)
    ~ penting dalam sintesis bendalirsinovio bagi melicinkan pergerakan sesendi
    ~ melembapkan mata
    ~ melegakan ketidakselesaan mata

    7. Bakteria baik (Lactobacilus acidophilus)
    ~ membantu mengimbangi mikroflora usus
    ~ memudahkan pembinaan semula sistem usus sihat bagi meningkatkan penyerapan kolagen

    KEISTIMEWAAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

    ♥ mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen yang berkualiti tinggi dan tulin
    ♥ kolagen bermolekul sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton - mudah diserap badan dan membantu pembentukan kolagen pada permukaan kulit dengan berkesan
    ♥ diadun dengan tujuh bahan yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanannya
    ♥ mudah larut dalam minuman dan makanan kegemaran anda
    ♥ disediakan dalam satu hidangan yang dipek di dalam uncang (sachet) yang mudah dibawa dan digunakan bila-bila masa di mana-mana sahaja 


    kolegen shaklee


    PENGALAMAN MENGGUNAKAN KOLEGEN SHAKLEE




    COLLAGEN POWDER, 15 sachet           ORDER COLEGEN
    [Harga Runcit : RM298.00 ]


    Jika berminat, Sila hubungi,
    suhaila abdul
    *0108798077*