Friday 30 May 2014

Damainya kampungku



Semua orang ada kampung halaman sendiri tempat kalahiran dan tempat membesar.Parit Buntar Sungai Bakau tempat lahirku..tempat awal persekolahan dari tadika hinggalah ke tingkatan 5.
 Kalau dulu,waktu alam persekolahan aku rasa teringin sangat untuk tinggal di bandar bandar besar,ada shopping kompleks,ada pusat pusat permainan,rumah yang cantik dan besar,pendek kata segalanya indah dimataku jika dapat tinggal dibandar besar.

 Tapi kini selepas 20 tahun di negeri orang..dan bermastautin di Melaka rasanya kampungku yang dulu tulah yang paling best.Yang paling tenang,yang paling cantik.Kehijauan padi ketika musim sawah bermula.sungguh menenangkan,mendamaikan,dengan udara segar diwaktu hening pagi subuh.Keindahan terbitnya matahari.

Sekali sekala terkenang zaman kanak kanak sehingga ke usia remaja,mandi di parit atau tali air depan rumah.Dari situlah aku pandai berenag sampai sekarang.Sambil mengagau ikan sepat di musim air kering.Tak kisah masa tu.lelaki perempaun bertanding mengagau ikan,siapa yang dapat banyak.Dah dapat,bawa balik terus goreng.Fresh ikan tu,yummy dan sedapnyer.


Kalau musim padi baru nak mula di tanam,air sawah yang jernih tempat kami berkubang, sambil kejar kejar ikan,pakai sauk,dapat juga ikan.Sambil mandi manda dalam tu.Best betul.Siap main pondok pondok,siap masak nasi,bakar ikan kat tepi bendang, siap makan dalam daun pisang.Yang pelik tu,balik rumah tak pulak kulit gatal gatal.

Waktu musim padi nak mula dari proses melonggok,menarik, memang kerja kami adik beradik tolong abah dan mak.Sampai melecet tangan.Pacat gigit disana sini dah tak kisah.Ketika tu memang rasa penat.

Waktu musim menuai,masa ni lah nak cari duit poket.Ada group mengerat tersendiri.Ada ketua pulak setiap group tu.Nanti ketua akan bagitau anak anak buah, tempat kami akan mengerat.Wahhh.Kalau dah berpengalaman tu,fuh tak sempat nak kejar senior2 mengerat padi.Laju je.sekejap dah siap.Biasanya kami yang baru baru ni akan dibantu oleh mereka yang taiko.Selesai padi dijual,kira pulak berapa guni padi yang dapat,kalau padinya elok maka kami pun akan dapatlah upah yang best.Sepanjang musim padi tu dapatlah rm 50 ke rm100.Itupun rasanya sangat gembira bika dapat duit sendiri.Maklumlah mak dan abah hanya bekerja kampung.Setakat cukup menyara hidup kami berlapan.Kalau nak lebih kenalah cari sendiri.Biarpun penat tapi puas hati di atas hasil usaha sendiri.


Zaman telah berubah.Anak anak dibesarkan dirumah batu.Tiada lagi ke sekolah dengan berjalan kaki.Mungkin suatu hari nanti pokok padi hanya boleh dilihat dari gambar atau disimpan dalam muzium.Mungkin juga anak anak sekarang tidak kenal rupa pokok padi.Yang mereka kenal I pad,PS 2,astro ceria,youtube,facebook dan ntah apa lagi yang akan datang.

Dikesempatan yang masih ada ini,aku mahu anak anak ku menikmati dan mengenali keistimewaan kampung,bawa masuk bendang,tangkap ikan dalam bendang,kenal rupa pokok padi.Rasai sendiri biarpun tidaklah seperti yang ibu mereka rasa.

 Setiap kali musim cuti sekolah,waktu yang sangat sangat ditungu tunggu oleh anak anak.Bila dapat balik kampung,rasa seronok tak terkata.Kalau dah sampai kampung,tak nak pula balik melaka.
                                       Bila dah stress bekerja,bila balik kampung,release tension


Di kampung kaya dengan buah buahan yang ditanam sendiri oleh abah.Macam macam ada.Sayur sayuran,ulam ulaman semuanya fresh dipetik dan terus dimakan.Bebas racun perosak.


 Sekian. ..itulah kisah hidup si anak kampung yang kini bergelar guru....Aku bangga menjadi sebahagian dari orang kampung.Aku bangga tinggal dikampung yang damai dan jauh dari kesibukan kota yang berdebu..Hehe. .jangan marah ye orang bandar..

CAU..




















Friday 23 May 2014

15 PETUA AMALAN DALAM PANTANG

Pengalaman...9 bulan 10 hari bagi ibu mengandung sampai saat melahirkan..Tapi biasanya ke lima lima anak saya tak kan 9 bulan 10 hari..biasanya akan terlebih..Pengalaman mengandung 5 orang anak memang ada persamaan dan ada perbezaan..Yang sama..mabuk. .loya..sampai usia kandungan 5 bulan atau 6 bulan..Time mabuk ni memang teruk la..kurus kedengking tapi bila dah hilang mabuk..selera makan bertambah tambah..badan pun semakin menembamlah kan..bayangkanlah. .hehe..saya yang tak berapa nak tinggi ni.. gemuk...merayap macam ayam serama..haha..cuma masa mengandung anak perempuan mantain kurus sampai bersalin..hah...bersalin?takutnye bila diimbau kembali..tak da sorang pun yang boleh dikategorikan saya senang bersalin macam ada setengah orang tu..sempat beranak atas kerusi roda..dalam keta..saya..kalau tak separuh hari tak sah...dah bersalin...waduh waduh...berpantang pulak...Masa paling bosan sekali adalah masa dalam pantang lah..nama pun pantang..pandang je orang makan apa pun..orang pergi jalan jlan ke.hehe


AMALAN DALAM PANTANG

Hari ni nak kongsi  7 tips apa yang saya buat semasa dalam pantang. Mungkin anda boleh try amalan amalan ni.


 1.Selepas saja bersalin dah keluar dari labour room, dapat je bilik..pastikan kita memakai baju tebal,tangan panjang.Pastinya tak nak bagi angin masuk dalam badan

 2.Pakai stokin tebal.Pastikan betul betul tebal tau..macam pakai stokin musim sejuk tuuu..jangan ngelat.

 3.Minum air panas atau suam sahaja..Kut ko minum air batu..kut ko yang keras macam batu...haha

 4.Minum air halia lagi bagus.Boleh buang angin

 5.Kepala hendaklah sentiasa ditutup.Pakai skaf atau ikat dengan ketat dibahagian dahi dengan kain atau kain orang panggiL key tuu...Ini untuk elakkan migrain.Ikat dan sanggulkan rambut ketat ketat..

 6.Sapukan pilin pada dahi untuk elakkan masukkan angin..

7.Biasanya mak akan bagi minum air kunyit yang sangat pekat..errkkkk..pahit tapi..itulah paling power..cepat kecutkan rahim dan merapatkan semula mana yang longgar

 8.Amalan bertungku.Biasanya saya akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release  stress.Kat mana nak tungku?

Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit  akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku.

 9.Ini petua mungkin orang lain tak buat kut..Mak saya akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone'  ai dalam pantang 44 hari.

 10.Mandi...tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..

 11.Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kaang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.

Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebihh banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan..Tu pasal berat badan saya boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam. Boleh cuba protein ni..KLIK SINI

Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategirkan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.



12.Amalan berurut.Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak..

13.Amalan makan jamu semasa dalam pantang memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik

14.Amalan memakai bengkung.Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.Lagi pun bnegkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.

Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.

15.Masalah kronik saya ialah sembelit semasa dalam pantang.Kesan luka jahitan membuatkan saya takut nak kebilik air.Pedih wooo...Lagi pulak kalau nak buang air besar.Kena pulak sembelit...dulu saya tak jumpa lagi caranya..buang air sambil menangis.kalau boleh tak nak masuk bilik air.. 
ADA SEMBELIT? klik sini 

Ada sesetengah orang kata,jika nak mengembalikan bentuk badan seperti anak dara,maka selalulah beranak.hehe..makin beranak makin cantik...betul ke bohong??

Pada saya ia adalah benar ....sebab saya juga dah mengalaminya..semasa dalam pantang ,berpantaglahh dengan betul kerana tubuh badan kita perempuan ni cepat kendur, cepat hilang kolegennyer,cepat longgar sana sini...so kena la jaga..Kalau malas nak berpantang maka etrimalah kenyataan apabila nanti belum usia mencecah 30 tahun anda sudah sakit disana sini.mengeluh badan letih dan tidak bermaya.jadi..bersabarlah ketika dalam pantang...Ikut dan amalkan petua orang lama..

Bagi sesetengah ibu yang berpantang,mereka agak culas nak minum air akar-akar kayu atau jamu-jamu yang terpaksa dibancuh dan pahit.Mereka lebih selesa dengan makanan tambahan yang berbentuk pil.Apa pun pilihan anda pastikan anda menjaga diri anda sebaik mungkin.Kerana bila kita sakit orang hanya mampu simpati dan kita yang menanggung akibat dari kemalasan kita sendiri.




Kesan sampingan suntikan depo , jadi gemuk dan naik jerawat batu



Friday 16 May 2014

SURAT LAYANG BUAT CIKGU?


Pejam celik pejam celik...dah hampir 17 tahun dah saya bergelar guru.Banyak kisah suka dan tak kurang duka..Biasala..hidup ni mana ada bahagia sepanjang masa,mesti ada yang kita tak suka terjadi..Apa nak kata..terima dan redha..setakat ni saya masih happy bergelar guru..Biarpun guru bukan kerjaya pilihan masa dulu dulu..Tapi jadi guru ada keistimewaan yang tak terungkap...contohnya...surat surat ni..

Bila rasa kecewa ke bosan ke..saya suka baca surat surat ni..surat ke?mesti saya akan tersenyum sorang sorang membayangkan wajah-wajah si penulis ini....sayang nak buang..kalau simpan pun lama2 koyak juga..so saya abadikan coretan korang ni di sini..boleh baca sampai bila  walaupun hayat cikgu dah tak da..mungkin korang boleh tunjuk kat anak cucu nanti..harap harap bermanafaat juga buat bakal bakal guru sekalian..Jom baca..sapa punya tulisan..mungkin juga korang dah lupa apa yang korang tulis...kan cikgu selalu cakap...zaman sekolah palingg best..banyak kisah suka duka dan pengalaman yang tak boleh dilupakan...yang cgu tak leh lupa sekali...budak xxxx siap boleh baring atas lantai makmal dan bersilang kaki lagi pulak masa kena denda tak siap kerja sekolah....Alhamdulillah sebelum spm ..dia berubah 360 degree..jom baca ni...


 5s3 2013.....dalam kenangan...




















Wednesday 7 May 2014

NAK CANTIK? CANTIK SEMULAJADI ..?

Malam ni terasa pulak nak cerita pasal set cantik.Dah namanya perempuan ,mestilah nak cantik.Dua tiga hari yang lepas masa dok kemas-kemas bilik tetamu,terjumpalah pulak dengan baju-bju lama.Yang bestnya baju masa nikah dulu.18 tahun yang dulu...bila dah nampak saja gatai tangan nak try.....alamakkkkkkkk...
hehe..boleh lagi pakai la...tapi...baju-baju tu dah lama.,boleh katakan dah out of date la..nampaknya baju-baju tu simpan la untuk anak dara ai yang dua orang tu.Zaman diorang nanti agaknya fesyen tu keluar balik kut..hehe..

terkenang zaman anak dara dulu-dulu..berat badan memang la ..35 kg ja kutt..time tu memang keding sangat..sekarang ni dah naik la..dah cecah angka awal 40..hehe..tapi baju-baju dulu masih muat lagi..anak 5 kan..nak wat camna..bila dah mengandung,ada ja la perut menggelebeh.


Nak cerita pasal kulit saya dulu-dulu...memang tak ada masalah,jerawat pun jarang-jarang naik.Biasala.masa tu muda..kulit banyak lagi kolegen..so memang la tak pernah jaga pun.Yang tau pakai la pencuci muka apa yang jual kat kedai tu yang rm 4, 5 hinggit.Nak kata pakai sunblok ke,bedak kompak ke,krim malam ke,krim siang ke tak pernah kenal pun.Zaman dulu set-set kecantikan belum lagi meluas..lagipun saya memang tak minat semua tu..Dari sekolah,universiti sampailah kerja ,sama juga tak pernah jaga kulit.nak facial lagi jauh panggang dari api...Bersalin anak pertama,,23 tahun muda lagiii...tak jaga pun..masuk anak kedua pun sama..tak heran..masuk anak ketiga..masa mengandung naik jerawat kecil penuh kat muka..kalau buka tudung habih la..nampak segala parut ...so masa dalam pantang tu baru la dok heboh cari produk kecantikan.Dapatla satu produk ni..pakai memang elok la..kulit cerah,kesan jerawat hilang.Lepas tu stop..akhirnya naik jeragat pulak..memang agak tebal dan dalam.meamang susah nak hilang..puas la pakai macam-macam produk lain..tapi apa nak buat,nasi dah jadi bubur..kulit semakin kering,jeragat makin bertambah..kesan lebam dibawah mata makinnjelas.Selepas bersalin anak ke empat,wajah saya memang macam orang tua..hehe..tua sebelum usia...banyak kali juga pergi buat treatment, buat facial tapi...hmmmm..sudah agak terlambat..nak nampak kesan yang elok pun akan jadi lambat la

Tu la..kesan dari tidak menjaga kulit dari awal..so nasihat saya kepada kawan -kawan,adik-adik,kakak-kakak...sila jaga  kulit anda dari muda lagi..carilah produk yang bersesuian dengan kulit anda..dan sebaik-baiknya carilah produk yang semulajadi dan dijamin bebas dari bahan kimia merbahaya

Tapi..haaaa..ada tapi plak tu...semenjak saya mengamalkan suplimen semulajadi sehingga sekarang,semua masalah kulit saya telah dapat diatasi..hehe..ada orang kata nampak sekarang lagi lawo dari dulu..(perasan jap)keke....bukan tu saja..keadaan kesihatan saya juga semakin baik..kalau dulu asyik asyik kena kencing kotor..kena batu karang..migrain...alhamdulillah dengan mengamalkann suplemen ini saya sangat berpuas hati dengan kulit dan yang paling penting saya mempunyai tenaga yang cukup nak handle 5 anak satu suami dan beratus-ratus anak murid kat sekolah...hehe...itulah kehidupan saya...nak tau apa yang amalkan?

klik disini..
SET KECANTIKAN SHAKLEE
Untuk mengetahui lebih lanjut anda boleh wassup/sms 0108798077

Sunday 4 May 2014

07:48

JUAL DIRI DENGAN ILMU

Hari ni akhirnya berjaya juga saya kumpul 5 anak dan cucu..kelas hari ni berlangsung kat rumah saya jer..selalunya mumy dan daddy akan buat kat luar..kat kfc ke mc d ke atau mana mana tempat yang sesuai..rasanya ni first time buat caoching coaching dengan group anak anak saya..Alahamdulillah mummy miah dan daddy pemburu bayang memang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk kami..tq..tq..Mesti ada orang pelik kan..kenapa la panggil mummy la daddy la..nanny la..atuk la..Ha itu la keistimewaan group kami..panggilan daddy dan mummy ni memang sengaja digunakan.of course la. .panggilan itu sangat istimewa..panggilan yang merapatkan hubungan silaturrahim antara kami...Side line pulak macam adik beradik..mummy n daddy sentiasa terapkan kat kami agar sentiasa berbaik baik dengan semua biarpun bukan dari mak yan sama..
 Apa kitorang buat bila jumpa?of course la...untuk kasi semangat dan motivasi untuk teruskan perjuangan..kongsi berbagai tips untuk terus maju...kalau ada masalah time ni la nak tanya soalan banyak2..tanya sampai paham..kelas kami ni tak formal pun..buat santai santai sambil minum kopi,makan makan..ada yang pakai kain pelekat je pun...yang pentingnya ilmu dan perkongsian sampai...ukhwah dan silaturrahim semakin rapat...Hehe..best..best..lepas ni rasanya nak buat tiap tiap bulan la..hmmm boleh buat aktiviti sambil memancing ke..memasak ke...

Kalau korang nak rasa pengalaman seperti ini. .jomla join kumpulan kami...kami bukan mencari  untung semata2...ada lain yang kami dapat yakni ilmu yang tidak dipelajari disekolah atau diuniversiti..nak tau apa dia? Jom la sertai kumpulan kami yang aktif...SUPERMOM....CAU CINCAU...
suhaila












Saturday 3 May 2014

KENAPA OMEGA GUARD SHAKLEE?

Pernahkah anda mendengar dan mengenali Omega Guard Shaklee ?Tapi mungkin anda tahu kalau saya  sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.Ini adalah botol packaging omega guard shaklee..
omega guard


Jom kita kenali apakah kandungan didalam omega guard shaklee ini
APA ITU  Omega-3

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.

APA FUNGSI  EPA?
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                

APA TUGAS DHA?
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan

Apakah KEBAIKAN Omega Guard Shaklee?

1. Melindungi Jantung Anda
Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

2.Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

3.Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.


4.Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.