Monday, 30 March 2015

CARA MENCEGAH HIPERTENSI

Saya tidak menyangka kekerapan pening kepala merupakan petanda saya mengidap penyakit hipertensi.Selepas mengalam pening kepala yang teruk ,saya merujuk kepada klinik berdekatan untuk memastikan punca sakit kepala yang saya alami.Selepas mendapatkan rawatan , doktor mengesakan saya mengidap hipertensi.

Itu adalah pengakuan yang biasa kita dengar pengakuan daripada teman teman atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah hipertensi.Jika anda adalah pengidap hipertensi, apakah langkah yang perlu diambil untukmengatasi masalah tersebut?
makanan untuk darah tinggi

CARA MENCEGAH HIPERTENSI TANPA UBAT UBATAN

1.Amalkan gaya hidup sihat.
Kurangkan pemakanan yang mengandungi MSG yang tinggi.Disarankan mengambil kurang daripada 6 g garam sodium chloride.Perhatikan label pada makanan untuk mengetahui kadar sodium serta kurangkan mengambil makanan segera banyakkan mengambil buah buahan, sayuran dan juga kurangkan pengambilan leamk, alkohol dan berhentilah merokok

2.Bersenam.Senamrobik seperti berjalan pantas atau joging juga boleh mengurankgnan tekanan darah tinggi sebanyak 13/18 mmHg jika dilakukan secara konsisten.Bersenam 3 kali seminggu dan selama 30 hingga 45 minit sehari.

3.Kawal berat badan dengan pengamalan gaya hidup sihat terutamnya mereka yang obesiti dan berbadan besar.kajian membuktikan bahawa penurunan berat badan sebanyak 3%- 9% dapat menurunkan tekanan sebanyak 3-6 mmHg

4.Rawatan susulan  juga tidak harus dipandang ringan  oleh pesakit.Dengan rawatan susulan inilah doktor melakukan pengesanan awal komplikasi terhadap organ organ utama menjadi lebih teruk

5. Mengambil suplimen sebagai pengganti ubat. Suplimen seperti GARLIC, OMEGA GUARD, PHYTOCOL ,LICITHIN , VIVIX dapat membantu masalah hipertensi.


Ketahui bagaimana kisah suami ini yang telah mengalami hipertensi dapat mengatasi masalahnya demi isteri dan anak anak tersayang


Anda boleh hubungi saya untuk mengetahu secara lanjut untuk mengetahui suplimen SEMULAJADI untuk mengatasi masalah hipertensi/darah tinggi.


BAGAIMANA BACAAN UKURAN DARAH TINGGI ANDA?


darah tinggi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merujuk kepada daya tenaga yang terhasil daripada tekanan darah terhadap dinding arteri apabila darah dipam melalui arteri atau salur darah.Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.Apabila tekanan ini lebih tinggi dari sepatutnya ia akan menyebabkan pelbagai ancaman kesihatan seperti strok dan penyakit jantung

Tekanan darah diukur sebagai tekanan sistolik (angka atas) dan iastolik (angka bawah)

TEKANAN SISTOLIK (mmHg)
TEKANAN DIASTOLIK(mmHg)
JENIS TEKANAN DARAH
120-129
80-84
Tekanan darah optimum
130-139
85-89
Pra-hipertensi
140-159
90-99
Tahap 1 hipertensi
160-179
100-109
Tahap 2 hipertensi
180 ke atas
110
Tahap 3 hipertensi




PUNCA HIPERTENSI 

  1. Sejarah hipertensi dalam keluarga  
  2. Obesiti  
  3. Pengambilan garam dan alkohol yang berlebihan  
  4. Merokok  
  5. Tekanan/stress yang melampau 
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH HIPERTENSI

  1. Elakkan memakan makanan yang banyak lemak dan bergaram  
  2. Elakkan pengambilan makanan dan ubat-ubatan yang tinggi kandungan natrium 
  3. Elakkan memakan bahan/makanan yang boleh meningkatkan tekanan darah.  
  4. Elakkan merokok dan jauhi alkohol 
  5. Banyakkan bersenam 
  6. Bijak menangani stress/tekanan. 
Bagaimana si suami ini mengatasi masalah darah tingginya demi anak-anak dan isteri tersayang


Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.


Pengedar shaklee Masjid Tanah Melaka
0108798077

PETUA TRADISIONAL GEBUKAN KULIT



CARA CARA MENGGEBUKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN BERAS


  1.  Beras di rendam beberapa jam untuk melembutkan.
  2.  Selepas itu tumbuk beras sehingga lumat. 
  3. Campurkan beras bersama dengan susu atau yogurt. 
  4. Lumurkan pada kulit untuk membantu menghilangkan kulit mati dan menggebukan kulit. 
  5. Untuk kesan yang lebih bagus, buat sekali seminggu.


CARA MEMBERSIHKAN KULIT WAJAH DENGAN MENGGUNAKAN AIR BERAS


  1. Caranya, bila kita mencuci beras untuk dimakan, air basuhan beras yang kali pertama itu diasingkan. 
  2. Tuangkan air basuhan pertama dalam bekas lain dahulu, teruskan basuh beras sehingga bersih dan masak nasi dahulu, barulah air yang kita asingkan tadi di gunakan untuk mencuci muka
Cuci muka dengan air basuhan beras yang pertama setiap dua hari sekali.


CARA  KECUTKAN JERAWAT MENGGUNAKAN KULIT KAYU MANIS


Setiap kali datang bulan boleh di katakan jerawat batu akan singggah pada wajah, cara untuk menghilangkan  jerawat daripada singgah pada wajah adalah dengan cara menyapu kulit kayu manis. Biasanya kita dapat rasa bila jerawat akan keluar, kulit akan sedikit kemerahan atau rasa sedikit sakit bila di tekan. 

Sapukan air asahan kulit kayu manis.Pastikan kulit kayu manis sentiasa terendam dalam bekas kecil dalam bilik air berasama batu asah. Kita hanya perlu mengasah kulit kayu manis dan tampal pada tempat yang perlu. Jerawat biasanya akan mengecut, kadang-kadang tidak keluar terus. Kulit kayu manis juga sangat bagus untuk menghilangkan parut.




Berikut adalah testimoni mereka menggebukan kulit...


tips gebukan kulit



tips gebukan





Pengedar shaklee Masjid Tanah,Melaka
0108798077



Saturday, 21 March 2015

RESEPI TEMPE GORENG HITAM MANIS

Asalamualaikum..
sebenarnya saya tak pernah share apa apa resepi dalam blog sendiri..sebab saya ni bukan pandai sangat masak..setakat masak campak campak jer..yang penting anak anak suka makan..hihi..tak da yang spesifik pun..

So hari ni disebabkan ramai yang teringin nak cuba tempe goreng hitam manis ni so saya share lah yer..kalau sedap Alhamdulillah..kalau tak sedap ..pandai pandailah adjust sendiri..resepi ni pun kalau korang kreatif nak ubahsuai pun boleh..kita yang buat..so pandai pandailah ikut citarasa sendiri

Bahan bahannya

2 keping tempe

 2 biji kentang
 1 biji bawang besar
 2 biji bawang kecil
2 biji bawang putih
 segenggam ikan bilis..nak banyak pun boleh
 3 sudu kicap manis(saya suka kipas udang)
3  sudu sos tiram
 (kalau nak pedas boleh tumiskan sekali dgn cili mesin)
2 biji lada hidup

3 tangkai kacang panjang

Lada sulah

Cara  cara

1.potong tempe dan kentang tirus..tak nak bentuk dadu..tak garing..hihi.

2.goreng semua ikan bilis,kentang dan tempe berasingan sehingga garing..alihkan satu tempat..

3.Tumiskan bawang putih dan bawang merah yg dah ditumbuk sampai naik bau..

4.Masukkan air sebanyak suku cawan..air jgn lebih..nnti tempe dan kentang jadi lembik..

5.Masukkan kicap dan sos tiram..tambah sesudu teh gula

6.Bila sos dah mendidih..masukkan semua ikan bilis, tempe dan kentang yang digoreng..

7.Masak hingga air kering.Masukkan bawang besar yg dah dipotong serta lada hidup yg dipotong serta kacang panjang kedalam campuran tadi.

 8.Gaul sehingga sebati dan angkat..kalau rasa tak masin tambahkan sedikit garam..jangan banyak sangat ye..kicap dgn sos tiram dah masin..

9.Angkat dan hidang..taburkan sedikit lada sulah diatas masakan tadi...siap..senang kan...


Selamat Mencuba...
Resepi tempe

                  TEMPE MASAK HITAM MANIS





































Tuesday, 10 March 2015

CARA BETUL PICIT JERAWAT TANPA PARUT

Alamak ai..paling saya tak suka kalau naik jerawat ..Korang suka ke?Lagi lagi kalau naik kat muka dan tertonjol besar bebenar gunung berapi tu..Rasa macam nak cubit cubit jer kasi cepat hilang.



cara picit jerawat
 Gunung berapi meletus!!!!!
Jerawat yang besar dan bernanah terutamanya membuatkan kita rasa tak yakin dengan penampilan kita sendiri.Mula la tangan gatal jer cubit cubit lepas tu ambil jarum..picit dengan kuku...kemudian keluar darah..Kemudian bila kering ada kesan kuping..tangan gatal lagi tarik kesan kuping tu dengan tangan.

Kenapa picit jerawat dengan kuku atau jari menyebabkan berparut? Jawapannya ialah kerana jari kita tidak bersih serta mengandungi kuman terutamanya pada kuku.Jerawat tersebut akan dijangkiti kuman dan akhirnya tinggalkan parut kehitaman di muka

CARA PICIT JERAWAT TANPA PARUT
  • Kalau nak picit gunakan jari pastikan tangan di cuci menggunakan sabun antibakteria dan juga kuku mestilah dipotong supaya tak mencederakan kulit muka.Kuku yang dan jari yang bersih dapat mengelakkan kuman daripada menjangkiti kawasan luka jerawat dan dapat mempercepatkan penyembuhan luka jerawat.
  • Gunakan sarung tangan semasa memicit jerawat atau sekurang kurangnya melapik tangan dengan tisu untuk elakkan kemungkinan luka pada kulit
  • Tanggalkan make up di muka dan cuci bersih dengan pencuci muka.Ini untuk megelakkan bakteria daripada luar terus masuk kedalam kulit
  • Steamkan muka beberapa minit pada wajah bagi membuka liang pori dan juga memudahkan jerawat dibersihkan
  • Picit jerawat dengan mengenalpasti  mata jerawat,keluarkan isi jerawat kemudian lapkan dengan tisu bersih.Jangan picit gunakan jari dan kuku.
  • Selepas jerawat selesai dipicit,sapukan sedikit lotion dibahagian jerawat tersebut bagi mempercepatkan luka kering dan cepat sembuh.

Ketahui bagaimana wanita ini sengsara selam tujuh tahun akibat tersalah menggunakan produk kecantikan sehingga wajahnya dipenuhi jerawat dan parut jerawat.Akhirnya semua mimpi ngerinya telah berakhir..ikuti kisahnya...


Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Thursday, 5 March 2015

KURUS LEPAS BERSALIN SAMPAI 20KG

Hai mommy mommy sekelian. Terima kasih sudi singgah blog kak Su. Sedang mencari cara untuk kurus lepas bersalin?

Kalau korang nak tahu, masa berpantanglah masa yang sesuai untuk korang dapatkan kembali bentuk badan yang seperti anak dara dulu...tapi syaratnya kenalah sabar dan ikutlah petua orang orang lama tau.

Hari ni kak Su nak berkongsi amalan dalam pantang yang kak su yang sdah melahirkan 5 orang anak nih. Mungkin boleh juga korang jadikan sebagai panduan...

7 Amalan Berpantang Yang Mesti Anda Buat Untuk Kurus Lepas Pantang

 1.Amalan bertungku.

Biasanya kak su akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release  stress.Kat mana nak tungku?

Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.

Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit  akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.

Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku..  Gambar di bawah ketika kak su berusia 40 tahun dengan anak 5 possing bersama ibu muda anak 3..

                      BERSALIN




2.LETAK BAWANG DI TELINGA



ni petua mungkin orang lain tak buat kut..akak akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone'  ai dalam pantang 44 hari.

MANDI AIR REBUSAN DAUN

Tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.

Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..

3.MAKANAN ORANG PANTANG



Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kadang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.

Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebih banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan.

Tu pasal berat badan akak boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam.Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.

Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategorikan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.Sup ikan haruan..Kalau tak lalu nak telan ni..telan jer ostematrix , vitlea dan vitamin c

                                BERPANTANG

4.Amalan berurut.

Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.

Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak.
.

5,Amalkan makan jamu 




Memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .

Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik.Vitamin di bawah boleh diamalkan terus oleh si ibu sebaik sahaja melahirkan bayi.Tablet dan sangat senang ditelan...pasti gebu dan sihat dan anggun si ibu 

6.Amalan memakai bengkung.




Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.
       


Lagi pun bengkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.Bengkung membantu perut yang menggelembir supaya kembali padat dan elakkan perut buncit.


          


Belit belit dahulu, ramping ramping kemudian


Mommy momy wajib jaga badan dari sekarang. Bukan kata lepas pantng baru nak daet. Memang takan jadi lah. Akak dah amalkan tips diatas dahingga ke saat ni berat akak masih maintain seperti umur baru baru kahwin. Jom skodeng facebook akak..suhaila abdul

Dan set berpantang ni lah juga mommy dalam video ni guna sampai turun 2o kg selepas berpantang. Nak tau set apa? KLIK SINI.


Teruja tengok video ni..dulu gemuk..sekarang boleh kurus dan lebih cantik berbanding dahulu...20 kg wow.....kalau dia boleh kurus..mesti kita pun boleh kan? Jom kita pakat tengok....







Hubungi kak su untuk.dapatkan tips yang lebih banyak
0108798077

7 SEBAB MENGAPA MEROKOK ITU HEBAT

Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

7 SEBAB MENGAPA MEROKOK ITU HEBAT

1.Anda Suka Mati Pucuk ?
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
2.Anda Suka Hubungan Seks Anda Terganggu ?
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.

3.Anda Teringin Nak Rasa Kesan Strok ?
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
4. Serangan Sakit Jantung Itu Perkara Biasa Buat Anda ?

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
5.Asap Rokok Yang Mengancam Kanak-Kanak Itu Adalah Perkara Biasa Buat Anda?Kejam?
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga. 
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
6.Apa la sangat setakat  Kanser Paru-Paru tu ?

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

7.Selamatkan Diri Aku Dari Kanser Paru-Paru ? Oh Tidak 
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
BAGAIMANA CARA UNTUK MEMULIHKAN SEL-SEL TUBUH YANG ROSAK AKIBAT MEROKOK?

Ketahui bagaimana en Uzair berhenti merokok dengan mudah selepas hampir 20 tahun ....


Berhenti Merokok Dengan Cepat untuk Selama-Lamanya from iReach HD on Vimeo.

Monday, 2 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Hari yang dinanti telah tiba...tarikh keramat 3.3.2015  yang ditunggu tunggu talah sampai..Debaran jantung semakin kencang....mesti ramai anak anak murid cikgu yang tak lelap tidur malam tadi kan????

Bukan anak murid jer yang tak lelap...cikgu cikgu pun sama...macam macam terbayang dalam fikiran...terbayang semula wajah wajah anak anak murid tahun lepas..terutamanya kelas 5ST  dan 5 S 3...mesti korang bosan kan dengar cikgu punya ceramah...hihi..biasala..kalau kelas korang ceramah cikgu panjang sikit...kena bagi motivasi lebih-lebih...korang marah lagi ke dengan cikgu??..harap harap tiada la yg menyimpan di dalam hati yek...cikgu ni manusia biasa...pun banyak buat kesilapan...jika ada terkurang harap dihalalkan  ...andai ada yang terguris hati...usahlah di simpan di dalam hati...cikgu mohon maaf...cikgu sayang..sebab tu menegur..
 


 Ya Allah,tunaikanlah permintaan kami

Hari ni segalanya bakal terjawab...senarai target markah korang cikgu masih simpan...siapa yang mencapai target fizik seperti yang tertulis di kertas masing masing...marilah beramai ramai menuntut  hadiah masing masing...semoga kalian semua mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam hidup sebagai seorang anak soleh solehah, sebagai hamba Allah yang diberkati dan diredhai...Semoga tercapai cita cita yang diimpikan....bagi yang kurang cemerlang...ingatlah...setiap kegagalan itu bukanlah bererti kita gagal selamanya...muhasabah diri dan cuba atasi kelemahan kita yang dulu....

Kejayaan cemerlang korang adalah hasil 80%  usaha korang sendiri..20%sahaja daripada cikgu...tetapi seandainya gagal bermakna saham kegagalan itu dari cikgu sendiri juga...huhu..tiba tiba sedih plak...rindu korang semua...andai ada masa..bolehlah kita bersua lagi...bukan lagi sebagai guru dan murid tetapi sebagai teman...atau mungkin juga suatu hari nanti sebagai rakan sekerja....

Semoga Allah kurniakan kejayaan kepada korang semua tak kira dimana kornang berada...miss u ollssss...nama paling popular yg cikgu ingat lagi....Azhim..Azri fikri..Fariz..selamat mengahafal maksud surah al As..
Yus..Qamarina..Saiful..Alif ..Bong, Zakwan..Syazwan..Kretiga..Hamsavaly..Arif azizi..Ray..yang lainnya maaf cikgu dah lupa nama..tapi tetap dihati.....dah tue dah cikgu ni...

Salam sayang dari cikgu Cute ...cikgu Suhaila...


              Senyummu tinggal memori di SMKGB


Cara Kembali Langsing Selepas Bersalin

Berpantangg  adalah satu tempoh masa seorang wanita bersalin perlu lalui selepas melahirkan anak.Kebiasaannya mengikut orang orang tua, selama 44 hari ,ada yang 100 hari.Dalam tempoh ini seorang ibu perlu merehatkan diri dan merawat semua luka dalaman dengan mengamalkan cara pemakanan yang sihat, rawatan seperti bertugku, bertangas , pilis, berbengkung dan sebagainya.

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berpantang sebanyak 5 kali .Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda yang membaca.

7 Amalan Berpantang Yang Mesti Anda Cuba

  1.  Amalan bertungku.Biasanya saya akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release  stress.Kat mana nak tungku?Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit  akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku
  2. Ini petua mungkin orang lain tak buat kut..Mak saya akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone'  ai dalam pantang 44 hari.
  3. Mandi...tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..
  4. Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kaang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebih banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan..Tu pasal berat badan saya boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam.Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategirkan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.Supikan haruan..Kalau tak lalu nak telan ni..telan jer ZINC
  5. Amalan berurut.Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak.
  6. .Amalan makan jamu semasa dalam pantang memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik.Vitamin di bawah boleh diamalkan terus oleh si ibu sebaik sahaja melahirkan bayi.Tablet dan sangat senang ditelan...pasti gebu dan sihat dan anggun si ibu 
    vitamin berpantang
  7. Amalan memakai bengkung.Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.Lagi pun bengkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.
amalan dalam pantang

Ha tu ajer nak dikongsikan untuk hari ini..korang mesti jaga tau badan semasa dalam pantang..kembalikan bentuk badan dan wajah yang segar lebih cantik dan gebu daripada sebelum kahwin..Kalau semasa sebelum kahwin, sibuk nak diet segala bagai..jaga badan la..tapi bila dah kahwin semua dah tak endah lagi...salah tu..berhiaslah dan cantikkanlah diri kita ,bukan untuk orang lain..tapi untuk suami kita juga....

Ikuti kisah Salwa Salleh seorang ibu gemuk yang dapat menurunkan berat badannya selepas bersalin sehingga 20 kg...Wah hebat tu..Jom kita layan video ni..





Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.

Pengedar Shaklee Masjid Tanah
ID949183
010 8798077