Saturday 23 August 2014

7 SEBAB KENAPA ANDA PERLUKAN SUPLIMEN

Saya dulu adalah seorang yang tak pernah kisah dengan pengambilan suplimen.Bila sakit, demam cari lah doktor..Bayar rm 50 rm 60 atau lebih.sehari dua sihatlah..Kemudian kalau sakit atau demam lagi..ulang benda yang sama.hehe..Sampai dalam peti sejuk tu penuh dengan ubat.Bila sakit makan..bila rasa sihat..tak payah la makan..Tapi itu dulu..sekarang..semua ubat2 yang melambak dlm peti sejuk dah berganti dengan suplimen..kenapa saya beralih kepada suplimen?

1.Sebab paling utama ialah bila timbul kesedaran la..sebelum ni macam macam orang cakap..tapi tak kisah sebab tak sedar..hehe..sekarang banyak ilmu yang saya dapat dari teman2 tentang suplimen dan kelebihan suplimen berbanding ubat ubatan.

2.Bila dah cuba sendiri.baru tahu...saya ni banyak penyakit..kata orang tak padan yang kecik..boleh tahan penyakitnya. .iyo la..anak pun udah 5..banyak urat tersimpul..putus. .kolegen dah habih. usia makin meningkat.Tapi bila dah mencuba suplimen..rasanya macam muda 5 6 tahun..keke.

 Disini saya nak kongsikan

 7 sebab mengapa  badan kita perlukan suplemen...

 1.Tidak semua makanan yang kita ambil membekalkan dos vitamin yang mencukupi kepada tubuh badan.contohnya vitamin c atau vitamin e yang ada dlm makanan tidak cukup untk kesan pencegahan penuaan.

2.Penggunaan racun perosak,racun serangga atau bahan pencemar menyebabkan kualiti sayur sayuran atau bauh buahan terjejas.

 3.Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.Contohnya vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan melalui haba semasa memasak.

 4.Pil penahan sakit, laksatif,alkohol dan  antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan.  Diet yang tinggi kafein lemak gula dan garam dpat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh badan

5.Makanan seharian tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan

6.Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak dirumah dan lebih gemar makan makanan segera yang tinggi kandungan MSG
 
 7.Bagi yang bekerja, makan tengahari biasanya diluar dan hidangan malam yang disediakan seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang kadang kala tidak dititik beratkan


shaklee


Ketahui bagaimana memilih suplimen terbaik untuk diri anda!!!!!!!!!!



Nor suhaila Abdul
 email :suhaila_abdul@yahoo.com
 fb: suhaila abdul
 tel:010 8798077









 










.













Wednesday 13 August 2014

06:45

BERSUA DENGAN ANGKASAWAN DR SYED MUZAFFAR

12 hb Ogos merupakan hari bersejarah  buat warga SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah..Kehadiran  Datuk Dr Syed Muzaffar sangat dinanti..Tetapi sebelum dapat pihak kaunselor Pn Norazlida  dan En Mat Shah. .masih terdapat kekangan...dimana pihak sekolah perlu mencari 300 orang peserta untuk membeli buku beliau yang berharga rm30 sebuah..

Masa cikgu Azlida buat promosi tu..ramai murid yang kurang berminat...susah nak cukupkan 300 buah buku..nak m3nampung kos hingga RM 9000..Namun sebahagian dari peserta motivasi tersebut di dahului dengan semua pemegang biasiswa  sekolah.

Antara orang yang sangat exited ialah sorang cikgu fizik iaitu..ehem..ehem..tuan yang menulis ni laaa...saya ni kalau bab promosi..boleh aja..tak lepaskan peluang promosi pada anak anak murid tingkatan 5. ..mestilah sangat berkait dengan fizik. ..dengan angkasawan  dan juga Dr Muzaffar...

Dipendekkan cerita..akhirnya pihak sekolah dapat juga kumpulkan rm 9000..sehingga disaat akhir sebelum Idola ni datang..buku dah tak cukup..tandanya..ramai yang nak join sekali..Antara sekolah yang turut serta ialah sekolah Men  Talib Karim dan sekolah Men. Lubok China..
angkasawan malaysia


Dia hadir pada kira2 12.30 tengahari...emmmm..kami la penyambut tetamu yang tak diundang..hehe..ok la tu..sebelum masuk dewan Dr Muzaffar sempat gebang2 dengan cikgu cikgu..siap suruh panggil ramai2 untuk penuhkan dewan..
bila nampak.jer Dr Muzaffar..semua macam kena rasuk puaka..haha..exited kalah jumpa Aaron Aziz..

Nak cerita la kan..pasal dok happy senyum..perkenal diri
sebagai cikgu fizik..of course la. ..dapat la aku pose separuh maut kat depan dengan dia...peluang beb..mmm..


 Apa yang cerita Dr Muzaffar selama 1 jam 30 minit?

Dr Syed mestilah cerita macamna dari.mula ujian pemilihan sampailah dia turun kebumi semula..Cara makan..cara tidur..cara solat..ujian ketahan..all about angkasawan

Yang bagusnya dia kata kalau nak jadi angkasawan
..mesti berusia 21 tahun ke atas..tak semestinya tinggi macam dia..lagi pendek lagi bagus..haha..pastikan korang tak da kesan kesan parut bekas jahitan dibadan..gigi tak da yang bertampal..takut nanti naik ke angkasa..tercabut semua gigi gigi sampel atau bekas tampalan..kesan parut yang boleh. .kesan jerawat jer..tubuh badan mesti sihat...



Kat mana nak lancar roket ni..ada  tempat yang tertentu sahaja yang sesuai  seperti Florida..Kazastan kat Malaysia kat Tawau agak sesuai..
Panjang nak cerita ni..kalau korang nak juga jemput Dr syed Muzaffar..bolehlah cari rm9000 minimum..dan bacalah hasil tulisannya dari mula kisah hidup seorang angkasawan yang korang mesti beli sebelum dapat jemput beliau datang..Nanti saya tulis entry lai  lah ye..cara cara nak jumpa Datuk Syed Muzaffar...

bagi yang dapat bersalam dengan beliau..mesti sayang nak basuh tangan kan? keke..Yang paling best..bukan budak yang exited..tapi cikgu dia lagi exited..terutama cikgu fizik...hmmm..mesti tak lepas peluang selfie..


Sebagai kesimpulan..aku gembira bila seorang anak Malaysia sedang menjadi sumber inspirasi kejayaan anak anak Ghafar Baba...

 Untuk aku...TIADA YANG MUSTAHIL JIKA KITA USAHA.......

siapakah bakal angkasawan Malaysia yang seterusnya????

Tidak mustahil..andalah orangnya..



 k..bye...


















Saturday 9 August 2014

MENANG VIVIX CABUTAN BERTUAH

Malam malam sunyi mcmni teringin pula nak menulis...Syukur atas nikmat Allah yang kurniakan..biarpun kecil jika kita bersyukur Allah akan tambahkan nikmatnya...

Tahun ni tahun pertama saya join sambutan hari raya bersama shaklee..Exited bila member member dari Johor menceritakan pengalaman mereka beraya bersama Shaklee..

So hari ni 9hb Ogos 2014...saya bersama Nurqasih Outlet Full,Penjejak Bayang,Biela Kaulit,ibu mertua serta anak saya Faeizyn bersama sama join majlis tersebut...Siap lengkap berpakaian raya..baju kurung..baju melayu bersamping...

 Ramai yang datang..so awal majlis kami bersama sama dikongsikan dengan ilmu kesihatan..bagaimana boleh mengekalkan kesihatan  walaupun makan berbagai juadah tinggi kolestrol di hari raya..

Next acara lucky draw..biasa la..adik ipar aku selalu bertuah..cabutan pertama dia yg dpt. bestnyer..9 cabutan..hadiah terdiri dari vitlea..phytocol..mealshake..dan ada lg yg lain..

raya shaklee

 Next...
 Permainan ringkas oleh kaun hawa. 9 org  satu group 3 orang..kena angkat ketupat yg dah dianyam guna mulut dan guna spagetti...hahaha..group aku kalah laaaa...tapi kalah kalah pun dpt hadiah. ..Memang shaklee nak bagi hadiah....rezeki..dapat la b comp. .zinc dan beg shaklee..seronok depa gelakkan kumpulan aku..sampai lupa nak snap gambar. hahaha...

Untuk silelaki pulak..pertandingan memakai samping..kumpulan yg ikat paling cantik..kukuh dan jemas itulah pemenang...Waaaa..achey menang no 1..hadiah..mealshake vit e...senang kan..simple jer permainan hadiah..kebabum..hehe..


raya shaklee


 Acara untuk best dress..mr shaklee dan miss shaklee melaka..sebelum dipilih kena buat aksi chicken dance dulu..member aku si achey menang lagi..mr shaklee melaka..tahniah..hadiah best wei...kolegen dan ada lain lagi...

Lucky draw lagi..tapi biasala kan..aku ni..bila2 ada lucky draw susah nak naik nombor..sampai selesai ucapan dan nyayian lagu raya ramai ramai..ada 9 cabutan terakhir..sah memang nombor pun tak naik...tiba tiba..pengarah shaklee malaysia tanya tetamu yg hadir nak tak kalau tambah 2 lagi hadiah...mestilah semua nak..siap request vivix lagi...tapi vivix tak ada kat sini..so hadiah vivix akan dipos ke rumah orang yang bertuah..bestnyer kalau aku yang dapat..

First cabutan dapat kat seorang lelaki. dan cabutan terakhir disempurnakan oleh seorang master dari Melaka..lupa nama dia...huhu. ..macam dalam mimpi plak aku rasa..nombor aku yang naik..syukur alhamdulillah..inilah saat yang paling best..dapat produk termahal dalan shaklee dan produk yang palingggg aku suka minum...sebab vivix..ada terbukti untuk ni...

KENAPA SAYA NAK SANGAT HADIAH VIVIX..SEBAB KHASIATNYA KEBABOM..KLIK SINI

vivix best



Last sekalu kami dihidangkan dengan berbagai juadah hari raya..sebelum makan..telan dulu phytocol..baru la kolestrol jahat tak bertambah dalam badan..
 Masa makan. .terjumpa pulak kak Azizah Amin..datang bersama keluarga..Tak sangka..dia dapat datang..rezeki kami makan sedap hari ni di Hotel Equitorial Melaka. .

So tahun depan..pastinya aku tak akan lepaskan peluang ni lagi. jika masih ada umur..cauu..cin cau. 




NAK CUBA MINUM VIVIX..????

MEH AKAK TOLONG

SUHAILA

010  8798077














Monday 4 August 2014

BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT DIABETES/KENCING MANIS


Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. 

Bagaimana insulin dihasilkan?
Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut.

Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.
kencing manis


Apa fungsi insulin?
Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. 

Apakah organ yang menghasilkan insulin?
Insulin dihasilkan oleh pancreas.
Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.

Apakah kesan penghasilan insulin yang tidak dapat dihasilkan?
Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.

Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?

Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis.

Petanda awal seseorang menghidapi kecing manis atau diabetes: 
  1. Cepat Dahaga
  2. Mudah Letih
  3. Berat Badan Turun Dengan Mendadak
  4. Kerap Kecing
  5. Cepat Kebas pada jari kaki atau jari tangan 
Apa yang Hendak Dimakan?
Terdapat 3 kumpulan makanan untuk pesakit Diabetes.

1. Makanan yang perlu DIELAKKAN

Contoh: Gula pasir, gula melaka, gula merah, gula batu, gula-gula, sirap, jeruk, halwa, kuih-kuih manis, susu pekat manis, buah-buahan dalam tin, minuman ringan, coklat, madu lebah, jem (kecuali jem untuk diabetis), semua makanan bersalut gula, dll.
Makanan/ minuman yang mengandungi gula ringkas. Gula ringkas akan meningkatkan tahap gula dalam darah dengan kadar yang cepat.

2. Makanan yang perlu DIHADKAN
Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks.
Contoh: Nasi, bijirin, biskut, kekacang, susu, pasta, semua jenis mee, semua jenis tepung, semua jenis ubi, buah-buahan/ jus, sayuran berkanji (labu), jagung, serbuk coklat, dll.

3. Makanan yang BEBAS dimakan
Contoh: Air kosong, air mineral, kopi dan teh, air barli, jus limau nipis, sayur-sayuran, ulam-ulaman, cuka, sup, serbuk rempah, serbuk cili, herba, dll.

Pengambilan Serat yang Betul
Serat atau serabut diet boleh didapati dalam bentuk larut (yang larut dalam air – ia membantu melambatkan penyerapan nutrien) dan serat tak larut (tidak dapat dihadam oleh sistem pencernaan – membantu mengelakkan sembelit). Serat yang tak larut boleh digunakan di dalam usaha mengurangkan berat badan kerana ia memberikan kekenyangan. 
Contoh makanan yang mengandungi serat: Sayur-sayuran, ulam-ulaman, buah-buahan, kekacang, bijirin, bijirin sarapan pagi, jagung, pasta, dll.

Pengambilan Vitamin dan Zat Galian yang Mencukupi
Kromium mempunyai fungsi untuk menyeimbangkan dan membantu mengekalkan gula darah pada mereka yang berisiko tinggi untuk medapat diabetes.
Kajian juga menunjukkan bahawa anti-oksidan seperti vitamin C dan E serta beta keroten (sejenis vitamin A larut air) boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan diabetes.

Sumber: Panduan Pesakit Diabetes, Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Kangar.


BAGAIMANA GLA MEMBANTU PESAKIT KENCING MANIS?


gla

  • Kencing Manis – Pesakit kencing manis tidak boleh menukar GLA dari asid linoleic. Suplemen GLA memperbaiki fungsi saraf dan boleh mencegah penyakit saraf kencing manis 
    diabetes

FACEBOOK:suhaila abdul
EMAIL:suhaila_abdul@yahoo.com
BLOG:akukaksu.blogspot.com
COD:Masjid tanah,Kuala Sungai Baru,Sungai Udang
POS:MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA
NO TEL:010 8798077

Saturday 2 August 2014

VITAMIN UNTUK ANAK YANG SERING SENGGUGUT

Assalamualaikum ...hai masih dalam mood raya?

Lepas ni pakat -pakat pergi open house la pulak ye..Saya pun baru balik dari kampung halaman, Parit Buntar..jumpa family yang dah lama tak jumpa..anak-anak buah yang ramai dah masuk 19 orang...Makin hari makin dewasa dah ..

Masa kat kampung hari tu,anak buah 13 tahun mengadu sakit perut yang amat sangat .Bila tiba masa datang haid,itulah masa yang paling mengerikan...senggugut...perkara sebegini biasa terjadi pada segekintir remaja malahan berlaku juga pada wanita yang sudah berkahwin..Kadang-kadang bila pergi jumpa doktor,doktor kata itu adalah normal( seperti yang kak cerita la kan)
Biasanya kak akan bagi ubat tahan sakit.Tetapi ubat penahan sakit hanya meringankan kesakitan tetapi bukan membantu mengurangkan masalah sengugut tersebut.
Bagi anda yang mengalami masalah sengugut yang kronik haruslah mendapatkan rawatan daripada doktor sakit puan dan mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang ubat.
Hari ni saya nak berkongsi maklumat tentang satu produk yang sesuai diambil oleh wanita atau remaja yang mengalami masalah senggugut..iaitu GLA..ia bukan sahaja sesuai untuk masalah senggugut malahan banyak kelebihan lain yang anda kena tahu....

APA ITU GLA?
GLA (gamma-linolenic acid) nama yang diambil dari kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

APAKAH FUNGSI GLA?
*Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid


*Membantu meningkatkan kesuburan

*Melegakan PMS (sindrom pra-haid)

*Membantu dalam menangani menopus

*Menguatkan kuku dan rambut
*Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
*Membantu menangai ekzema
*Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
*Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
*Menguatkan imuniti tubuh
*Memperlahankan proses penuaan
*Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
*Mengawal kencing manis dan darah tinggi
*Mengawal kolesterol
*Untuk fungsi saraf


Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan


Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

SIAPA YANG MEMERLUKAN GLA? 
GLA sangat diperlukan oleh semua kaum hawa samada yang telah berkahwin atau tidak…


GLA diperlukan bagi golongan wanita yang menghidap Pre Menstrual Syndrom atau PMS.

GLA sangat diperlukan oleh pengidap arthritis rheumatoid dan eczema dan mereka yang menghadapi masalah kencing manis serta mereka yang bimbang dengan lebihan berat badan.


SIAPA YANG TIDAK BOLEH AMBIL GLA?
GLA tidak boleh digunakan semasa hamil kerana mereka boleh merosakkan janin dan mencetuskan kelahiran awal.


Omega-6 tambahan tidak perlu diambil jika anda mempunyai sawan. GLA yang tinggi boleh meningkatkan risiko sawan.




bunga epo

APA BEZA EPO(English Primrose Oil ) DAN Borage Oil (GLA Complex Shaklee)?

EPO atau English Primrose Oil, dibuat dari sejenis bunga bernama English Primrose, ia  digunakan untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi.  EPO sebenarnya minyak dari bunga english primrose.EPO 



Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.Jadi wujudlah nama GLA nih...


  1. Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.
  2. Kelikatan GLA yang lebih tinggi terbukti lebih baik untuk membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti PMS, arthritis, malah ekzema.
  3. GLA Complex Shaklee mengandungi Vitamin E dan minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak Omega-6. 
  4. Daun borage juga dikatakan galactogogue yang bagus (dalam GLA Complex Shaklee bukan daun, tapi biji bunga borage).
  5. Borage oil juga digunakan pada akhir kehamilan untuk mematangkan serviks.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.


Bila waktu terbaik utk makan GLA? Berapa biji sehari?



Waktu makan adalah flexible. Tapi lebih baik jika diambil selepas makan. Boleh ambil 2 biji sehari (lepas lunch & dinner) atau telan 2 biji sekaligus sebelum tidur.


Bagi anda yang mengalami masalah period tidak teratur ,boleh ambil setiap hari sehingga period kembali normal

Untuk kesuburan anda boleh ambil ketika period sehingga sehari sebelum waktu subur

Dengan pengambilan secara konsisten dan mengikut aturan yang ditetapkan..insyaallah waktu datang period bukanlah suatu yang menyiksakan......selamat mencuba


GLA

TESTIMONI

Ija Ramli yang sering rasa letih dan emosi terganggu akibat tidak datang period selama setahun.Ketahui bagaimana beliau mengatasi  masalah tersebut  sdan kini lebih ceria dan gembira...







FACEBOOK:suhaila abdul
EMAIL:suhaila_abdul@yahoo.com
BLOG:akukaksu.blogspot.com
COD:Masjid tanah,Kuala Sungai Baru,Sungai Udang
POS:MELAKA DAN SELURUH MALAYSIA


NO TEL:010 8798077