Saturday 31 January 2015

KELAS PERTAMA dSUHAILA's TEACHING CENTRE

Alhamdulillah..syukur sangat.Tahun 2015 yang datang sangat bermakna pada diri saya.Terima kasih kepada suamiku yang tersayang Noor Azally bin Mohamad.Ni yang buat i jatuh cinta dengan you hari hari..hehe...
Kerana keprihatinan suamiku untuk membantu saya melengkapkan bilik yang dulu juga merupakan bilik tusyen saya sejak 2013.Dulu bilik tusyen ni sekadar biasa biasa saja,Anak murid datang tusyen duduk dikerusi plastik dan white board pun gantung sendiri..hehe..senget senget gitu..tapi tak pa..ramai anak murid saya  yang dah dapat ilmu kat sini.Tetapi sekarang bilik tusyen ini lebih selesa kerana dilengkapi kerusi ala ala kat bilik kuliah gitu..Kenapa saya beria-ia sangat nak melengkapkan blik tusyen saya ni..saya bagi dia nama "Suhaila's Teaching centre"
suhaila

Ceritanya begini..Mami Mia yang minta saya cadangkan tempat untuk buat kelas di Melaka.Survey punya survey dapat juga resort tetapi tak sediakan perkhidmatan wifi...mmmm..satu hari saya saja tanya cik suami..kut kut ada tahu orang nak jual kerusi tusyen terpakai..rupanya memang ada..so selang 2 , 3 hari en suami terus bawa balik..banyaknyerrrrrr...tapi  rupanya..nmmmm tak serupa kerusi..tapi selepas dibersihkan rupanya semua kerusi kerusi tu masih cantik cuma ada 3 ,4 kerusi yang betul betul dah rosak.

Tarikh untuk buat kelas dah ditetapkan..alamak..tarikh tersebut ramai pula yang tak free..kena tukar tarikh lain..akhirnya pilih 24 Januari 2015..pun penuh juga..saya dan beberapa orang rakan ada kursus dalam perkhidmaan la pulak..Akhirnya teraksa pilih juga tarikh tersebut walaupun agak pack....mulanya kelas nak buat sabtu pagi tapi terpaksa tukar..Program barbeque pada malamnya dan keesokan harinya kelas basic shaklee. Disebabkan kelas tersebut tak dapat tempat,so saya mencadangkan buat kat bilik tusyen saya saja..terima kasih sangat kat suami saya...sampai hari terakhir nak kelas tu masih lagi nak melengkapkan keperluan dalam bilik tusyen saya tu..pasang lampu dan kipas baru,tambah point lampu ,pasangkan white board baru...dan akhirnya lengkaplah juga bilik tusyen saya ni..
suhaila

Orang kuat tolog bakar bakar...

So hari yang dinanti sudah tiba..pada 24hb Januari tu kami buat barbeque ..bakau bakau..menu terbaoikkkk dari che za ..kambing dan ayam perap..sedap sehingga menjilat siku.kekeke...memang sedap..menu lain pun banyak, kami bawa sorang sikit makanan, bila dah campur campur banyak jadinya, sampai berlebih lebih...Yang lebih istimewa lagi ialah barbeque kami dihadiri oleh geng geng Fantastic 4..dari jauh mereka datang, Ainul dan baba Faiz, Zainora sekeluarga, Mama rama-rama a.k.a. Nurul sekeluarga..


suhaila

Jemput tengok


suhaila

suhaila

     









Selfie sat..muka letih tuuu..                                   Mami Mia punya slot

Esok paginya 25hb Januari 2015,kelas kami bersama cikgu cikgu dari Fantastic 4 .Adik beradik kami dari Johor pun sanggup turun ke Melaka untuk menuntut ilmu bersama sama ..Geng Happy Mom mamanya Anies, Zaza  dan Yana.Walaupun penat..tapi sangat berbaloi kami dapat ilmu dari taiko taiko geng Fantastic 4 nih...terharu sangat bila mereka dari jauh sanggup datang ke Melaka semata mata nak berkongsi ilmu kepada anak anak GMF dan terima kasih kepada mami kami Noor Azmiah Mohamad yang tak jemu jemu nak kami dapat ilmu dan berjaya sehingga ke puncak.......seronok betul dapat jumpa dan kongsi ilmu dengan otai otai..
suhaila
Geng bas sekolah dari Johor

Selepas ini boleh la kalau nak buat kelas kat rumah saya lagi..cuma bilik tusyennya tak canggih macam Faizland tuh...tapi dalam perancangan akan buat macam Faizland tu..insyaAllah..dan buat masa sekarang.. saya sendiri buat tusyen Fizik dan matematik dan ada guru lain juga ada menyewa  bilik tunsyen saya ini .So kalau ada yang berminat nak sewa untuk tusyen boleh la calling calling saya..
suhaila
Rehat  makan tengahari


K lah..tulah aje citer saya kali ni..jumpa lagi di lain post yer....cauuu..


suhaila

Bersama cikgu cikgu Fantstic 4#


Saturday 17 January 2015

10 SEBAB JERAWAT ANDA TUMBUH

HILANG KEYAKINAN DIRI AKIBAT KULIT BERJERAWAT

Teringat lagi ..masa mengandungkan Faheimy..masa tu tengah dok sambung belajar ..part time study..mengajar sambil belajar…tak sangka pula masa tu Allah nak bagi saya seorang lagi cahaya mata….dengan keadaaan saya yang sibuk.. setiap hari di sekolah dan waktu malam serta sabtu dan ahad sibuk ke kelas di Melaka…sangat memenatkan…Tetapi  itulah rezeki namanya…dalam tempoh belajar dapat anak dan dapat Ijazah…

Dek kerana kesibukan kerja dan belajar, saya tak kisah sangat tentang penjagaan kulit..masa tu tak pakai pun pencuci muka macam sekrang..apa yang Nampak jual kat kedai ,itulah saya hentam…macam macam jenama pun ada..tak pernah check pun kandungan..Dalam empoh 5 bulan mengandung..kulit muka mula dinaiki jerawat jerawat halus seperti ruam…kemudian semakin banyak naik dibahagian belakang badan.Disebabkan saya mengandung, saya tak berapa kisah sangat sebab pada fikiran saya itu hanyalah disebabkan perubahan homon..


JANGAN TUNGGU SEHINGGA BEGINI JADINYA..


Setelah sampai ke saat kelahiran, jerawat saya semakin banyak ..pastu tangan ni tak tau duduk diam..nak usik usik kat muka..dan yang paling teruk sekali adalah dibahagian dahi…kesan parut menjadikan kulit dibahagian dahi sangat buruk...semasa dalam pantang..jerawat berkurang tetapi kesan parut hitam masih kelihatan..Bila pakai tudung ..tarikkan ke depan sikit…tak la Nampak sangat….bermula dari saat itulah kulit muka saya semakin bermasalah..tona kulit tidak sekata, jeragat mula naik di pipi dan di atas hidung..masa tu masih lagi try macam macam produk..tapi setakat bagi putih kulit  saja..lepas tu jadi balik kerana rawatan itu hanya dari luar sahaja.Kebanyakan produk tersebut menggunakan bleech untuk memutihkan kulit…

Apakah punca sebenar kehadiran jerawat naik  di wajah kita?? Jerawat yang banyak memang telah mengurangkan keyakinan & boleh buat saya jadi stress dengannya. Parut-parut jerawat yang ada pun tak hilang lagi dah datang yang baru...runsing mengenangkannya
10 SEBAB yang  menyebabkan jerawat:
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang  haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita. Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa. Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku


2.Tekanan (Stress) 
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.

  • Tekanan fizikal:
  •  Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
  • Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
  •  Jadual seharian yang sangat ketat
  •  Merokok, pengambilan dadah

    Tekanan emosi:
  • Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
  • Buli
  • Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
  • Kerja /study yang banyak
3.Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.

 4.Toksin

Jika kita tak pernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal sehingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni. Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain


5.Faktor Genetik

Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia. Kat Malaysia memang top dengan produk antijerawat dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab. 


6.Allergic atau alahan

Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit. Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.


7. Perubahan biologi badan

Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka


8.Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.


9.Jangkitan pada kulit & Resdung

 Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat  dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.Inilah yang saya buat dulu sampai kulit dah tak rupa kulit…sekarang dah licin..hehe


10.Faktor Cuaca

Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.







CARA HILANGAN JERAWAT DALAM MASA 10 HARI

Nak tahu bagaimana saya selesaikan masalah kulit saya? KLIK DISINI


KLIK DISINI: CARA MUDAH HILANGKAN JERAGAT KRONIK

CARA CEPAT HILANGKAN JERAWAT


Saturday 10 January 2015

BOLEHKAH MONOPOUSE DI USIA 30 AN?

Saya lahirkan anak yang ke 5 pada usia 37 tahun.Selang bunga.. orang tua tua kata.Anak sulung lelaki ,kedua perempuan ke tiga lelaki, ,kempat  perempuan dan yang bongsu lelaki..Opss..bongsu ke?hehe..

Kelima-lima anak saya ni dilahirkan secara normal..walupun doktor  kata ..orang macam saya ni biasanya tak boleh lahirkan anak secara normal..tp Allah lebih tahu.....Dan ke lima lima anak saya menyusukan sendiri.Anak sulung fully breast feeding sehingga berusia 1 tahun setengah..anak ke 2 hingga ke empat campur susu ibu dan ditaska minum susu formula.Anak ke 5 ni lagi hebat..masih menyusu ibu sehingga sekarang usianya hampir 3 tahun.

 Faheimy ni susah sikit nak minum susu formula.Sejak lahir saya hantar susu yang diperah untuk dia..Susah sangat nak minum susu tepung.Sanggup minum air kosong jer kat taska.So nak jadikan cerita...semenjak Faheimy lahir saya tidak datang haid.Selepas 6 bulan rasa ok lagi...sebab biasanya orang yang fully breast feeding tak datang bulan..tapi ada juga yang mamang datang period setiap bulan...
happy family


My Happy Family

Tunggu punya tunggu tak juga datang ...Masuk bulan ke 12..setahun pun belum datang bulan juga..Hati mula rasa risau...Macam macam bermain difikiran.Mengandung lagi ke?Oh mungkin tidak..sebab ada protection....pakai iucd...nmmm..

Setiap bulan saya menanti nak datang bulan...Risau la..biasanya anak yang sebelum ni slps beberapa bulan dah datang period..Monopos ke aku ni?Takan kut..baru umur 37...Mana tahu..kut monopos awal...Mr google kan ada....cari maklumat...dapat la maklumat pasal monopause di usia muda..tapi tiada dalam senarai dibawah..

Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :

* Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari* Penyakit-penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus (SLE) , rheumatoid arthritis (RA), Hypothyroidism atau Crohn's disease* Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia* Jangkitan viral

 Satu hari saya terbaca tentang vivix..Vivix dapat membantu meremajakan sel..Terasa hati nak cuba..Lagipun masa tu saya memang ada juga masalah lain..ada batu karang di buah pinggang  kiri....tekanan darah rendah..So saya cuba ambil vivix...Sekali rasa ...nmmmm..sedap rupanyanya vivix ni..So saya ambil sesudu teh sebelum tidur..Pada awalnya tekak rasa panas..badan pun panas..minum air lagi lebih lebih..bawa air sampai  kat tepi katil sebab memang akan terasa haus..lama kelamaan dah tak rasa apa apa lagi kat badan ni...

Satu hari agaknya dalam 2 minggu lepas minum vivix..tiba tiba saya demam..Demam ni memang pelik..Badan terasa di awang awangan..Angkat kepala je sakit..Jalan pun tak boleh..So 2 hari tak bangun..makan tak lalu...mata tak boleh buka..kalau buka akan rasa pening..Tapi saya masih teruskan ambil vivix...Selepas dua hari dah ok dah..Boleh bangun dan buat kerja macam biasa...

Selepas sebulan consume vivix...cukup 30 hari....tiba tiba terasa perut ni lain macam jer...terasa macam sakit nak period...hehe..ingat ingat lupa rasa tu sebab dah setahun 8 bulan tak period...Rupa rupanya betul ...saya datang bulan...Alhamdulillah...tak monopos aku hehe...risau la..muda lagi tau..Kalau dah monopos memang rugi la kan...
 Bukan setakat datang period yang biasa saya alami..kali ni pelik la pulak..darah sangat banyak dan berlanjutan sehingga sembilan hari...Sebenarnya semenjak anak dara period saya tak teratur..maksimum 4 hari je..Kali ni dah jadi 9 hari...Dalam hati kata..agaknya dah lama tak datang..sekali datang..banyak la darah kotor yang nak dibuang....

Selepas habis sebotol vivix saya teruskan dengan botol yang ke dua..Alhamdulillah..rasa pening pening akibat tekanan darah rendah dah tak ada lagi dan sakit pada buah pinggang akibat batu karang juga dah tak terasa lagi..Dan extra saya dapat ialah ..kulit saya tudak lagi kering seperti dulu..Badan rasa sihat dan bertenaga...Dannnn...sehingga hari ini...period
saya dah kembali normal dengan bilangan hari baru..8 ke 9 hari...Walaupun saya stop ambil vivix sebab nak makan kolegen pulak...still kitaran haid saya cantik lagi...Alhamdulillah.


baby cute

Faheimy

Sekurang kurangnya saya dapat melambatkan proses monopouse...Risau pulak kut kut lepas ni Faheimy dapat adik lagi plak...kekeke...Itu kerja Allah Taala..saya terima jika diberi...kalau korang nak tahu..inilah rupanya vivix..botolnya cantik..rasanya sedap..khasiatnya hebat insyaAllah...Nak cuba? Meh wassup saya..0108798077
vivix untuk monopouse


Seindah Khabar Seindah rupa...

KAJIAN SAINTIFIK VIVIK YANG HEBAT.KLIK SINI
RAMUAN VIVIX YANG HEBAT.KLIK SINI














Friday 9 January 2015

CARA PUDARKAN JERAGAT

Mencegah adalah lebih baik dari merawat.Di sini saya nak kongsikan cara untuk membantu anda yang mempunyai masalah jeragat.Jeragat yang dibiarkan tanpa rawatan akan menyebabkan kesan buruk tompokan hitam diwajah terutamanya dibahagian hidung dan pipi.Jom kita cegah sebelum ia melarat.Kalau dah melarat, pastinya agak sukar untuk dirawat.


Gambar Hiasan

Cara mencegah jeragat


1) Gunalah krim pelindung matahari dan pastikan anda mengaplikasikannya dua kali sehari atau setelah berpeluh.Gunakan krim SPF untuk lindungi kulit dari sinar uv sebelum keluar rumah waktu siang hari. Krim Nutriwhite SPF 15 [ Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15]

Nutriwhite SPF 15



2)Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkan untuk merawat kulit kusam,berjeragat dan sensitive. Boleh gunakan Nutriwhite Spot Whitening Treatment untuk kurangkan warna jeragat.

Nutriwhite Spot Whitening Treatment



3)Elakkan merokok.Jika jeragat disebabkan oleh pil perancang,tukarlah cara perancangan keluarga yang tidak berasaskan hormone seperti IUCD 

4) Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon boleh dilakukan dengan doktor anda
Oleh kerana jeragat mungkin berada di lapisan kulit yang berbeza-beza,

Pengambilan Vitamin Bantu Kurangkan Masalah Jeragat

VITAMIN C

-Penting dalam pembentukan kolagen.Ramai wanita mengamalkan produk kolagen walhal dengan hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin c membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.

VITAMIN E

-Terkenal sebgai vitamin awet muda.Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan.Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene.

PROTEIN

-Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat).Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan  sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

Air

-Sangat penting dalam pengaliran darah,penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh.Kekurangan airboleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.



PRODUK DIJAMIN HALAL, CLINICAL TESTED, NATURAL DAN SELAMAT!