Wednesday, 17 May 2017

DIARI HIDUP SEORANG GURU TUA

Hari ini seluruh warga guru meraikan sambutan hari guru. 16 Mei tarikh keramat dan istimewa untuk guru-guru .Tapi kali ni
Nak kerja apa lepas habis belajar?

Jadi cikgu? Oh tidak!..tak minat langsung..
.
Tapi lepas je berkahwin dengan
Noor Azally Mohamad tetiba dia minta jadi cikgu. Akhirnya terpaksa ku ikut
.
Bermula dari Maktab perguruan Perempuan Melayu Melaka, segalanya bermula. Selesai KPLD aku terus dihantar ke Sekolah menengah Kebangsaan Rahmat ( 3.1.1998)
orang pertama aku jumpa Halimaton Kamarudin . Teman inspirasi, teman mendengar masalah, teman masak bagi aku makan... Masuk je sekolah tu aku diberi tugas mengajar fizik. Alamak..subjek yang paling aku benci masa kat sekolah dulu. Kenapa la aku kena ajar ni.
Ambil alih kelas dari guru yang berpindah. Kena ajar math tingkatan 4..math tingkatan 5 fizik tingkatan 4 fizik tingkatan 5, sains tingkatan 2. Ya Allah rasanya nak pecah kepala.aku fikir nak mengajor. Biasa menangis sebab kena ajor fizik..haha..

Atas keprihatinan cik Hjh Norsipah akhirnya tugas dikurangkan , ajar fizik form 4, form 5 sains form 1, form 2. Tapi fizik tetap tak boleh bagi irang lain..haha..
Tapi time mengajar fizik memang paling win. Mana aku pergi buku fizik sentiasa jadi teman. Balik kampung bawa buku fizik study dalam kereta. Sepanjang nak mengajar setiap bab aku siapkan nota ringkas guna OHP( sekarang dah cangggih pakai LCD)..dan masih ada sampai sekarang..aku terkenal dikalangan pelajar2 kelas aliran sains..sebut je nama cikgu suhaila..oooo..macam "rimau" mujurla aku ni tak makan orang..haha

Banyak pengalaman manis dan pahit kat sekolah rahmat. Tempat dimana kerjaya aku bermula. Tempat aku mula jatuh cinta..oppss..jatuh cinta dengan fizik..hihi..dulu menci tapi sekarang dah sayang sangat.bermula episod jadi guru disiplin. Eh..ketot aku pun orang soh jadi guru disiplin...dah la tu , lama pulak jadi guru disiplin kat sana.
.
Selepas 12 tahun mengajar kat Rahmat , nak beralih arah. Minta pindah. Tak diluluskan. Next ..minta lagi..lulus..yeiii..dapat sekolah dekat dengan rumah. Laluan harian aku depan sekolah ni. Tak sangka kena ajar sini plak..
.
1 Disember 2010 mula mendaftar disekolah Menengah Ghafar Baba. Orang pertama ku jumpa disana.
Suzaini Samsuddin. Guru PJK
Masuk SGB ..tetap dan berpencen mengajar fizik. Satu lagi kejutan budaya..dari sekolah biasa biasa..masuk sekolah Kluster. So perangai mengajar sekolah lama masih terbawa2.
Garang? Tegas? Itu sudah semestinya..masih disuruh pegang jawatan Guru pengawas..guru.disiplin sampai menjejakkan kaki keluar dari sekolah tu.
Dunia guru penuh cabaran. Kau dibenci dikutuk oleh anak.murid, kau dimarahi ibu bapa, kau diugut pelajar..kes polis? Namun masih ada yang sayang...
Semua itu asam garam . Bila dikenang kenang semuanya sudah menjadi sejarah.
.
Semuanya adalah kenangan manis yang tidak pernah luput dari ingatan. Dulu aku tak nak jadi cikgu tapi sekarang jiwa guru dah sebati dalam jiwa aku.
.
Bahagia melihat kejayaan anak anak didik . Syukur alhamdulillah. Hari demi hari usia makin bertambah. Suatu hari nanti pastinya aku bakal bergelar jenazah. Seandainya ada sebaris ayat dari aku yang masih anak anak.muridku amalkan..semoga ia menjadi bekalan untuk aku disana nanti.

hari guru 2016
Kenangan Dihari Guru 2016 bersama cikgu Khadijah Risip

.
5 September 2016 aku tinggalkan dunia sekolah. Rezeki aku dijemput untuk menyambung pengajian. Di sini..UKM menjadi rumah kedua aku. Bersama teman teman guru yang senasib dengan aku. Dunia berbeza dan penuh kisah suka duka. 1 tahun bakal selesai menanti 1 tahin berbaki.
Hari ni kami semua tak sambut hari guru. Walaupun sedih tapi apakan daya. Sedar diri sikit ko bukan cikgu tapi student..hihi..
.
2 tahun sekolah ditinggalkan , selepas ni dimana hala tuju aku? Hanya Allah yang tahu.
SELAMAT HARI GURU kepada semua teman2 guruku sekelian. Semoga semua guru guru dalam dunia ini sentiasa dibawah payungan Allah. Diberkati usia mereka dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..
Hari ni genaplah 19 tahun 4 bulan aku bergelar guru


ruangan guru mingguan wanita


Diberi peluang memenuhi ruangan Guru dalam majalah
Mingguan Wanita
30 Dis - 5 jan 2017
Page 36



0 comments:

Post a Comment