Thursday, 3 August 2017

WANITA GEMUK BERISIKO TINGGI DIABETES

Assalamualaikum dan haiii semua. Alkisahnya suatu hari tu akak berada di Bangi. Atas urusan menyiapkan penulisan tesis maka kak su dan beberapa orang teman saja nak discuss pasal kerja kami di salah sebuah kedai makanan segera. Ni first time tau buat kerja macam ni. Sebelum ni duduk dalam bilik je . hihi
Apa yang buat akak terperanjat ialah, restoran makanan segera ni penuh sehingga orang terpaksa menunggu sampai di luar restoran. Kereta yang beratur nak beli dekat pandu lalu pun panjang sampai la ke jalan besar. Bukan satu hari je macam ni tau..tapi tiap tiap hari. lagi penuh kalau waktu dapat gaji..huhu..

Peliknya . Kenapa orang bandar besar ni asyik makan makanan segera. Kebanyakan dari mereka adalah berusia dalam 20 ke 30 an. Patutla ramai yang obesiti. Terdetik dalam hati , patutla rakyat malaysia cepat sangat dapat penyakit...sedih pun ada.
makanan segera
say no to fast food
Sebetulnya apa yang kak su lihat telah terbukti daripada kajian. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkataTinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) tahun lalu (2015) oleh kementerian Kesihatan ,mendapati kira-kira 30 peratus atau tiga daripada 10 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas berdepan masalah berat badan berlebihan.
Katanya, kajian itu juga menunjukkan 18 hingga 20 peratus rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dikategorikan sebagai obesiti atau gemuk disebabkan terdapat lemak berlebihan.
"Dalam erti kata lain, mereka ini adalah kumpulan yang mengalami berat berlebihan yang boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
"Lebih membimbangkan lagi ialah 48 peratus rakyat Malaysia menghidap kolestrol, darah tinggi dan ia terus meningkat, manakala 17.5 peratus pula menghidap diabetes dengan 89 peratus penghidap diabetes tidak tahu mereka ada penyakit itu.
"Apabila mereka mengetahuinya, keadaan sudah terlambat kerana keadaan badan sudah mengalami 'kerosakan' yang tidak dapat dipulihkan, ditambah dengan penyakit lain seperti masalah buah pinggang," ..itu kata Menteri Kesihatan tau...
Jadinya , kak su terfikir juga, patutla ramai sangat remaja sekarang yang gemuk dan muda lagi dah kena diabetes. Ada yang sampai tahap nak buang jari kaki tau baru je umur 24 tahun dan perempuan pulak tu.
Macamana gemuk boleh menambahkan risiko dapat diabetes?
Kebiasaannya dorang ni mengidap diabetes type 2 ( DIABETES MELLITUS) punca utama adalah tabiat pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. Diabetes mellitus iaitu kegagalan sel untuk menerima tenaga daripada makanan menyebabkan gula daripada makanan berada bebas di dalam darah . Diabetes mellitus sangat berisiko pada orang yang gemuk( obesiti) dimana risiko sangat tinggi untuk sel sel badan mereka tak kenal insulin untuk membuka pintu sel bagi membenarkan glukos masuk ....so glukos tak dapat masuk dalam sel dengan efektif..maka gula akan beredar dalam darah dengan seronoknya..

Bila sel tak dapat glukose..maka sel tak dapat tenaga maka itula yg membuatkan org diabetes selalu sangat penat letih dan tidak bermaya..Jika dibiarkan sel2 semakin merosak dan akhirnya terjadilah risiko mata buta, kaki kena potong rosak buah pinggang dan macam-macam  lagi komplikasi lain.
.
Setiap pesakit diabetes melittus boleh sembuh kalau...JAGA PEMAKANAN..SENAMAN KONSISTEN..GAYA HIDUP SIHAT..
makanan sihat

Macamna nak bantu pesakit diabetes?
Bersambung ...
Jom baca kat entry nie..KLIK SINI

Baca juga artikel ni..makan burger berisiko diabetes

www.wasap.my/60108798077

Monday, 17 July 2017

ABDUL BIN AHMAD DALAM KENANGAN

Hari ini genap setahun abah pergi tinggalkan kami semua. Biarpun setahun berlalu tapi aku rasa seperti abah sentiasa ada disisi. Terkenang wajah senyumannya yang manis. Abah seorang yang pendiam. Hanya berbicara bila ada ketika tapi kalau berbicara tentang politik boleh tahan juga abah berceloteh.
Dari kecil lagi kami memang takut dengan abah. Disebabkan abah tak banyak cakap macam mak, segala apa pun kami akan bagitahu mak. Takut dengan abah ,padahal abah tak buat apa pun. Sekali je abah jeling semua cabut lari, terutamnya bab sembahyang. Sekali cakap je  terus pergi solat. Kalau mak yang cakap sampai berbuih mulut pun tak gerak-gerak.
Semakin abah meningkat usia sikap abah yang sangat pendiam dan tak banyak cakap dengan anak-anak makin berubah. Semakin hari kami semakin rapat dengan abah. Selepas mak pergi mengadap Ilahi 19 tahun yang lalu , abah dapat isteri baru buat peneman hidupnya.

Terkenang kidah dulu-dulu masa Tuk Jam bagitahu abah nak kahwin lepas beberapa hari mak meninggal. aku tak dapat terima kenyataan abah  nak kahwin lagi..sebab pada aku mak baru je meninggal, kenapa abah cepat sangat nak kahwin? Kenapa Tuk Jam buat macam tu kat kami yang masih terasa kehilangan mak. Kubur mak masih merah tapi kenapa dah cari penganti.Kenapa?kenapa? Kenapa?

abdul bin ahmad
Maafkanku abah

Seminngu sebelum majlis abah berlangsung dengan isteri baru, aku dapat tahu Tuk Jam meninggal dunia. Aku bergegas balik dari melaka untuk jumpa tuk buat kali terakhir. Tuk pergi dalam keadaan mahu solat zohor . Dalam keadaan berwuduk dan bertelekung. Mudahnya tuk pergi meninggalkan kami. Alfatihah buat Hjh Jam binti Daud.

Disebabkan tuk baru saja meninggal dunia , maka aku buat keputusan untuk tidak balik masa majlis abah nanti atas alasan , baru je balik kampung masa tuk meninggal. Walaupun aku tak balik, majlis abah tetap berjalan seperti biasa tanpa aku yang degil. Aku tak sanggup nak tengok pengganti mak disisi abah.

Teruknya akuuu..adik beradik yang lain terima isteri baru abah seadanya sedangkan aku masih tak dapat nak terima . Tapi lama kelamaan abang aku , dia menjadikan aku lebih sedar akan kesilapan aku selama ni. Biasanya orang tak panggil mak pada ibu tiri..tapi abang Lee, mula panggil ibu tiri kami dengan gelaran mak. Lama kelamaan kami semua panggil mak pada isteri baru abah.
Subhanallah. Maha suci Allah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Tuk Jam seumpama mengerti perjalanan abah selepas pemergiannya. Rupanya pilihan tuk Jam untuk jadikan mak salmah sebagai isteri abah adalah pilihanyang tepat.


teluk senangin

Kenangan terakhir abah bersama kami pada hari keluarga  di Teluk Senangin, beberapa hari sebelum abah meninggal dunia

Selama mak salmah bersama abah, dia buat kami adik beradik seperti anak kandungnya sendiri. Melayan kerenah kami dan cucu -cucu yang ramai seperti cucunya sendiri. Menjaga abah dengan baik . Ya Allah , syukur alhamdulillah Kau pertemukan abah dengan mak salmah . Abah happy dengan mak. Aku jauh dari abah, mana mungkin aku dapat menjaga abah seperti mak salmah dapat jaga abah. Aku tak sangka , mitos ibu tiri yang jahat dan sebagai perebut harta itu tidak benar sama sekali. kami dapat ibu tiri yang sangat baik.

Cucu abah di hari raya 2015.

 Anak Cucu cicit abah di hari raya 2016


Kesihatan, makan minum abah dijaga dengan baik ketika bersama oleh mak Salmah. Aku hanya mampu pulang kekampung sekali sekala kerana kejauhan untuk menziarahi mak abah. beruntunglah abah dapat isteri seperti mak salmah.

Hidup abah bersama mak salmah selama 18 tahun. Selepas abah kemalangan dilanggar lori , kesihatan abah semakin merosot. Hari demi hari mak jaga abah dengan baik dan penuh suka duka. Sehinggalah pada suatu hari, abah rasa kakiknya mula kebas kebas. Pada malam sebelum kejadian sedih, abang Lee bawa abah pergi mengurut . Malam tu abah sempat makan roti canai lagi. Waktu sebelum subuh , abah mengadu sakit pada mak, tiba tiba abah muntah dan jatuh tak dapat bergerak lagi.

hanya ada mak dengan abah kat rumah masa tu. Rumah sebelah, suami cik bonah bawa abah ke hospital. bermulalah detik sedih yang sukar dilupakan. Abah dimasukkan ke hospital Sungai Bakap. Ketika aku sampai , abah kelihatan sangat uzur. Sebelah badan abah mengherot kerana kesan tekanan darah yang tinggi. Abah tidak boleh bercakap lagi. Tapi abah masih  kenal kami.

abdul bin ahmad
Abah tak sedarkan diri


Selepas diberi penerangan oleh doktor, kami membuat keputusan untuk membawa abah pulang kerumah. Kata doktor, mereka pun dah tak boleh n ak buat apa-apa lagi melainkan bantuan oksigen . Kami yakin untuk bawa bah balik, lagipun kami ada nurse kat rumah, Kak Su yang boleh bantu jaga abah juga.  Kesedihan menyelubungi kami . Tiba-tiba kak pulak jatuh pitam kerana tidak tahan menahan kesedihan mengenangkan  nasib abah. Dan ketika itu juga mirul juga jatuh pengsan kerana terlalu stress menahan kesedihan. Keadaan pilu dan sendu memenuhi ruang hospital tu.

Abah tenat di hospital


Akhirnya abah dibawa pulang. Kami anak beranak sentiasa membacakan ayat ayat suci untuk abah. Malam kami bersilih ganti jaga abah. Keadaan abah makin kritikal. Sehinggalah pada hari isnin , selepas sahaja kami solat maghrib, abah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Diatas pangkuan mak salmah. Tidak ada air mata yang gugur ketika pemergian abah di atas pangkuan mak salmah. Mak sangat tenang. Setiap kali bisikan kalimah syahadah dibacakan ditelinga abah, setiap kali itu kami tidak dapat menahan sebak.

abdul bin ahmad
Abah Pergi dulu sebelum kami menyusul

Syukur alhamdulillah, abah pergi dengan tenang. Bila nyawa terpisah dari badan, kelihatan wajah abah yang mengherot kembali seperti asal. Wajah abah kelihatan sangat putih bersih. Seolah seolah sedang tidur. Aku rasa seperti nak peluk cium abah berkali kali. Ya Allah..semoga abah ditempatkan dikalangan orang orang yang solleh.
abdul bin ahmad

Proses memandikan dan mengkafankan abah diusaikan kami sekeluarga dibantu imam. Mandikan abah buat kali terakhir. Cium abah buat kali terakhir. Malam itu juga abah dikebumikan di tanah perkuburan di sungai Bakau. Hari  itu dapatlah faheimy menatap wajah tok wan dimasukkan kedalam liang lahad.kenangan buat anak cucu untuk kali yang mata yang berguguran. Tapi selepas abah dikebumikan , mak salmah mula rasa kehilangan. Setiap detik dan ketika mak akan sebut apa saja pasal abah. ternaya mak tak boleh dibiarkan bersendiri. Kerusi tempat abah duduk, katil tempat abah tidur, baju baju abah semuanya meninggalkan kenangan yang menghantui fikiran mak salmah. Badannya semakin kurus kerana hilang selera makan.
Begitulah cintanya seorang isteri kepada suaminya. Ya Allah terima kasih kerana kau kurniakan kami seorang ibu tiri yang sangat mencintai abah kami dan sanggup berkorban demi abah kami. Ya Allah kau kurniakanlah kesihatan yang baik buat mak salmah kami dan Engkau bahagiakanlah dia di dunia dan diakhirat.

abdul bin ahmad


Kini aku mengerti, setiap apa yang Allah aturkan kepada setiap hambanya pasti ada sebab dan hikmahnya .Kita sebagai hambaNya harus terima dan redha akan ketentuan Ilahi. Biarpun abah telah pergi  buat selamanya , biarpun mak salmah tidak punya anak darah daging sendiri, tapi kami tetap menganggap mak salmah seperti mak kandung kami sendiri. Syukur Alhamdulillah.



Alfatihah buat Abdul bin Ahmad
( 19.7.1937- 18.7.2017)








Monday, 10 July 2017

APA ITU SUPLIMEN? PANDANGAN DARI SEORANG PAKAR BEDAH

"Dulu dulu saya seperti doktor doktor yang lain juga. Hanya percaya pada ubat-ubatan. Mana mungkin suplimen boleh menyembuhkan penyakit padahal ubat ubatan gagal?"

Itulah pendapat seorang doktor pakar bedah Dr. Shazly Safian M.D.(Unimas),M Surg(UKM). Pakar Bedah Am, tentang suplimen. Tapi itu dulu sebelum beliau mendalami tentang suplimen. beliau menceritakan pengalamannya apabila pesakit bertanya tentang suplimen.

Dr Shazly Safian


Dulu beliau tidak ada ilmu tentang suplimen. Bila pesakit tanya , beliau akan kata tak tahu atau tak boleh sebab nanti kalau kata boleh , dia makan, apa-apa jadi doktor juga yang susah. So jawapan senang ialah , tak boleh. Doktor Shazly juga kadang kadang sibuk . Pesakit yang ramai nak dilayan, jadi masa tambahan adalah sangat terhad dan tiada ilmu buatkan mereka memberi jawapan standard " tak boleh, jangan, bahaya".

kata beliau lagi , suplimen ada banyak jenis dan ada suplimen yang memang bahaya. Jadi bila pesakit kata "suplimen" dan bagi para doktor yang tidak tahu apa-apa berkenaan suplimen , melainkan maksud suplimen itu sendiri iaitu makanan tambahan, maka sudah tentu jawapan yang diberikan adalah tidak boleh. Jadi disebabkan ada suplimen yang merbahaya, maka dibelasah semua supliemen adalah bahaya untuk dimakan.

Namun bila dipelajari, suplimen ternyata mempunyai fungsinya tersendiri dan amat penting untuk seseorang pesakit. Sebagai contoh kegunaan omega 3 bagi pesakit di ICU . Tapi itu topik lain.Kata beliau. Bagi Dr Shazly lagi , beliau menyarankan kepada SID agar terus membantu lebih ramai orang untuk mengamalkan memakan suplimen Shaklee. Anda tidak perlu takut kerana semua suplimen shaklee melalui kajian tersendiri dan mereka juga mempunyai para doktor tersendiri. Moga kita semua dapat membantu lebih ramai orang mendapat kesihatan yang lebih baik.


DISCLAIMER
THE OPINIONS AND VIEWS EXPRESSED IN THIS ARTICLE ARE THE AUTHORS OWN AND DO NOT REFLECT THE VIEW OF MINITRY OF HEALTH.

Sumber: Himpunan Testimoni Supermom Shaklee Story (HT3S) Volume 3

HT3s


Tuesday, 6 June 2017

BOLEHKAH WANITA HAMIL TIDAK BERPUASA ?

Jom kita baca , apakah hukumnya wanita hamil tidak berpuasa di bulan Ramadhan. 



Al - Lajnah Ad -Daimah lil IFta' ditanya: 

"Apakah ada rukhsah (keringanan) bagi wanita hamil di bulan puasa tidak berpuasa? Jika ada rukhsah itu  baginya, apakah itu berlaku pada bulan-bulan tertentu sahaja di masa hamil yang umumnya sembilan bulan itu.. Atau adakah rukhsah itu hanya berlaku pada masa hamil? Jika rukhsah itu ada baginya, apakah wajib qadha baginya atau boleh memberi makan kepada orang miskin dan berapakah jumlah makanan itu? Kami tinggal di daerah yang panas, apakah puasa itu dapat memberi pengaruh terhadap wanita hamil?

Jawapan: Jika seseorang wanita hamil merasa bimbang berlaku bahaya kepada dirinya atau janinnya jika dia melaksankan pusa di bulan ramadhan , maka hendaklah dia tidak berpuasa, tetapi wajib baginya menggantikan puasa itu sama ada tinggal di daerah panas ataupun di daerah sejuk . hal tiu tidak dibatasi pada umur kehamilan tertentu kerana sama kedudukannya dengan orang sakit seperti firman Allah yang bermaksud:

Dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan( lalu dia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu pada hari-hari lain.

Surah Al-Baqarah ayat 184

Dipetik daripada 
1001 Soal Jawab Agama ,
Umat bertanya Ulama menjawab
Syaikh Muhammad Bin Ibrahim asy- Syaikh et al.
Terbitan Cahaya Raudah ,2013


Bagaimana ibu mengandung kekal bertenaga dibulan ramadhan? KLIK SINI

CARA TAMBAHKAN TENAGA IBU HAMIL KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum. Salam 12 Ramadhan. Syukur alhamdulillah kita masih dipinjamkan nyawa untuk terus berada di bulan Ramadhan Kareem. Apa khabar ibu-ibu sekalian? Ada ke pembaca coretan akak ni yang mengandung? Alhamdulillah. Sepanjang bulan ramadhan , insyaAllah kita bersungguh-sungguh mengejar barakah yang ada di dalamnya , yang tidak terdapat di bulan-bulan lain. Bagaimana perasaan adik-adik yang mengandung semasa berpuasa?

Akak pun ada pengalaman mengandung semasa berpuasa. Tidak dinafikan, memang penuh cabaran ketika berpuasa terutamanya ketika 3 bulan pertama mengandung. Dulu akak mengalami alahan teruk sehingga tak lalu nak makan dan asyik muntah-muntah dan loya. Badan mula kurus dan tak bertenaga. Kalau boleh nak tidur je. Ada hari-hari akak terpaksa meninggalkan puasa kerana tak tahan dengan alahan.

Beberapa pakar perubatan berpendapat yang berbeza mengenai wanita hamil meneruskan ibadah puasa atau meninggalkan puasa sepanjang kehamilan. Ada doktor menyarankan agar wanita hamil boleh meninggalkan puasa seandainya mereka merasakan diri mereka tidak mampu untuk  menahan alahan atau bimbang tentang masalah janin mereka.


Semasa ibu hamil , kita memerlukan dua kali ganda lebih nutrien daripada biasa kereana ia perlu disarukan kepada bayi dalam kandungan yang sedang membersar. Tetapi , cara penyediaan makanan pada hari ini menyebabkan kebanyakan nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat diserap oleh tubuh badan kita. Ini menyebabkan badan terasa semakin lemah dan lesu kerana tidak cukup nutrisi. Akhirnya mereka mengalami kekurangna zat dan anemia.

Hari ni akak ingin mencadangkan kepada ibu-ibu hamil sekelian untuk mencuba set ibu hamil ini sebagai persediaan untuk membekalkan nutrien yang sempurna kepada ibu-ibu dan bayi dalam kandungan. Disamping merebut peluang beribadah berpuasa penuh dibulan ramadhan.
Set vitamin-vitamin ini telah digunakan oleh beribu-ribu ibu mengandung dan mereka yang memberi feedback positif telah  mengakuinya.

SET IBU MENGANDUNG


 Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.





Multivitamin yang tebaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darahmerah.Mengelakkan dari HB rendah.






Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D..Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan OSTEMATRIX juga untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas atau cramp.Ostematrix adalah vitamin paling laris bukan sahaja ibu mengandung malahan sesiapa yang mencubanya pasti jatuh hati dengan hasilnya.Ostematrix sangat membantu agar tulang bayi lebih kuat dan mengelakkan si ibu mengalami osteophorosis



4.B-Complex – Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural.



5. ESP 

Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping MEMBERI TENAGA pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri.



Set Shaklee untuk ibu hamil TRIMESTER 2 dan 3


Ibu-ibu masih boleh meneruskan vitamin yang disenaraikan di atas ,cuma penambahan vitamin seperti 




 Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi.

BOLEHKAH WANITA HAMIL TIDAK BERPUASA DI BULAN RAMADHAN? klik sini

Untuk mendapatkan khidmat nasihat pemilihan vitamin yang sesuai dimakanan dan cara pemakanan vitamin yang betul anda boleh hubungi nombor ni

Kak su
www.wasap.my/60108798077

Kelebihan akak dalam berkongsi pengalaman mengandung anak seramai 5 orang dan berpantang dengan kaedah traditional sehingga masih boleh mengekalkan berat badan seperti anak dara .

Untuk mendapatkan harga istimewa anda boleh register sebagai ahli makan sendiri . Dah tentu anda boleh berjimat .




Wednesday, 31 May 2017

19:54

7 TIPS BERJIMAT KE PASAR RAMADHAN

Menarik sangat makanan kat bazar ramadan. Kalau di Masjid Tanah, Bazar Ramadhan sentiasa bertambah dari tahun ke tahun. Macam macam makanan ada. Memang rambang mata . Kalau tengah lapar lagi la rasa membuak buak je nak beli. Nampak je nak. Lagi pulak kalau bawa anak. Macam-macam dia tunjuk minta beli. Padahalnya masa berbuka , mana la perut kita ni nak boleh makan semua kan. Kang jadi macam ular sawa kekenyangan. Nak pergi solat terawikh pun dah jadi malas. Sebab perut dah terlampau kenyang.

Hari ni jom kita cuba amalan ni sebelum kita pergi bazar ramadan. InsyaAllah memang berkesan.



7 TIPS KE BAZAR RAMADAN
---------------------------

Berikut adalah tips untuk elak terbeli makanan atau minuman yang tidak sepatutnya.
.
1. Rancang apa yang mahu dibeli dari awal.
 Tulis apa nak beli. Selalunya kita dah tahu dah kat mana kedai yang sedap mana yang biasa-biasa   saja. So kita target nak pergi kat situ jer.
.
2. Sediakan wang secukupnya sahaja.
Agak-gak la berapa ringgit makanan yang kita rancang tu. Jangan bawa banyak-banyak nanti selagi ada duit selagi tu nak beli semua.
.
3. Beli apa yang dirancang. Yang tiada dalam senarai hanya sesuai dipandang sahaja.
Dah rancang nak beli apa, jangan la dok beli apa yang diluar perancangan. Pejam mata jer jangan pandang. Kalau berkenan juga , simpan untuk esok pulak. nanti masuk list makanan tu dalam menu selepas ni.
.
4. Utamakan yang semulajadi. Bukan makanan yang diproses.
Ini memang betul. Elakkan dari beli makanan diproses  macam burger, nugget dan yang seangkatan degannya. Beli yang segar macam kerabu ke, jus buah ke. Lauk lauk yang kurang minyak dan lemak pun bagus dielakkan
.
5. Elakkan makanan 'deep fried'.
Ketika perut kosong keradangan disebabkan oleh makanan deep fried melampau bahayanya. Ini kalau anak tengok memang suka la. Expecilly kentang goreng. Memang bawa lari jauh jauh dari pandangan depa.
.
6. Jauhi makanan atau minuman yang diletakkan pewarna.
Ia akan jadi bom jangka mengundang bahaya pada tubuh dan otak.
Kalau kat rumah , saya suka beli buah dan blend sendiri. Buah tembikai , jus oren. Lebih baik dari air manis-manis yang macam-macam warna tu.

7. Jauhkan diri dari makanan manis yang bukan manis semulajadi.
Manis yang ditambah. Manis datang dari racun putih iaitu gula. Kurangkan manis dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman.

Semoga perkongsian ni bermanafaat untuk yang membaca. Kita utamakan kesihatan berbanding utamakan  selera tekak.

Mencegah lebih baik dari merawat.



Nak tahu cara kuat bertenaga di bulan puasa? KLIK SINI

Thursday, 18 May 2017

MAKAN BURGER TINGKATKAN RISIKO DIABETES?

 Sekali kita makan makanan segera seperti burger saiz besar, piza dan kentang goreng sebenarnya sudah cukup untuk meningkatkan kandungan lemak tepu dalam hati dan menyebabkan resistensi insulin. Ia menyebabkan tanda tanda awal diabetes. Kalau nak makan juga pilih sai saiz hidangan yang kecil dan tanpa kentang goreng. kalu lapar juga elok la cari makanan tinggi serat seperti buah atau salad.

kesan makanan segera


Ada satu info yang akak pernah dengar di radio IKIM, kalau nak goreng kentang jangan gunakan sushu terlampau tinggi sebab kentang goreng yang dimasak pada suhu yang sangat tinggi  akan mengeluarkan lebih banyak toksin dari kentang tersebut. Dan kalau nak goreng kentang make sure kentang tu dah di nyah beku sebelum goreng. Kalau goreng dengan kentang yang masih keras berais juga berisiko toksin yang tinggi. Semuanya tu punca kepada penyakit-penyakit kronik macam kanser.

Nak tahu cara elak kaki dipotong kesan diabetes? KLIK SINI

Wednesday, 17 May 2017

DIARI HIDUP SEORANG GURU TUA

Hari ini seluruh warga guru meraikan sambutan hari guru. 16 Mei tarikh keramat dan istimewa untuk guru-guru .Tapi kali ni
Nak kerja apa lepas habis belajar?

Jadi cikgu? Oh tidak!..tak minat langsung..
.
Tapi lepas je berkahwin dengan
Noor Azally Mohamad tetiba dia minta jadi cikgu. Akhirnya terpaksa ku ikut
.
Bermula dari Maktab perguruan Perempuan Melayu Melaka, segalanya bermula. Selesai KPLD aku terus dihantar ke Sekolah menengah Kebangsaan Rahmat ( 3.1.1998)
orang pertama aku jumpa Halimaton Kamarudin . Teman inspirasi, teman mendengar masalah, teman masak bagi aku makan... Masuk je sekolah tu aku diberi tugas mengajar fizik. Alamak..subjek yang paling aku benci masa kat sekolah dulu. Kenapa la aku kena ajar ni.
Ambil alih kelas dari guru yang berpindah. Kena ajar math tingkatan 4..math tingkatan 5 fizik tingkatan 4 fizik tingkatan 5, sains tingkatan 2. Ya Allah rasanya nak pecah kepala.aku fikir nak mengajor. Biasa menangis sebab kena ajor fizik..haha..

Atas keprihatinan cik Hjh Norsipah akhirnya tugas dikurangkan , ajar fizik form 4, form 5 sains form 1, form 2. Tapi fizik tetap tak boleh bagi irang lain..haha..
Tapi time mengajar fizik memang paling win. Mana aku pergi buku fizik sentiasa jadi teman. Balik kampung bawa buku fizik study dalam kereta. Sepanjang nak mengajar setiap bab aku siapkan nota ringkas guna OHP( sekarang dah cangggih pakai LCD)..dan masih ada sampai sekarang..aku terkenal dikalangan pelajar2 kelas aliran sains..sebut je nama cikgu suhaila..oooo..macam "rimau" mujurla aku ni tak makan orang..haha

Banyak pengalaman manis dan pahit kat sekolah rahmat. Tempat dimana kerjaya aku bermula. Tempat aku mula jatuh cinta..oppss..jatuh cinta dengan fizik..hihi..dulu menci tapi sekarang dah sayang sangat.bermula episod jadi guru disiplin. Eh..ketot aku pun orang soh jadi guru disiplin...dah la tu , lama pulak jadi guru disiplin kat sana.
.
Selepas 12 tahun mengajar kat Rahmat , nak beralih arah. Minta pindah. Tak diluluskan. Next ..minta lagi..lulus..yeiii..dapat sekolah dekat dengan rumah. Laluan harian aku depan sekolah ni. Tak sangka kena ajar sini plak..
.
1 Disember 2010 mula mendaftar disekolah Menengah Ghafar Baba. Orang pertama ku jumpa disana.
Suzaini Samsuddin. Guru PJK
Masuk SGB ..tetap dan berpencen mengajar fizik. Satu lagi kejutan budaya..dari sekolah biasa biasa..masuk sekolah Kluster. So perangai mengajar sekolah lama masih terbawa2.
Garang? Tegas? Itu sudah semestinya..masih disuruh pegang jawatan Guru pengawas..guru.disiplin sampai menjejakkan kaki keluar dari sekolah tu.
Dunia guru penuh cabaran. Kau dibenci dikutuk oleh anak.murid, kau dimarahi ibu bapa, kau diugut pelajar..kes polis? Namun masih ada yang sayang...
Semua itu asam garam . Bila dikenang kenang semuanya sudah menjadi sejarah.
.
Semuanya adalah kenangan manis yang tidak pernah luput dari ingatan. Dulu aku tak nak jadi cikgu tapi sekarang jiwa guru dah sebati dalam jiwa aku.
.
Bahagia melihat kejayaan anak anak didik . Syukur alhamdulillah. Hari demi hari usia makin bertambah. Suatu hari nanti pastinya aku bakal bergelar jenazah. Seandainya ada sebaris ayat dari aku yang masih anak anak.muridku amalkan..semoga ia menjadi bekalan untuk aku disana nanti.

hari guru 2016
Kenangan Dihari Guru 2016 bersama cikgu Khadijah Risip

.
5 September 2016 aku tinggalkan dunia sekolah. Rezeki aku dijemput untuk menyambung pengajian. Di sini..UKM menjadi rumah kedua aku. Bersama teman teman guru yang senasib dengan aku. Dunia berbeza dan penuh kisah suka duka. 1 tahun bakal selesai menanti 1 tahin berbaki.
Hari ni kami semua tak sambut hari guru. Walaupun sedih tapi apakan daya. Sedar diri sikit ko bukan cikgu tapi student..hihi..
.
2 tahun sekolah ditinggalkan , selepas ni dimana hala tuju aku? Hanya Allah yang tahu.
SELAMAT HARI GURU kepada semua teman2 guruku sekelian. Semoga semua guru guru dalam dunia ini sentiasa dibawah payungan Allah. Diberkati usia mereka dan dikurniakan kebahagiaan dunia akhirat..
Hari ni genaplah 19 tahun 4 bulan aku bergelar guru


ruangan guru mingguan wanita


Diberi peluang memenuhi ruangan Guru dalam majalah
Mingguan Wanita
30 Dis - 5 jan 2017
Page 36