Friday, 24 April 2015

KEBAIKAN SUSU IBU

Susubibu

Mmmmmm....bestnya kalau apat cium baby baru lahir..baunya walaupun tak mandi tapi sedap jer..kalau cium sekali , nak cium berkali kali kali..lagi pulak kalau lepas dia baru lepas menyusu.Minum susu ibu..Suatu keajaiban apabila seorang bayi yang baru beberapa minit dilahirkan ,apabila diletakkan diatas dada seorang ibu , dia kan terus mencari cari susu ibunya.Betul pulak tu..huhu..ya Allah , tidak dapat digambarkan dengan kata kata betapa gembiranya hati ini bila melihat anak sendiri dipangkuan,hilang semua rasa sakit melahirkan...rindunya saat tu..hihi..


kelebihan susu ibu


Wangian dari syurga
Biasanya selepas sahaja bayi dilahirkan dan dibersihkan, nurse akan meminta ibu untuk menyusukan bayi mereka.Kali pertama susu ibu yang diminum oleh bayi mengandungi kandungan kolestrum yang sangat tinggi.Biasanya susu ini berwarna kekuning kuningan.Bertuahlah si anak jika dapat menikmati susu pertama siibu.

Jika dihospital kerajaan, memang tidak dibenarkan ibu membawa botol susu masuk ke dalam wad bersalin kerana ibu ibu digalakkan untuk memberi susu ibu.Kalau jumpa botol mesti nurse atau doktor suruh simpan..kantoi..

Terdapat berbagai kebaikan susu ibu ,baik kesan kepada ibu dan juga kesan kepada anak itu sendiri.Jom kita tengok kelebihan susu ibu 

Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
kelebihan susu ibu

Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Tetapi alangkah dukacitanya si ibu bila hajat untuk menyusukan bayi tidak kesampaian dek kerana ketiadaan atau terhad sangat susunya.Bagaimana cara nak membanyakkan susu ibu?


Nanti saya akan kongsikan cara membanyakkan susu ibu..semoga bermanafaat...sharing is caring..


No comments:

Post a Comment