Friday 17 April 2015

MOTIVATION RALLY MELAKA

                                      Me n Che Za                                      Me n Lin


Sabtu yang lepas beramai ramai la kami pakat dok pergi Hotel Holiday Inn Melaka.Disebabkan malas nak menempuh jem, kami bertiga. saya Lin dan Che Za bergerak awal dari Masjid Tanah..So kami sampai paling awal lah..Exited la kan...Tapi masa pendaftaran cuak juga la..nama saya tak da dalam senarai...Nasib baik la, bila check dalam sistem nama saya ada..


shaklee masjid tanah
 wow ..dapat anugerah..

Eh lupa pulak nak bagitau..program yag kami hadiri nama dia ialah Movation & Reconition Rally ..Anugerah yang pihak Shaklee berikan kepada ahli ahli shaklee yang baru naik rank..contohnya daripada ahli biasa ke supervisor, daripada supervisor naik seniour supervisor..Kalau korang nak tahu, rank tertinggi dalam Shaklee ialah Master..tapi mula dulu dari bawah..ahli , supervisor, seniour supervisor, coordinator, senior coodinator, key coodinator, seniour key coordinator, dan Master.
shaklee masjid tanah
Master Mama Fisha
Dalam masjlis tersebut,perkara yang paling menarik perhatian ialah apabila 2 orang master berkongsi pengalaman kejayaan mereka.Kedua duanya dahulu adalah seorang ibu yang bekerjaya.Bukan calang calang pekerjaan tau.Master Fisya pada mulanya makan shaklee hanya untuk menyusukan anak.Akibat dari tekanan kerja, beliau bertekad untuk menjalankan bisness shaklee sepenuh masa.Pada awalnya hanya berkongsi pengalaman beliau menyusukan anak.Apabila mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, makan sendiri bertukar kepada bisness.. Tak yah toleh belakang lagi.Shaklee membuka peluang seluas luasnya kepada sesiapa sahaja yang hendak mencuba.

Master zura betty, seorang peguam yang menamatkan kerjaya peguamnya demi masanya bersama anak-anak yang selama ini sering ditinggalkan dek kerana tugas.Kerana sayangkan anak-anaknya, beliau berkorban dan ternyata pengorbanannya yang ikhlas itu Allah beri yang lebih baik dalam melalui bisness Shaklee. 

Memang mereka mereka ini menjadi sumber inspirasi saya untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya saya sebagai guru dan juga dalam bisness shaklee.Walaupun banyak halangan dan rintangan yang saya sudah dan bakal hadapi, tapi halangan dan cabaran itulah yang menjadikan ia satu pengalaman paling berharga daripada segulung ijazah.Bisnes MLM shaklee adalah bisnes MLM yang pertama diperkenalkan didunia.Dan bisness yang tidak pernah menindas sesiapa. Keuntungan atau bonus yang diberi berdasarkan hasil usaha sendiri dan juga hasil usaha berkumpulan.Rajin usaha dapatlah lebih, malas usaha dapatlah sikit.Dan tiada apa yang perlu ditangisi dengan hanya anda mendaftar sebagai ahli shaklee sebanyak RM 90. Sedangkan bonus yang shaklee bagi boleh capai 100 kali ganda dari yuran keahlian.Bonus kereta, bonus percutian bertaraf 7 bintang..bonus cash...

shaklee masjid tanah
Susur galur GMF

Sekarang saya, Lin dan Che Za sudah bergelar leader.Dan kami juga akan mencapai seperti apa yang master master lain dah capai.Happy dan bersyukur sangat dipertemukan dengan shaklee.Dalam bisness ini saya lebih menghargai masa, meraih ilmu dari bidang yang berbeza dari perguruan tetapi sangat banyak yang boleh dipraktikkan dalam perguruan.menjalinkan ikatan silaturrahim dengan teman teman yang sebelum ini langsung tak pernah jumpa.Bersama leader leader hebat kami yang tidak pernah lokek menurunkan ilmu, sanggup berkongsi maklumat dan keringat untuk kami.Ini yang membuatkan saya sayanggg ketat ketat dengan bisness shaklee...


shaklee masjid tanah


Bangga di atas usaha kami

Sebagai kesimpulannya, walau apa jua yang kita lakukan , lakukan dengan hati yang rela dan bukan kerana terpaksa.Jika kita suka dengan apa yang kita buat, kita tak akan merungut dan bosan.Malahan kita akan sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri sendiri.Biarpun masa menonton tv saya semakin berkurang, masa berborak saya semakin berkurang, masa lepak saya semakin berkurang, tetapi saya rasa bangga kerana sekarang masa saya dapat di isi dengan perkara yang lebih memberi manafaat buat diri saya, keluarga saya dan juga pelanggan pelanggan saya yang setia bersama dengan saya.


My mentor Mami Mia 

Untuk pengetahuan semua ,saya adalah pengedar shaklee kawasan Masjid Tanah, Sungai Udang, Kuala Sungai Baru,Alor Gajah.Saya juga boleh menghantar barang melalui pos.Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk shaklee atau berminat untuk memulakan perniagaan dengan shaklee, usah malu dan segan, hubungi saya di nombor 0108798077..saya pengedar shaklee masjid tanah..Saya mempunyai stok barangan shaklee.Jika anda perlukan segera, hubungi saya ye.




It's Me.....

Jom tengok apa yang Ashraf Muslim dok belek tu.....





No comments:

Post a Comment