Tuesday, 7 June 2016

RESEPI ASAM PEDAS BAKAR

Assalamualaikum salam ramadhan.Apa menu berbuka hari ni?Mesti ada masa masa yang terasa buntu nak masak apa kan..sama la macam akak..
Resepi asam pedas

Hari ni teragak nak masak asam pedas ikan kembung tapi macam bosan la pulak..jadi tiba-tiba timbul idea ni...
Akak pun terai la buat ikan bakar bersama kuah asam pedas..

Ni resepinya..

3 batang serai
1 inci halia
3 biji lada hidup
2 biji tomato dipotong dadu
Seinci carrot dipotong dadu
4 biji bawang putih
1 biji bawang besar potong dadu

Masukkan semua bahan2 diatas dlm blender..kisar sampai halus

Masukkan semua bahan yg dah dikisar dalam kuali.
Tambahkan 3 sudu besar lada mesin
Sedikit garam dan gula
Sedikit serbuk kunyit
Tambahkan daun kesom dlm campuran tadi...wangii...ummmm..

Masakkan kesemuanya sampai kering air dan agak2 dah masak tutup api..

Tak payah tumis2 ye dik non...eat clean la konon kan..tak pakai minyak...hihi..

Dah siap ..bungkuslah pes tadi dengan ikan kembung dlm aluminium foil..kalau ada daun pisang lagi mabeles..akak malas nak pergi amik..hihi..lagi sedap kalau perap 2 ke 3 jam..

Bakar dlm 5 minit atas kuali leper or dlm kuali ajaib..

Siap....yeayyy..senangnya nak masak...yg bestnya..baki pes tadi simpan..akak siap perap dengan ayam lagi...esok boleh bakar ayam perap pulak...kan senang..jimat masa
Asam pedas sedap

Dah siapppp.......Makan bersama sambal ikan bilis kering or ikan kering pun sodap...

Selamat mencuba..
Kalau dah cuba sudi2 la bagi maklumbalas kat komen ni tau..



Kak su
Id:949183
Ig:suhailacute21

0108798077


0 comments:

Post a Comment