Monday, 4 July 2016

ABAH CEDERA KEMALANGAN

Ya Allah..lindungilah Abahku selalu...
Walaupun kisah abah ni dah lama berlalu..3 bulan lepas tapi tiap kali tengok gambar ni mesti air mata ni tak berhenti mengalir..
.
Semua orang tak tahu pun abah pergi kemana..mak kat rumah masak macam biasa..
.
KEMALANGAN
Tiba2 ada orang dtg bgtau abah kemalangan..taukey lori .Abah kat klinik kesihatan kawasan tu.Dalam fikiran masing2 ingatkan abah jatuh sikit je..
.
So kakak dan adik ipar pergi klinik tengok abah.sampai disana masing2 terkejut tengok abah....baju berlumuran darah...kepala dan muka berlumuran darah..batu jalan pun masih ada di muka..
.
Ya Allah..abah..abah kena langgar apa ni?
.
Kak wan dan ana..tak tahan tengok abah kesakitan.Masing2 menangis tak leh nak kata apa la..
.
Disekolah..
Masatu saya tengah practise dgn students nak buat eksperimen...Tiba2 adik call.Katanya abah kemalangan.bercakap dlm nada yg sayu."Abah kemalangan dengan lori.Buka la wasap tgok camna abah"
.
Allahauakhbar..bila buka je..tengok muka abah camtu..hati mana yg tak sedih..hati dah tak keruan..menangis..menangis sambil berdoa..
.
Baru 4 hari sblm tu kami berjumpa..tiba2 dpt berita macamni..dah tentu saya tak senang duduk..so saya buat keputusan utk balik juga ke kampung..hari rabu masa tu..walaupun jarak yg jauh dari.melaka ke parit buntar..tetap nak balik jumpa abah..ambil cuti
.
Rupanya abah melanggar lori yg keluar dari simpang tanpa berhenti..abah tak pakai topi keledar...kepala abah terhentak dan tertumus diatas tar jalan raya..
.
Muka abah luka agak dalam.Terpaksa dijahit 18 jahitan.Doktor keluarkan batu dr luka2 di muka abah..
.
Luka dibahagian kaki mujurlah tak teruk..luka2 kecil
.
Badan abah sakit2..tekanan darah pun naik sehingga 200..abah terbaring dikatil..
Kami adik beradik semuanya balik..nak bawa abah pergi buat rawatan lanjut..
Sementara nak jumpa doktor untuk rawatan..saya bawakan abah ‪#‎zinc‬ yg sangat baik utk sembuhkan luka..
‪#‎garlic‬ dan ‪#‎omega‬ untuk masalah darah tinggi abah..
Alhamdulillah selepas x ray..kepala abah tak ada masalah..
Di kampung kami bergilir gilir jaga abah..kenangan yg tak boleh lupa...masa tu musim panas melamapu..diutara..panas yg amat sangat2..so utk abah lebih selesa kami semua pasangkan abah air cond..dan..beramai2lah kami anak cucu cicit abah pun menumpang tidur sebilik dengan abah..hihi...
.
suka abah anak2 cucu yg dah tua2 ni pun tidur sebilik dgn dia...disamping kami pun nak sejuk..hihi..
.
Walaupun abah sakit..tapi bila ramai anak cucu balik menziarah..dapatla mengubat sikit kesakitan abah ..walaupun sakit itu tak dapat dikongsi...dapat dilihat dari raut wajahnya..
Sebelum pulang..pesanan wajib kat abah..."abah..makan tau zinc.. garlic..omega..vitamin c ..ostematrix tu..baru abah cepat sihat"
"Awat banyak sangat nak makan tu?..nnti habaq kat mak hang camna cara nak makan"...
"Abah kena makan..nnti cepat baik..darah tinggi abah pun tinggi tu..mesti makan ubat"
Begitulah kisah abahku sayang..selepas kami balik..abah semakin sakit dibhgian bahu..rupanya tulang abah retak disitu..dan dibahagian kaki pula semakin bernanah kerna masih ada batu yg tak habis dikeluarkan...alhamdulillah semuanya telah dirawat..
.
sehingga hari ini..abah semakin sihat cuma abah dah tak boleh solat duduk sebab kesan kemalangan pada kaki hari tu...tekanan darah tinggi abah pun dah terkawal..ubat darah tinggi hospital masih makan tapi dos dah kurang...
Semoga sedikit bantuan ini dpt membantu hari2 abah agar sihat dan boleh menjalankan ibadah dengan lebih baik...
Terima kasih mak..jagakan abah..
terima kasih abang lee..adik ..kak wan..ana..kak su abng ain..kerana tolong jagakan abah..kami dari sini doakan abah dan mak dari kejauhan...
Hanya Allah sahaja yg mampu membalasnya..
Ya Allah..Kau peliharalah abahku..sihatkanlah tubuh badannya..terimalah segala amalannya...tenangkanlah hatinya..permudahkanlah urusannya...berikanlah dia kehidupan bahagia di dunia dan akhirat..
Amin..
LOVE ABAH
010.879.8077

No comments:

Post a Comment