Saturday 14 April 2018

4 WANITA JELAJAH JEPUN TANPA TOURIST GUIDE (PART 2)

Assalamualaikum. bertemu sekali lagi. Hari ni kakSu nak sambung kisah kami berlima berada di bumi Jepun . Siapa yang belum baca part 1 boleh KLIK SINI.


Jejak jepun

Selepas kami menempuh dugaan berjalan kaki dan naik tangga bertingkek tingkek, akhirnya kami sampai juga ke bilik. Itu pun selepas dah berkali-kali tanya orang. Ada sorang pekerja kedai tu siap suruh kami ambil teksi sebab kesian tengok kami semua perempuan dan ada baby beserta beg beg yang ala la orang nak duduk setahun kat Jepun ni haha..tapi kami buat keputusan untuk terus jalan kaki.

Sambil sambil kami berjalan , dapat la menikmati suasana malam kat situ. Memang sejuk sampai ketulang. Almaklumla dah malam kan. Badan letih tak tahu nak kata dah. Selepas jenuh berjalan kaki akhirnya kami sampai juga ke rest house. 
Jejak jepun
Lagi sikir je nak sampai guest house..Ni letih sebenarnya.Tapi tetap senyum..hehe

Kunci ditinggalkan tuan rumah dalam peti surat yang ada password lagi. Mula mula susah nak buka lepas tu dapat la juga buka. Terkejut la pasai jumpa mangga besar ni ha. Tapi tak pakai pun. Nak  masuk bilik kena naik lagi. Syukurlah ada lif. kalau tak aku nangis kat situ juga..hahaha..

Jejak jepun


"Assalamualaikummm..ada orang tu bagi salam kat tuan rumah" hehe..sapa tu? Padahal kami la tuan rumah yang belum masuk bilik. hehe

Jejak jepun

Depan guest house

Buka je pintu terkezutttt..alamak keciknya bilik. Katil ada dua tapi besar la. Ruangnya agak sempit dipenuhi katil tapi semua peralatan  lengkap. Microwave, peti sejuk, iron, pinggan mangkuk , mesin basuh semua complete. Tapi ruang nak solat agak terhad. kalau solat orang dalam bilik air tak boleh keluar. Tapi selesa jer..bukannya nak duduk lama pun dalam bilik tu kan.

Jejak jepun

Dalam bilik

Sampai bilik dah pukul 10 malam lebih. Esok kami akan ke Kobe pulak nak pergi mendaftar. So lega dapat sampai bilik.." Rya...ko tau tak ko dah sampai Jepun..ehhhh aku rasa macam mimpi je kan..dalam kita dok jadi tak jadi jadi tak jadi akhirnya jadi juga kan.. rasa macam tak percaya..Ya Allah"..

Jejak jepun


Sebenarnya sebelum kami sampai kesini memang ada banyak juga halangan. Dah hampir hampir tak jadi dah. tapi last minute sebelum tiket flight naik lagi mahal, kena buat keputusan juga..cerita tu biarlah kami bertiga je yang tahu..hehe..kang kalau cerita kat sini ada yang banjir plak..keke

Ok malam tu kami tidur nyeyak betui. Biasa la kakSu macam mak mak dorang la kan..almaklum la paling veteran. Pesanan penaja ..korang telan cepat vitamin c. Tia ko kena telan nutriferon kalau ko tak nak Hana demam. Kalau Hana demam ko tinggal kami pergi jalan.kakakaka..mau Tia tak ikut pesan mak nenek ni. takut kena tinggal beb..

Tidur nyenyak betul malam tu sebab keletihan sangat sangat. Tak sedar diri apa berlaku. Sedar sedar dah pukul 4.00 jam berbunyi. Subuh sini awal. Pukul 3.50 pagi lebih kurang. Kami kena gerak pukul 7 pagi untuk sampai Kobe sebelum jam 9 pagi waktu sana.
Jejak jepun

Siap pagi kami gerak, on the way ada jumpa pokok sakura. Perak betui la. Haha..sempat posing dulu tu. Kami memang naik train untuk ke Kobe. Pagi ni Rya tenang je berjalan di depan. Kami kat belakang mengekor je dia mana pergi. Berbekalkan google map kami sampai satu stesen ke stesen lain dengan jayanya.
Jejak jepun

Caya lah Rya. memang tepat jalan kami . Sampai ke tempat conference dalam jam 8.30 pagi. kat sini lah jumpa banyakkkkk sangat pokok sakura yang baru nak berkembang. Kerja lain tak dak..posing aja..

Jejak jepun

So lepas posing kami masuk untuk pendaftaran . KakSu punya presentation hari selasa jam 10.30 pagi. Kami masuk sesi taklimat oleh penganjur. Yang bestnya dorang kat sini sangat sangat sporting. Hana baby 7 bulan tu pun dibenarkan masuk dalam hall. Bayangkan dalam tu Hana adalah peserta paling cilik. Peserta yang hadir tu datang dari seluruh pelusuk mana ntah, Australia, Jepun, Denwark ,Filipina ,Singapore dan macam macam lagi lah.

Hana memang budak yang baik. Dalam hall tu Hana tidur kemain lama..sampaikan suara dia pun tak kedenganran langsung. bayangkan kalau Hana nangis, mau satu dewan pandang. Tapi Hana bangun tidur pun tak nangis. Siap tersengih sengih lagi. 

       Jejak jepunJejak jepun

Hana ready nak masuk conference

Bila borak borak dengan peserta yang hadir, dorang pun agak terkejut la. Kami bertiga datang tanpa supervisor dan masih students datang sendiri plak tu. tanpa ada orang lelaki teman. Bila tanya yang lain tu, masing-masing pensyarah la dan macam-macam jawatan kat Universiti masing-masing. Kebanyakan dorang ikut penganjur untuk bawa mwlawat sekitar situ. Tapi kami pilih unutk pergi sendiri tanpa ikut pakage.

Jejak jepun

Terasa kerdil nau la masa tu. Betul ke ni aku nak present depan diorang ni. Aku dah sampai kut..apa nak jadi jadilah. Present je la. Lepas habis pendaftaran, kami dibawa makan tengahari..
Jejak jepun

Antara orang kuat  penganjur IAFOR

Kata diorang ada makanan halal. So kami pun joinla sekali tapi kami antara orang last masuk sebab sibuk cari tempat solat. Ok tiba kat restoran kami pun join la nak makan. Pilih la  makanan membayangkan halal. KakSu pun ambil la makanan macam mee. Dalam dok cedok cedok makanan tetiba nampak gambar..."ingredients..PORK "...terus terbantut nak makan..


Jejak jepun
Tak boleh suka suka je amik. Bukannya halal. 


Rupanya makanan yang dikatakan halal tu bersebelahan je dengan makanan lain. Terus je tak jadi makan dan letak pinggan tu. Disebabkan dah lapar , kami makan la juga buah, air kosong, nasi Jepun , macam pulut gitu..jagung . Jadi la untuk alas perut.

Selesai makan nak cari tempat solat pulak. rupanya penganjur ada sediakan satu bilik kecil dihujung tempat conference untuk muslim solat. Setel semua kami gerak balik. Sebelum tu kami gerak ke Nara. Hampir malam dah bila kami sampai ke sana. Dapat la posing kejap kat sini. Kami sampai sini dengan bas yang terakhir pulak tu. Esok nak present, tapi rasanya dalam otak ni macam kosong je lagi. So sambil duduk dalam train, sambil dok baca dan hafal skrip...haha ..padan muka..nak jalan sangat kan..

Jejak jepun

Ada kisah disebalik gambar ni..Ryaaaaa...owh noooo..biarla rahsia..hehehe

Jejak jepun

Kami di Nara dalam kegelapan malam

Bayangkan perut kami dari tadi hanya jamah makanan kat restoran tadi. bekalan roti gardenia dari Malaysia habis dah kami bedal. Lapornya perut. balik kena jalan kaki lagi. Dari train ke train. 

As usual kami kena tempuh tangga yang sama seperti semalam. Tapi kali ni dah tak da beg la. Kira ok la sikit. Perut lapor, tekak haus. Hari dah malam. Restoran halal jangan mimpi la nak jumpa. Singgah kedai nak beli air mineral tapi tertipu pulak. Bukan dorang tipu, tapi air botol dorang walaupun jernih macam air mineral rupanya ada perasa. Perasa oren la, strawbery la. mana pula kita tahu..hehe.


Sampai je bilik perut dah lapor. Malam ni kami rendam maggi dan rendam nasi Brahim. Belasah maggi dengan sambal ikan bilis kakSu bawa dari Malaysia terasa nikmatnya. Sedap gila dapat makan panas-panas. 

Jejak jepun

Sampai bilik dah lewat, bayangkan esok kami akan present. Belum prepare untuk kali terakhir lagi ni. Rya pun sama. Ada lagi nak ditambah dalam slide. Bersengkang mata la kami siapkan slide. 

Dalam dok siapkan slide..tetiba Rya pulak..semua slide yang dia buat hilang pulak..tiba-tiba laptop dia mati..aduss..banyak betui la dugaan . Mujurla kaksu dah siap . Dia sambung la buat semula dari A-Z guna laptop kakSu.


          Jejak jepunJejak jepun
On the way nak cari train jumpa bunga ni tepi jalan.

Jejak jepun 
Laluan di kawasan guest house. Orang sini memang suka naik basikal

  
  Jejak jepun

Masa di tempat conference
                                                 


Jejak jepun

Cantik bunga hidup ni . Sejarah terukir kami dah sampai Kobe..hehe

            Jejak jepunJejak jepun

Depan Kobe Art Centre, tempat conference. Bunga Sakura sedang berkembang

Jejak jepun

Sempat posing YOUTH dengan sakura

             Jejak jepun

Pantang nampak kamera..posing ajer

Jejak jepun

Sekut Melah Melatopp dah sampai Jepun.

Jejak jepun

My faveret YOUTH in KOBE

So esok kena bangun lebih awal sebab misi utama kami kesini untuk present Artikel kami. So restkan minda untuk bangun awal esok..

Pagi-pagi dah bangun siap-siap nak ke Kobe. Dalam otak ni rasa macam dah selamat la kan sebab dah tahu jalan dan tahu train mana nak naik. So relek relek la.

kami gerak dari bilik jam 6.40 pagi. Tapi ada lagi kejadian yang tak diduga.. kami sesat...alamak ..macamana ni..nak present pagi ni..

Apa jadi kat minah 3 orang ni..stay tune..bersambung naaa...







No comments:

Post a Comment