Wednesday, 4 April 2018

5 KESAN PERIOD TIDAK TERATUR PETANDA KANSER RAHIM?


Hai semua..hari ni kakSu nak sharing tentang masalah wanita yang selalu alami. 
period tak teratur

Apa tu kitaran haid? Kitaran haid ni ialah perubahan sel-sel yang berlaku dalam dinding rahim kita berlaku tiap-tiap bulan. Rahim kita bersedia untuk berlaku persenyawaan antara ovum dan sperm.Tapi kalau tiada persenyawaan maka ia akan keluar sebagai darah haid. 


Darah haid setiap orang tak sama. Kita kena catat bila hari pertama dan hari terakhir kita datang haid. Dan tengok kitaran ni tiap tiap bulan. So tiap tiap orang tak sama. Jadi kena kenalpasti kitaran haid sendiri.

Pusingan haid yang teratur adalah lambang kesuburan, kewanitaan dan juga kesihatan kita. Ada banyak sebab kenapa haid kita terganggu. Ada yang normal dan ada juga yang boleh mengancam kesihatan pangkal rahim(cervix) , kanser ovary atau kanser rahim. Ada juga disebabkan gangguan gangguan hormon akibat ketumbuhan seperti fibroids, endometriosis dan ovarian cysts.

Jadi awas jika ada 5 petanda seperti ni berlaku pada korang 


·   Pendarahan selepas hubungan kelamin. Usah biarkan. Cepat cepat buat ujian pep smear


·  Pendarahan selepas putus haid(menopause). Mungkin ini petanda kekurangan hormone estrogen, ada ketumbuhan fibroid dan polyp atau petanda kanser dalam rahim.


·   Senggugut berpanjangan mungkin berpunca daripada endometriosis dan adenomyosis. Selalunya ada masalah kesuburan dan keguguran

·  Pendarahan  haid terlalu banyak dan berpanjangan.  Puncanya akibat ketumbuhan fibroid, adenomyoisis, endometrial hyperplasia dan polyps.

·   Haid  tidak teratur , 3 bulan hingga 6 bulan lebih baru period datang semula. Mungkin disebabkan oleh PCOS, ovary bengkak dan hormone tak seimbang. Selalunya jadi pada wanita gemuk



Untuk keselamatan, elokla buat rawatan . Usah dibiarkan masalah ni dengan bertangguh untuk berjumpa dengan doctor. Dan dinasihatkan supaya jumpalah pakar sakit puan terus daripada jumpa rewatan diklinik umum. Lebih spesifik dapat tahu masalah kita.

Like dan share supaya semua wanita diluar sana tahu.

Bagi anda yang ada masalah cyst, PCOS, atau masalah period tak teratur boleh cuba cara ni




No comments:

Post a Comment