Friday, 30 May 2014

Damainya kampungku



Semua orang ada kampung halaman sendiri tempat kalahiran dan tempat membesar.Parit Buntar Sungai Bakau tempat lahirku..tempat awal persekolahan dari tadika hinggalah ke tingkatan 5.
 Kalau dulu,waktu alam persekolahan aku rasa teringin sangat untuk tinggal di bandar bandar besar,ada shopping kompleks,ada pusat pusat permainan,rumah yang cantik dan besar,pendek kata segalanya indah dimataku jika dapat tinggal dibandar besar.

 Tapi kini selepas 20 tahun di negeri orang..dan bermastautin di Melaka rasanya kampungku yang dulu tulah yang paling best.Yang paling tenang,yang paling cantik.Kehijauan padi ketika musim sawah bermula.sungguh menenangkan,mendamaikan,dengan udara segar diwaktu hening pagi subuh.Keindahan terbitnya matahari.

Sekali sekala terkenang zaman kanak kanak sehingga ke usia remaja,mandi di parit atau tali air depan rumah.Dari situlah aku pandai berenag sampai sekarang.Sambil mengagau ikan sepat di musim air kering.Tak kisah masa tu.lelaki perempaun bertanding mengagau ikan,siapa yang dapat banyak.Dah dapat,bawa balik terus goreng.Fresh ikan tu,yummy dan sedapnyer.


Kalau musim padi baru nak mula di tanam,air sawah yang jernih tempat kami berkubang, sambil kejar kejar ikan,pakai sauk,dapat juga ikan.Sambil mandi manda dalam tu.Best betul.Siap main pondok pondok,siap masak nasi,bakar ikan kat tepi bendang, siap makan dalam daun pisang.Yang pelik tu,balik rumah tak pulak kulit gatal gatal.

Waktu musim padi nak mula dari proses melonggok,menarik, memang kerja kami adik beradik tolong abah dan mak.Sampai melecet tangan.Pacat gigit disana sini dah tak kisah.Ketika tu memang rasa penat.

Waktu musim menuai,masa ni lah nak cari duit poket.Ada group mengerat tersendiri.Ada ketua pulak setiap group tu.Nanti ketua akan bagitau anak anak buah, tempat kami akan mengerat.Wahhh.Kalau dah berpengalaman tu,fuh tak sempat nak kejar senior2 mengerat padi.Laju je.sekejap dah siap.Biasanya kami yang baru baru ni akan dibantu oleh mereka yang taiko.Selesai padi dijual,kira pulak berapa guni padi yang dapat,kalau padinya elok maka kami pun akan dapatlah upah yang best.Sepanjang musim padi tu dapatlah rm 50 ke rm100.Itupun rasanya sangat gembira bika dapat duit sendiri.Maklumlah mak dan abah hanya bekerja kampung.Setakat cukup menyara hidup kami berlapan.Kalau nak lebih kenalah cari sendiri.Biarpun penat tapi puas hati di atas hasil usaha sendiri.


Zaman telah berubah.Anak anak dibesarkan dirumah batu.Tiada lagi ke sekolah dengan berjalan kaki.Mungkin suatu hari nanti pokok padi hanya boleh dilihat dari gambar atau disimpan dalam muzium.Mungkin juga anak anak sekarang tidak kenal rupa pokok padi.Yang mereka kenal I pad,PS 2,astro ceria,youtube,facebook dan ntah apa lagi yang akan datang.

Dikesempatan yang masih ada ini,aku mahu anak anak ku menikmati dan mengenali keistimewaan kampung,bawa masuk bendang,tangkap ikan dalam bendang,kenal rupa pokok padi.Rasai sendiri biarpun tidaklah seperti yang ibu mereka rasa.

 Setiap kali musim cuti sekolah,waktu yang sangat sangat ditungu tunggu oleh anak anak.Bila dapat balik kampung,rasa seronok tak terkata.Kalau dah sampai kampung,tak nak pula balik melaka.
                                       Bila dah stress bekerja,bila balik kampung,release tension


Di kampung kaya dengan buah buahan yang ditanam sendiri oleh abah.Macam macam ada.Sayur sayuran,ulam ulaman semuanya fresh dipetik dan terus dimakan.Bebas racun perosak.


 Sekian. ..itulah kisah hidup si anak kampung yang kini bergelar guru....Aku bangga menjadi sebahagian dari orang kampung.Aku bangga tinggal dikampung yang damai dan jauh dari kesibukan kota yang berdebu..Hehe. .jangan marah ye orang bandar..

CAU..




















No comments:

Post a Comment