Wednesday 13 August 2014

BERSUA DENGAN ANGKASAWAN DR SYED MUZAFFAR

12 hb Ogos merupakan hari bersejarah  buat warga SMK Ghafar Baba, Masjid Tanah..Kehadiran  Datuk Dr Syed Muzaffar sangat dinanti..Tetapi sebelum dapat pihak kaunselor Pn Norazlida  dan En Mat Shah. .masih terdapat kekangan...dimana pihak sekolah perlu mencari 300 orang peserta untuk membeli buku beliau yang berharga rm30 sebuah..

Masa cikgu Azlida buat promosi tu..ramai murid yang kurang berminat...susah nak cukupkan 300 buah buku..nak m3nampung kos hingga RM 9000..Namun sebahagian dari peserta motivasi tersebut di dahului dengan semua pemegang biasiswa  sekolah.

Antara orang yang sangat exited ialah sorang cikgu fizik iaitu..ehem..ehem..tuan yang menulis ni laaa...saya ni kalau bab promosi..boleh aja..tak lepaskan peluang promosi pada anak anak murid tingkatan 5. ..mestilah sangat berkait dengan fizik. ..dengan angkasawan  dan juga Dr Muzaffar...

Dipendekkan cerita..akhirnya pihak sekolah dapat juga kumpulkan rm 9000..sehingga disaat akhir sebelum Idola ni datang..buku dah tak cukup..tandanya..ramai yang nak join sekali..Antara sekolah yang turut serta ialah sekolah Men  Talib Karim dan sekolah Men. Lubok China..
angkasawan malaysia


Dia hadir pada kira2 12.30 tengahari...emmmm..kami la penyambut tetamu yang tak diundang..hehe..ok la tu..sebelum masuk dewan Dr Muzaffar sempat gebang2 dengan cikgu cikgu..siap suruh panggil ramai2 untuk penuhkan dewan..
bila nampak.jer Dr Muzaffar..semua macam kena rasuk puaka..haha..exited kalah jumpa Aaron Aziz..

Nak cerita la kan..pasal dok happy senyum..perkenal diri
sebagai cikgu fizik..of course la. ..dapat la aku pose separuh maut kat depan dengan dia...peluang beb..mmm..


 Apa yang cerita Dr Muzaffar selama 1 jam 30 minit?

Dr Syed mestilah cerita macamna dari.mula ujian pemilihan sampailah dia turun kebumi semula..Cara makan..cara tidur..cara solat..ujian ketahan..all about angkasawan

Yang bagusnya dia kata kalau nak jadi angkasawan
..mesti berusia 21 tahun ke atas..tak semestinya tinggi macam dia..lagi pendek lagi bagus..haha..pastikan korang tak da kesan kesan parut bekas jahitan dibadan..gigi tak da yang bertampal..takut nanti naik ke angkasa..tercabut semua gigi gigi sampel atau bekas tampalan..kesan parut yang boleh. .kesan jerawat jer..tubuh badan mesti sihat...



Kat mana nak lancar roket ni..ada  tempat yang tertentu sahaja yang sesuai  seperti Florida..Kazastan kat Malaysia kat Tawau agak sesuai..
Panjang nak cerita ni..kalau korang nak juga jemput Dr syed Muzaffar..bolehlah cari rm9000 minimum..dan bacalah hasil tulisannya dari mula kisah hidup seorang angkasawan yang korang mesti beli sebelum dapat jemput beliau datang..Nanti saya tulis entry lai  lah ye..cara cara nak jumpa Datuk Syed Muzaffar...

bagi yang dapat bersalam dengan beliau..mesti sayang nak basuh tangan kan? keke..Yang paling best..bukan budak yang exited..tapi cikgu dia lagi exited..terutama cikgu fizik...hmmm..mesti tak lepas peluang selfie..


Sebagai kesimpulan..aku gembira bila seorang anak Malaysia sedang menjadi sumber inspirasi kejayaan anak anak Ghafar Baba...

 Untuk aku...TIADA YANG MUSTAHIL JIKA KITA USAHA.......

siapakah bakal angkasawan Malaysia yang seterusnya????

Tidak mustahil..andalah orangnya..



 k..bye...


















No comments:

Post a Comment