Saturday, 27 December 2014

CARA KEMPISKAN PERUT BUNCIT


WANITA BUNCIT

Rupa cantik...tapi bila tengok perut...alamakkkkk..buncit la pulak..Nak pakai seluar,sampai ke perut tak boleh nak kancing..Disini dikongsikan antara punca punca perut membuncit dan cara untuk atasinya.


SEBAB PERUT BUNCIT


1) KETURUNAN
  Mengikut kata oleh seorang Pakar Kesihatan iaitu Dr. Selfie C. Rijal bahawa faktor keturunan yang diwarisi oleh turun temurun secara umumnya sukar untuk dielak namun boleh dikawal dengan sebaik mungkin.
2) PENUAAN
  Semakin meningkat usia, semakin berkurangan penghasilan hormon dehibroepiandrosteron (DHEA). Hasil kajian oleh Harvard Women’s Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon DHEA dengan masalah pengumpulan lemak di perut.
3) MAKANAN DAN MINUMAN 
  Doktor kelulusan Universiti Padjajaran menjelaskan bahawa gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir merupakan musuh utama kepada perut kita kerana boleh membuatkan otot otot di perut menjadi sudah tidak tegang seperti biasa.
   Dari segi pemakanan pula, alkohol sangat berbahaya bagi tubuh badan kita. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang sangat tinggi, sama seperti kalori dalam makanan yang berlemak. Selain itu, apabila kita minum air alkohol, badan dan hati kita terpaksa bekerja keras untuk menyingkirkan alkohol dari tubuh badan dan pada masa yang sama proses menyaringkan gula akan tertangguh. Hal ini dimana, gula kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh kita sebagai lemak dan ini menyebabkan perut buncit.
    Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut buncit kerana makanan ini mempunyai jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi.
4) TEMBAKAU 
   Tembakau boleh menjejaskan aktiviti penghadaman dalam tubuh badan kita. Oleh sebab itu, selepas makan tidak digalakkan merokok kerana perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu 
5) STRESS
   Keadaan psikologi kita mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman kita. Stress adalah salah satu pencetus kepada perut kita. Hal ini disebabkan apabila stress, perut akan berasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih kembang. Oleh itu, untuk atasinya kita hendaklah belajar untuk tenang apabila menghadapi masalah dan dugaan hidup.
6) PERUBAHAN HORMON
    Hal ini berlaku terutama ketika menopaus bagi kaum wanita. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Cara mengatasi perut buncit

1. Jangan Lewatkan Waktu Makan
Apabila anda melewatkan waktu makan, tubuh bakal memberi respons dengan meningkatkan kadar kortisol, nafsu makan dan kemudian menyimpan lemak, terutama di bahagian perut.Sangat disyorkan untuk mengambil makanan dalam jumlah yang kecil dan mengudap makanan sihat. Dua perkara ini dapat mengendalikan hasrat makan yang luar biasa akibat lapar dan juga menjaga metabolisme agar tidak terjadi penimbunan lemak.
2. Pilih jenis makanan
Menghilangkan karbohidrat dalam list makanan anda adalah tidak tepat kerana ianya tetaplah diperlukan. Ketika anda diperhadapkan dengan makanan-makanan mengenyangkan maka pilihlah salah satu jenis saja. Selain itu, pasti kadarnya cukup bagi tubuh. Apabila anda merasa lapar di malam hari, gantilah nasi atau roti dengan buah-buahan.

3. Jangan Makan Makanan Manis
Gula adalah musuh ketat bagi perut yang rata. Sebab saat dimakan berlebihan, gula akan disimpan sebagai lemak. Jika anda ingin makan gula-gula, makan saja buah-buahan seperti blueberry, raspberry dan strawberi.

4. Sukan wajib setiap hari
Bukan hanya menjaga pola dan memilih jenis makanan, sukan juga hal yang tidak boleh dilupakan. Untuk mengecilkan perut sebaiknya lakukan sit-up beberapa kali di pagi hari. Sit-up yang teratur telah terbukti dapat membentuk otot perut dan mengecilkannya. Bila anda tak mempunyai masa untuk melakukan sit-up, cubalah perbanyak berjalan kaki setiap harinya.

5. Atur pola hidup
Mendisiplinkan diri dengan hal-hal positif dan menyihatkan akan melahirkan sebuah pola hidup yang baik bagi diri anda. Bukan hanya dapat meningkatkan semangat hidup, tetapi juga mampu mengurangkan risiko timbul penyakit
6. Makan suplemen
Cara untuk mengatasi masalah perut buncit lain adalah dengan cara detoksifikasi dengan bantuan HERB-LAX dan OMEGA GUARD

Kandungan dalam Herblax


Mengandungi herba semulajadi:
  1. Buckhorn bark - melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  2. Licorice root - membantu proses detoksifikasi
    3. Fennel seeds - mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan                 makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan         untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
    4. Anise seeds - merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu                 proses pencernaan
    5. Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina              untuk digunakan sebagai antibiotik
    6. Blue malva flower - membantu proses detoksifikasi danmengimbangi             tekstur kulit
     7. Culver's root - membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
     8. Alfalfa leaves - membersihkan usus, darah dan hati.
     9.Senna leaves - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada               usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan             penyerapan lemak.

Manfaat Utama

  •  Pembersihan najis yang tersekat.
  •  Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut    kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  •  Membantu masalah sembelit.
  •  Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula   proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut. 



BAGAIMANA CARA MAKAN HERB-LAX?

Ramai yang bertanyakan bagaimana cara mengambil Herb-Lax ini. Ia sesuai untuk anak-kanak 12 tahun ke atas dan dewasa.
·         Untuk kesihatan berpanjangan - makan 2 kali seminggu (4 biji setiap kali sebelum tidur)
·         Untuk membersihkan usus/ masalah sembelit, detox dan mengawal berat badan - makan setiap malam. 2-4 biji sebelum tidur



ATTENTIONNNN!!

·   Mereka yang mempunyai masalah penghadaman yang lemah mungkin akan mengalami cirit-birit pada awal pengambilan Herb-Lax. 

·   Untuk keadaan normal, kebiasaan Herb-Lax akan bertindak setelah 6 hingga 12 jam ia diambil.

·   Mereka yang mempunyai masalah sembelit boleh meningkatkan pengambilan Herb-Lax kepada 5-8 biji sehari, dan boleh kembali kepada dos asal apabila proses perkumuhan kembali normal.

    Anda tidak boleh hanya bergantung kepada suplemen semata mata.Amalkan pemakanan sihat dengan memperbanyakkan buah buahan dan sayur sayuran melalui diet yang seimbang seperti yang dicadangkan di atas



SUHAILA
0108798077
PENGEDAR SHAKLEE MELAKA,
MASJID TANAH,
KUALA SUNGAI BARU,
PENGAKALAN BALAK,
SUNGAI UDANG,
ALOR GAJAH



fb: https://www.facebook.com/suhaila.abdul












No comments:

Post a Comment