Assalamualaikum..salam ceria semua ..hari ni kak su nak berkongsi pengalaman tentang cara mengurus anak yang ramai (ramai ke?) supaya kita ibu ayah tak perlu kerja lebih masa..hihi..kisah ni bermula bila mak mak kawan sepejabat asyik mengomen tentang kerja rumah..letih bila balik rumah..kena basuh kain, kemas rumah, gosok baju dan macam macam lagilah nak buat.So alkisahnya kakak sorang ni pun keluarlah cerita dia.Dia ada anak 5 dan semuanya lelaki."Akak kat rumah , akak sorang je perempuan.Dalam rumah tu 5 anak lelaki dan sorang suami..hihi. Kat rumah akak jadi puteri, suami masak anak anak yang lain ada tugas masing masing"..so kitorang ni melopong dengar dia bercerita..so hasil dari kisah dia tu ,kak su cuba apply kat anak anak..wow..memang berjaya ...tak yah buat kerja lebih masa tau...sekali sekala tu biasa la kan...
Anak sulung kak su lelaki Firdaus 17 tahun, Dina 14 tahun, Faiz 12 tahun, Dania 7 tahun dan Faheimy 3 tahun..Selang bunga..walaupun badan akak ni kecik..dapat juga Allah kurniakan saya 5 cahaya mata..alhamdulillah
Jom la korang baca pengalaman akak ni..kalau boleh la try, ..kalau tak..abaikan saja...hihi..Macam macam kerenah anak anak nih..
TIPS HANDLE 5 ANAK
1.Mulakan dari usia masih kecil
Anak anak saya dah ajar dari mula sekolah darjah satu lagi..basuh kasut sekolah sendiri ,gosok baju sekolah sendiri...kalau ibu nak gosok ..4 orang punya baju..sekolah pagi sekolah petang..fuh..alamatnya memang tak dapat buat kerja lain la jawabnya..mula mula memang diorang tak nak..kalau tak nak..suruh sampai nak..ajar la macamna nak basuh kasut,nak gosok baju..jangan marah kalau diorang buat tak elok, terima je..lama lama ok la..
2.Memberi tugasan secara adil
Setiap orang ada tugas sendiri untuk tolong ibu, Firdaus akan tolong basuh baju,..pakai mesin basuh ok..bukan basuh pakai tangan..lepas masuk baju dlm mesin dia..bumm tido..bila dah siap..dia la tukang sidai..
Dina..tugasnya, angkat kain...sebelum abang sidai,kain dah siap angkat..lepas tu dina akan lipat kain masa tengok tv cerita indon.....tapi kalau mak nye tak check..kang mata dia yang bulat tu jer menonton..tangan nya beku..hehe..
Majlis perbandaran Londang tugas Faiz..hehe..sampah ada dua ..satu sampah kering satu sampah basah..yang basah..kasi itik nenek..kenyang itik nenek..yang kering bakar kat tempat sampah...
Dania dengan Faheimy..diorang paling best..tukang sepah..tapi..tukang kemas mainan..tugas Dania lah..Faheimy akan tolong kakak kemas mainan juga.Kalau tak kemas ibu sapu dan buang terus dalam tong sampah..keke
3.Menjaga kebersihan hak milik persendirian
Tugas lain..tandas..sapa punya tandas dialah cuci.. QC akan check.kalau tak bersih..cuci semula...
Bilik tidur..tak pernah ibu kemaskan..sapa tidur..dialah yang kemas..mula mula memang la senget benget..tapi lama lama lepas kena sound ..elok lah..
baju yang dah berlipat..pun sendiri angkat..sendiri susun..ibu biasalah..QC ...tak elok ,kena tegur..susun semula..
4.Memberi tempoh masa untuk selesaikan tugasan
Paling best ialah masa bulan puasa..selepas ibu selesai masak..Dina tukang hidang..Firdaus buat air, Faiz susun cawan dan pinggan..Dania kadang kadang tukang susun sejadah untuk solat berjemaah Maghrib..Feheimy...tukang tumpahkan air..
Lepas berbuka..solat..sambung makan..Firdaus ,Dina dengan Faiz akan bergilir-gilir kemas meja, basuh pinggan dan buang sampah...setiap hari sepanjang bulan Ramadhan...so lepas solat maghrib,memang semua di dapur dah clear dan bersih dah...So ibu akan pastikan semua kerja siap dalam masa yang diberi.Macam tu juga kerja kerja seharian.Tugasan mesti siap dlam masa yang ibu beri.
5.Memberi ruang untuk rehatkan diri dan menyelesaikan tugasan sekolah dan aktiviti yang digemari.
Lepas selesai solat maghrib, mereka semua ada tugasan masing-masing, mengaji Quran , Faiz tiap tiap malam kelas tusyen, siapkan homework, ulangkaji dan faheimy..penyeri rumah dengan keletahnya akan lelap menjelang 8.30 malam..
Cuti sekolah bolehla pergi bercuti, jalan jalan dan main game...beri peluang mereka buat akiviti yang digemari...
Haaa..itu lah ceritanya macamna nak handle anak saya....bila semua dah ada tugasan,tak dalah nak jelous..Sekaranglah masanya kita nak didik mereka untuk bantu mak ayah kat rumah..kalau tidak mereka siapa lagi..Cuma ,biasalah la kan ,anak anak ni..kena banyak kali diulang ulang ..kalau tak disuruh tak buat..bila dah selalu buat ,akan jadi habit..biarlah lelaki juga diajar untuk membantu kerja kerja rumah..nanti bila dah berkeluarga dah tak kekok nak bantu isteri..tak gitu..?
#duniakuinspirasiku...salam ceria...from kak su
Wah.. hebatnya.
ReplyDeleteKalau macam ni, mak ayah pun dapat rehat sekali.