Pengalaman pertama melahirkan anak adalah suatu yang baru dalam hidup .Jadi banyak benda yang mesti dipelajari.Melihat tali pusat anak sendiri yang masih basah dan risau untuk membersihkannya, takut-takut si kecil terasa sakit.Jom kita pelajari macamna nak uruskan tali pusat bayi.
6 LANGKAH URUSKAN TALI PUSAT BAYI
1. Setiap kali menukar lampin , bahagian tali pusat mesti dibersihkan dan dikeringkan dengan menggunakan putik kapas.Biasanya putik kapas tersebut dibasahan dan bersihkan disekeliling tali pusat bayi.Biasanya bayi tidak dimandikan selagi tali pusat belum gugur, jadi memadai dengan mengelap dengan tuala basah.
2.Ulang dengan menggunakan putik kapas baru dengan menggunakan spirit( cecair jernih sejuk) biasanya dibekalkan selepas keluar dari hospital bersalin.Semakin kerap tali pusat dikeringkan dan disapu dengan spirit ,semakin cepat tali pusat akan jatuh.Ini berdasarkan pengalaman urus 5 orang anak.
3.Pastikan semasa memakai lampin, bahagian tali pusat bayi tidak ditutup.Biasanya lampin pakai buang baby born memang ada yang direka khas dimana bahagian pusat lebih melengkung supaya tidak terkena pusat bayi.Jika bahagian pusat tersebut tertutup , risiko jangkitan kuman kerana kawasan tersebut mungkin lembab dan mudah dijangkiti.
4.Tali pusat biasanya akan gugur dalam tempoh 7 hingga 10 hari.Bergantung kepada bayi juga.Ada kalanya 4 hari dah jatuh tali pusatnya.
5.Elakkan bayi dimandikan dalam keadaan berendam kerana dikuatiri bahagian tali pusat akan kembang .Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke dalam bahagian berkenaan
6.Apabila tali pusat telah gugur, setiap kali selepas mandi, gunakan sehelai sirih atau daun mengkudu yang dilayur diatas api pelita dan tuamlah dibahagian pusat, ari-ari dan juga dibahagian testis atau kemaluan bayi.Jangan panas panas tau..kemudian daun sirih tersebut diletakkan sekali dibahagian perut bayi dan dada semasa memakaikan lampin dan barut.Petua ini bagi mengelakkan bayi kembung perut atau bagi bayi lelaki, untuk mengurangkan risiko angin pasang...
Daun mengkudu
Daun sireh
Petua yg sangat berguna...insyallah akan guna pakai nanti....Amin
ReplyDelete