Friday 6 November 2015

APABILA ASETKU SUDAH TIDAK BERGUNA LAGI

18 tahun yang lalu kisah bermula bila mak tiba tiba jatuh dari katil.Pada mulanya kami adik beradik sambil sambil ketawa bila mak cerita pada kami mak jatuh katil,..macam budak budak pula  mak ni..mujurla katil tu tak tinggi sangat..mak pun macam ok jer..siap gelak gelak lagi dengan kami...
Tapi selepas beberapa hari mak jatuh dari katil, mak mula rasa tak sihat, mak sering demam demam dan tak ceria seperti selalu.Sehinggalah pada suatu hari mak bagitahu yang mak rasa ada sesuatu benjolan di bahagian ketiak sebelah kanan.Aku pun tak faham apa apa masatu.Abah bawa mak ke klinik untuk buat pemeriksaan.Selepas beberapa kali rawatan maka akhirnya mak disahkan menghidapi kanser payudara.Tapi mak dan abah tabah menghadapinya.
Selepas pengesahan mak menghidapi kanser, mak mula sering tidak sihat.Macam-macam ubat mak makan..pantang sebut tempat orang berubat abah mesti bawa mak pergi...rawatan traditional dan juga ubat doktor..Mak makan ubat  dari pokok pokok herba...dan macam-macam daun lagi...Namun atas nasihat doktor , akhirnya payudara kanan mak terpaksa juga dibuang.Tenangnya mak ketika itu.Demi menjaga agar sel kanser  tidak merebak terpaksalah diturutkan jua saranan doktor.

kanser payudara
Tekanan perasaan selepas disahkan mengidap kanser payudara
Selepas operation tu maka mak kehilangan asetnya sebagai seorang wanita..sedih hati tengok mak..tapi mak seorang yang sangat tabah dan sabar..rawatan susulan sentiasa dilakukan.Ubat yang menimbun.Selepas beberapa lama pembedahan tu mak nampaknya semakin sihat. Boleh berurusan seperti biasa, mengajar mengaji anak anak di kawasan kampung kami.Selalu aku lihat mak akan menggunakan tuala untuk menggantikan bahagian yang telah tak ada tu..sedihnya tengok mak...huhu...
Selepas 3 tahun kesihatan mak semakin merosot..apabila rawatan dijalankan didapati kanser mak telah merebak sehingga ke tulang.Mak sudah mula didak boleh bangun dan berjalan.Badan mak mula kurus dan tidak lalu makan.Kimoterapi yang mak jalankan membuatkan rambut mak semuanya gugur.Kukunya mula hitam, sehinggabulu roma juga gugur. Berulang abah bawa mak ulang alik ke hospital untuk buat kimoterapi.
Kesakitan yang amat sangat sehingga tak sanggup aku lihat mak menangis kesakitan..Sampai aku sendiri menangis teresak esak tengok mak tahan sakit...Ya Allah.....hanya Allah yang tahu.Badan mak kurus kering.Tubuh kecil mak sudah tidak berisi lagi.hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Tubuh mak dikendong abah atau abang ke bilik air.Wajah mak yang sayu dan cengkung sudah tidak bermaya.Suapan air dan hanya makanan lembut sahaja sebagai pengalas perut..
Suatu hari..mak menangis sambil berkata..'kalau abah nak kawin lain ,kawinlah..aku hanya mampu menangis...' selepas tu mak diam dan menangis..sedihnya..selama mak sakit abah jaga mak...tak pernah abah abaikan mak...setia abah pada mak..sehinggalah kanser mak sudah melarat keseluruh tulang dan paru paru..pada badan mak mula tumbuh benjolan benjolan ..dan kata doktor ,apabila benjolan tu pecah, mungkin mak sudah tiada harapan lagi...
Tangal 14 Jun 1998, hari Jumaat ketika azan zohor sedang berkumandang, saat-saat paling getir kami 6 beradik menghadapi sakaratul maut mak...Abah juga disisi..akhirnya mak pergi meninggalkan kami..dia pergi buat selama-lamanya setelah hampir 7 tahun bertarung nyawa melawan kanser payudara..ketika tu aku sedang mengandungkan anak sulung yang berusia 6 bulan..ketika tu mak belum sempat merasai gaji pertama aku kerana baru mula mengajar.Alangkah sedihnya hati kehilangan insan  yang paling kusayang dalam dunia ni.Damailah engkau disana wahai ibu..semoga engkau ditempatkan dikalangan insan insan yang beriman...Al Fatihah buat mak...
Biarlah kesakitan mak itu berlalu pergi..kerana sejarah dan pengalaman mak mengidap kanser payudara membuatkan aku agak fobia bila mendengar tentang penyakit ni.Ini bermakna aku juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit yang sama.Sekarang usia aku  juga sudah memasuki angka 40 tahun.Sebagai langkah pencegahan, aku memang sentiasa cuba mengamalkan pemakan sihat, dan baru baru ini ada buat pemeriksaan payudara iaitu memogram disalah sebuah hospital swasta.
Untuk pengetahuan semua..jika kita berusia 40 tahun keatas, kita diberi pelung untuk membuat memogram secara percuma.Jangan takut ..tak sakit pun..Pergi buat pemeriksaan di klinik kesihatan berhampiran dan bagitahu yang kita nak buat pemeriksaan payudara, nurse akan bagi borang untuk diisi, kemudian temujanji pemeriksaan akan diuruskan oleh klinik dengan hospital berkenaan.Rawatan tu  percuma untuk usia 40 tahun ke atas.Ini tak bermakna korang yag muda-muda tak berisiko juga tau.Sentiasalah buat pemeriksaan sendiri atau jumpa doktor

memogram

HASIL DARI MEMOGRAM

memogram



Alhamdulillah, hasil dari rawatan tersebut saya bebas dari kanser payudara.Saya tidak mahu kehilangan aset melalui penyakit yang membunuh ini.Nauzubillah..ketahuilah teman teman..jomlah amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup sihat.Kaum wanita sangat obses dengan kecantikan, nasihat saya supaya sebelum mengambil sebarang produk kecantikan, sila pastikan ianya selamat dimakan untuk jangkamasa panjang.Pastikan ia ada kajian saintifik dari pakar kesihatan yang bertauliah...
Jom kawan kawan check diri kita..adakah kita adalah tergolong dalam golongan yang berisiko kehilangan aset kita itu?
Faktor Risiko tidak boleh di kawal :
  • Umur-Semakin berumur semakin tinggi kemungkinan mendapatnya. Wanita berumur 50 tahun ke atas mempunyai 8-10 kali ganda kemungkinan mendapat kanser berbanding umur muda.
  • Wanita mempunyai 100 kali ganda risiko berbanding dengan lelaki.
  • Sejarah keluarga- sekiranya anda ada sejarah keluarga kanser payudara, anda adalah berisiko tinggi. 4.
  • Sejarah lalu kanser payudara- sekiranya anda telah didiagnosa kanser payudara waktu dulu, anda lebih berisiko mendapat kanser payudara sekarang.
  • Tempoh haid- lebih awal datang haid yang pertama, anda berisiko mendapatnya semasa anda telah berumur.
  • Faktor keturunan- 5%-10% berkaitan dengan mutasi gen. Gen BRCA1 dan BRCA2 adalah gen utama ( 80% dari semua gen).
Faktor Risiko Boleh di Kawal
  • Penyusuan- wanita yang menyusukan anak dalam tempoh 1-2 tahun akan mengurangkan risiko mendapat kanser payudara.
  • Alkohol- wanita mengambil minuman beralkohol berisiko 1.5 kali ganda lebih tinggi dari wanita yang tidak mengambil alcohol 2.5 gbs.
  • Senaman- wanita yang melakukan senaman berterusan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Kajian menunjukkan senaman 30 minit sehari untuk 5 hari seminggu adalah mencukupi.
Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada kita semua, Mencegah adalah lebih baik dari merawat...

Salam sayang
-kak su-

3 comments:

  1. Tahniah punya blog with very nice info. saya pernah lalui saat getir seperti ini dengan mak mertua.... memang seluruh keluarga akan merasa sakitnya. Menjaga dengan penuh keinsafan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah huzaimah Maya dapat jaga mak mertua.Saya duduk jauh dari mak.jadi masa cuti je dapat jaga mak.Sedih memang sedih.Tapi apa kan daya.semoga mak mertua huzaimah dan ibu saya ditempatkan dikalangan orang beriman

      Delete
  2. Assalamualaikum..sedih saya baca kisah mak puan. Semoga rohnya ditempakan dikalangan orang beriman.

    ReplyDelete