Monday, 18 January 2016

APAKAH DEHIDRASI DAN STROK HABA

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan hari ini mengeluarkan garis panduan kepada orang ramai dalam berhadapan dengan fenomena El Nino kuat yang menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, fenomena El Nino menyebabkan kelembapan berkurangan sehingga 60 peratus dan kenaikan suhu sehingga 2.0 darjah celcius berbanding biasa.
“Pada hari biasa suhu maksimum di antara 28.6 darjah celcius dan 35 darjah celcius manakala semasa hari panas suhu maksimum di antara 35°C dan 37 °C.
Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
-SUMBER BERITA MEDIA
strok haba

APA ITU DEHIDRASI?

Dehidrasi adalah gangguan keseimbangan cairan dan elektrolit dalam tubuh.Dehidrasi terjadi kerana pengeluaran cairan tubuh yang berlebihan atau lebih besar dari penggunaan . 

Tanda-tanda dehidrasi

Dehidrasi ringan hingga dehidrasi sederhana- mulut kering ,bagi kanak-kanak mereka akan kurang aktif dari biasa , rasa haus , kurang kencing ,sedikit atau kurang air mata semasa menangis , kulit kering , sakit kepala, sembelit

Dehidrasi berat- rasa haus yang ekstrim , mudah marah dan kebingungann ,mulut kulit dan membran mukosa sangat kering, peluh sedikit walaupun udara panas, sedikit atau tidak buang air kecil, urin yang dikeluarkan berwarna kuning gelap kecoklatan, mata cengkung, kulit berkedut dan kering, ubun-ubun cekung pada bayi , tekanan darah rendah ,degupan jantung cepat, bernafas dengan cepat ,tidak ada air mata semasa menangis ,demam yang serius, tidak sedarkan diri.

APA ITU STROK HABA?

Strok haba berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal.Badan akan mengalami kenaikan suhu secara mendadak selain dari turut mengalami kegagalan berpeluh.Suhu badan indivivu yang mengalami strok haba biasanya akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit.Sekiranya strok haba tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal.



STROK HABA

No comments:

Post a Comment