Saturday, 12 March 2016

UJIAN UNTUK BAKAL PENGANTIN BARU

Assalamualaikum hai semua..
Musim cuti sekolah ,ramailah dikalangan anak-anak muda bakal menamatkan zaman bujang masing-masing.Sebelum mendirikan mahligai rumahtangga setiap pasangan wajib mengambil ujian saringan HIV.
Ujian saringan HIV merupakan salah satu syarat wajib kepada pasangan yang bakal berkahwin. Ujian ini hanya sah dibuat di klinik kerajaan sahaja. Semasa ujian saringan tersebut keputusan ujian darah akan menunjukkan bahawa anda positif atau negatif HIV dan dari sini juga  anda dapat mengenalpasti tahap kesihatan darah anda.Ada dikalangan bakal pengantin mengetahui bahawa mereka pengidap talsemia.Jika anda pengidap talasemia adakah anda tidak boleh berkahwin dengan pasangan anda yang normal?

Sebelum itu jom kita baca info-info tentang talasemia supaya anda boleh mengetahui kesan pembawa talasemia kepada suami atau anak jika anda berkahwin.
TALASEMIA


Apa itu talasemia?

Talasemia adalah penyakit genetik sel darah merah.Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.

TALASEMIA

Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang di warisi dari ibu atau bapa kepada anak melalui gen. Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut.

 Ianya tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.

Zat besi yang diperoleh tubuh dari makanan digunakan oleh sumsum tulang untuk menghasilkan hemoglobin . Hemoglobin yang terdapat dalam sel darah merah berfungsi membawa oksigen dari paru - paru ke seluruh anggota badan . Pesakit talasemia mempunyai kadar hemoglobin yang berfungsi dengan baik lebih rendah . Oleh kerana itu , tahap oksigen dalam tubuh pesakit talasemia lebih rendah .
TALASEMIA

Penularan TALASEMIA

Penghijrahan masyarakat dan juga perkahwinan campur antara berlainan bangsa dalam masyarakat telah menyumbang kepada penularan penyakit talasemia ini ke seluruh negara di dunia.


BAGAIMANA TALASEMIA DIWARISI KEPADA ANAK-ANAK?

Setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ianya diwarisi dari ibu dan sebahagiannya dari bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. 


PASANGAN 1



Kedua ibu bapa adalah normal. 
Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak. 


PASANGAN 2

Salah seorang ibu bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. 


Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ianya juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major. 

PASANGAN 3



Kedua ibu dan bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. 



Kemungkinan anak dilahirkan normal adalah 25% , kemungkinan anak adalah pembawa ialah 50% ( dikenali sebagai talasemia minor)  dan kemungkinan anak adalah pesakit (dikenali sebagai talasemia major) adalah 25%.


Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan Hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan

Jenis- jenis talasemia

Talasemia Major - Pesakit Talasemia 

Pesakit akan menunjukkan tanda-tanda sejak umur 3-18 bulan.Antara tanda-tanda ialah sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas ,perut buncit  disebabkan pembegkakan hari dan limpa ,tumbesaran terbantut ,dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar.

Talasemia Minor - pembawa,tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat. 

Pembawa gen tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi pembawa gen talasemia boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya
TALASEMIA

LANGKAH PENCEGAHAN MENGELAKKAN TALASEMIA OLEH BAKAL PENGANTIN

1.Jalani ujian saringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga pengidap talasemia
2.Jika anda mempunyai ciri talasemia dan ingin berkahwin , anda perlu bersikap terbuka dan berbincang dengan pasangan .Bakal pasangan perlu membuat ujian darah untuk mengetahui bahawa beliau mempunyai talasemia atau tidak.
3.Jika kedua-dua pasangan pembawa ciri talasemia , mereka perlu menghadiri sesi kaunseling genetik , kerana kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit talasemia major yang boleh membawa maut.

No comments:

Post a Comment