Assalamualaikum ..lama tak ke udara , rasa gian nak menulis pulak.Hari ni nak cerita tentang wanita lagi..tentang ibu-ibu lepas bersalin.Pernah tak korang tidak datang haid dalam tempoh yang lama selepas bersalin?Risau mana la tahu rupa-rupanya mengandung lagi.Anak baru 2 bulan.ngeri laaa hai..
Ni la kisah nak dikongsi.Kak su ni anak dah 5 tapi setiap kali habis pantang , haid mesti tak datang.Dari anak pertama sampailah anak yang ke 5.Disebabkan risau takut mengandung sebab tu kak su buat keputusan untuk makan pil pereancang.Selepas bersalin hari ke 30 kak su dah mula ambil pil perancang.Tapi anak ke 5 , kak su dah tak ambil perancang , doktor sarankan guna alat cegah hamil IUCD.
Ada orang kata kalau kita menyusukan anak sepenuhnya , kemungkinan besar haid tak datang mungkin sampai setahun atau mungkin juga sampai 2 tahun.Tapi tidak ada kitaran haid yang tepat bagi ibu menyusu secara ekslusif selama 6 bulan atau sehingga 2 tahun.
Selepas je bersalin, keadaan badan akan mengalami beberapa perubahan iaitu perubahan hormon.Tubuh kita sedang mengatur semula keseimbangan hormon.Pada ketika ni kita akan alami samada haid terlalu sedikit atau terlalu banyak.Tapi kalau haid sudah melebihi 15 hari, elokla buat pemeriksaan lanjut.
Disini kak su share penyebab haid kita tertunda..nak tau juga kan..pening kepala kalau anak merah lagi ,rupa-rupanya dalam perut dah berisi lagi..Beri perhatian ye adik-adik..hihi..
PENYEBAB HAID TERTUNDA SELEPAS BERSALIN
1. Perubahan gaya hidup dan tidak cukup rehat
Ni perkara biasa ibu-ibu alami terutamanya jika anak sulung.Kita tak mempunyai masa rehat yang cukup menyebakan badan terasa letih .Tidur pun tidak menentu kerana sibuk menguruskan anak kecil , menyusukan bayi atau terpaksa bangun berulang kali untuk menukar lampin
2.Penyususan secara ekslusif
Apabila ibu ibu menyusukan bayi secara ekslusif iaitu , bayi hanya menyusu ibu sahaja tanpa bantuan cecair lain seperti susu formula atau air kosong, akan menyebabkan badan akan menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid.Ketika penyusuan ini hormon prolaktin adalah tinggi menyebabkan kitaran haid tidak berlaku.
3. Emosi yang terganggu
Ibu-ibu tidak dapat menyesuailan diri dengan suasana baru selepas melahirkan anak .Emosi akan terganggu apabila tidak dapat mengendalikan anak dengan betul
4.Pemakanan kurang seimbang
Biasanya selepas bersalin , ibu-ibu akan melalui tempoh berpantang.Dalam tempoh tersebut ibu-ibu dilarang mengambil makanan tertentu dan ada kalanya larangan menu pemakanan yang ketat menyebakan kekurangan nutrisi dalam badan.Disamping menu pemakanan seharian, ibu ibu juga perlu mengambil makanan tambahan seperti susu, vitamin c , vitamin B dan zinc.
So lepas ni kalau dah tahu penyebab kenapa haid kita tak datang-datang, maka jangan la risau sangat.Pastikan walaupun kita terpaksa menguruskan bayi , kenalah pastikan segala masalah kita dikongsi bersama suami ..berbincang dan cuba atasi bersama.Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
obat pelangsing
ReplyDelete