Showing posts with label DUNIA GURU. Show all posts
Showing posts with label DUNIA GURU. Show all posts

Friday, 29 December 2017

KENANGAN TERAKHIR BERSAMA PENGETUA SMKGB 2016

2016 meninggalkan seribu kenangan...

Persaraan pengetua
Pengetua Khalijah memang sporting

Tak tau nak cakap..kenangan ni kenangan yang sangat menggembirakan ke kenangan paling syahdu..
.
Yang pastinya ia adalah kenangan yang sukar dilupakan..
. Tanggal 13 Mei 2016..hari bersejarah buat Pengetua SMK Ghafar Baba Pn Hjh Khalijah Abdul Rahman yang menamatkan tugasnya sebagai seorng guru selepas berpencen pada usia 56 tahun.

Dalam majlis ni saya bertugas sebagai penyambut tetamu di hotel..fikir punya fikir..maka dapatlah idea selepas discuss dgn adik manis Nurulakmal Namk..apa kaedah sambutan hari tu..

Semua dah dirancang..maka mc puan Rohana Karno dah bersedia dengan teks ucapan untuk di ungkapakan ketika tetamu istimewa kami masuk ke dewan..
.
nak cuba nasib..
.
maka saya memberanikan diri untuk cuba menjadi salah seorang dari pengacara sewaktu perarakan masuk..memecah tradisi hidup..selama ni tak pernah jadi MC..

Persaraan pengetua
First time baca sajak dalam prgram besar macam ni. Terharu, membaca dalam tangisan.

Siap sedia dengan barisan kadet polis yang mengiring masuk pengetua..bersama laluan di bawah  pedang ..perarakan di iringi gesekan biola by Que dan alunan piano oleh   Shene Kuha dan Audrah ..lagu yang paling saya suka..#Janam #Janam.. Maka tetamu istimewa kami pun melalui dibawah barisan pedang..dan kedengaran suara serak dr seorang wanita tua berbaju warna kuning bernama Suhaila Abdul yang mengalunkan puisi khas buat pengetua..tak tahan menanggung sebak..maka puisi tu dibaca dengan sebak..faham faham la.kalau baca time nangis...
.
Mana taknya..dah la ayat ayat tu yang sangat menyentuh hati..bunyi biola dan piano yang sayu..mana nak dapat tahan  air mata dari  jatuh..


Persaraan pengetua
Ku lihat dari hujung sudut..air mata jernih juga mengalir dipipi cikgu Khalijah..bila tiba dihujung laluan..beliau diberikan sejambak bunga oleh flower girl yang cantik..maka adegan lelehan air mata pun berlaku...hwaaaaaa...

Alhamdulillah..terima kasih Allah kerana turunkan idea walau tak seberapa tapi khas dari saya buat pengetua yang sangat banyak memberi sumber inspirasi  ...tak.kisah la kalau ada yang tak setuju dengan pendapat saya.
.
Dengan bantuan students..kadet polis yang macho..dengan all out my violin girl dan  piano girls....sangat2 memberi makna buat saya..kalau boleh nak diorang mainkan lagi sekarang.
.
Masih terasa saat itu..menusuk ke hati..
.
Dan selang beberapa hari..pengetua hantar telegram dan terharu dengan sambutan sebegitu padanya..Allahuakhbar..
.
And..thats is the last moment for me in smkgb..momen yang sukar di peroleh dan sukar dilupakan..
.
September 5..daku tinggalkn semua kenangan itu dalam lipatan sejarah hidup sebagai guru selama 6 tahun di situ...mungkinkah insan kerdil bernama suhaila abdul ini akan kembali ke sana? .hanya Allah yang tahu..
.
Yang bermula pasti akan berakhir..andai ada daku diingatan nescaya ia akan hilang ditelan masa..dan andai ia disimpan dalam doa..insyaAllah ia akan terus dalam ingatan..


Persaraan pengetua


Wednesday, 27 December 2017

CORETAN KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMK GHAFAR BABA PART 1

Musim persekolahan tahun 2018 sudah hampir bermula. Tahun 2018 adalah masuk tahun yang kedua cikgu su tak pergi sekolah untuk mengajar seperti 19 tahun yang lalu. Kadang kadang terasa rindu nak dengar anak anak murid ucap salam dan rindu bila setiap pagi cikgu su berada diperhimpunan mendengar doa doa dari anak anak murid membaca ayat ayat suci al quran. Jika dipanjangkan umur , habis belajar nanti cikgu su akan kembali kesekolah tapi tak pasti dimana akan di postingkan.

Dua hari lepas sempena nak masuk tahun baru, cikgu su kemas bilik bacaan dan terjumpa coretan ringkas yang ditulis oleh pelajar -pelajar 4ST2 tahun 2016. Sempat ajar dorang dalam 9 bulan jer. Ajar fizik. Tak sedar, tiba tiba air mata boleh menetes la pulak teringat dekat diorang semua..

Ntah la dorang masih ingat kat cikgu su atau tak lagi. Maklum la semua dah habis SPM . So hari ni cikgu su nak abadikan apa yang dicoretkan oleh mereka disini agar kertas coretan ni kekal selamanya dalah diari hidup cikgu su selamanya..

Seorang jejaka yang handsome. Nama diberi Afif Abqori. Cikgu su kenal rapat dengannya bila afif join pertandingan Petrosains Peringkat Sekolah. Nah..ni apa yang dia tulis untuk kali terakhir buat cikgu fizik dia..




"Terima kasih cikgu suhaila bt Abdul. Kerana mengajar saya tak pandai fizik, tak minata fizik terus jadi minat dan kira boleh lah bawa subjek ni. Terima kasih kerana didik kami semua dengan penuh kasih sayang dan bagi saya semangat semasa buat Petrosains shows. Thank you for everything and Ireally appreciate it cikgu.Sedih cikgu pindah, nak nangis tapi tahan je cikgu. Saya minat fizik sebab cikgu ajar memang faham. Cara cikgu ajar memang lain daripada yang lain. Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kalau buat cikgu marah,terguris hati. Saya minta maaf cikgu. Buat yang terbaik cikgu untuk master Cikgu!!.. 

Cikgu Suhaila Boleh! Kami sayang cikgu!

 Ada lagi coretan yang lain..nanti sambung ye..

Monday, 18 December 2017

PERBEZAAN KBSM DAN KSSM

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) adalah kurikulum persekolahan yang dilaksanakan di semua sekolah menengah. KSSM akan menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KSSM telah  dilaksanakan secara berperingkat-peringkat di sekolah menengah bermula dengan murid Tingkatan 1 mulai 2017. Pelaksanaan KSSM mengambil kira hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang menyarankan KBSM disemak semula.

kssm dan kbsm

KSSM diperkenalkan kerana terdapat keperluan untuk menjadikan Kurikulum Kebangsaan lebih holistik dan relevan selaras dengan keperluan abad 21. Di abad 21 , Negara memerlukan modal insan yang berfikiran krritis,kreatif dan inovatof seterusnya boleh member sumbangan kepada Negara dan mempunyai daya saing diperingkat global.  Murid yang mengukuti KSSM akan mempunyai cirri-ciri yang dihasratkan seperti kemahiran berfikir,komunikasi, kerja sepasukan,kepimpinan flexible, berinisiatif terarah kendiri,teknologi maklumat dan komunikasi ,keusahawanan, belajar sepanjang hayat dan kebolehan menyesuaikan diri.

Kurikulum standard dibangunkan mengikut suatu criteria yang ditetapkan berdasarkan persekolahan. Ia diterjemahkan melalui Standard Kandungan,Standard Pembelajaran dan Standard prestasi. Dokumen yang Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) digunakan bagi melaksanakan kurikulum semua mata pelajaran di bawah KSSM.
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula dilaksanakan di sekolahsekolah mulai tahun 1989 seterusnya pada 1998 ia ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah pada tahun 2014 kepada Kurikulum Standard Sekolah Menengah. KBSM digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara. Ia selaras dengan matlamat pendidikan Negara ke arah menghasilkan insan seimbang berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dalam rancangan KBSM ,pendidikan bersepadu merupakan satu strategi penting bagi menjalin dan mengadunkan unsure-unsur ilmu dan kemahiran,bahasa dan nilai-nilai dalam semua mata pelajaran.

Terdapat perbezaan diantara KBSM dan KSSM
  1. Rekabentuk kurikulum
Kerangka kurikulum KBSM berdasarkan 3 bidang iaitu komunikasi,manusia dan alam sekeliling dan pembangunan diri individu. Manakala KSSM berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi,perkembangan fizikal dan estetika,kemanusiaan,keterampilan diri, Sains Teknologi , engineering dan Matematik (STEM), serta kerohanian ,sikap dan nilai.  Rekabentuk kurikulum KBSM juga adalah berasaskan hasil pembelajaran manakala KSSM berasaskan Standard kandungan, satandard pembelajaran dan Standard prestasi
  1. Dokumen kurikulum
KBSM menggunakan sukatan pelajran dan huraian sukatan pelajaran manakala KSSM menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  1. Peruntukan masa
KBSM memperuntukkan masa mengikut minit seminggu manakala KSSM minimum jam setahun
  1. Organisasi kurikulum
KBSM dan KSSM mempunyai organisasi kurikulum yang sama iaitiu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib,mata pelajaran tambahan dan matapelajaran elektif.
  1. Elemen merentas kurikulum
KBSM dan KSSM masing masing menggunakan elemen Bahasa,Sains & Teknologi,Tekonologi Maklumat & Komunikasi(TMK),kelestarian alam ,nilai murini dan patriotism. Walaubagaimanapun KSSM mempunyai elemen tambahan iaitu kreativiti dan inovasi,keusahawanan dan kelestarian global.
  1. Penekanan pedagogi
KBSM dan KSSM menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, pembelajaran kontekstual,pembelajaran kolaboratif,pembelajaran berasaskan projek. Tetapi tambahan di dalam KSSM ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah, pendekatan konstruktivisme, pendekatan Science Technology ,Engineering and Mathematics (STEM).
  1. Jenis pentaksiran
Pentaksiran di dalam KBSM hanyalah secara sumatif dan formatif sahaja, manakala pentaksiran KSSM adalah berdasarkan Pentaksiran disuratkan dalan DSKP sebagai Standard Prestasi