Wednesday 27 December 2017

CORETAN KENANGAN BERSAMA PELAJAR SMK GHAFAR BABA PART 1

Musim persekolahan tahun 2018 sudah hampir bermula. Tahun 2018 adalah masuk tahun yang kedua cikgu su tak pergi sekolah untuk mengajar seperti 19 tahun yang lalu. Kadang kadang terasa rindu nak dengar anak anak murid ucap salam dan rindu bila setiap pagi cikgu su berada diperhimpunan mendengar doa doa dari anak anak murid membaca ayat ayat suci al quran. Jika dipanjangkan umur , habis belajar nanti cikgu su akan kembali kesekolah tapi tak pasti dimana akan di postingkan.

Dua hari lepas sempena nak masuk tahun baru, cikgu su kemas bilik bacaan dan terjumpa coretan ringkas yang ditulis oleh pelajar -pelajar 4ST2 tahun 2016. Sempat ajar dorang dalam 9 bulan jer. Ajar fizik. Tak sedar, tiba tiba air mata boleh menetes la pulak teringat dekat diorang semua..

Ntah la dorang masih ingat kat cikgu su atau tak lagi. Maklum la semua dah habis SPM . So hari ni cikgu su nak abadikan apa yang dicoretkan oleh mereka disini agar kertas coretan ni kekal selamanya dalah diari hidup cikgu su selamanya..

Seorang jejaka yang handsome. Nama diberi Afif Abqori. Cikgu su kenal rapat dengannya bila afif join pertandingan Petrosains Peringkat Sekolah. Nah..ni apa yang dia tulis untuk kali terakhir buat cikgu fizik dia..




"Terima kasih cikgu suhaila bt Abdul. Kerana mengajar saya tak pandai fizik, tak minata fizik terus jadi minat dan kira boleh lah bawa subjek ni. Terima kasih kerana didik kami semua dengan penuh kasih sayang dan bagi saya semangat semasa buat Petrosains shows. Thank you for everything and Ireally appreciate it cikgu.Sedih cikgu pindah, nak nangis tapi tahan je cikgu. Saya minat fizik sebab cikgu ajar memang faham. Cara cikgu ajar memang lain daripada yang lain. Saya nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki kalau buat cikgu marah,terguris hati. Saya minta maaf cikgu. Buat yang terbaik cikgu untuk master Cikgu!!.. 

Cikgu Suhaila Boleh! Kami sayang cikgu!

 Ada lagi coretan yang lain..nanti sambung ye..

No comments:

Post a Comment