Begitu pantas masa berlalu..diam tak diam sudah sampai ke penghujung 2014.Minggu hadapan bermula 3 november 2014 akan bermulalah "peperangan" di dalam dewan peperiksaan oleh calon calon SPM 2014.Segala ilmu yang di perolehi selama 5 tahun di sekolah menengah bakal dicoretkan di atas kertas kertas soalan peperiksaan nanti..Cukupkah persediaan ilmu untuk digunakan bagi menjawab soalan nanti?Persediaan mental dan fizikal untuk korang berjuang?
Sudah pastinya disaat saat akhir macam ni,korang akan lebih fokus untuk belajar terutamanya yang memang minat nak belajar di saat saat akhir..Yang dah buat persediaan dari awal diucapkan tahniah..yang study last minute pun tahniah...sebab korang bernasib baik kerana timbul kesedaran nak study sebelum mula exam..bukan sedar selepas exam...hehe..
5 ST DAN 5 S3..TRY YOUR BEST
Time beginilah baru mula nak bangun awal pagi untuk study dan buat amalan seperti solat hajat, solat tahajud, solat dhuha..
Alhamdulillah..semoga amalan ini dapat diteruskan biarpun tak menduduki peperiksaan saja..Time beginilah doa mesti panjang panjang untuk minta dipermudahkan menjawab soalan exam..dapat A fizik kimia biologi dan lain lain..
Beruntunglah kita sebab nak amik exam, kita baru nak ambil tahu cara solat2 sunat dhuha, tahajud atau solat hajat.Berbanding orang yang tidak mahu pun mahu mula .Mungkin dia merasakan diri ya terlalu hebat ataupun mungkin dia sudah berputus asa kerana sudah puas berdoa tapi doanya tidak diperkenankan...Jadikanlah waktu waktu penting ini untuk setiap amalan baik tersebut diteruskan walau bukan menduduki peperiksaan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud
"Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri yang akan membacakan kepada mereka ayat ayat(firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan (al quran) serta kebijaksanaan dan membersihkan hati dan jiwa mereka daripada syirik dan maksiat.Sesungguhnya Engkaulah Maha kuasa lagi Maha Bijaksana"
Nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengajar manusia,anak cucu dan keturunannya supaya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t.Sebenarnya doa adalah senjata paling ampuh yang dimiliki Nabi dan pengikut setia perjuangan kebenaran serta umat Islam seluruhnya..
Jika doa yang kita pohon setiap hari sampai saat ini belum diperkenankan pasti ada sebab mengapa ia belum diperkenankan.Siapa kita untuk mempersoalkan mengapa ia tidak diperkenankan? Hebatkah kita ?Cukupkah amalan kita? Berapa banyakkah dosa yang kita buat tanpa kita sedari? Banyakkah pahala kita?..Hanya Allah yang maha mengetahui
Sabda Rasulullah saw
" Aku adalah Rasul doa nenek moyangku Ibrahim dan khabar gembira yang diberitakan oleh nabi Isa" (riwayat Imam Ahmad)
Doa dimakbulkan Allah swt , tetapi disempurnakan pada masa yang wajar ditentukan mengikut hikmah dan kebijaksanaaNya tetapi kita sering gopoh dan minta disegerakan perkenanNya.Orang yang belum mempunyai hubungan rapat dengan Allah swt selalu dilanda jemu dan putus asa.
Allah murka kepada kita yang tidak berdoa atau memhon sesuatu kepadaNya kerana orang yang meninggalkan doa itu dikatakan sombong serta takbur.Allah swt suka orang memohon bantuanNya.
Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
Doa adalah ditujukan kepada Allah yang Maha Mendengar. Apa sahaja doa kita akan didengari Allah. Oleh yang demikian tak perlulah kita mengeraskan suara.
- Berdoa dengan penuh yakin
Hendaklah berdoa dengan penuh yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan. Dari Anas r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda”: “Apabila kamu berdoa, hendaklah kamu bersungguh-sungguh, yakin dalam doa (bahawa Allah taala mendengar dan mengabulkan). Janganlah kamu berdoa dengan kalimah: “Ya Allah, jika Engkau mahu, berilah aku!” Kerana sesungguhnya Allah Taala tidak dipaksa memenuhi sesuatu doa.” H.R. Anas r.a.
- Memohon Sebanyak Tiga Kali
Ulangilah doa sebanyak 3 kali. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w. jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali, dan jika baginda memohon baginda memohon sebanyak tiga kali. (H.R Bukhari dan Muslim)
- Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:
Sabda Rasul s.a.w.: Tiap tiap doa akan terhalang sehingga dia bersalawat kepada Nabi s.a.w. (Hadis Hasan) Doa hendaklah dimulakan dan diakhirkan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Menghadap qiblat.
Dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., katanya: Nabi Muhammad s.a.w. menghadap ke Ka’bah, lalu beliau berdoa mengutuk beberapa orang dari golongan Quraisy. H.R. Bukhari dan Muslim
- Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Abdullah Bin Omar (ra) berkata: Nabi Muhammad SAW. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu baginda berdoa: Ya Allah, aku berlepas diri kepada-Mu daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (dua kali). (Diriwayatkan oleh Al Bukhari)
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
- Berwudhu’ Sebelum Berdoa
Berkata Abu Musa (ra): Sebelum ‘Ubaid Abu ‘Amir meninggal dunia, dia telah berpesan kepada aku agar aku menyampaikan salamnya kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan memohon doanya agar Allah mengampuni dosa-dosanya. Ketika pesanan tersebut aku sampaikan kepada baginda Rasul s.a.w. lalu baginda menyuruhku agar mengambil sebekas air untuknya. Kemudian beliau berwudhu’ dan mengangkatkan kedua-dua tangannya sambil berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir; dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Abi ‘Amir dan aku melihat keputihan ketiak baginda. Baginda seterusnya berdoa): Ya Allah, jadikanlah dia pada Hari Kiamat sebagai orang yang mulia mengatasi kebanyakan makhluk-Mu. Lalu akupun berkata: Mohon ampunan jugalah untuk aku ya Rasulullah. Kemudian baginda berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa dosa Abdullah Bin Qais (Abu Musa), dan masukkanlah dia ke dalam tempat masuk yang mulia pada Hari Kiamat. (HR Imam Bukhari dan Imam Muslim)
- Berdoa Sambil Menangis
Dari Abdullah Bin ‘Amr Bin Al ‘Ash r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. membaca ucapan Nabi Isa a.s.: Ertinya: “Sekiranya Engkau seksakan mereka sesungguhnya mereka adalah hamba hamba-Mu, dan sekiranya Engkau ampuni mereka, sesungguhnya Engkau adalah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana”. (Al Maidah: 11)
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
- Berdoa Dengan Merendah Diri
Allah s.w.t. menceritakan tentang keadaan para Nabi ketika mereka memohon kepada-Nya, antaranya: “Dan (ingatlah kisah) Ayyub, ketika ia menyeru Tuhannya: (“Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang diantara semua penyayang.” (Al Anbiyaa: 83)
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Ada beberapa waktu berdoa yang mustajab menurut hadis dan al-Quran. Antaranya ialah ketika berpuasa, ketika sebelum berbuka, ketika hujan lebat, selepas berzikir dan sebagainya. Doa orang yang teraniaya atau dizalimi juga dimakbulkan, oleh yang demikian, janganlah kita menganiayai sesiapa sahaja.
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.
Kepada anak anak murid cikgu dan sesiapa juga yang membaca perkongsian ini..marilah kita sama sama- sama berdoa agar semua calon calon peperiksaan SPM atau STPM dapat menjawab dengan tenang dan dipermudahkan oleh Allah dan ditunjukkan jalan penyelesaian terbaik..dan semoga anak anak murid saya di SMK Ghafar Baba dapat meraih kejayaan yang diimpikan selama ini..
GOOD LUCK DEAR
Shaklee masjid tanah/Alor Gajah/Sg Udang/Kuala Sungai Baru/Pos satu Malaysia/su0108798077
No comments:
Post a Comment