Friday, 17 October 2014

15 AMALAN IBU MENGANDUNG LAHIR ANAK BIJAK

Ramai pulak kawan kawan yang mengandung  tahun ni..ada yang akan bersalin bulan november ni dan ramai juga yang akan bersalin tahun depan..Bila dikenang detik detik nak melahirkan , ngeri rasanya..Ngeri ngeri pun..keluar juga 5 orang....Alhamdulilah..itulah pengorbanan seorang isteri kepada seuaminya dan pengorbanan seorang ibu melahirkan anak anaknya..semoga setiap kesakitan yang dialami oleh si ibu dihitung dengan pahala sebagai bekalan di sana nanti..dan syurga itu dibawah telapak kaki ibu..bukan kaki ayah..hehe...

Cerita pasal mengandung ni..ada yang tanya..macamna nak dapatkan anak yang mempunyai tahap IQ yang tinggi.Ni yang nak kongsi ni..

Kajian oleh Helland el al (2008) membandingkan wanita mengandung A yang mengambil 1183 mg DHA (serta 803mg EPA) setiap hari mulai usia kandungan 17 minggu hingga 19 minggu dengan wanita B yang mengambil 10ml minyak jagung , menunjukkan wanita A melahirkan anak yang mempunyai tahap IQ iaitu tahap berfikir dan memahami yang lebih tinggi sehingga kanak kanak itu berusia 7 tahun berbanding  kanak kanak yang dilahirkan oleh wanita B yang mengambil minyak jagung.Anak A juga mempunyai kualiti tidur  dan imuniti yang  baik.Namun ransangan awal kepada anak juga mempengaruhi tahap IQ anak.

Kenapa makan minyak ikan dapat meningkatkan tahap IQ bayi ?

Minyak ikan kaya dengan sumber asid lemak omega 3, asid alfa linolenik.Asid lemak perlu ialah sejenis lemak yang perlu diambil daripada makanan.badan manusia tdak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

Terdapat beberapa asid lemak perlu iaitu asid lemak omega 3, asid alfa linolenik  dan asidlemak omega 6 asid linoleik.Asid lemak perlu akan menghsilkan sejenis bahan kimia yang dkenali sebagai eicosanoids.Salah satu bahan yang terdapat dalam kumpulan eicosanoids ialah prostaglandin. Ia merupakan bahan penting dalam sistem biologi manusia termasklah sistem imuniti , sistem pencernaan , proses eksperi gen, proses baik pulih sel  proses tekanan bendalir dan pengawal aturan suhu badan.

Asid lemak omega 3 mempunyai kesan biologi untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik seperti kencing manis ,tekanan darah tinggi, kanser, penyakit alzeimer , sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain lain. So kesimpulannya , setiap individu memerlukan asid lemak perlu untuk membolehkan sel badan berfungsi dengan baik.

Tiada usia khusus menetapkan pengambilan minyak ikan . Fetus didalam kandungan juga boleh mendapatkan asid lemak omega 3 melalui si ibu.

Bagaimana nak dapatkan minyak ikan yang berkualiti tinggi?

Of course daripada Omega Guard shaklee.....jom kita baca apa kelebihannya..KLIK DISINI

anak pintar


Selain dari mengamalkan makan minyak ikan untuk IQ anak..amalan ini juga perlu di amalkan ibu ibu semasa mengandung

  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Semoga bermanafaat..


COD : Masjid Tanah/Pengkalan Balak/Kuala Sg Baru/Sg Udang
POS : Seluruh Malaysia
FB: suhaila abdul

No comments:

Post a Comment