Saturday, 31 January 2015

KELAS PERTAMA dSUHAILA's TEACHING CENTRE

Alhamdulillah..syukur sangat.Tahun 2015 yang datang sangat bermakna pada diri saya.Terima kasih kepada suamiku yang tersayang Noor Azally bin Mohamad.Ni yang buat i jatuh cinta dengan you hari hari..hehe...
Kerana keprihatinan suamiku untuk membantu saya melengkapkan bilik yang dulu juga merupakan bilik tusyen saya sejak 2013.Dulu bilik tusyen ni sekadar biasa biasa saja,Anak murid datang tusyen duduk dikerusi plastik dan white board pun gantung sendiri..hehe..senget senget gitu..tapi tak pa..ramai anak murid saya  yang dah dapat ilmu kat sini.Tetapi sekarang bilik tusyen ini lebih selesa kerana dilengkapi kerusi ala ala kat bilik kuliah gitu..Kenapa saya beria-ia sangat nak melengkapkan blik tusyen saya ni..saya bagi dia nama "Suhaila's Teaching centre"
suhaila

Ceritanya begini..Mami Mia yang minta saya cadangkan tempat untuk buat kelas di Melaka.Survey punya survey dapat juga resort tetapi tak sediakan perkhidmatan wifi...mmmm..satu hari saya saja tanya cik suami..kut kut ada tahu orang nak jual kerusi tusyen terpakai..rupanya memang ada..so selang 2 , 3 hari en suami terus bawa balik..banyaknyerrrrrr...tapi  rupanya..nmmmm tak serupa kerusi..tapi selepas dibersihkan rupanya semua kerusi kerusi tu masih cantik cuma ada 3 ,4 kerusi yang betul betul dah rosak.

Tarikh untuk buat kelas dah ditetapkan..alamak..tarikh tersebut ramai pula yang tak free..kena tukar tarikh lain..akhirnya pilih 24 Januari 2015..pun penuh juga..saya dan beberapa orang rakan ada kursus dalam perkhidmaan la pulak..Akhirnya teraksa pilih juga tarikh tersebut walaupun agak pack....mulanya kelas nak buat sabtu pagi tapi terpaksa tukar..Program barbeque pada malamnya dan keesokan harinya kelas basic shaklee. Disebabkan kelas tersebut tak dapat tempat,so saya mencadangkan buat kat bilik tusyen saya saja..terima kasih sangat kat suami saya...sampai hari terakhir nak kelas tu masih lagi nak melengkapkan keperluan dalam bilik tusyen saya tu..pasang lampu dan kipas baru,tambah point lampu ,pasangkan white board baru...dan akhirnya lengkaplah juga bilik tusyen saya ni..
suhaila

Orang kuat tolog bakar bakar...

So hari yang dinanti sudah tiba..pada 24hb Januari tu kami buat barbeque ..bakau bakau..menu terbaoikkkk dari che za ..kambing dan ayam perap..sedap sehingga menjilat siku.kekeke...memang sedap..menu lain pun banyak, kami bawa sorang sikit makanan, bila dah campur campur banyak jadinya, sampai berlebih lebih...Yang lebih istimewa lagi ialah barbeque kami dihadiri oleh geng geng Fantastic 4..dari jauh mereka datang, Ainul dan baba Faiz, Zainora sekeluarga, Mama rama-rama a.k.a. Nurul sekeluarga..


suhaila

Jemput tengok


suhaila

suhaila

     









Selfie sat..muka letih tuuu..                                   Mami Mia punya slot

Esok paginya 25hb Januari 2015,kelas kami bersama cikgu cikgu dari Fantastic 4 .Adik beradik kami dari Johor pun sanggup turun ke Melaka untuk menuntut ilmu bersama sama ..Geng Happy Mom mamanya Anies, Zaza  dan Yana.Walaupun penat..tapi sangat berbaloi kami dapat ilmu dari taiko taiko geng Fantastic 4 nih...terharu sangat bila mereka dari jauh sanggup datang ke Melaka semata mata nak berkongsi ilmu kepada anak anak GMF dan terima kasih kepada mami kami Noor Azmiah Mohamad yang tak jemu jemu nak kami dapat ilmu dan berjaya sehingga ke puncak.......seronok betul dapat jumpa dan kongsi ilmu dengan otai otai..
suhaila
Geng bas sekolah dari Johor

Selepas ini boleh la kalau nak buat kelas kat rumah saya lagi..cuma bilik tusyennya tak canggih macam Faizland tuh...tapi dalam perancangan akan buat macam Faizland tu..insyaAllah..dan buat masa sekarang.. saya sendiri buat tusyen Fizik dan matematik dan ada guru lain juga ada menyewa  bilik tunsyen saya ini .So kalau ada yang berminat nak sewa untuk tusyen boleh la calling calling saya..
suhaila
Rehat  makan tengahari


K lah..tulah aje citer saya kali ni..jumpa lagi di lain post yer....cauuu..


suhaila

Bersama cikgu cikgu Fantstic 4#


No comments:

Post a Comment