Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya berpantang sebanyak 5 kali .Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada anda yang membaca.
7 Amalan Berpantang Yang Mesti Anda Cuba
- Amalan bertungku.Biasanya saya akan mula bertungku selepas 3 atau 4 hari apabila luka agak kering.Kata mak, tak leh bertungku hari pertama dan kedua,luka jahitan masih basah.Amalan bertungku sangat hebat.Biasanya saya menggunakan tungku besi yang dipanaskan kemudian dibalut dengan daun mengkudu dan kain tebal.Aroma daun mengkudu boleh release stress.Kat mana nak tungku?Haaaa...tungku kat peranakan..letakkan diabahagian atas ari ari dan tolakkan tungku perlahan lahan ke arah atas.Tujuannya untuk menaikan semula perakan kita yang sudah turun semasa bersalin.Bertungku di bahagian ini juga akan mepercepatkan peranakan kita kecut semula.Lepas tu sila letakkan tungku tersebut diseluruh bahagian punggung dan ke bawah.Letak tungku dengan satu satu bahagian seminit dua untuk membiarkan haba sampai ke urat saraf.Yang tak kurang penting juga..pastikan anda meletakkan tungku tersebut di tapak kaki.Bahagian tumit akan membantu perjalanan darah yang baik dibahagian peranakan.Anda akan merasakan badan akan lebih segar dan sihat selepas bertungku
- Ini petua mungkin orang lain tak buat kut..Mak saya akan sediakan bawang putih yang sudah dibuang kulit.Letakkan kat lubang telinga.Boleh pakai sampai kecut.Bila dah kecut tukar baru tau.Bawang putih tu guna dia untuk elakkan angin masuk dalam kepala.So itulah 'earphone' ai dalam pantang 44 hari.
- Mandi...tau dak..hari pertama bersalin mak tak bagi mandi.huhu..ada sebabnya...Mak kata orang bersalin baru baru 1 atau 2 hari tak leh mandi dulu..sejuk katanya.so saya akan mandi juga hari kedua tapi wajib dengan air suam.Minggu pertama bersalin mandi 2 hari sekali je tau.Bila hari yang tak mandi tu lap saja badan dengan tuala.Bila dah masuk seminggu hari hari boleh mandi tapi air mesti sentiasa air suam juga.Sampaila habis pantang.Sekali sekala mak akan bagi saya mandi dengan air rebusan daun pandan,serai wangi,daun daun herba yang lain.Fuhh..lepas mandi dengan air ni..badan memang rasa segar seharian.cubalah..
- Time makan ni la yang saya paling tak suka.Sepanjang berpantang terutamanya minggu pertama saya akan diberi sayur dan ikan yang direbus je.Kat melaka ni biasanya makan ikan parang.Haa..walaupun namanya parang..tapi orang melaka kata ikan ni tak bisa.So hari hari makan ikan parang.kaang kadang ikan parang goreng dengan halia dan kunyit hidup.Nak bagitau..semasa dalam pantang ni lah kita perlu sangat jaga pemakanan.Sumber protein mesti cukup sebab nak membaiki luka-luka yang kesan semasa bersalin.Badan mesti sihat untuk mengahasilkan lebih banyak air susu untuk bayi.So biasanya minggu pertama saya akan tertidur bersama dengan lauk-lauk yang tidak menyelerakan..Tu pasal berat badan saya boleh turun mendadak semasa dalam pantang.kalau boleh tak nak makan nasi.Bila masuk minggu ke 3 dan ke 4 ,dah boleh makan telur,daging atau ayam.Baru la best Makan pedas pedas pun tak boleh nanti anak tak tahan perut ,akan cirit birit pulak nanti.Dalam pantang tak boleh makan buah buahan seperti tembikai ,langsat,manggis..banyak lagi buah buah tempatan yang dikategirkan sebagai 'sejuk' oleh nenek moyang.Ada yang meroyan atau boleh kancing gigi kesan dari pemakanan yang salah.Supikan haruan..Kalau tak lalu nak telan ni..telan jer ZINC
- Amalan berurut.Selepas 3 atau 4 hari selepas bersalin pastinya saya akan berurut dengan bidan kampung.Bila bidan dah berurut badan akan terasa lebih segar dan sihat.Bidan juga akan membantu berurut bagi menggalakkan penghasilan susu ibu.Biasanya saya berurut dalam tempoh 7 hari berturut-turut.Mungkin orang yang melahirkan melaui pembedahan,agak merbahaya untuk berurut.4 dari 5 kali bidan yang mengurut mesti puji..hehe..apa yang dia puji?katanya peranakan saya cepat kecut.Tengok la sapa yang jaga..Ibu mertuaku sayang Pn Hjh Aminah Said.Berpengalaman melahirkan 8 orang anak.Terima kasih mak.
- .Amalan makan jamu semasa dalam pantang memang sangat membantu untuk mengecutkan semula rahim serta melancarkan perjalanan darah.Makanan tambahan dan vitamin yang sesuai juga penting untuk memastikan badan sihat dan dapat menghasilkan susu ibu yang cukup kepada si bayi .Makanan tambahan atau vitamin juga dapat membantu mengembalikan wajah cantik si ibu malahan boleh lebih anggun dari sebelum beranak.Jika badan sihat maka lahirlah wajah yang cantik.Vitamin di bawah boleh diamalkan terus oleh si ibu sebaik sahaja melahirkan bayi.Tablet dan sangat senang ditelan...pasti gebu dan sihat dan anggun si ibu
- Amalan memakai bengkung.Ini adalah perkara wajib yang mesti saya akan buat.Selepas sahaja berada di dalam wad bersalin saya akan memakai bengkung.Bengkung yang mudah dipakai dan dibuka iaitu bengkung zap on.Kerana semasa dalam wad keadaan kita yang masih belum cukup kuat ,bengkung dapat membantu perut saya terasa lebih padat dan terasa selesa apabila memakainya.Lagi pun bengkung zap on ini mudah dibuka dan dipakai ketika keadaan kita masih lemah.Selepas beberapa hari saya kan bertukar bengkung iaitu bengkung kain yang lebih panjang dan boleh diikat dengan lebih ketat dan selesa.Rugi tau tak pakai bengkung.nanti perut kita akan buncit macam mengandung 5 bulan pulak.Biasanya saya akan memakai bengkung selama 44 hari tanpa jemu.Selepas 44 hari kadang kadang pakai dan kadang kadang tidak.
Ha tu ajer nak dikongsikan untuk hari ini..korang mesti jaga tau badan semasa dalam pantang..kembalikan bentuk badan dan wajah yang segar lebih cantik dan gebu daripada sebelum kahwin..Kalau semasa sebelum kahwin, sibuk nak diet segala bagai..jaga badan la..tapi bila dah kahwin semua dah tak endah lagi...salah tu..berhiaslah dan cantikkanlah diri kita ,bukan untuk orang lain..tapi untuk suami kita juga....
Ikuti kisah Salwa Salleh seorang ibu gemuk yang dapat menurunkan berat badannya selepas bersalin sehingga 20 kg...Wah hebat tu..Jom kita layan video ni..Kurus Selepas Bersalin Sampai Turun 20kg! Wow! from iReach HD on Vimeo.
Pengedar Shaklee Masjid Tanah
ID949183
010 8798077
No comments:
Post a Comment