Lama sangat saya tak update blog kan..hari ni baru dapat masa paling free..so bangun awal pagi siapkan makan minum hingga untuk lunch...kemas rumah..dan mesti duduk depan komputer pukul 10 pagi...sebab dah niat nak update blog..so hari ni saya nak sharing dengan korang tentang pengalaman saya nak atasi stress..
Saya seorang guru..di sekolah Kluster Kecemerlangan..boleh katakan setiap hari kami cikgu cikgu akan pulang lewat ..sebab setiap hari akan ada program sekolah samada kelas tambahan, aktiviti kokurikulum , program program yang telah dirancang dan banyaakkkk sangat program -program yang tidak dirancang tapi mesti dijalankan ..ada yang ad- hoc...tak kira waktu sekolah atau sabtu ahad..kami cikgu cikgu berkampung kat sekolah...Sekolah kami juga selalu sangat dipilih jadi tuan rumah..apa lagi..kalau tuan rumah kojo lebih la kan...
Agaknya la kan..kalau dah pergi sekolah jam 6.45 pagi..sampai rumah kul 6 petang..kalau tak stress..memang power la orang tu kan..bohong la tak stress..nak siapkan kerja kat sekolah..balik rumah nak uruskan hal keluarga lagi..nak ajar anak pula kat rumah..yang nak ambil SPM, UPSR ..macam macam exam nak dihadap...24 jam sehari berlalu dengan sangat pantas..rasa macam tak cukup jer masa tu..nak cerita kat sini..walaupun kerja sekolah ada ..saya tak juga stop buat bisness on line..dah jadi kebiasaan nak bisness ni..so masa saya memang tak akan ada yang terluang..
Dalam dok nak settle kerja wajib, kerja sunat dan kerja harus saya ni...of course la saya akan rasa stress..bohong hari hari happy..khannn..ada masa sampai sakit kepala..badan letih..nak makan pun tak lalu..sehingga satu tahap boleh jadi migrain ..oh stress..kenapa kau hadir dalam hidup ku..
6 CARA SAYA ATASI STRESS
1.Untuk saya tidak alami stress keterlaluan , saya harus niatkan semua kerja saya lakukan adalah kerana Allah..bersyukur saya diberi peluang untuk berkhidmat dan mendidik klien saya iaitu anak anak murid saya sehingga mencapai satu tahap yang sangat membanggakan..biarlah saya kerja teruk berhabis habisan dan saya dapat melihat kejayaan mereka suatu hari nanti..tak kira anak atau anak murid..bila mereka berjaya..pastinya itulah pengubat duka dan stress saya..Baru baru ni anak murid saya telah menjadi Johan peringkat negeri untuk Pertandingan Persembahan Sains Petrosains dan akan keperingkat kebangsaan Oktober nanti..ni la dia pengubat stress saya yang paling berkesan..i'm happy yang amat..Alhamdulillah syukur..segala penat lelah..masa tenaga dikorbankan..akhirnya Allah bayar dengan kegembiraan..
2.Kalau balik dari kerja ..badan terasa letih dan pening..lepas solat saya akan terus mandi dengan air suam..segarnya badan..mandi lama lama sikit yer...sambil sambil tu nyanyi lagu kegemaran...dapat pula sabun yang bau harum..bau lavender..wahhh..lagi best..rasa lega sangat..
3.Shopping..kalau stress pergilah kedai kegemaran..window shopping pun okey..senyum jer tengok baju baju cantik..belila sekali..lagi boleh hilangkan stress..seronok tau shopping..terapi yang boleh menambahkan hati gembira..dapat baju cantik..hihi
4. Bila stress, seronok kalau dapat bergumpal , bergomol dengan faheimy..geletek dia sampai dia ketawa berdekah dekah..ibu pun turut ketawa..cubalah ..of course hilang semua rasa stress korang tau..hilai ketawa anak adalah satu anugerah terindah..bila anak gembira ,hati ibu pun akan gembira..
5. Stress saya akan reda selepas mengadu dengan Allah..tak kira waktu dan masa..lebih berkesan kalau mengadu waktu malam..tanpa ada gangguan bunyi bising..adulah sepuas puasnya..nangislah sepuas-puanya..Bacalah surah Al insyirah..dalami maksudnya..insyaAllah hati akan menjadi tenang..
AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian dada)
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian bahu)
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian pinggul kebawah)
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
( baca ayat ini tiupkan di tangan sapu dibahagian muka ke arah atas)
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
6.Stress..stress..banyak kerja..sampai jer rumah..mesti cari ostematrix dengan b complex..ni suplimen paling best sekali nak atasi stress..ambil 4 biji ostematrix..2 biji b complex..dapat lelap kejap dalam 1/2 jam..badan akan rasa segar..tak dak nak stress lagi..best giler dua suplimen ni..korang kalau nak try mai beli kat saya..saya ada jual tau..murah sangat larr....dua dua suplimen ni selalu sold out..hots tau..lagipun ostematrix dengan b complex ni semulajadi..no chemicals okeyyy...
Rasanya sampai sini jer kot perkongsian cara nak atasi stress ni..kalau korang ada cara lain yang lagi best..why not ..silalah sharing kat comment ye..sharing is caring...jangan biarkan diri anda diselubungi STRESS!!!!!!
No comments:
Post a Comment