Monday 24 August 2015

TANDA-TANDA KEKURANGAN PLATLET DARAH

Dalam entry lepas saya kongsikan kisah teman saya yang mengalami platlet rendah semasa mengandung.So di sini saya nak kongsikan info tentang platlet darah .


Platelet ialah sel-sel dalam darah anda. Sel-sel ini membantu membekukan darah ketika perlu. Jumlah platelet yang normal ialah di antara 150 dan 400 juga bagi setiap mililiter darah. Kebanyakan wanita hamil mempunyai jumlah platelet yang normal tetapi kira-kira lapan peratus daripada mereka mempunyai jumlah platelet yang kurang sedikit.


Jika jumlah platelet jatuh hingga di bawah tahap normal ketika anda hamil, doktor akan menyifatkan anda menghidap trombositopenia gestasi (gestational thrombocyto.penia). Jumlah platelet anda dianggap di bawah paras normal jika kiraannya di antara 100 dan 150 juta per mililiter darah.
Trombositopenia gestasi biasanya berlaku dalam trimester ketiga. Ia tidak menyebabkan sebarang masalah kepada anda ataupun bayi dalam kendungan. Tahap platelet anda akan kembali ke paras normal selepas bayi dilahirkan.



Pengurangan jumlah platelet ini dikaitkan dengan kehamilan. Pakar masih tidak benar-benar pasti mengapa ia berlaku, tetapi terdapat dua faktor yang mungkin memainkan peranan:



  • Badan  secara semula jadinya memusnahkan platelet jika ia tidak digunakan dan menggantikannya dengan yang baru. Dalam kehamilan, proses ini dipercepatkan. Akibatnya, anda mempunyai platelet yang kurang dalam darah, tetapi platelet anda lebih muda dan lebih besar.
  • Ketika hamil, badan  menghasilkan lebih banyak plasma, iaitu bahagian cecair dalam darah. Ini bermakna, terdapat kurang platelet bagi setiap mililiter darah. Walau bagaimanapun, ini tidak mengganggu fungsi platelet. Ia masih boleh melakukan tugasnya dengan baik.
Keputusan ujian darah anda biasanya ditulis dalam nota materniti . Jumlah kiraan platelet kelihatan seperti ini: Plat. 160x10.9/L. Ini bermakna anda mempunyai jumlah platelet 160, iaitu jumlah yang normal.



Jika jumlah platelet anda rendah, ujian darah harus dilakukan sekali lagi. Ini bagi memantau samada jumlahnya terus menurun ataupun tidak.
Jika kiraannya terlalu rendah, ini mungkin bermaksud anda lebih berkemungkinan mengalami pendarahan samada semasa atau selepas bersalin atau semasa pembedahan caesarean. Doktor juga mungkin akan lebih berhati-hati apabila memberi anda epidural. Jarum epidural harus diletakkan dengan sangat berhati-hati untuk mengelakkan tercucuk secara tidak sengaja.
platlet rendah

Sukar untuk dikatakan berapa rendah jumlah platelet harus jatuh sebelum dikategorikan sebagai terlalu rendah. Ini menjadikannya sukar untuk mengenal pasti pada tahap manakah risiko pendarahan yang tidak normal menjadi tinggi. Sesetengah pakar berkata kesemua bakal ibu yang mempunyai jumlah platelet di bawah 100 juta per mililiter darah harus menjalani ujian-ujian tambahan.



Jika anda mempunyai jumlah platelet yang sangat rendah, ada kemungkinan ia disebabkan oleh penyakit yang anda sedia hidapi, seperti lupus. Lupus berlaku apabila sistem pertahanan badan (sistem imun) tersilap dan menyerang sel-sel sihat. Sesetengah ubat-ubatan seperti heparin (ubat untuk mencairkan darah) juga boleh menjejaskan kiraan platelet anda. Jika salah satu daripada kes di atas berlaku kepada anda, anda dan doktor anda akan tahu dari awal bahawa jumlah kiraan platelet anda rendah. Doktor anda akan merancang penjagaan antenatal anda dengan menimbangkan perkara tersebut.



Dalam kes-kes yang jarang berlaku, jumlah platelet yang sangat rendah boleh jadi tanda bagi masalah dengan kehamilan anda. Ini boleh jadi komplikasi praeklampsia yang jarang berlaku, yang dipanggil sindrom HELLP. Jika anda menghidap sindrom ini, simptom-simptom lain yang akan ada termasuklah:
  • simptom-simptom praeklampsia seperti tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing;
  • kesakitan pada bahagian atas perut;
  • sakit kepala;
  • loya.



Petikan dari http://www.babycenter.com.my/


No comments:

Post a Comment