Sunday, 9 August 2015

CARA MEMBUAT SELUSUH UNTUK IBU BERSALIN

Pernah dengar tak air selusuh atau minyak selusuh?Kebanyakan orang tua tua akan suruh ibu ibu mengandung untuk minta selusuh dari orang orang tertentu bertujuan untuk memudahkan proses bersalin. Mengikut pengalaman saya, selusuh ni ada banyak jenis, ada yang kita kena minum mulai dari usia kandungan 7 bulan dan juga yang kita kena minum ketika dah masuk labour room..
Kadang kadang kena marah dengan nurse sebab baru buka 2 cm dah minum air selusuh banyak banyak..nanti sakit bagai nak rak tapi laluan belum buka..hihi..jangan buat camtu tau

selusuh

Kesakitan saat melahirkan

Kita hanya mampu berusaha, tapi Allah yang akan menentukannya..Ada banyak faktor yang mempengaruhi mudah atau sukarnya ketika bersalin.Kalau ikutkan saya, tiap kali bersalin semuanya saya kategorikan sebagai susah sebab , saya sakit yang agak lama tapi bukaan sangat lambat..ambil masa 7 ke 8 jam sakit baru berasalin.....tapi maybe  selusuh juga ada  membantu mudahkan meneran.2 kali teran dah selamat..bila fikir balim terasa kwngiluannya....alhamdulillah dengan izin Allah dapat dah 5 anak..

Ada juga yang saya tengok..sakit sikit sikit pun dah terus boleh bersalin..ada yang tak sempat nak masuk labour room ,terus bersalin atas kerusi roda..punya mudahnya bersalin.Itu semua rezeki masing masing.

Selusuh digunakan sebagai ikhtiar yang berpandukan Al Quran  dan hadis.Dari segi hukum Islam selusuh adalah harus selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti bacaan yang mengandungi jampi dan serapah.Ada baiknya menggunakan pelbagai ayat Al quran .Ada ibu ibu yang suka jika bacaan selusuh dibuat oleh para alim ,tetapi boleh juga selusuh dibuat sendiri oleh ibu mengandung atau dibuat oleh para suami masing masing.

Saya nak kongsikan cara membuat selusuh mudah

1.Beristighfar sebanyak 3 kali
2.Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Mahmmad saw para sahabat dan para pengikutnya
3.Al Fatihah satu kali
4.Selawat 11 kali
5.Alal Nasyrah tujuh kali
6.Al Ikhlas tiga kali
7.Al Falaq tiga kali
8.An Nas 3 kali
9.Al fatihah satu kali

Kemudian doa apa yang dihajati.
selusuh

Air zam zam digunakan untuk air selusuh

Selain daripada berusaha menggunakan selusuh, sudah semestinya ibu ibu perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang disamping amalan rohani yang berterusan.Bagi ibu ibu yang kali pertama hendak melahirkan anak..saya doakan semoga dipermudahkan.

Untuk memastikan ibu ibu sihat sepanjang berpantang , pemakanan semasa berpantang sangat penting bagi memastikan ibu dan bayi dalam keadaan sihat.Amalkan set berpantang yang telah dijamin selamat dan amalkan cara berpantang yang betul.

~kaksue~
ironwomenfamily
0108798077

No comments:

Post a Comment