Friday, 4 December 2015

PENGALAMAN BERLAKON BERSAMA ZARA ZIA

Satu hari tu orang office dok bising bising cerita pasal nanti  ada shooting kat sekolah..aku pun tumpang heboh la juga..diorang kata pelakon tu zara zia...sapa dia tu? ..sebab aku pun bukannya kenal nama pelakon..tengok drama melayu sekali sekala..yg betul2 top kenal la...zara zia?kadang2 muka kenal tp nama tak tau... Hmmm.. ramai peminat2 zara zia  ni...expecially pengetua pun minat sangat kat dia...

Zara comey sampai dulu..

Bila diorang sebut zara zia tu berlakon cerita Tuan Anas Mikail...so aku pun tengok la drama tu..so kenallah muka dia..hihi...best gak dia berlakon..

Nak jadi cerita...tiba2 dapat call dr org office..suruh aku segera ke office  ..gpk HEM panggil...urgent jer nampaknya...mesti pasal disiplin ni aku  kena settlekan...biasa la kan .. cikgu disiplin...

Sampai ke office..pengetua dan GPK HEM cikgu Mustapa tetiba jer cakap aku disuruh berlakon dalam drama yg akan dibuat shooting di sekolah 2hb Disember ni...terperanjat beruk aku...haha..nasib baik tak jadi beruk...grrrr...aku berlakon? Kelakar jer..kamera tak dapat cari aku kang..sebab kocik sangat...kena jadi cikgu dlm scene depa...

Tapi aku dapat kerja baru..hari  tu khamis..esok jumaat dah..lepas tu cuti panjang...sempat ke nak tanya budak....aku disuruh cari 25 orang murid untuk jadi pelakon tambahan..nak tak nak dengan tugas baru aku tu..kenalah juga cari budak...so jumaat cari budak kelas 2B ..tapi ramai juga yang tak nak...nasib la ..sapa yg berminat  pun kira  okey la..so dah dapat dah...siap satu kerja baru...hihi..

Hari selasa 1 Disember pihak produksi nak buat perjumpaan dgn guru dan beri taklimat perjalanan lakonan di sekolah...mula mula janji nak datang kul 9...last sekali 12.30 baru sampai...spoil my mood jekkkk....

macam macam diminta last minute...10 lencana sekolah...buku teks ting 3 dan 5..soalan2 exam yang dah lepas...aku baru je buang kertas soalan...so terpaksa la menggodek dari cikgu2 lain..akhirnya dapat la paper BM dari cikgu Suhaila Ayob...

lencana sekolah? Minta last minute...cikgu2 dah balik..koperasi pun dah tutup..tapi akhirnya dapat gak dengan bantuan cikgu Rohana Karno...

Buku teks tak dapat..belasah je apa2 buku yg ada kat meja aku..buku kerja ..buku latihan..semua ada...janji buku..hihi...

Masa perjumpaan tu wakil kepada pengaarah tu kata nak 30 orang murid pulak..hari tu nak 25.....sapa ja yang ada..satu lagi info baru..sebenarnya watak guru tu tak da pun diperlukan...katanya watak tu dah guna orang diorang...GPK HEM dah confuse...hari tu cakap dengan pengetua lain.kami terima jer apa dia kata....aku no hal...suka jer..kerja aku urus budak ...dah settle..

Sampai la selepas maghrib tetiba cikgu Mustapa telegram...katanya bilangan budak dah nak dikurangkan pulak jadi 15...adoiiiii....apa punya info la depa ni...asyik berubah jer..kita dah siap contact budak soh datang ...so gamble jer lah...

Satu lagi yang pelik tu...diorang nak pulak pakai watak guru tu...huh...siap soh bawa baju kurung lebih plak tu...so aku la yang kena ...aiyaaaa...gimik je kuttt..

Pagi 2hb tu kami dipesan suruh datang jam 8.30 pagi...anak2 murid dah standby dah...tapi muka diorang tak muncul2...sampaila jam 9.30 pagi baru datang krew bawa makanan..yg lain2 belum sampai...

Lepas 2 jam tunggu baru siap setting

Yang kat sekolah ni..masing2 menunggu mana la pelakon si zara zia ni..akhirnya selepas setting kamera dan tempat punya la lama...kul 11.30 baru mula shoot...

Terkejut juga temgok zara zia pakai baju sekolah.. dalam tv nampak besar ...kat luar...comelnyerrrr...muka memang cun...hihi...apa lagi..peminat dok menunggu jer nak possing...dapat la bergambor...

Scene jadi cikgunya beberapa second jer..tapi nak menunggu berejam...penat menunggu dari berlakon...camni rupanya orang shooting..kejap2 cut...ulang balik 4 5 kali...adoiii.. penatnya...

Ada penjaga yang dah call panggil anak balik..tak kasi teruskan..dan akhir sekali budak yang kekal ada la 7 ke 8 orang...menunggu terlalu lama...

Sepanjang shooting tu..si zara zia ni dok berkepit jer dengan PA dia...tak nak kasi org serbu kuttt...tapi dapat gak kami dok p posiing denga  dia..sempat la juga berselfie...muhahaha..
Mesti la nak selfie...

Kami semua sekadar memenuhkan latar ajer...penuhkan kelas..memeriahkan suasana  sekolah..opss lupa pulak..pelakon lain yg datang noni AF ..pun aku tak kenal...Isma daniel..ntah sapa sorang lagi pelakon lelaki yang berlakon dalam cerita Memori cinta suraya tu..

So seharian kat SGB ramai la pelakon dan ramai la peminat peminat yang menonton...

Tu la pengalaman yang baru buat aku...yang tak pernah dirasai...merasa la acting depan kamera...bercakap tanpa suara...merasa la pengarah mengajar camna nak berlakon..selama ni tengok kat tv ajer...hihihihi..terasa la lain macam gak bila duk depan kamera...dengan pelakon si zara zia yang cute tu...kamera mesti fokus zara zia la kannn..kami ni tempelan ajer...

Mungkin ni pengalaman pertama dan terakhir kut...tapi sangat bermakna untuk dikenang...

Ok korang jangan lupa saksikan view SMKGB  dalam drama Cinta Hati Abah yang akan ditayangkan dalam slot SAMARINDA tv3 hari rabu dan khamis kut jam 10 malam...

Ni antara sinopsis cerita yg dikhabarkan oleh assistant kat situ...seorang bapa tunggal menjaga 3 orang anak perempuan yg berbeza karakter..si kakak sulung anak yg materialistik..sukakan kebendaan..anak kedua Intan(zara zia)  yg bijak dalam pelajaran tapi agak nakal disekolah...yg tu jer dia cerita kat aku ..nak tau lanjut kena la tonton cerita ni...

Tengoklah camna cikgu kecik dalam slot tu..kiki...

Jom layan memori  sepanjang rakaman drama ni dibuat...

Oppssss..lupa nak kabor...semua pelakon yang tidak berhijab dalam cerita ni bukannya warga sekolah GB...mereka dibawa khas dari tempat lain...murid SGB semunya yg bertudung ...

Pelakon cilik bersama ZARA anak cikgu Ain..

Pengarah dok dengar dialog pelakon sebelum mula 


Memang ko pandai berlaon ..zara..


Dapat la muka Adina Syuhada jadi latar utama..

Isma Danial sebagai watak bapa Intan(zara zia)


Baizura (Noni AF) sebagai kakak Intan

Cik Zai bersama pelakon feveretnya..


Senyum lebar dapat posing dengan retis


Pose istimewa bersama zara zia

Akhirnya dapat juga cikgu yuzi dan cgu Jah possing sama2..


Dari pukul 8.30 pagi sampaila pukul 5 petang...baru balik rumah..sampai rumah letih yang amat..pukul 8.30 terus tidur keletihan dan sakit badan akibat menunggu lama..4 biji ostematrix pengganti panadol wajib ditelan....

aku bersyukur aku ditakdirkan menjadi seorang guru...

Pengalaman dan nilai- nilai semasa penggambaran berlangsung biarlah ia menjadi memori dalam hidup aku...yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan...





4 comments:

  1. Dengkinya cikgu dapat jumpa dengan zara zya.. eja betul-betul tau..

    meh singgah dapur saya --> http://dapurmamaiman.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke..salah eja pulak..tak pa la..asal orang paham..hihi

      Delete
  2. Bestnye ^_^

    http://kimchidanramyun.blogspot.my/

    ReplyDelete