Saturday, 26 August 2017

8 SENARAI SEMAK PERMOHONAN PENYELIDIKAN UNTUK URUSAN PERMOHONAN DI EPRD

Baru berkesempatan nak buka fb. Dari malam tak cukup tidur. Bangun pagi bergegas ke ukm. Target hari ni nak juga siapkan semua dokumen untuk hantar ke EPRD..


Rasa kepala macam nak pecah..sakit yang amat sangat. Sapa yang hantar wasap hari ni mmg sory sangat tak dapat nak berpanjnag lebar.
.
Dah lama kepala ni tak sakit kuat camni. Memang tak cukup rehat, tak cukup tidur . Dalam minggu ni memang busy sangat ditambah pulak dengan masalah2 pm tepi yang makin buatkan tak tidur malam nak pikirnyer..
.
master hlp


Dengan ery yg bersungguh nak hantar dokumen ke eprd..maka kakSu pun sama nak juga siapkan. Tapi ada lagi part temubual yg belum siap. Dalam masa berapa jam tu siapkan juga. Time nak print dah libry tutup pulak..jam 2.45 baru buka.
.
Adoi terpaksalah cari kedai untuk print. Dah print pun ada juga yg salah lagi..mujurla siap juga..mata pun dah tak larat nak buka...
.
Pm supervisor nak minta jumpa..mmg busy ajer dia kan..katanya...
"saya ada appointment lain petang ni"
.
Tak putus asa..nk juga jumpa...
"Dr saya kat ukm dah ni. " padahal kat luar ukm lagi masa tu..maka Dr siti jawab..
"Cepat"
maka ery pun pecut kereta punya la nak sampai cepat.Kalau terlepas pengesahan kali ni makan delay lagi la kerja kakSu nieee...
.
Alhamdulillah. Siap semak..siap sahkan semua dokumen.LULUS tapisan pertama....kena tunggu tapisan ke dua...EPRD pulak..
.
Makanya hati ni pun dah makin tenang . Boleh la hantar ke EPRD isnin depan..maka dah boleh mula pilot test, kesahan muka kesahan isi kandungan..penulisan 3 bab dikemaskan..
.
Kata dr siti..nanti data pilot test boleh buat satu jurnal untuk present lagi ..
so memang dah rancang dengan geng2 nak present jurnal pulak kali ni...dan semoga kali ni dapat masuk ke scorpus ke..dan present kat Korea ke Jepun ke..boleh jalan2 sekali.


Berikut adalah dokumen yang perlu disediakan sebelum hantar ke EPRD
1. Satu salinan borang Penyelidikan BPPDP1.2
2. Satu salinan lengkap cadangan kajian bab 1 hingga bab 3
3. Satu salinan instrumen kajian
4. Satu senarai sampel kajian
5. Kertas cadangan dan isntrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia
6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti
7. Dua keping sampul surat (21.5cm x 10.5 cm dan besetem rm 0.80 beralamat pemohon
8. Sampel kajian tidak melibatkan kelas peperiksaan (UPSR, PT3< SPM dan STPM)

Semoga Isnin nanti urusan penghantaran ke EPRD di permudahkan

No comments:

Post a comment