Saturday 26 August 2017

APA ITU OMEGA 3 ?

Selalu sangat kita dengar orang kata kalau nak  bagi anak-anak sihat dan bijak elok amalkan Omega. Tapi ada omega 3 dan ada juga omega 6. Kalau sebut pasal omega kakSu ingat sangat pasal omega guard shaklee. Di dalam omega guard shaklee pun sangat kaya dengan omega 3 tau.Omega 3 ni tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) 



omega 3

Ada 3 jenis asid lemak utama dalam Omega 3:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Label label ni memang selalu kita dengar daripada iklan dan juga tertulis pada tin- tin susu  anak anak kita. Bila nampak je label tu rasa konfiden je nak beli kan. 


Tapi apa omega 3 tu sebenarnya? 

Omega 3 ni merupakan omega sihat yang sangat baik untuk kesihatan  kita. Ia merupakan lemak yang paling sihat antara semua lemak sebab ia mampu menyokong setiap sel tisu dan organ dalam badan. Omega 3 tak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Kita hanya boleh dapat daripada makanan atau suplimen. Hasil kajian saintifik telah membuktikan bahawa omega 3 ni sangat penting untuk kesihatan . 
USFDA satu badan yang telah bertanggungjawab menjaga hal ehwal perubatan di Amerika  Syarikat telah menyokong bahawa Omega 3 EPA dan DHA sebagai suplimen yang mengurangkan risiko sakit jantung dan koronori. 

Di antara kebaikan Omega 3  (EPA dan DHA) untuk kesihatan adalah:  

  1. Mengurangkan risiko insiden serangan jantung
  2. Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung
  3. Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)
  4. Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)
  5. Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.
  6. Mengurangkan risiko darah beku
  7. Mengurangkan risiko pembentukan plak aerosklerosis pada dinding saluran darah yang menyebabkan pengerasan
  8. Mengurangkan risiko darah beku di kalangan pesakit yang mengalami masalah saluran darah bengkak di kaki (varicose veins).
  9. Mengurangkan KOLESTEROL Triglycerides & LDL  dalam darah & menaikkan paras KOLESTEROL BAIK (HDL) 
  10. Mengurangkan risiko darah beku yang menyebabkan penyakit strok dan serangan jantung (heart attack).
  11. Mengurangkan risiko mendapat STROKE (ANGIN AHMAR) sama ada jenis ischemia atau haemorrhagic.
  12. Mengurangkan risiko mendapat penyakit darah tinggi (hypertension) dengan mengurangkan masalah pengerasan saluran darah
  13. Mengurangkan kadar tekanan darah tinggi bagi pesakit yang pernah mengalami masalah darah tinggi.
  14. Mengurangkan radang sendi dalam penyakit sendi Rheumatoids
  15. Mengurangkan radang usus dalam penyakit Crohn’s
  16. Mengurangkan masalah radang usus dalam penyakit Ulcerative Colitis
  17. Memberi kesan positif dalam penyakit SLE (Systemic Lupus Erymatosis)
  18. Memberi kesan positif dalam penyakit Asma
  19. Memberi kesan positif dalam masalah kulit Eczema dan Atopic dermatitis
  20. Membantu pesakit yang menjalani pemindahan organ (implant).
  21. Membantu dalam perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Susu ibu amat kaya dengan DHA (Omega 3). Oleh itu, banyak syarikat pengeluar susu yang menambahkan DHA dalam keluaran susu merekA.
  22. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat tambahan DHA dalam minuman susu mereka akan mengalami masalah hiperaktif (ADHD) yang kurang
  23. Kanak-kanak yang kekurangan Omega 3 dalam pemakanan mereka mempunyai masalah tumbesaran otak
Jadi kalau nak dapatkan omega-3 kenalah rajin makan ikan. Tapi kalau tak cukup bekalan omega 3 dari makanan boleh la cuba OMEGA GUARD. Kenapa OMEGA GUARD ni bagus? Jom KLIK SINI

No comments:

Post a Comment